MANFAATKAN SUMBER YANG KURANG, SAF RANCANG PLATFORM DAN TEKNOLOGI PINTAR: DR NG

infographic-building-nxt-gen_edited https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/infographic-building-nxt-gen_edited.jpg?sfvrsn=a9e07040_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MANFAATKAN-SUMBER-YANG-KURANG-SAF-RANCANG-PLATFORM-DAN-TEKNOLOGI-PINTAR-DR-NG
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MANFAATKAN-SUMBER-YANG-KURANG-SAF-RANCANG-PLATFORM-DAN-TEKNOLOGI-PINTAR-DR-NG
MANFAATKAN SUMBER YANG KURANG, SAF RANCANG PLATFORM DAN TEKNOLOGI PINTAR: DR NG
30 Jun 2018 | OPS & TRAINING

MANFAATKAN SUMBER YANG KURANG, SAF RANCANG PLATFORM DAN TEKNOLOGI PINTAR: DR NG

// Laporan Thrina Tham & Teo Jing Teng

// Gambar PIONEER Photographers

Barisan kepimpinan semasa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) perlu berpegang pada semangat perintis mereka dan membangunkan SAF yang mampu untuk melindungi generasi akan datang.

Ini merupakan perkara utama yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam satu temubual pada 29 Jun, sebelum Hari SAF yang jatuh pada 1 Jul setiap tahun, di mana beliau membentangkan strategi untuk SAF pasca tahun 2030.

"Bagi melindungi generasi warga Singapura yang akan datang, bagi melindungi Singapura (pada masa akan datang)… kami mesti merancang untuk jangka panjang, kami mesti merancang lebih awal," tegas Dr Ng.

Menegaskan bahawa tentera sedang menghadapi unjuran pengurangan satu pertiga dalam tenaga kerja disebabkan oleh kadar kelahiran yang semakin menurun, beliau menyatakan: " SAF akan melakukan lebih banyak perkara, walaupun apabila kami mempunyai sumber yang kurang.

"Terdapat dua strategi utama untuk perkara ini … platform yang (kami) peroleh untuk SAF dibangunkan dengan menggunakan teknologi pintar."

Memaksimumkan sumber dengan teknologi pintar

SAF perlu menggunakan teknologi pintar bagi menguatkan keberkesanannya dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja, ujar Dr Ng.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk berinovasi, Tentera Singapura telah menubuhkan Hab Penyelenggaraan Ke Hadapan Bersepadu (iFMH) di mana kerja penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan yang dijejaki akan disatukan di Kem Sungei Gedong.

Sebelum ini, kenderaan perlu dibawa ke bengkel Sistem Darat ST Engineering di Jurong. Dengan penubuhan hab pada bulan Mac ini, tenaga kerja bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan telah dikurangkan sebanyak 20 peratus; manakala jangka masa jumlah pembaikan telah dipendekkan sebanyak separuh – dari purata 24 hari kepada 12 hari.

Ketua Pegawai Penyelenggaraan dan Kejuruteraan dari Sokongan Penyelenggaraan dan Kejuruteraan Ibu Pejabat, Pakar Tentera (ME) 6 Tan Mu Yen menyatakan: "Kami mahu menganjurkan semua fungsi sokongan penyelenggaraan yang berkaitan dan mereka bentuk semula aliran kerja bagi mengurangkan masa henti pentadbiran."Perkara ini (mengurangkan) pembaziran masa, mewujudkan peluang bagi keuntungan produktiviti."

Contoh-contoh lain termasuk usaha ke arah membangunkan kem-kem SAF yang pintar, dan juga aplikasi Latihan Dalam Kem (ICT) Pintar bagi menambah pengalaman ICT.

"Jika anda berjalan melalui kem, saya seharusnya dapat mengenali anda dengan pengecaman wajah …sama apabila anda pergi ke tempat memasak dan apabila anda pergi ke armskote (tempat menyimpan senjata). Saya seharusnya dapat mengetahui siapa yang (telah) memulangkan senjata (senjata yang dikeluarkan) dan sama ada senjata tersebut bersih atau tidak, dengan cara elektronik," Dr Ng mengulas lanjut.

Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) juga tidak lama lagi akan dapat menguruskan jadual mereka dengan lebih cekap menggunakan aplikasi ICT Pintar, di mana mereka boleh mengakses program latihan ICT mereka sehingga 6 bulan terlebih dahulu.

Aplikasi yang sedang menjalani ujian dan dirancang pelancarannya pada tahun 2019 juga akan memberikan rekod dan angka kehadiran NSmen kepada komander di bawah tanggungjawab mereka.

Menyatakan usaha meningkatkan penggunaan teknologi pintar di SAF, Dr Ng menegaskan: “SAF generasi akan datang mesti menangani jangkaan warga Singapura generasi akan datang. Itulah yang sedang kami cuba lakukan."

Ruang khusus untuk berinovasi

Dr Ng juga menyatakan penciptaan kotak pasir bagi memanfaatkan teknologi dan mendorong inovasi. Salah satu inisiatif tersebut oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) adalah Launchpad iADOC (Perintah Pertahanan dan Operasi di Udara), yang telah dilancarkan pada 22 Mac.

Terletak di Kem Chong Pang, kemudahan itu telah merealisasikan projek dalaman termasuk alat cetakan 3D, aplikasi telefon pintar untuk Jurutera Tentera Udara dan Sistem Pemantauan Rangkaian Jauh 24/7 yang menyemak status sambungan aset-aset RSAF.

Jelas Ketua Pasukan Projek iADOC Kapten Ramakrishnan: "Kami harap anggota tentera udara lelaki dan wanita kita boleh datang ke sini dan menjalankan eksperimen, menguji idea mereka dan membawa aplikasi mereka kembali ke unit masing-masing."

"Dalam tempoh tempoh tiga bulan yang singkat, kita telah mempunyai projek (yang telah memanfaatkan unit)," tambah Pegawai Perang di Udara (Perintah, Kawalan & Komunikasi).

Salah satu projek di iADOC ialah cetakan 3D muncung bahan api bagi memenuhi mulut tong minyak yang digunakan untuk menahan sama ada minyak diesel atau petrol, untuk memastikan bahawa jenis bahan api yang betul sahaja memasuki tong minyak yang berkenaan.

Tentera yang lebih pantas, lebih berkeupayaan

Mengenai perolehan platform yang lebih baik, Dr Ng menyatakan bahawa bilangan kenderaan yang dijejaki dan beroda akan digandakan sepanjang tempoh dekad akan datang.

Ini akan termasuk Kenderaan Tempur Bersenjata Generasi Akan Datang yang dijangka tiba tahun depan. "Saya rasa ia akan menjadi tumpuan utama Tentera generasi akan datang ini. Ia akan menggantikan platform kami yang telah dimamah waktu, ULTRA M113 kita, yang telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik," puji Dr Ng.

Kenderaan baru akan berupaya untuk melepaskan tembakan semasa bergerak dan memerlukan kurang 20 peratus tenaga kerja untuk dikendalikan. Ia akan diiringi oleh Meriam Katak (Howitzer) Generasi Akan Datang, sistem senjata 155mm automatik sepenuhnya yang akan mempunyai kadar kuasa menembak yang lebih tinggi dan memerlukan krew seramai tiga orang – berbanding dengan sembilan orang krew bagi FH-2000 yang digunakan sekarang, juga dikenali sebagai Field Howitzer 2000

Dr Ng menyatakan: "Tentera generasi akan datang akan lebih pantas, berat (dan) lebih berbahaya (di medan perang)."

Membina tentera laut moden

Tentera Laut Republik Singapura (RSN) juga akan menambah armadanya dengan platform lebih canggih. Atas sebab itu, ia akan menggantikan Korvet Peluru Berpandu dengan Kapal Tempur Pelbagai Peranan (MRCV) menjelang tahun 2025. Korvet peluru berpandu telah beroperasi sejak tahun 1989.

MCRV akan bertindak sebagai "kapal induk" dengan pemandu dan akan dilengkapi dengan sistem tanpa pemandu, seperti dron, bagi meningkatkan keupayaannya.

Ia akan memainkan peranan penting dalam membantu RSN melihat lebih jauh semasa memantau laluan perdagangan di laut, jelas Ketua Operasi Tentera Laut Laksamana Muda Ken Cheong.

Beliau menyatakan: "Apa yang penting adalah apa yang boleh anda lihat, jadi kapal ini membenarkan kita memandang ke hadapan (menggunakan sistem tanpa kawalan manusia). 

"Dalam istilah yang mudah, (keupayaan bermaksud bahawa) kita berupaya untuk meletakkan kamera pengawasan di laut...Jadi kitab oleh mencetuskan tindak balas awal terhadap sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," beliau menerangkan.

"(Kita akan memiliki) seluruh rangkaian kamera pengawasan ini yang kita boleh bawa ke laut untuk meninjau pada kawasan yang lebih besar, dalam cara yang menjimatkan wang."

Tambahan pula, kapal selam kelas Archer dan Challenger RSN akan digantikan dengan empat kapal selam baru Jenis 281SG. Kapal selam baru ini akan menjadi kapal selam binaan pertama Singapura yang direka bentuk khas bagi memenuhi keadaan pengendalian RSN yang unik. Ia dijadualkan dihantar mulai tahun 2021 ke atas.

Dr Ng menyatakan: "Kapal selam baru kami akan mewakili peningkatan yang besar dalam keupayaan bawah permukaan – dengan daya tahan lebih lama 50 peratus dan pastinya lebih berbahaya."

Tentera Laut juga akan menggantikan Tangki Kapal Pendaratan (LST) dengan Kapal Pelbagai Misi Bersama (JMMS), yang mempunyai keupayaan muatan dua kali ganda berbanding LST. JMMS akan menambah keupayaan RSN bagi membawa barangan bantuan semasa misi bantuan bencana dan juga terlibat dalam operasi menentang lanun.

Mengekalkan keunggulan di udara

Pasukan tentera udara ialah aset strategik yang penting dan Singapura mereka terus menjadi salah satu pasukan tentera udara yang paling berkeupayaan di rantau ini, tegas Dr Ng.

Jet-jet pejuang F-16 Pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), yang telah beroperasi selama 30 tahun, sedang menjalani naik taraf pertengahan hayat dan akan menjadi usang selepas tahun 2030. 

Tatkala pasukan ketenteraan lain bersiap sedia untuk menamatkan perkhidmatan F-16 mereka, SAF telah pun mula merancang penggantiannya dan akan membuat keputusan muktamad dalam beberapa bulan yang akan datang, Dr Ng membuat pengumuman.

Dalam memilih alternatif, Dr Ng menyatakan bahawa SAF akan mempertimbangkan: kemampuan jet dalam mempertahankan ruang udara Singapura; sama ada ia boleh bekerjasama dengan platform udara, darat dan laut SAF yang lain; kemudahan penyelenggaraan; serta kos keseluruhan.

RSAF juga akan menggantikan dan pesawat utiliti dan pengisian minyak di udara KC-135R dengan Pesawat Pengangkutan Kapal Tangki Pelbagai Peranan A330 baru, yang akan tiba tidak lama lagi. 

A330 akan berupaya untuk membawa 20 peratus lebih bahan api berbanding pesawat sebelumnya, bermakna bahawa ia akan mampu mengisi minyak lebih banyak pesawat, seterusnya meningkatkan daya tahan RSAF.

RSAF juga akan memusatkan entiti-entiti yang ia perlu untuk bereksperimen, menguji, mengesahkan dan mengoperasikan konsep dan keupayaan peperangan udara baru di Pusat Peperangan Udara (lihat infografi untuk maklumat lebih lanjut).

Pengesahan keupayaan SAF

Walaupun SAF sedang bersiap sedia untuk masa hadapan, mereka telah membuktikan bahawa mereka telah bersedia untuk mendepani cabaran hari ini. Mengimbas kembali Sidang Kemuncak Trump-Kim yang telah berlangsung di Singapura, Dr Ng menegaskan bahawa kejayaan sidang kemuncak tersebut membuktikan keupayaan sistem pertahanan SAF.

"Kami telah membangunkan SAF selama lebih daripada 50 tahun. Dan walaupun tanpa peperangan sebenar atau serangan pengganas, ini merupakan (operasi) sebenar yang SAF memberikan tindak balas kepadanya. Saya andaikan dalam istilah peperiksaan, ini merupakan ujian awal, (dan) saya fikir kami telah mendapat markah 'A'."

Dr Ng menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil daripada perancangan jangka panjang, menyatakan bahawa semua aset yang terlibat dalam memastikan keselamatan Singapura telah dipilih secara berhemah.

"Dan ia membuktikan bahawa perancangan jangka panjang ini, komitmen yang padu daripada anggota perkhidmatan negara dan warga Singapuran terhadap keupayaan pertahanan kami, telah membuahkan hasil."

Keselamatan paling diutamakan

Menyentuh tentang keselamatan, Dr Ng menekankan bahawa sifar kematian latihan adalah bukan matlamat sasaran tetapi "satu norma yang akan dicapai".

"Ia menjadi keutamaan dan semua komander SAF memahaminya dan kami meneliti pelbagai proses kami, secara mendalam dan meluas, demi memastikan kami boleh (menerapkan) ini sebagai norma."

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
30 Jun 2018

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.