MEMIKUL SENJATA DEMI RAKYAT

jul19_fs3-1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/jul19_fs3-1a.jpg?sfvrsn=2d621301_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIKUL-SENJATA-DEMI-RAKYAT
MEMIKUL SENJATA DEMI RAKYAT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIKUL-SENJATA-DEMI-RAKYAT
01 Jul 2019 | OPS & TRAINING

MEMIKUL SENJATA DEMI RAKYAT

Ketika usia formasi Armour Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencecah 50 dan dengan bertambahnya sebuah lagi kenderaan tempur baharu kepada armadanya, PIONEER meninjau sejauh mana ia telah berkembang.

// BERITA TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文

Ketika usia formasi Armour Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencecah 50 dan dengan bertambahnya sebuah lagi kenderaan tempur baharu kepada armadanya, PIONEER meninjau sejauh mana ia telah berkembang.

Pada 9 Ogos 1969, beribu-ribu rakyat Singapura terpesona ketika menyaksikan kekuatan angkatan tentera dalam bentuk 18 kereta perisai AMX-13 di atas jalan raya City Hall dalam mobile column Perarakan Hari Kebangsaan yang pertama.

Sejak itu, formasi Armour telah "membina kekuatan setingkat demi setingkat bagi mencontohi semangat gigih perintisnya” kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di perarakan jubli emas pada 11 Jun.

Sejauh mana kekuatannya tergambar ketika formasi melancarkan armada asetnya semasa perarakan tersebut. Diadakan di Kem Sungei Gedong, ia menjadi detik yang meniup semangat semua anggota Armour dahulu dan sekarang yang berkumpul untuk mengimbau kembali dan menyaksikan kemajuan formasi sehingga kini.

Formasi Armour, seperti biasa, akan menjadi tombak SAF dalam mencapai kejayaan yang ‘Pantas dan Muktamad’.

Dr Ng berucap kepada para anggota Armour semasa perbarisan.

Bergerak mengikut masa

Hari ini, formasi Armour telah menjadi komponen utama dalam SAF untuk gabungan operasi senjata dan perang urban bagi menyediakan kuasa senjata api untuk pihak Tentera memecahkan benteng musuh.

BG Yew berharap keteguhan semangat Armour akan terus kekal pada masa hadapan.

"Kami membawa kuasa senjata api, perlindungan, mobiliti dan kejutan yang lebih berkesan ke medan perang. Kelebihan kami terletak pada perang pergerakan pantas untuk memintas pergerakan musuh dan melindungi lapangan dengan pantas," kata Ketua Pegawai Perisai Brigadier Jeneral (BG) Yew Chee Leung, 43.

Di luar medan perang, Armour berbangga kerana berada di barisan hadapan dari segi kemajuan teknologi tentera.

Untuk berada seiring dengan landskap pertempuran yang sentiasa berubah, formasi Armour memusatkan usahanya dengan aset terkininya — Kenderaan Tempur Berperisai Hunter (AFV).

Senjata yang lebih bijak, membawa maut dengan lebih berkesan

Ditauliahkan oleh Dr Ng di perbarisan menyambut ulang tahun, Hunter ialah peningkatan yang ketara berbanding Ultra M113 yang digantinya kerana ia menawarkan kuasa senjata api serta mobiliti yang lebih hebat.

Beliau berkata: "Hunter merupakan platform digital lengkap tentera berbekalkan sistem C4 (pemerintah, kawalan, perhubungan dan komputer) yang membolehkan ia berjuang bersama-sama dengan platform lain dalam SAF.

"Sinergi rangkaian ini membolehkan Hunter mengesan dengan lebih tepat dan pantas, untuk menyerang dahulu dengan sangat tepat merentasi semua kawasan."

Selain daripada keupayaan untuk berhubung dengan semua aset SAF lain di medan perang, Hunter dilengkapi dengan meriam berkaliber 30mm dan peluru berpandu anti kereta perisai yang meningkatkan kemungkinan membawa maut.

Ia juga merupakan antara AFV yang pertama memiliki kokpit tempur bersepadu. Ia membolehkan komander dan guner kenderaan mengendalikan set kawalan yang sama bagi mencapai komunikasi dan perancangan pertempuran yang lebih pantas.

Di samping sistem pengesanan sasaran dan sistem penjejakan automatik, Hunter dilengkapi dengan sistem optik komander sendiri yang membolehkannya mencari serta mengesan sasaran lain sambil guner pula menyerang sasarannya.

Direka bentuk untuk anggota tentera moden, Hunter mempunyai antara muka skrin sentuh dan keupayaan teknologi drive-by-wire yang membolehkan komander kenderaan mengambil alih tugas pemanduan apabila perlu.

Kawalan skrin sentuh menjadikan latihan lebih intuitif untuk anggota tentera zaman sekarang. Hunter juga dilengkapi kokpit tempur bersepadu untuk komunikasi pantas di antara komander kenderaan dan guner.

Perlindungan yang lebih hebat untuk anggota tentera.

Bahagian luar kenderaan ini dilengkapi dengan 13 kamera untuk pengawasan 360 darjah, membolehkan anggota beroperasi dalam persekitaran hac yang tertutup sepenuhnya.

Perlindungan dari semua sudut memberikan keyakinan kepada para anggota, kata Pegawai Waran 2 (2WO) Choo Yong Meng. Anggota berusia 38 tahun ini ialah Sarjan Mejar Kompeni (CSM) jurulatih dari Institut Latihan Armour.

"Cabaran untuk Armour ialah bertempur dalam operasi urban. Dengan pengawasan kamera 360 darjah (yang melindungi anak kapal kenderaan) di dalam Hunter, (kami boleh) bertempur dengan lebih yakin. Ia mengubah keadaan."

Reka bentuk serta buatan tempatan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan, Angkatan Tentera dan ST Engineering, Hunter dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan untuk membolehkan pengesanan awal potensi bahaya.

Bahagian luar kenderaan dilengkapi dengan 13 kamera untuk pengawasan sekeliling. Ia memberikan anggota paparan persekitaran 360 darjah kerana mereka beroperasi di dalam hac yang tertutup sepenuhnya di dalam kenderaan.

Ini termasuk memberi amaran kepada anggota tentang anomali kenderaan dan bahaya semasa pergerakan dan semasa sedang berhenti, di samping hon kecemasan, brek dan butang berhenti.

Anggota Biasa daripada kumpulan teras telah mula berlatih di atas Hunter, sementara kumpulan pertama Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) akan mula berlatih tahun hadapan. AFV baharu ini dijangka akan menggantikan Ultra M113 secara beransur-ansur untuk beberapa tahun yang akan datang.

Sekali Armour, Sentiasa Armour

Walaupun formasi mengendalikan platform yang lebih baharu dan maju, BG Yew mengingatkan bahawa para anggota yang berkhidmat dengan formasi inilah yang menjadi asas kepada kejayaannya hari ini.

Tanggungjawab melatih dan menyediakan Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi selepas pulang dari Latihan Dalam Kem (ICT) serta menerapkan komitmen yang sama dalam kalangan anggota Armour generasi seterusnya jatuh di bahu askar yang berpengalaman seperti 2WO Choo.

“Keupayaan kami lebih diserlahkan berbekalkan pengintegrasian rapat antara anak kapal dan kenderaan. Jadi kami perlu memastikan semua orang tahu tanggungjawab mereka dan menerapkan nilai integriti anggota — iaitu untuk berlatih dan bergerak keluar bersama sebagai satu keluarga," terang 2WO Choo, yang telah berada dengan Armour selama 16 tahun.

2WO Choo komited terhadap menerapkan rasa komitmen dalam para anggota khidmat negara masa kini dan masa depan.

Frasa — keelokan kereta perisai terletak pada anak-anak kapalnya — memang betul. "Ia bukannya berkaitan dengan memiliki kereta perisai yang terbaik di dunia. Ia mengenai kualiti anggota kita dan bagaimana bagusnya mereka dilatih," kata BG Yew.

"Keazaman yang membara berserta semangat kekeluargaan yang teguh — itulah maknanya menjadi sebahagian daripada Armour dan itulah yang menjadikan kami angkatan bersenjata yang berkebolehan."

 


 

Aset Armour

Sejak memperoleh kumpulan pertama kereta perisai AMX-13 pada 1969, formasi Armour telah melalui beberapa pusingan peningkatan platform.

  • Pada 1987, kereta perisai AMX-13 telah dinaiktarafkan kepada kereta perisai SM1 yang mempunyai sistem runut dan gantungan yang lebih baik.

  • Diperoleh pada awal 1970-an, Pengangkut Anggota Berperisai Ultra M113 akhirnya dilengkapkan dengan sistem senjata yang lebih baik dan dinaiktarafkan dengan enjin yang lebih berkuasa untuk meningkatkan kelajuan maksimum dan julat kelajuan sederhana.

  • Pada 1999, Kenderaan Tempur Infantri Bionix reka bentuk tempatan menyertai armada kenderaan berperisai. Lima tahun selepas itu, Pengangkut Berunut All-Terrain Bronco telah diperkenalkan untuk meningkatkan sokongan tempur dan fungsi sokongan perkhidmatan tempur dalam Armour.

  • Kereta Perisai Perang Utama Leopard 2A4 buatan Jerman telah diperoleh pada 2007 dan seterusnya dinaiktarafkan ke Leopard 2SG dua tahun selepas itu. Kereta perisai ini menggantikan kereta perisai SM1 yang terdahulu.

  • Pada 2019, Hunter AFV reka bentuk dan buatan tempatan menyertai Formasi Armour. Ini adalah platform pendigitan pertama Tentera Singapura berbekalkan suite Sistem Pemerintah, Kawalan, Perhubungan dan Komputer yang akan meningkatkan keupayaan tempur perang berangkaian Angkatan Bersenjata Singapura.


  •  

 


 

Kami Armour!

Selain daripada Kenderaan Tempur Berperisai Hunter, formasi Armour mempunyai tiga lagi aset lain — Kereta Perisai Perang Utama Leopard 2SG, Kenderaan Tempur Infantri Bionix dan Pengangkut Berunut All-Terrain Bronco. PIONEER menemubual anak-anak kapal yang mengendalikan kenderaan.

 


 

KERETA PERISAI PERANG UTAMA LEOPARD 2SG

Dari kiri: Pemuat Korporal (CPL) Bryan Mar, Komander Kenderaan (VC) Sarjan 3 (3SG) Fabian Lim, guner Korporal Kelas Pertama (CFC) Lian Ray Han dan drebar CFC Chua Yu Hao telah mengendalikan Leopard 2SG selama satu setengah tahun.

Apakah keupayaan Leopard 2SG?

CPL Mar Kereta perisai ini merupakan barisan pertahanan pertama kerana kami yang mendepani serangan untuk memecahkan pasukan musuh.

Ia boleh memusnahkan kedua-dua sasaran keras dan lembut serta mempunyai keupayaan untuk bergerak di atas permukaan bumi yang berbeza — yang menjadikan ia sangat mudah bergerak dan menyerang sasaran musuh.

Apa-apa latihan yang tidak boleh dilupakan?

CFC Lian Semasa Latihan Panzer Strike (latihan Armour dua pihak yang diadakan di Germany) pada Mac, kami berjaya menembak kepada berapa sasaran sambil bergerak. Permukaan bumi tidak rata dan kami perlu menembak pada masa yang sama, jadi banyak penyelarasan perlu dibuat antara anak-anak kapal. Latihan tersebut sangat realistik.

CPL Mar Sebagai pemuat, tugas yang paling mencabar ialah memuatkan butir peluru sambil bergerak, terutamanya apabila platform berada pada kelajuan pantas. Semasa latihan, kami terpaksa memuatkan butir peluru sebaik sahaja kereta perisai habis menembak dan anak-anak kapal perlu menyeimbangkan dan menyelaraskan pergerakan mereka.


 

KENDERAAN TEMPUR INFANTRI BIONIX

Dari kiri: Drebar Lans Korporal (LCP) De Souza John Peter, VC Sarjan 1 (1SG) Lin Zhenming dan guner LCP Calvin Ng berbangga mengendalikan Bionix.

Apakah keupayaan Leopard 2SG?

1SG Lin Bionix merupakan kenderaan tempur berperisai yang boleh memuatkan satu bahagian yang terdiri daripada tujuh orang. Dalam serangan yang dirancang serta dilaksanakan, kami selalunya melakukan serangan jarak jauh sebelum membawa kenderaan dekat dengan objektif. Kami kemudiannya menurunkan askar kami untuk menyelamatkan objektif dan bergerak ke misi yang seterusnya.

LCP Ng Dengan Bionix, menyelamatkan objektif boleh dilakukan dengan sangat pantas. Senjata utama ialah meriam kaliber 25mm dengan keupayaan memusnahkan kedua-dua sasaran perisai dan infantri. Sistem melihat yang ditingkatkan juga membolehkan kami menyerang sasaran yang berada lebih jauh dengan ketepatan yang lebih.

Apa-apa latihan yang tidak boleh dilupakan?

1SG Lin Semasa hari-hari Kadet Pakar saya, saya menyertai latihan di mana saya berada di lapangan selama beberapa hari dan bertukar-tukar peranan di dalam kenderaan. Ia meletihkan namun saya berpuas hati melihat semua orang mengetahui peranan mereka dengan baik dan bekerjasama dengan lancar.

LCP Ng Semasa latihan misi kompeni, tugas saya ialah mengawasi jalan dan menetapkan kedudukan turet agar saya dapat menyerang sebaik sahaja musuh mendekati. Apabila askar kami diturunkan, kami menggunakan sistem melihat untuk mengawasi kawasan dan menyediakan perlindungan untuk mereka. Ia sungguh mengujakan.

 


 

PENGANGKUT BERUNUT ALL-TERRAIN BRONCO

VC 1SG Arthur Wang (kanan) dan operator Bronco LCP Ganesh dari ibu pejabat Armour berbangga menjadi sebahagian daripada perayaan Armour 50.

Apakah keupayaan Bronco?

1SG Wang Bronco ialah kenderaan berunut pelbagai guna yang mengangkut anggota atau peralatan melalui pelbagai jenis permukaan bumi yang berbeza, termasuk jasad air.

Sebagai platform dipandu berunut dua kabin, ia boleh membawa sehingga 10 anggota di dalam kabin belakang. Ia juga fleksibel — anda boleh menukar kabin belakang menjadi platform yang sesuai dengan keperluan batalion.

Apa-apa latihan yang tidak boleh dilupakan?

1SG Wang Kenderaan Bronco sangat berguna dan serba boleh. Semasa penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) di Latihan Wallaby 2016, Bronco akan menghantar "mangsa” ke stesen mangsa batalion.

Ini membolehkan kami menumpukan kepada misi kerana jika Bronco tiada di situ, kami mungkin terpaksa menggunakan salah satu daripada armada kenderaan tempur untuk mengangkut mereka dan ini akan memperlahankan operasi kami.

LCP Ganesh Tahun lepas, unit ini telah diaktifkan untuk kembali ke kem dalam masa yang singkat. Ia merupakan cuti umum tetapi kami semua melaporkan diri kembali ke kem dengan pantas dan bersedia untuk operasi.

Ia sebenarnya latihan tetapi kami lega mengetahui bahawa kami benar-benar bersedia untuk sebarang kemungkinan ancaman.

 


 

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
OPS & TRAINING
01 Jul 2019

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.