MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN UDARA PAYA LEBAR
Mencari tempat makan yang enak di sekitar kawasan Pangkalan Udara Paya Lebar? Berikut adalah tiga opsyen masakan rumah dengan harga berpatutan dalam siri pertama PIONEER Makan Di Sekitar Kem!KISAH TEO JING TING // FOTO AMOS CHEW
Ia amat terkenal sebagai rumah kepada pesawat pejuang F-15SG milik Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) mungkin terletak di kawasan Singapura yang lebih ulu (terpencil) tetapi ia tidak kurang dengan opsyen makanan yang enak.
Untuk makanan yang murah dan lazat, sila lihat Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan. Ia mengambil masa perjalanan 25 minit dengan bas dari PLAB (naik bas 94 dan berhenti di Eunos Interchange!).. Ia hanya mengambil masa 10 minit dengan kereta.
Semasa lawatan tengah hari kami, kami melihat warga angkatan tentera udara membeli makanan bawa pulang dari gerai – membuktikan ia adalah tempat makan yang terkenal untuk warga di pangkalan!
Daripada char kway teow dan lor mi kepada nasi ayam dan sup ikan, makanan di pasar ini disaji dengan harga yang berpatutan. Terdapat hidangan yang lazat dengan hanya lebih kurang $4.
Lor mi yang enak bagikan sutera
Kami tiba pada pukul 10.45 a.m. dan sudah ada ramai orang beratur di Fu Chun Laksa & Lor Mi. Usah takut – barisan bergerak sangat pantas.
Seperti namanya, gerai ini hanya menjual dua hidangan – laksa dan lor mi. Kedua-duanya dengan harga $4.
Kami makan lor mi dan tambah ikan goreng sebanyak satu dolar. Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan tambahan itu – ketulan besar dan keemasan itu adalah bahan paling lazat dalam hidangan itu.
Lor mi itu disaluti kuah berkanji hitam yang sungguh menyelerakan.
Ujian rasa
Setiap mi kuning itu disaluti kuah pekat yang berperisa herba. Ketulan daging babi yang direndidih dalam mangkuk adalah besar, dan saya berasa sangat puas hati menjama ketulan daging yang empuk dan lazat itu.
Hidangan itu disaji dengan separuh telur rebus dan dua bebola daging goreng – bagi saya bebolanya agak keras.
Bahan hidangan yang paling lazat ialah ikan goreng. Setiap hidangan diberi empat ketulan besar dan walaupun direndam dalam kuah, baternya masih rangup.
Tahukah anda sesetengah ikan goreng ada lebih bater daripada daging? Tetapi tidak di sini. Nisbah daging kepada bater adalah terbaik dan apa yang paling enak adalah bagaimana salutan kuah menambah sedikit pemerhatian herba, menaikkan perasa ikan goreng. Sungguh lazat sehingga boleh dimakan begitu sahaja.
Saya kenyang dengan hanya makan setengah mangkuk. Ia lazat, menyelerakan dan bayarannya pula amat berpatutan
Gerai Fu Chun Laksa & Lor Mi 福春叻沙卤面
Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan #01-25
Waktu buka: 6 pagi - 12 malam (Ditutup pada Isnin & Selasa)
Karipap buatan tangan
Sebaik sahaja selesai dengan hidangan utama anda, pergi ke gerai Epok Epok Central untuk menikmati epok epok buatan tangan (karipap ala Melayu).
Jika anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan pakcik itu menari sambil membuat karipap!
Sungguh menarik melihat aksinya - dia menari mengikut rentak alunan muzik yang berdendang di belakang sambil membubuh sesudu kentang kari merah dan sesuku potongan telur rebus ke dalam pastri putih. Kemudian, dia melipat pastri menjadi dua dan menutup intinya dengan lipatan karipapnya yang terkenal.
Sebaik sahaja karipap siap, dia akan masukkan dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna keemas-emasan yang cantik.
Kami terpaksa tunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan epok epok yang baru digoreng dan kami dapat melihat cara pakcik menyediakan karipapnya dengan penuh kasih sayang.
Memang berbaloi menunggunya. Kami adalah orang ketiga dalam barisan untuk merebut epok epoknya. Masih panas dan baunya sungguh menyelerakan. Saya rasa aromanya yang menjadi tarikan kepada ramai pelanggan kerana dalam masa 10 minit sahaja, semua 30 karipap laris dijual.
Ujian rasa
Sekali makan dan anda sudah tahu kenapa ia begitu popular.
Bahagian karipap yang paling sedap ialah kulitnya. Kulitnya agak nipis dan walaupun sedikit flaky, intinya masih diisi dengan elok. Kulitnya bermentega dan rangup, rasa enak sekali.
Rempah dalam kentang kari juga cukup-cukup saja. Saya habiskan epok epok dalam tiga suap dan rasa nak makan satu lagi.
Pakcik itu memang faham– sebab itulah dia menjual tiga karipap untuk $2 kerana sudah tentu satu saja tidak cukup. Jika anda hanya beli satu karipap, harganya ialah $0.70.
Epok Epok Central
Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan #01-09
Waktu buka: 7 am - 7 pm (Selasa hingga Jumaat), 7 am- 4 pm (Sabtu & Ahad)
Tutup Isnin
Mi sup tomato yang penuh dengan perisa
Jika anda idamkan sesuatu yang lebih berperisa dan dalam persekitaran berhawa dingin, pergi ke Formosa Delights di Breadtalk IHQ's Food Republic untuk menjamu sup mi tomato istimewa mereka.
Berharga $7.90, mangkuk itu penuh dengan bahan ramuan. Saya kira ada tujuh tomato merah gebu, empat ketul besar daging babi cincang dan segenggam sayur dalam sup merah jingga itu. Hidangan ini dilengkapkan dengan hirisan putih telur dan taburan ikan bilis goreng.
Ujian rasa
Rasa masam dan savuri, sup ini mempunyai perasa tomato yang kuat dan rasa sungguh selesa dalam perut saya. Saya tergigit tomato yang enak – ia manis, licin dan mencair dalam mulut saya.
Rasa ketulan daging babi cincang yang enak walaupun agak masin sikit, membantu mengimbangkan rasa masamnya. Alangkah bagus kalau masih ada banyak lagi! Mi buatan tangan yang kenyal itu direndam dalam sup yang berperisa dan ikan bilisnya yang rangup menambahkan keenakan hidangan.
Sebagai seorang yang suka tomato, saya menghirup semua sup. Memang sedap sekali.
Formosa Delights
Breadtalk IHQ Food Republic
Waktu buka: 10 am - 10 pm setiap hari
Dah lapar? Kini anda sudah tahu ke mana hendak pergi jika anda berada di sekitar Pangkalan Udara Paya Lebar dan perut anda berkeroncong untuk menjama hidangan yang lazat (atau dua)!
PSA: seperti mana dengan kesemua dalam kehidupan, sila nikmati makanan secara berpatutuan. Gaya hidup sihat, okay?