MEMPERINGATI WIRA PERANG TEMPATAN KITA

15feb23_news1_photo1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15feb23_news1_photo1-thumbnail.jpg?sfvrsn=67308638_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERINGATI-WIRA-PERANG-TEMPATAN-KITA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERINGATI-WIRA-PERANG-TEMPATAN-KITA
MEMPERINGATI WIRA PERANG TEMPATAN KITA
15 Feb 2023 | COMMUNITY

MEMPERINGATI WIRA PERANG TEMPATAN KITA

KISAH CHIA CHONG JIN // GAMBAR IHSAN ARKIB NEGARA SINGAPURA

Memandangkan Hari Pertahanan Menyeluruh menjelang tiba pada 15 Feb, kami mengenang kembali beberapa wira yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mempertahankan Singapura semasa Perang Dunia II (WWII).

1-UP-B-caption

Daripada peniaga kepada pejuang

Beliau mungkin antara wira perang Singapura yang paling terkenal – Encik Lim Bo Seng mantan ketua dalam Force 136, sebuah kumpulan gerila yang mengumpulkan risikan dan menjalankan operasi sabotaj terhadap Jepun.

Sebelum bermulanya Perang Dunia II, ahli perniagaan patriotik itu melibatkan diri secara aktif dalam usaha bantuan dan pungutan derma pada tahun 1930-an untuk menyokong penentangan terhadap pencerobohan Jepun.

Selepas kejatuhan Kota Bharu (sebuah bandar di Kelantan, Malaysia), Encik Lim mengarahkan lebih daripada 10,000 orang untuk membina pertahanan di sekitar Singapura. Apabila Jepun mara ke Singapura dari Johor, Encik Lim dan pasukannya meletupkan tambak, lantas melambatkan kemaraan musuh.

Encik Lim dianggap sebagai wira perang negara kerana penentangannya terhadap tentera Jepun. [Foto: Koleksi Lim Leong Geok, ihsan NAS]

Gabenor Shenton Thomas menasihatkan beliau untuk meninggalkan Singapura sebelum kejatuhannya, dan beliau meninggalkan isteri dan tujuh anaknya demi keselamatan mereka.

Encik Lim melarikan diri ke India, di mana beliau menjalani latihan bidang perisikan dan bertanggungjawab merekrut ejen pengintipan China yang boleh menyerap dengan penduduk tempatan untuk mengumpulkan risikan bagi Force 136.

Sesudah menamatkan latihan mereka, pasukan daripada Force 136 bertolak pulang ke Tanah Melayu untuk bergabung dengan gerakan penentangan utama kawasan itu, Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya.

Malangnya, Encik Lim dikhianati salah seorang anggota Force 136 sendiri yang mendedahkan di mana beliau berada. Ini membawa kepada penahanan Encik Lim ketika beliau melarikan diri ke Ipoh.

Semasa menjadi tawanan perang, Encik Lim dibiar kebuluran dan diseksa untuk mendapatkan maklumat oleh polis tentera Jepun di Penjara Batu Gajah, Perak.

Mereka tidak dapat mematahkan semangatnya. Akhirnya, Encik Lim meninggal dunia pada usia 35 tahun akibat kekurangan zat makanan, disentri dan penyeksaan pada Jun 1944.

Upacara pengebumian Encik Lim di Takungan MacRitchie. Pengusung keranda yang nerangkumi anggota Force 136 Tan Chiong Tee (dengan belakang ke kamera) dan Tham Sien Yen di sebelah kanannya, manakala Encik Yi Yian Song menurunkan keranda itu dengan teliti. [Foto: Koleksi Tham Sien Yen, ihsan NAS]

Pada 13 Jan 1946, jenazah Encik Lim dikebumikan di Takungan MacRitchie. Seorang kolonel dalam Force 136, beliau dianugerahkan pangkat Mejar Jeneral secara anumerta.

Pembukaan tirai Memorial Lim Bo Seng di Taman Esplanade pada 1954 untuk memperingati pengorbanan beliau dan meraikan keberaniannya dalam Perang Dunia Kedua, dan diwartakan sebagai monumen negara pada 2010.

Pejuang yang berjiwa berani

Pertempuran Bukit Chandu (Melayu untuk Bukit Candu) menyaksikan beberapa pertempuran paling sengit menentang Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun askar Jepun melebihi jumlah askar berani dalam Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu– diketuai Leftenan Adnan Saidi – mereka bertahan dan berjuang bermati-matian dalam pertempuran wiraan yang terakhir.

Dilahir dan dibesarkan di Malaya, Leftenan Adnan berpindah ke Singapura bersama dengan keluarganya apabila beliau dikerahkan di sini pada 1941. Ketika perang meletus pada Disember akhir tahun itu, Leftenan Adnan menghantar isterinya yang hamil dan dua anak lelaki ke kampung halaman mereka di Selangor.

Pada 14 Feb 1942, Lt Adnan mengetuai angkatan tenteranya dalam salah satu pertempuran tempatan yang paling dahsyat dalam Perang Dunia Kedua - Pertempuran Bukit Chandu, juga dikenali sebagai Pertempuran Pasir Panjang. [Foto: Ihsan NAS]

Pada 14 Feb 1942, Leftenan Adnan mengetuai sekumpulan kecil pejuang menentang tentera Jepun seramai 13,000 orang untuk mempertahankan kubu kuat British di Pasir Panjang Ridge. Di sinilah terletaknya peluru, bekalan, hospital tentera, dan pemasangan utama yang lain.

Walaupun batalionnya kekurangan bekalan dan jumlah musuh melebihi askar-askarnya, keberanian dan kepimpinan Leftenan Adnan mendorong askar-askarnya untuk berjuang bersungguh-sungguh demi melengahkan kemaraan penceroboh.

Reflections di Bukit Chandu dibuka pada 2002 untuk memperingati semangat kewiraan Rejimen Askar Melayu. Sebuah skulptur krew mortar Rejimen Melayu terletak di pintu masuk bangunan untuk menyambut kedatangan para pengunjung. [Foto: Tedd Jong]

Malangnya, mereka ditewaskan oleh tentera Jepun, dan menyerahkan rabung itu.

Walaupun selepas berundur ke kemuncak Bukit Chandu, Leftenan Adnan dan askar-askarnya enggan berputus asa. Beliau dan askar-askar tidak mengalah dan berjuang dan bahkan bertempur berdepan-depan dengan askar Jepun.

Bust Leftenant Adnan di Reflections at Bukit Chandu. [Foto: Tedd Jong]

Dikatakan bahawa beberapa mangsa yang terselamat dan Leftenan Adnan yang cedera diarah untuk menanggalkan pakaian seragam mereka dan menyerah diri kepada Jepun, tetapi mereka enggan. Sebagai hukuman, mereka digantung dengan kepala ke bawah, kaki ke atas di pokok dan ditikam dengan bayonet hingga mati.

Disebabkan keberanian beliau, pihak British menganugerahkan pingat kempen anumerta kepada Leftenan Adnan. Di Singapura, Leftenan Adnan dan askar-askarnya diperingati di sebuah muzium bernama Reflections di Bukit Chandu yang dibuka pada 2002. Pengorbanan mereka juga diperingati dalam plak peringatan perang yang terletak di Kent Ridge Park.

Wirawati perang, ahli politik & guru

Semasa Pendudukan Jepun, Puan Elizabeth Choy mempertaruhkan nyawanya untuk menyeludup bekalan dan utusan kepada tawanan perang British. Beliau kemudiannya ditawan dan diseksa oleh tentera Jepun, tetapi tidak pernah mengkhianati mereka yang telah dibantu.

Dilahirkan di Kudat, Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Puan Choy datang ke Singapura untuk melanjutkan pelajaran pada 1929 dan menjadi seorang guru.

Semasa Pendudukan Jepun, beliau bekerja sebagai pengusaha kantin bersama-sama suaminya di Hospital Miyako, sebuah hospital mental untuk merawat para pesakit yang dipindahkan dari Hospital Besar.

Puan Choy dan suaminya mempertaruhkan nyawa mereka untuk menghantar makanan, ubat-ubatan, wang, utusan, serta radio secara senyap-senyap kepada tawanan perang British. Malangnya, mereka akhirnya ditangkap oleh tentera Jepun pada November 1943.

Walaupun dipenjarakan dan diseksa oleh tentera Jepun selama lebih enam bulan, Puan Choy tidak pernah mendedahkan nama orang yang dibantunya semasa Pendudukan Jepun. [Foto: Kementerian Penerangan dan Koleksi Seni, ihsan NAS]

Puan Choy bertekad untuk tidak mendedahkan nama orang yang telah dibantunya walaupun disoal siata secara kejam oleh Kempeitai (polis tentera Jepun). Beliau hanya dibebaskan selepas hampir 200 hari mengalami kebuluran dan penderitaan.

Selepas Perang Dunia II, Puan Choy dijemput ke England oleh Palang Merah British pada tahun 1946. Satu-satunya wanita Singapura yang dipenjarakan sekian lama, beliau dianugerahkan pingat Order of the British Empire.

Puan Choy (kiri) bersama-sama para penasihat perundangan Che Ahmad Mohamed Ibrahim dan Puan Vilasini Menon. [Foto: Koleksi Bridget Choy Wai Fong, ihsan Arkib Negara Singapura]

Beliau seterusnya kembali ke Singapura pada Disember 1949, dan tidak lama kemudian melibatkan diri secara aktif dalam politik tempatan. Pada 1951, beliau mengukir sejarah dengan menjadi ahli wanita pertama Majlis Perundangan.

Sepanjang tahun 1950-an, beliau juga menyertai pertubuhan tambahan wanita Kor Sukarelawan Singapura, dan memainkan peranan penting dalam mengembangkan organisasi.

Puan Choy meninggal dunia pada September 2006 pada usia 95 tahun, di rumahnya di Jalan MacKenzie.

Penjual sayur & pengintip perang

Semasa Perang Dunia II, pegawai polis Halford Lovell Boudewyn mempertaruhkan nyawanya untuk menyeludup dokumen sulit – penting sekali, rancangan Jepun untuk pencerobohan India – dan menyerahkannya kepada pihak Berikat.

Sejak muda, Encik Boudewyn teringin untuk menjadi seorang polis. Beliau mencapai impiannya dan menyertai Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada 1939, tetapi kemudian kehilangan pekerjaannya apabila Jepun menceroboh masuk.

Semasa Pendudukan, beliau bekerja sebagai pembekal makanan kepada kem tentera India, di mana dia didekati Mejar Aubrey Wyman, seorang tawanan perang dari Tentera British India, dan direkrut menjadi pengintip untuk pihak Berikat.

Mereka berdua merancang untuk mengumpul bukti untuk menunjukkan tawanan perang diseksa oleh Tentera Kebangsaan India (INA) yang disokong pihak Jepun. Menyamar sebagai penjual sayur, Encik Boudewyn membuat hubungan setiap hari dengan sumber dalaman di ibu pejabat INA.

Hubungan ini akan memberinya dokumen sulit bernilai dengan menyoroknya dalam sayur-sayuran "busuk", untuk dikembalikan kepada Encik Boudewyn dan disembunyikan dalam pembawa basikalnya.

Kata Encik Boudewyn dalam suatu wawancara: "Meninggalkan kem dengan dokumen-dokumen tersebut memang amat berbahaya. Saya akan meletak basikal saya di tepi bangsal penjaga dan menunduk dengan rendah sekali dan ia betul-betul menggembirakannya.

"Setelah diraba periksa, saya dibenarkan pergi... Nampaknya jika seseorang bersikap menyerah dan menurut perintah terhadap pengawal, anda mungkin tidak akan disyaki!"

Encik Boudewyn mempertaruhkan nyawanya untuk mendapat dokumen perang sulit semasa Perang Dunia II daripada tentera Jepun. [Foto: Koleksi Halford Boudewyn, ihsan NAS]

Dalam bukti yang diperolehnya, terdedah rancangan Jepun untuk menyerang India melalui Burma, dan risikan penting ini disampaikan kepada pihak Berikat melalui saluran pengintip yang lain. Jepun melancarkan pencerobohan ke atas India pada Mac 1944, dan ditewaskan hanya empat bulan kemudian.

Encik Boudewyn meneruskan kerja perisikannya apabila dia menyertai semula pasukan polis (ketika itu di bawah kawalan pihak Jepun). Menyembunyikan dua radio daripada set wayarles yang dirampas daripada rakyat, beliau mendengar siaran berita daripada pihak Berikat dan menyampaikan berita itu kepada kem tawanan perang dengan bantuan kenalannya di INA.

Selepas perang, Encik Boudewyn dianugerahkan Pingat Polis Kolonial untuk khidmat baktinya daripada Gabenor Franklin Gimson pada 1948.

Ketua Inspektor Halford Boudewyn ketika itu menerima Pingat Polis Kolonial (Perak) daripada Gabenor Singapura, Sir Franklin Charles Gimson, pada 1948. [Foto: Koleksi Halford Boudewyn, ihsan NAS]

Beliau meneruskan perkhidmatannya dalam pasukan polis selama dua dekad lagi dan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Penguasa Polis. Pada 1968, beliau dianugerahkan Pingat Bakti Setia (Anugerah Perkhidmatan Lama) daripada kerajaan Singapura dan bersara pada 1970-an.

Encik Boudewyn meninggal dunia pada April 1998 ketika berusia 77 tahun.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
15 Feb 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
15 Feb 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
15 Feb 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
15 Feb 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
15 Feb 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
15 Feb 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
15 Feb 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
15 Feb 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
15 Feb 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
15 Feb 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.