OPS & TRAINING
MEMPERKUKUH KEUPAYAAN KESELAMATAN MARITIM
26 Jan 2021
Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menambahkan flotila baharu dengan rangkaian kapal untuk memberi respons yang lebih pantas dan sewajarnya terhadap penambahan insiden maritim.
Bagi memperkukuh keupayaan RSN dalam melindungi perairan wilayah Singapura dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim yang semakin berubah, Flotila Respons Maritim dan Keselamatan (MSRF) dilancarkan pada 26 Januari.
Majlis perasmian diadakan di RSS Singapura – Pangkalan Laut Changi dan dirasmikan oleh Panglima Laut Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng.
"MSRF akan memperkukuh keupayaan Singapura untuk menangani ancaman keselamatan maritim yang telah bertambah dari segi skala dan kerumitan sejak beberapa tahun lagi," kata Komander MSRF Leftenan Kolonel (LTC) Lee Jun Meng.
Respons yang ditentukur
Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Komand Keselamatan Maritim, MSRF akan bertanggung jawab untuk membangun dan menjalankan keupayaan yang ditentukur untuk menyokong kerajaan Singapura dalam responsnya terhadap insiden maritim. Keupayaan yang terbit daripada MSRF akan memberi kefleksibelan untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan skop operasi keselamatan maritim yang lebih meluas, di samping menguatkan perlindungan perairan wilayah Singapura.
Setakat ini, MSRF akan mengendalikan empat Kapal Keselamatan Maritim dan Respons (MSRV) kelas Sentinel. Kapal-kapal MSRV ini adalah bekas kapal peronda kelas Fearless yang telah diubahsuai untuk melanjutkan tempoh operasi mereka.
Kapal-kapal itu akan dilengkapi pelbagai keupayaan yang ditentukur seperti Peralatan Akustik Jarak Jauh dan Sistem Laser Dazzler untuk membolehkan anak-anak kapal melancarkan amaran lisan dan memberi amaran visual; Senapang Typhoon Mk 25mm, Senapang Melara OTO 76mm dan Mesingan Serbaguna 7.62mm; dan dapra sisi bagi merapatkan kapal-kapal dalam pemerhatian dengan pantas.
Dua kapal MSRV pertama, iaitu MSRV Sentinel dan MSRV Guardian, akan mula beroperasi mulai hari ini. Kapal-kapal MSRV Protector dan MSRV Bastion, iaitu saudara kapal mereka akan mula berkhidmat dalam bulan-bulan yang akan datang.
Akhir sekali, dua Kapal Tunda Keselamatan Maritim dan Respons (MSRT) akan membantu bertindak balas terhadap insiden di laut dan menyokong operasi pangkalan.
Kapal-kapal baharu terbina khas
MSRF juga akan mengendalikan kapal-kapal terbina khas apabila siap nanti. Kapal-kapal ini, yang masih dalam tahap awal reka bentuk konsep, dijangka akan lebih besar daripada kapal-kapal MSRV, dan mampu beroperasi di laut bagi tempoh masa yang lebih panjang sehingga beberapa minggu lamanya.
"Seperti kapal tentera laut kami yang lain, kapal-kapal ini akan dirancang untuk menampung bilangan anak-anak kapal yang lebih kecil dan untuk keupayaan modular. Kapal baharu akan bekerjasama dengan Kapal Misi Littoral dan Kapal Permukaan Tanpa Pemandu untuk melindungi perairan wilayah Singapura, dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan maritim, " kata LTC Lee.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

