Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04jan21_news1-1f22bee31-78cd-4e25-a25c-222c6a472586.jpg?sfvrsn=71287abe_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERKUKUH-TAHAP-KESELAMATAN-DI-SETIAP-PERINGKAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERKUKUH-TAHAP-KESELAMATAN-DI-SETIAP-PERINGKAT
MEMPERKUKUH TAHAP KESELAMATAN DI SETIAP PERINGKAT
04 Jan 2021 | OPS & TRAINING

MEMPERKUKUH TAHAP KESELAMATAN DI SETIAP PERINGKAT

SEJAK BERTAHUN-TAHUN, ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF) TELAH MENERAPKAN PELBAGAI LANGKAH UNTUK MENEGUHKAN BUDAYA DAN SISTEM KESELAMATANNYA. SESUDAH PANEL SEMAKAN LUAR BAGI KESELAMATAN SAF (ERPSS) YANG KEDUA MELENGKAPKAN TEMPOH PERKHIDMATANNYA PADA BULAN DISEMBER 2020, PIONEER MENGENANG KEMBALI BAGAIMANA SAF TELAH MENINGKATKAN BUDAYA, SISTEM DAN PROSES KESELAMATAN LATIHANNYA.

1. Menjadikan pelaporan terbuka dan akauntabiliti keselamatan sesuatu norma

SAF telah membuat perkembangan penting dalam meneguhkan budaya keselamatannya dengan menggalakkan pelaporan terbuka dan akauntabiliti yang lebih besar di semua peringkat. Perkara ini dicatat oleh ERPSS kedua semasa lawatannya ke Institut Latihan Pertahanan Pulau pada 5 Nov 2020.

Panel tersebut diberi penerangan mengenai peningkatan yang dipantau di seluruh SAF, seperti minda keselamatan yang lebih kuat di kalangan personel perkhidmatan, dan peningkatan 49 peratus dalam kejadian pelaporan terbuka pada 2019 berbanding 2018.

"Pengurusan keselamatan dan kesihatan pada asasnya bertumpu pada pergerakan dan perjalanan - semakin banyak anda dapat mengenal pasti jurang, semakin pantas anda dapat menambahbaiknya," kata Encik Heng Chiang Gnee, pengerusi ERPSS yang kedua.

Personel perkhidmatan digalakkan untuk melaporkan amalan yang tidak selamat dan hampir berlaku melalui unit mereka, atau tanpa menyatakan nama melalui talian hangat keselamatan, e-mel dan saluran dalam talian yang lain. Kementerian Pertahanan dan SAF seterusnya akan menyiasat dan bertindak tepat pada masanya untuk membetulkan sebarang kekurangan keselamatan dan berkongsi pembelajaran yang diperolehi.

Personel yang didapati melanggar peraturan keselamatan SAF secara terang-terang akan diuruskan dengan sewajarnya. Komander dan unitnya juga akan dinilai secara berkala berdasarkan prestasi keselamatan dan budaya mereka semasa menjalankan latihan dan pentadbiran harian.

Penyokong Keselamatan Batalion dengan peralatan keselamatan yang digunakan dalam latihan. Mereka membantu mengemukakan sebarang isu-isu keselamatan atau kebimbangan platun, kepada Komander unit. [Foto: Angkatan Tentera Singapura]

2. Melantik Penyokong Keselamatan untuk mengumpulkan maklum balas di lapangan

Pada 2019, SAF melantik Penyokong Keselamatan di semua unit untuk mengukuhkan budaya pelaporan keselamatan dan pendidikan keselamatannya.

Personel perkhidmatan di lapangan boleh menyuarakan pemerhatian keselamatan atau kebimbangan mereka kepada rakan-rakan sejawat mereka yang telah dilantik sebagai Penyokong Keselamatan, yang berkongsi maklum balas ini secara tetap dengan Komander unit.

Penyokong-penyokong ini juga membantu memantapkan budaya keselamatan unit dengan berkongsi maklumat mengenai keselamatan dengan rakan sejawat mereka.

Askar-askar sedang menjalani latihan asas menembak tepat pada masanya sebelum latihan menembak langsung mereka.

3. Menyediakan aksesibiliti yang lebih baik untuk ujian keselamatan dan bahan pembelajaran

Pada Julai 2019, Tentera Singapura menjadikan Ujian Kesedaran Keselamatan (SAT) tahunan yang wajib bagi semua askar, untuk memperkukuh pemilikan dan kesedaran keselamatan diri.

Soalan ujian memfokuskan pada tanggungjawab keselamatan setiap askar seperti pengurusan rehat kerja, rejim hidrasi, pengendalian senjata, dan perjalanan dengan kenderaan tentera.

Ujian ini adalah penambahan kepada Ujian Peraturan Keselamatan Latihan yang perlu dijalani oleh semua Komander sebelum mengendalikan sebarang aktiviti berisiko tinggi.

Pada Julai 2020, Tentera memudahkan aksesibiliti SAT– personel perkhidmatan kini boleh menduduki ujian mengikut waktu dan kelajuan sendiri di peranti elektronik peribadi mereka sebelum menjalani latihan.

Baru-baru ini juga, Tentera telah melancarkan #SafeBuddy, sebuah platform pembelajaran dalam talian dan repositori maklumat keselamatan yang boleh dicapai oleh askar-askar di peranti elektronik peribadi mereka. Personel boleh mengulangkaji untuk SAT dan menyemak bahan pembelajaran seperti infografik berkaitan keselamatan, video dan senarai semak keselamatan pra-latihan.

Juruaudit Inspektorat Keselamatan Tentera (tengah) memeriksa peralatan perubatan sebagai sebahagian daripada latihan unit berperisai.

4. Mewajibkan pemeriksaan keselamatan 100 peratus terhadap semua latihan berisiko tinggi dan latihan lapangan di Tentera

Demi memastikan pemantauan kepatuhan terhadap protokol keselamatan di lapangan, angkatan Tentera telah meningkatkan latihan dan pemeriksaan keselamatan di semua unit, dengan semua latihan berisiko tinggi dan lapangan menjalani pemeriksaan keselamatan di unit atau peringkat formasi pada 2019.

Sebelum ini, pemeriksaan diwajibkan untuk aktiviti berisiko tinggi tetapi tidak untuk latihan lapangan seperti latihan taktikal di peringkat seksyen.

Sejak 2019, Tentera juga telah memenuhi semua unit aktif dan institusi latihan dengan Pegawai Keselamatan Unit sepenuh masa untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.

Pemeriksaan yang dimandatkan ini membantu memastikan unit di lapangan sudah biasa dengan dan mematuhi peraturan keselamatan.

5. Pemasangan kamera pandangan belakang pada kenderaan berperisai dan beroda

Sejak akhir 2018, SAF telah memasang kamera pandang belakang secara progresif pada armada Kenderaan Perang Infantri Bionix, serta kenderaan beroda berat seperti enam toner, kenderaan utiliti pelbagai peranan dan ambulans kombat.

Dengan kamera ini, operator boleh melihat siaran langsung video dari persekitaran belakang kenderaan. Ini memberi operator kesedaran mengenai persekitaran yang lebih baik, terutamanya semasa berundur.

Komander unit berperisai sedang menjalani latihan keselamatan atas meja sebelum memulakan latihan pada keesokan harinya.

6. Melaksanakan latihan keselamatan atas meja bagi semua latihan berisiko tinggi

Sejak April 2019, SAF telah memperluaskan pelaksanaan latihan keselamatan atas meja bagi semua aktiviti berisiko tinggi.

Ini membiasakan pegawai-pegawai dan askar-askar yang utama dengan protokol keselamatan dan rancangan kontigensi - yang melibatkan pengecaman potensi bahaya; prosedur keselamatan senjata dan peluru; rancangan pengurusan haba dan penghidratan; penyelarasan kenderaan berlainan beroperasi bersama menjalani latihan; serta juga protokol pengurusan kecederaan dan pemindahan.

SAF juga melaksanakan Proses Pembelajaran Tindak, atau ALP, pada 2019 untuk memperkukuh keselamatan dalam aktiviti unit dan rutin harian. Ini bererti peruntukan masa adalah diberikan bagi Ulasan Tindakan Sebelum, Semasa dan Selepas semua latihan dan aktiviti latihan bagi membincangkan petunjuk keselamatan.

Unit-unit juga perlu mengenepikan masa setiap minggu untuk berkongsi maklumat keselamatan dan pelajaran oleh askar-askar mereka dan penyokong keselamatan.

7. Meningkatkan langkah pencegahan kecederaan haba

Pada Ogos 2018, langkah-langkah tambahan dikuatkuasakan di seluruh SAF untuk mengurangkan risiko kecederaan haba.

Contohnya, semua askar yang menjalani kawad pantas dan kawad laluan sejauh 8km atau lebih akan menjalani Arm Immersion Cooling System (AICS) * semasa dan pada akhir aktiviti.

AICS merupakan suatu kaedah mudah lagi efisien untuk menurunkan suhu teras badan dengan cepat dengan merendam seluruh tangan dan lengan bawah dalam air ais.

* Penggunaan AICS ditangguhkan sementara atas langkah-langkah pengurusan keselamatan COVID-19. SAF akan terus memantau situasi COVID-19 yang semakin menular di Singapura dan mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan anggota tentera.

Satu lagi langkah tambahan ialah penggunaan pad pendingin buatan khas untuk rawatan segera pada bahagian yang disyaki mengalami kecederaan haba. Sebagai ganti menggunakan pek ais, enam pad pendingin akan diletakkan pada bahagian badan – setiap satunya pada bahagian dada, perut, paha; dan dua pada bahagian belakang.

Pad mudah alih ini bolehmenurunkan suhu mangsa kecederaan haba sebanyak 15 kali lebih pantas daripada pek ais.

Pada 2019, Angkatan Tentera telah menubuhkan Pasukan Petugas Pencegahan Kecederaan Haba yang mengkaji langkah-langkah yang dipertingkatkan untuk mencegah kecederaan yang berkaitan dengan haba secara proaktif semasa menjalani latihan.

Langkah-langkah ini termasuk mereka bentuk program latihan untuk mengelakkan waktu yang lebih panas dalam sehari, dan membenarkan askar-askar menukar pakaian latihan untuk pelesapan haba yang lebih besar semasa menjalani latihan fizikal yang lasak.

Dan sekiranya suhu mencecah 35 darjah Celsius, aktiviti latihan yang lasak perlu diberhentikan – askar-askar akan menghidratkan diri semula dan berehat sebentar sehingga suhunya menurun dan penilaian risiko dikendalikan untuk memastikan sama ada latihan disambungkan semula.

[Foto fail] Untuk mengurangkan risiko kecederaan haba, protokol yang ringkas diperkenalkan untuk memudahkan pemindahan segera.

8. Memudahkan protokol untuk pemindahan mangsa dengan segera

Sejak Ogos 2018, SAF telah mengkaji semula protokol rawatan dan evakuasi segera bagi askar-askar yang tidak sihat atau berkial-kial untuk menjalani latihan, dan menurunkan bar untuk pemindahan segera supaya mereka yang cedera dapat diberi perhatian sewajarnya dengan lebih awal.

Di bawah standard yang dipertingkatkan ini, semua Komander dan pegawai perubatan SAF mesti memindahkan sebarang pelatih yang tidak dapat memberi respons segera kepada soalan ringkas mengenai masa, tempat dan identiti dengan serta-merta.

Protokol yang dipermudahkan ini menyediakan semua arahan Komander dan pegawai perubatan SAF untuk memulakan pemindahan segera bagi mereka yang cedera untuk mendapatkan rawatan perubatan pada tahap rawatan selanjutnya seperti pusat perubatan atau hospital.

Juruteknik tentera diberi kad saku untuk mengingatkan mereka tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti diambil sebelum menjalankan sebarang tugas penyenggaraan.

9. Menjalankan rutin Fikir-Kaji-Buat

Pada Februari 2019, SAF memformalkan latih tubi Fikir-Kaji-Buat (TCD) sebagai sebahagian daripada semakan tugas pra-penyelenggaraan, menjadikannya wajib bagi setiap juruteknik Tentera.

Sebagai sebahagian daripada latih tubi sembilan langkah ini, juruteknik mesti merancang tugasan mereka; mengkaji risiko dan langkah pengurangan; serta memeriksa kawasan persekitaran, peralatan dan keadaan fizikal dan psikologi anggota pasukan. Mereka juga dikehendaki menyatakan prosedur secara lisan dan melakukan latih tubi henti darurat.

Langkah-langkah latih tubi TCD dicetak pada kad saku dan dikeluarkan kepada semua juruteknik sebagai rujukan dan juga untuk membantu mereka menghayati langkah-langkah keselamatan ini. Ini mengingatkan askar-askar untuk mementingkan keselamatan diri dan saling berjaga-jaga antara satu sama lain di kawasan lapangan.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
04 Jan 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.