MEMBINA ANGKATAN TENTERA YANG LEBIH KUKUH UNTUK MASA DEPAN: BG NEO

DSC_0646_ed https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/dsc_0646_ed6de442dd-61cd-41c8-921f-3e1a8a942861.jpg?sfvrsn=a0b6df30_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBINA-ANGKATAN-TENTERA-YANG-LEBIH-KUKUH-UNTUK-MASA-DEPAN-BG-NEO
MEMBINA ANGKATAN TENTERA YANG LEBIH KUKUH UNTUK MASA DEPAN: BG NEO https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBINA-ANGKATAN-TENTERA-YANG-LEBIH-KUKUH-UNTUK-MASA-DEPAN-BG-NEO
26 May 2022 | COMMUNITY

MEMBINA ANGKATAN TENTERA YANG LEBIH KUKUH UNTUK MASA DEPAN: BG NEO

Brigadier Jeneral (BG) Ketua Tentera Darat David Neo berkongsi perancangan Tentera Singapura untuk mengubah kaedah latihan dan membentuk keupayaan generasi seterusnya, dengan lebih banyak aktiviti disambung semula apabila Singapura beralih ke fasa endemik COVID-19.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

BG Neo berkata bahawa Tentera Darat merancang untuk mengukuhkan operasi semasa dan mengubah latihan askar ketika Singapura beralih ke fasa endemik, iaitu hidup dengan COVID-19.
English 华文
English 华文

Membawa balik latihan luar negara yang berskala besar, memperkukuh operasi semasa dan mengubah cara askar berlatih – ini adalah di antara beberapa rancangan Tentera Singapura pada tahun ini.

"Kami telah muncul daripada pengalaman COVID-19 dengan lebih teguh, dan masih lagi banyak kerja yang perlu dikendalikan untuk menyediakanj Angkatan tentera yang kuat untuk Singapura – bukan sahaja kuat pada masa kini hari ini malahan lebih kuat lagi untuk masa depan," kata BG Neo, yang bercakap dengan  media di Bangunan F1 Pit pada 25 Mei, sebelum  Rumah Terbuka Tentera Darat yang bakal dibuka kepada orang ramai dari 28 hingga 30 Mei.

Sebuah Kereta Kebal Tempur Utama Leopard 2SG menyertai latihan tembakan langsung dengan Angkatan Tentera Jerman semasa Latihan Panzer Strike 2022 pada bulan Mac. [Foto: Angkatan Tentera Singapura]

Latihan luar negara disambungkan semula

Usaha untuk menyambung semula latihan luar negara telah bermula akhir tahun lalu dengan Latihan Forging Sabre di Amerika Syarikat. Latihan itu menandakan beberapa yang peristiwa pertama, termasuk penyertaan sulung Kesan dan Serang Ibu Pejabat (HQ SS). HQ SS menyepadukan kecerdasan taktikal Tentera Darat dan keupayaan menembak, yang merangkumi Radar Pengesan Senjata TPQ-53 yang baharu.

Satu lagi latihan berskala besar, Latihan Panzer Strike, dikendalikan di Jerman pada Mac ini.

Pada lewat tahun ini, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menyambung semula Latihan Wallaby tahunan di Shoalwater Bay, Australia, di mana lebih daripada 2,700 askar dijangka akan mengambil bahagian, kata BG Neo.

Radar Pengesan Senjata TPQ-53 baharu Tentera Darat membuat penampilan sulungnya di Latihan Forging Sabre pada September lalu.

Berhampiran dengan kawasan rumah pula, penglibatan dan latihan dua hala juga telah dimulakan dengan latihan peringkat briged bersama-sama Tentera Darat Indonesia pada November lalu dan latihan peringkat batalion bersama Tentera Darat Malaysia awal tahun ini.

"Latihan ini adalah penting kerana ia membolehkan kami belajar daripada rakan-rakan kongsi kami dan mengukuhkan usaha saling kendali. Malahan yang lebih penting, apabila askar-askar kita mengambil bahagian dalam latihan ini, pada masa itulah mereka akan tahu walaupun kami adalah tentera warganegara kerahan, askar-askar kami juga sama bagus, mungkin juga lebih bagus, daripada rakan sejawat mereka di negara lain," kata BG Neo.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara sedang menjalani latih tubi ulang kaji SAR 21 semasa latihan mobilisasi pada bulan Mac. [Foto: Angkatan Tentera Singapura]

Di peringkat tempatan, Tentera Darat menjalankan latihan mobilisasi berskala besar yang pertama sejak permulaan COVID-19, pada Mac tahun ini, dengan panggilan semula lebih daripada 2,000 Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen) Sedia Beroperasi.

BG Neo menyatakan bahawa semua penyambungan semula latihan akan dilakukan secara terancang dan ditentukur, dengan masa tambahan diberikan kepada unit untuk membina secara progresif untuk latihan dan senaman ini.

Pasukan lanjutan yang lebih besar juga akan dihantar terlebih dahulu untuk memastikan tempat latihan adalah selamat dan protokol keselamatan boleh dilaksanakan.

Memperkukuh keselamatan latihan

Dengan penyambungan semula kebanyakan aktiviti, aspek keselamatan adalah sesuatu yang dipandang berat oleh angkatan Tentera, tambah BG Neo.

"Adalah kewajipan dan tugasan setiap panglima untuk memastikan setiap askar yang memasuki pintu pagar kami, pulang sebagai askar yang lebih baik."

Tentera Darat sedang mendigitkan insiden masa lampau dan kejadian nyaris supaya kesilapan yang sama tidak akan diulangkan, dan untuk nilai keselamatan melangkaui generasi. Contohnya, App SafeGuardian membolehkan askar-askar memfailkan laporan tentang bahaya atau isu keselamatan semasa dalam perjalanan dengan pantas dan mudah– setakat ini, lebih daripada 60 peratus laporan keselamatan diserahkan melalui aplikasi mudah alih sehenti ini.

Angkatan Tentera akan terus memanfaatkan simulator canggih untuk mengasah kemahiran askar dengan lebih berkesan.

Memanfaatkan teknologi untuk melatih

Angkatan Tentera Darat juga sedang meneliti simulator dan sains data untuk meningkatkan latihan.

Teknologi simulasi membantu mengatasi had latihan dan menjana "perkara yang tidak dapat kami tiru dalam kehidupan sebenar, dan untuk menghubungkan unit berbeza merentasi negara dalam binaan maya langsung," jelas BG Neo.

Contohnya, terima kasih kepada teknologi simulasi, latihan maya yang boleh diadakan serentak di antara satu briged di Australia dan satu lagi di Singapura kerana data boleh dihantar dalam beberapa minit.

PX baharu, yang menggantikan 5BX (lima latihan asas) yang telah dijalankan semenjak 1970an, bertujuan untuk membantu askar meningkatkan prestasi dan mengurangkan potensi risiko kecederaan.

Tentera Darat kini sedang beralih ke arah pendekatan latihan data berasaskan sains. Umpamanya, Latihan Prahabilitasi (PX) yang diperkenalkan pada Oktober lalu bertujuan untuk membantu askar meningkatkan prestasi mereka. Set latihan dan regangan pengukuhan teras ini juga telah mengurangkan potensi risiko kecederaan sebanyak lebih daripada 60 peratus.

Selaras dengan peningkatan prestasi askar-askar, Pusat Ketahanan Haba dan Prestasi baharu akan dilancarkan pada hujung tahun ini, kata BG Neo. Dengan memanfaatkan teknologi dan sains, pusat ini akan membolehkan Tentera Darat mengkaji kesan jangka panjang perubahan iklim dan peningkatan haba persekitaran terhadap askar, latihan dan operasi.

Menyokong langkah Singapura ke arah menjadi Negara Pintar, Tentera Darat juga telah mewujudkan pelbagai usaha pendigitan untuk menjimatkan masa, menambahbaik kecekapan operasi dan menyediakan pengalaman yang tak berkelim untuk askar-askar.

Rangkaian daripada kem pintar dan rumah masak pintar kepada gedung senjata automatik dan sistem pengambilan kehadiran digital. BG Neo berkata dengan adanya inisiatif teknologi baharu ini, Tentera Darat bertujuan untuk menjimatkan masa satu jam bagi setiap askar dengan mengurangkan transaksi manual.

Tidak lama lagi, pengisian borang secara manual semasa mengambil senjata akan menjadi perkara yang lama dengan tersedianya gedung senjata automatik. [Foto fail]

Kepuasan yang bermakna bagi askar

Untuk memberi lebih rasa kepuasan kepada askar, Tentera Darat sedang berikhtiar untuk bergerak melepasi mengkategorikan sama ada seorang askar itu sesuai untuk tempur dan sebaliknya, mentakrifkan setiap askar sebagai boleh dikerahkan.

Contohnya, dengan pengenalan penilaian fungsian untuk pengendali pengangkutan tahun lepas, seramai 100 lagi askar telah layak untuk peranan itu. Lanjutan daripada kejayaannya, Tentera Darat akan memperluas penilaian fungsian bagi kerjaya baharu dan mereka bentuk pekerjaan yang baharu. Ini bererti memperluas pengerahan 1,600 Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa merentasi 89 pekerjaan dalam Angkatan Tentera.

Begitu juga, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang bertugas sebagai jururawat di hospital akan dihantar untuk bertempur dalam unit perubatan. Rancangan juga telah disediakan untuk menempatkan semula sebanyak 200 Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa ke bidang kemahiran khusus.

"Bukan sahaja kami lebih efektif dalam operasi, malahan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa kami juga memperoleh kepuasan yang lebih mendalam semasa menjalani latihan dalam kem mereka," kata BG Neo.

BG Neo, yang bertugas sebagai pegawai Komando, mengambil bahagian dalam terjun bebas bersama-sama Red Lions pada 25 Mei.

Meraikan ulang tahun Perkhidmatan Negara ke-55

Sempena memperingati ulang tahun Perkhidmatan Negara ke-55 (NS) Tentera Darat, BG Neo mengiktiraf dan mengucapkan rasa terima kasih terhadap pengorbanan setiap anggota NS.

Menyentuh tentang tema NS55 – "Generasi Kekuatan" – BG Neo menjelaskan bahawa ia adalah tentang komitmen generasi terhadap pertahanan Singapura, untuk tampil ke hadapan dan sanggup berkorban untuk mengetepikan keperluan segelintir orang demi keperluan ramai.

"Perkhidmatan Negara adalah amat penting bagi Singapura – ia adalah cara sebuah negara kecil dalam dunia yang tidak menentu mampu mempertahankan dirinya. Ia juga merupakan etos sepunya, persefahaman sepunya dan ruang sepunya (di mana) kita semua boleh bersatu-padu," jelas BG Neo.

"Ini adalah sesuatu yang harus dipertahan dengan rasa cemburu di samping menguatkan, memupuk dan membinanya secara berterusan."

Beliau juga menggesa warga Singapura agar menyertainya dengan meluahkan penghargaan mereka kepada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara:

"Cari tiga Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang anda tidak kenali dan ucapkan 'terima kasih atas perkhidmatan anda.'

"Walaupun ia suatu perkara yang mudah dilakukan, namun ia cukup bermakna kepada mereka."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
26 May 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
26 May 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
26 May 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
26 May 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
26 May 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
26 May 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
26 May 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
26 May 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
26 May 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
26 May 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.