MAKANAN KANTIN KEM SAYA LEBIH LAZAT DARIPADA KANTIN ANDA
KAMI MEMBAWA ANDA MERENTASI EMPAT KEM DAN PANGKALAN SAF YANG MAKANAN KANTINNYA DIUAR-UARKAN OLEH ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA LELAKI DAN WANITA. KALAU MEREKA SUDAH MENGUNJUNGI GERAI YANG SAMA SELAMA BERTAHUN-TAHUN, MAKANANNYA PASTI SEDAP, KAN?
Mungkin semangkuk mi yang panas dan lazat itu memberikan kepuasan sebaik sahaja anda pulang ke darat selepas bertugas di lautan. Ataupun bila waktu pagi anda sudah terganggu dan kutlet ayam rangup itu mampu mengubah angin tak baik anda.
Kami membawa anda merentasi empat kem dan pangkalan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menjama makanan kantin yang disyorkan.
Sea Mee Again
Ia terkenal sebagai gerai mi nombor satu di Pangkalan Tentera Laut Tuas (TNB).
Diterjemah secara literal sebagai "Gerai Mee Nombor Satu Pangkalan Tentera Laut", 海军第一面馆 menjual pelbagai jenis hidangan mi daripada mi sup udang dan lor mee kepada laksa dan mi 3 jenis daging – versi bak chor mi mereka (mi daging cincang).
Setiap hidangan mi dihias atas dengan banyak bahan dengan harga $4 sahaja. Umpamanya, mi 3 jenis daging disediakan dengan lima bebola daging dan enam keping daging tanpa lemak, dan juga taburkan dengan daging cincang.
Sejak mengambil alih gerai itu daripada ibu bapanya dua tahun lalu, Stan Seet yang berusia 37 tahun telah mengubah perasa sup udang dengan menambah lebih banyak kulit udang dan kuah rusuk daging khinzir.
Ia begitu popular di kalangan pelanggan mereka – ramai anggota tentera laut berulang-alik ke gerai hanya untuk mendapatkan hidangan sup udang yang kedua.
Ujian rasa
Dengan sesudu suapan, kami sudah tahu kenapa ia begitu popular: Sup udang diperasakan dengan rasa umami yang sedap dan tidak terlalu kuat.
Kuah aromatik ini disebatikan dengan enak dalam hidangan, yang dihias atas dengan dua ekor udang tanpa kulit, tiga bebola ikan dan beberapa kepingan kek ikan dan hirisan daging.
Kami juga memesan mi 3 jenis daging dan laksa. Walaupun laksa bukanlah sesuatu yang boleh diuar-uarkan, rasa sos dalam 3 jenis daging ini penuh berperisa dan menyalut setiap helai mi telur.
Apabila kami menggaulkan daging dan mee dalam sos, kami tidak boleh berhenti makan. Keenakannya sama seperti yang dijual di gerai bak chor mi yang popular di luar, tetapi dengan harga yang lebih berpatutan.
Ini adalah salah satu mi daging cincang yang paling lazat pernah kami makan.
Komitmen untuk meningkatkan resipi
Selain hidangan mereka, Pakar Tentera (ME) 3 pelanggan Wisley Tay berkata gerai itu mengambil minat untuk mengingati pilihan individu masing-masing.
Sama ada tambah lebih banyak cili atau kurangkan cuka, mereka akan menyesuaikan pesanan mengikut kehendak pelanggan mereka.
"Mereka juga berusaha dan berkomited untuk menambah baik resipi mereka sepanjang masa seperti sup udang mereka, dan sebab itulah saya suka makan di gerai mereka," kata ME3 Tay.
Chef tentera laut berusia 49 tahun itu kini merupakan penyelia kanan, bahagian sokongan catuan, di Pusat Kemudahan dan Perkhidmatan Pangkalan TNB.
"Saya memang gemar minum sup dan mi sup udangnya memang sedap. Hidangan kegemaran saya yang lain ialah lor mi mereka; ia sesedap hidangan yang terkenal di Lapangan Terbang Kallang."
Apabila chef tentera laut memuji makanan mereka, sudah tentu anda harus makan di gerai ini.
海军第一面馆
Blk 322, Pangkalan Tentera Laut Tuas
Waktu buka: 6 a.m. - 2.30 p.m. (hari biasa)
Rasa masakan rumah
Apabila bercakap tentang rasa masakan di rumah walaupn berjauhan dari rumah, tiada yang boleh menandingi masakan di gerai tersendiri di kantin Blk 6 Kem Khatib.
Diuruskan oleh rakan kongsi lama Puan Gee Kin Lian, 66, dan Encik Yeo Hock Meng, 67, hidangan paling laris di gerai itu ialah kutlet ayam mereka dengan nasi kari dan mi wonton.
Selain kedua-dua hidangan itu, mereka juga menjual pelbagai hidangan seperti mi segera atau sup daging cincang ee mian dan juga nasi ayam (keistimewaan Hari Khamis).
Ujian rasa
Malangnya, semasa kami di gerai, char siewnya sudah habis dijual, jadi Puan Gee cadangkan untuk cuba mi ladu ($3.50). Saya juga tambah hirisan cendawan berbrais dengan tambahan $0.60.
Dengan hanya sesuap mi telur yang pertama, saya sudahpun terpikat. Ia mirip perisa tradisional yang jarang terdapat dalam mi wonton sekarang. Perisa herba cendawan berbrais yang enak, meningkatkan lagi keenakan rasa mi kicap.
Malangnya saya tidak dapat menjama wonton dan char siewnya kerana ladunya hanya sederhana.
Kami memesan nasi kari kutlet ayam mereka ($3.20), yang lengkap dengan telur mata kerbau. Walaupun ia bukan kutlet ayam paling sedap pernah saya rasai, namun ia ada perisa tersendiri yang selesa – seperti perisa dalam masakan ibu anda.
Menjadikan kehidupan di kem lebih menyeronokkan
Pada waktu makan tengah hari, sebarisan panjang warga SAF sedang beratur di gerai.
Antaranya ialah Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Dhruv Shetty, yang selalu memesan hidangan istimewa yang sama dengan kutlet ayam, nasi dan empat telur rebus ($4.90). Pesanannya juga ditambah dengan lada khas Madam Gee, yang ditabur dengan banyak atas telur.
"Saya suka makan kutlet ayamnya yang konsisten dengan perisa rasa bawang putih yang enak. Selepas cuba sekali, saya pun terus terpikat," kata CFC (NS) Dhruv, ketua kerani di Ibu Pejabat Cawangan Sumber Tenaga Manusia Artileri Singapura. Pegawai berusia 20 tahun itu telah menerima ORD pada 11 Ogos.
Sepanjang tempoh Perkhidmatan Negaranya, CFC (NS) Dhruv kerap makan di gerai itu, sehingga Puan Gee selalu mengetepikan sebahagian daripada telur rebus untuknya. Dia juga memberinya gelaran - "Putera Lada", kerana dia suka makan lada.
"Saya perasan dia suka lada, jadi saya belikan sebotol lada 100% khusunya untuk dia – supaya dia boleh makan dengan telurnya," kata Puan Gee, yang sudah bekerja di gerai itu selama 12 tahun.
"Budak-budak lelaki dan perempuan juga telah menjadi kawan saya; saya tahu pesanan mereka dan saya layan mereka seperti anak saya juga. Saya masak dengan bersungguh-sungguh dan mahu mereka menikmati makanan mereka supaya mereka dapat tumpu pada kerja mereka."
Ini juga sebabnya CFC (NS) Dhruv gemar melanggan di gerainya.
"Perkhidmatan dan masakannya membuatkan anda berasa lebih selesa dan ia membantu menyeronokkan kehidupan di kem."
Blk 6, Kem Khatib
Waktu buka: 7.30am – 4.30pm (hari biasa)
Untuk ikan bilis yang terbaik
Gerainya sangat terkenal, malah anggota tentera dari kem lain pernah mendengarnya.
Ia mungkin ada kaitan dengan ikan bilis kacang (Bahasa Melayu untuk ikan bilis dan kacang) yang digoreng dengan sos cili manis buatan sendiri.
Satu kegemaran ramai pegawai kanan di Kem Kranji III, dan bukan lagi rahsia bagi mereka yang sering membeli satu tab ikan bilis kacangnya untuk dibawa ke luar negara semasa menjalani latihan untuk melepaskan rindu "masakan rumah" itu.
Cik Nur Hazah, 36, telah menjalankan gerai nasi padang di kantin Panglima Markas Sokongan Khidmat Tempur Kem Kranji III (HQ CSSCOM) sejak mengambil alih daripada ibu saudaranya pada 2017. Ibu saudaranya, Puan Zainab, 61, telah menjalankan gerai itu sejak 2005.
Hari ini, ia telah menjadi perniagaan keluarga. Kedua-dua wanita menjalankannya bersama dengan suami Cik Hazah, Encik Md Hafiz, 39.
Ujian rasa
Kami telah menjama beberapa hidangan istimewa Cik Hazah: rendang daging, sayur lodeh (Bahasa Melayu untuk sayur dalam kuah lemak), sosej sambal, ayam masak merah (Bahasa Melayu untuk ayam dalam sos tomato pedas) dan, setentunya, ikan bilis kacang dan ikan Bombay.
Saya segera menikmati ikan bilis kacang yang rangup dan ketagih dengan keenakannya. Umpama satu letupan perisa – manis, savouri dan berlada dengan jumlah rempah yang secukupnya untuk membuatkan anda terus makan lagi.
Hidangan ayam masak merahnya juga cukup lazat. Rasa savouri dengan perisa assam yang lazat yang biasanya tidak terdapat dalam kari ayam biasa anda.
Kedua-dua hidangan itu sungguh sedap, dan saya boleh menikmati hidangan saya semata-mata dengan ikan bilis kacang, kuah ayam masak merah dan nasi.
"Resipi ayam masak merah ini diperturunkan dari arwah nenek saya. Kami panggang dan kisar buah pala, dan mencampurkannya dengan rempah buatan sendiri untuk mendapatkan perrasa yang secukupnya sebelum memasukkan ayam ke dalam ramuan ini," jelas Cik Hazah.
Bagi rendang daging, ia empuk dan diperap dengan rempah-rempah, manakala sayur lodeh mempunyai rasa masakan rumah yang selesa.
Selain nasi padang, Cik Hazah ada menjual juadah sarapan pagi seperti nasi lemak $3, mee soto, mi rebus dan mi siam. Dia tiba di kem pada pukul 4 a.m. untuk siapkan ramuan dan mula masak supaya semuanya akan tersedia pada pukul 6.30 a.m. untuk mereka yang datang bersarapan.
Keluarga besar
Sarjan Ketiga (3SG) Muhd Nur Arfan tidak asing lagi dengan masakan Cik Hazah. Anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang berusia 22 tahun itu menggemari mi rebus dan membeli nasi padang dari gerainya sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Antara hidangan kegemarannya termasuk rendang daging , sayur lodeh dan tauhu goreng (Bahasa Melayu untuk tauhu goreng).
"Saya suka kuah mi rebusnya yang pekat dan savouri serta rendang dagingnya yang empuk. Masakannya sedap lagi menyihatkan kerana dia kurangkangaram dan gula; ia juga tidak berminyak langsung," kata 3SG Arfan, komander pengawal dari Batalion ke-9, Rejimen Infantri Singapura.
"Dia seorang yang periang dan selalu menyambut kami dengan senyuman yang manis. Dia juga suka bersembang dengan kami!"
Kepada Cik Hazah, warga kerja di Kem Kranji III merupakan sebahagian daripada keluarga mereka.
"Budak-budak lelaki itu memberi kami semangat untuk membuat dengan lebih baik. Saya seronok bersembang dengan mereka dan melihat wajah mereka; kekadang mereka juga memberi maklum balas tentang masakan kami, jadi kami akan mengubahkannya mengikut kehendak selera mereka," kata Cik Hazah sambil tersenyum.
"Kami bagaikan satu keluarga di sini."
Makanan Muslim Istimewa
Blk 826, Kantin Ibu Pejanbat CSSCOM, Kem Kranji III
Waktu buka: 6.30am – 2.30pm (hari biasa)
Dimasak dengan penuh kasih sayang
Semenjak setahun lalu, ME1 Ong Chong Hwee menjamu sarapan yang sama dari sebuah gerai di Pangkalan Udara Tengah (TAB) hampir setiap hari.
Jurutera tentera udara berusia 22 tahun dari Skuadron 805 Tentera Udara Republik Singapura itu memesan nasi campur ekonomi – terdiri daripada kutlet ayam istimewa gerai dan dua jenis sayuran – untuk sarapannya.
"Saya gemar kutlet ayam mereka kerana ia berperisa dan rangup. Makanan itu melengkapkan hari saya," kata ME1 Ong sambil bergelak.
Ujian rasa
Terima kasih atas cadangan ME1 Ong, kami memesan kutlet ayam serta daging khinzir masam manis.
Daging khinzir masam manis mempunyai rasa savouri yang enak seperti makanan rumah – jenis yang terdapat dalam masakan ibu anda. Daging tanpa lemak dan bahagian banyak yang diberi menaikkan selera hidangan yang menenangkan hati ini.
Saya harus mengaku, sebenarnya saya tidak berapa gemar makan ayam. Tetapi kutlet ayam ini memang sedap. Salutan tepungnya rangup dan berperisa, dan dagingnya juga lembut dan berair. Saya tidak boleh berhenti makan dengan satu keping sahaja – begitu lazat sekali.
Chef gembira, pelanggan pun turut gembira
Menurut pemilik gerai Puan Lim Bee Hong, dia menggoreng kira-kira 80 kutlet ayam sehari dan semuanya dijual sebaik sahaja siap digoreng.
Puan Lim yang berusia 53 tahun itu memulakan harinya dari awal pagi, sampai di TAB pada pukul 4 a.m. Selepas itu, dia akan Bersiap-siap untuk masak lauk-pauk sehingga jam 7 a.m. untuk sarapan pagi mereka yang mengungjungi gerainya.
Dia sediakan hampir 30 hidangan sehari, dan yang paling popular ialah kutlet ayam, daging khinzir masam manis dan sayur kari. Walaupun bekerja keras, dia berasa gembira dan berpuas hati melihat pelanggannya kembali ke gerainya menjama juadah hidangannya.
"Saya suka memasak dan saya memasak dengan penuh kasih sayang. Apabila saya melihat orang ramai menjamu makanan saya, saya berasa gembira," kata Puan Lim yang sudah menjalankan gerainya selama sembilan tahun.