PEOPLE
MEMBENTUK KEHIDUPAN PENGAWAL
28 Jun 2023
Pegawai Pengawal ini memberi kasih sayang yang TEGAS (baca: latihan) untuk anggota tenteranya. Dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel Kanan pada 1 Jul, beliau bersedia untuk menangani lebih banyak cabaran.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kadet Pakar (SCS), Pusat Latihan Pengawal dan batalion Pengawal.
Tetapi apabila disoal tentang detik paling memuaskan hati dalam kerjaya ketenteraannya setakat ini, jawapan Leftenan Kolonel (LTC) Mohammad Jawahir bin Samuri adalah mengejutkan: Setiap kali bekas anggota tenteranya terserempak dengannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana meninggalkan kesan positif pada kehidupan mereka.
"Inilah detik-detik yang paling saya hargai dan memberi kepuasan dalam pekerjaan saya," kata pegawai berusia 42 tahun itu.
Beliau berkongsi secara berterus-terang bekas anggota-anggota tenteranya selalu mengatakan dia seorang pegawai yang tegas. "Tetapi saya perasan, selama bertahun-tahun, mereka sudah tahu niat sebenar saya ketika itu.
"Saya harus tegas bila perlu, untuk mengekalkan disiplin dan standard latihan. Tetapi adakalanya saya perlu melatih mereka mengguna pendekatan yang lebih lembut untuk mendapatkan hasil (latihan)."
LTC Jawahir akan dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel Kanan pada 1 Jul. Beliau adalah antara 765 anggota beruniform dari ibu pejabat MINDEF, Angkatan-angkatan Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Perkhidmatan Digital dan Perisikan yang akan dinaikkan pangkat tahun ini.
Pada masa ini LTC Jawahir menyandang jawatan Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Pengawal serta Batalion ke-795, Pengawal Singapura (795 Gds).
Di Pusat Latihan Pengawal, beliau menyelia reka bentuk dan semakan latihan Pengawal seperti Kursus Penukaran Pengawal dan latihan pengendali Kenderaan Penyerang Ringan. Beliau memastikan latihan itu selamat dan pada masa yang sama, menepati keperluan operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Apabila disoal berkaitan perasaannya tentang kenaikan pangkatnya, LTC Jawahir menjawab: "Kenaikan pangkat ini menunjukkan SAF percaya pada saya, (dan saya bersedia) untuk memikul tugasan yang lebih mencabar.
"Setentunya saya ingin menjalankan tugas semasa saya dengan lebih baik – sentiasa menambahbaikkan sistem latihan kami, hasil latihan, budaya kerja dan kualiti jurulatih kami."
Memimpin batalion NS
LTC Jawahir mengambil alih 795 Gds pada November 2019, hanya beberapa bulan sebelum COVID-19 melanda Singapura.
Langkah-langkah penjarakan sosial semasa pandemik umpama melemparkan sepana dalam kerjanya; kebanyakan mesyuarat dan penyelarasan unit harus dilakukan dalam talian, dan Latihan Dalam Kem (ICT) pertama mereka untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi pada 2021 terpaksa dibatalkan.
"Syukur, pada tahun lepas, kami berjaya mengendalikan ICT pertama kami. Saya berasa amat bangga dan terdorong dengan komitmen yang dipaparkan oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi saya kerana mereka telah melakukannya dengan baik semasa ICT."
Rasa tujuan
Tugasan seorang Anggota Tentera Tetap memang sukar – latihan memang menjerihkan dari segi fizikal dan mental, dan waktu bekerjanya panjang. Apa yang mendorongnya untuk terus maju adalah rasa tujuan untuk melundungi negaranya.
Isterinya juga merupakan tunggak sokongan utamanya, katanya lagi. Pada 2013, apabila anak ketiganya dilahirkan, isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keluarga, supaya LTC Jawahir dapat menumpukan lebih masanya pada kerjaya ketenteraannya.
Apabila disoal tentang kegemarannya menjadi Pengawal, matanya bersinar-sinar, dan beliau terus bercerita panjang lebar tentang pelbagai jenis latihan Pengawal, seperti mengendalikan Kenderaan Penyerang Ringan, heli-rappelling dan operasi kapal ke pantai.
"Ini adalah latihan yang sangat berbeza daripada infantri, dan ini menjadikannya lebih menarik untuk saya!" katanya.
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

