Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10dec20_news1-59dddc851-d3f9-4770-b819-f42e3a133582.jpg?sfvrsn=4ef24fb3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MARA-KE-HADAPAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MARA-KE-HADAPAN
MARA, KE HADAPAN!
10 Dec 2020 | OPS & TRAINING

MARA, KE HADAPAN!

LIHATLAH PEMANDANGAN DARI PULAU TEKONG DI MANA REKRUT SEDANG MENJALANI KAWAD LALUAN AKHIR SEBELUM MENAMATKAN LATIHAN SEBAGAI ASKAR ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA.

Pada 3 Disember, lebih daripada 3,000 rekrut menjalankan kawad laluan sepanjang 24km, menandakan tamatnya Latihan Asas Tentera (BMT) mereka.

Kawad laluan yang lazimnya berlangsung dari Changi ke Marina Bay sejak 2010, kini dijalankan di Pulau Tekong sebagai langkah-langkah keselamatan terhadap COVID-19.

Walaupun hujan lebat turun pada lewat petang, kawad masih diteruskan tanpa melengahkan masa. Inilah kemuncak latihan kemahiran asas tentera selama sembilan minggu - yang dijalankan dengan langkah-langkah pengurusan keselamatan yang ketat, di tengah-tengah pandemik.

3 DIS, 5.30PM

Di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), rekrut-rekrut menerima taklimat pentadbiran mereka di barisan kompeni mereka sebelum bergerak ke titik permulaan kawad laluan.

Sebagai langkah-langkah penjarakan selamat, lima Sekolah BMTC telah dibahagikan kepada 18 kompeni mereka sebelum mula berkawad. Walaupun setiap Sekolah tidak melengkapkan kawad bersama, namun semangat mereka tinggi di peringkat platun.

"Saya berasa teruja untuk mengakhiri perjalanan BMT ini bersama rakan sepasukan dan rakan sekelas saya. Sarjan dan pengajar kami akan berkawad bersama, menjadikan ia penanda terakhir bagi kami semua di BMT," kata Rekrut (REC) Sharven Raaj, 20, sebelum memulakan kawadnya.

Setelah menerima taklimat pentadbiran, rekrut wanita dari Platun 4 Kompeni Raven maju berkawad dari barisan kompeni mereka ke titik permulaan kawad laluan. Rekrut memakai pelitup sepanjang masa sehingga aktiviti pemanasan badan dijalankan sebelum mereka mula berkawad.
Bersenjatakan senapang mereka, pek lapangan dan bayangan sorak-sorai yang telah merangsangkan mereka sepanjang malam, rekrut maju berkawad dari Dataran Perbarisan Tekong menuju ke arah hutan.

3 DIS, 7PM

Gelombang yang lebih kecil bererti tempoh menjalankan kawad laluan adalah lebih panjang. Tranche pertama dimulakan pada 5.30 pm manakala yang terakhir pula akan bergerak lebih kurang tiga jam kemudian.

Walaupun dengan langkah-langkah ini, standard latihan masih diketatkan. Sebelum kawad akhir 24km mereka, rekrut muda mungkin sudah melengkapkan lima kawad laluan lain, secara berperingkat dari 4km.

Di dataran perbarisan, panglima memberi ceramah kepada Kompeni mereka, mengingatkan rekrut untuk saling prihatin terhadap rakan seksyen mereka semasa menjalankan kawad akhir.


Rekrut Kompeni Apache sedang memanaskan badan sebelum mula berkawad. Mereka adalah di antara gelombang rekrut terakhir untuk berkawad.
"1, 2, 3, 4, regang." Rekrut mengetuai kompeninya dengan senaman regang bahu dan punggung sambil menyorak pengiraan bersama sebelum mula berkawad.
Hari bertukar malam apabila kelompok rekrut terakhir maju ke titik permulaan sebelum memulakan kawad laluan mereka.

3 DIS, 9PM

Laluan di sekitar Pulau Tekong dihiasi dengan lima tempat berehat di setiap 4km untuk rekrut berehat.

Rekrut hampir melengkapkan separuh perjalanan kawad mereka di tempat berehat 8km, yang terletak di padang terbuka yang gelap jauh ke arah barat laut di hujung Tekong.

Mereka telah berjaya mengharungi bahagian-bahagian yang paling sukar - 8km pertama menerusi hutan gelap gelita dan kawasan berlumpur. Mereka hanya perlu bertahan untuk meneruskan perjalanan.


Rekrut tiba di tempat berehat di padang gelap di hujung barat laut Tekong, kira-kira 8km dari titik permulaan kawad mereka di BMTC.
Rekrut menghidratkan diri dengan perarakan air. Mereka juga diberi snek seperti bar coklat untuk memulihkan tenaga di tempat berehat.
Walaupun ahli keluarga dan rakan-rakan tidak hadir untuk memberi sorakan, namun (seperti masa kawad berlangsung di tanah besar Singapura), kehadiran mereka masih dirasai melalui pesanan yang menggalakkan yang ditayang di kedua-dua tempat berehat sepanjang kawad laluan.

4 DIS, 1.30AM

Rekrut sudah berkawad hampir lapan jam dari saat mereka tiba di tempat berehat di Kem Rocky Hill.

Masa rehat selama 30 minit membantu mengobarkan semangat mereka sambil merehatkan kaki yang letih dan memulihkan tenaga mereka dengan minuman isotonik dan makanan ringan. Video yang menggalakkan dari ahli keluarga dan panglima juga ditayangkan di tempat berehat 8km dan 20km untuk memberi mereka semangat.

"Strategi saya untuk 24-klik adalah untuk betul-betul berfokus pada perbualan sesama rakan, pada persekitaran kami dan tidak pada keletihan saya," kata REC Tashi Yeow, 18.

"Rakan seksyen memang banyak memberi saya motivasi memandangkan apa yang telah kami lalui bersama… Bagi saya, memang hebat dapat mengakhiri (perjalanan ini) dengan penuh bersemangat,” katanya lagi.


Kompeni bersorak gembira setelah menerima minuman sejuk di tempat berehat 20km mereka.
Rekrut bergerak dari tempat berehat mereka di Kem Rocky Hill sesudah berehat dan bertenaga untuk menamatkan kawad akhir mereka.

4 DIS, 3AM

Rekrut berkawad pulang ke Kem Ladang dengan penuh bersemangat melihat titik akhir kawad laluan mereka. Mereka menikmati saat-saat terakhir bersama rakan sekelompok, mengenang pengalaman sepanjang sembilan minggu yang paling mencabar.

Lebih teruja daripada letih, rekrut pulang ke Kem Ladang untuk melengkapkan kawad mereka.
Di Dataran Perbarisan Tekong, rekrut melakukan senaman regang sebelum menyiapkan diri untuk perarakan tamat kursus mereka.

4 DIS, 4AM

Walaupun tanpa sorakan rakan-rakan dan keluarga, suasana di dataran perbarisan ini masih meriah menunggu rekrut bersedia untuk perarakan tamat kursus mereka.

Panglima Sekolah 3 BMT, Leftenan Kolonel Mohd Nizam Bin Yahya (kanan), memberi anugerah "Rekrut Terbaik Kompeni" kepada REC Redden. Setiap majlis tamat kursus diadakan pada tahap Kompeni, bukannya sebagai kohort sepenuhnya.

"Kami berasa amat lega dapat melengkapkan kawad (24km). Tiada yang tersisih, dan saya gembira seluruh platun kami berjaya, "kata REC Ethan Peter Redden, 19, yang menerima anugerah “Rekrut Terbaik Kompeni”dalam Kompeni Raven.

Sambil mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekelompoknya, dia berkata: "Berat bagi saya untuk mengucapkan selamat tinggal kerana hampir setiap hari kami ada bersama. Tetapi saya rasa hubungan ini akan berkekalan.

"Kami akan cuba bertemu pada hujung minggu kerana kami telah menjalin ikatan khas di sini."

Rekrut melafazkan ikrar SAF. Perarakan tamat kursus mereka dijalankan sebelum fajar menyingsing pada 4 Disember tanpa kehadiran tetamu.
POP loh! Rekrut melemparkan topi joki mereka ke langit, menandakan tamatnya kursus BMT mereka.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
10 Dec 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.