MAKAN DI SEKITAR KEM: KEM NEE SOON

26may23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26may23_news1_photo155782c5a-3d9e-4d9f-9263-da86483de219.jpg?sfvrsn=af328c9a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-KEM-NEE-SOON
MAKAN DI SEKITAR KEM: KEM NEE SOON https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-KEM-NEE-SOON
26 May 2023 | COMMUNITY

MAKAN DI SEKITAR KEM: KEM NEE SOON

Terlalu banyak opsyen makanan yang enak di sekitar Kem Nee Soon? Kami mendapat tahu beberapa opsyen yang terbaik – selamat datang ke siri kedua PIONEER Makan Di Sekitar Kem!

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHUA SOON LYE

Ampang Yong Tau Foo, prata savuri rangup dan dai lok mi dengan banyak wok hei – selamat datang ke syurga makanan di sekitar Kem Nee Soon.
English 华文
English 华文

Antara kem yang terletak di tengah-tengah kawasan, Kem Nee Soon adalah rumah kepada banyak unit dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Mereka adalah termasuk Pasukan Kerahan Angkatan Tentera, Jurutera Tempur Singapura, Kor Perubatan SAF dan juga Pancaragam SAF.

Warga kerja ini memang bertuah mendapat opsyen makan tengah hari yang bagus – kawasan Upper Thomson juga terkenal sebagai syurga makanan!

Mengidam untuk menjama makanan luar negara? Anda boleh menjama makanan Hong Kong anda di char chan teng (kafe gaya Hong Kong) Friends Cafe atau sepinggan dai lok mi KL di Daruma Tavern, kedua-duanya terletak bertentangan dengan Kem Nee Soon.

Juga terdapat opsyen daging panggang dan zhi char (hidangan gorengan) di Restoran Wong Chiew yang terletak di hadapan jalan; mi udang; dan pelbagai jenis perisa prata daripada rangkaian prata terkenal Springleaf Prata Place.

Hidangan yang menyelerakan untuk satu: Prata kosong (kiri), prata telur dengan cendawan, keju dan prata telur (kanan), dan secawan teh tarik berbusa.

Pesta prata

Terletak dua perhentian bas dari Kem Nee Soon, Springleaf Prata Place adalah terkenal dengan ciptaan inovatifnya.

Restoran ini menawarkan pelbagai perisa - daripada prata udang telur masin dan prata alfredo (ketulan ayam salai berherba rosemari dalam prata yang diisi dengan sos Alfredo berkrim) kepada Umami-50 (mengandungi daging ayam, telur, serunding ayam, keju mozzarella dan mayonis semuanya tersalut dalam kulit prata yang rangup).

Kegirangan peminat kari: Mereka ada stesen kari layan diri.

Tetapi seperti mana yang kami semua maklum, adakalanya ukuran terbaik standard restoran adalah untuk memesan hidangan yang plaing ringkas dalam menu. Kami pesan satu prata biasa ($1.40) dan prata cendawan, telur dan keju ($5.40), dan secawan teh tarik ($2.20).

Lihat tarikan keju itu!

Ujian rasa

Yang mula sekali menarik perhatian saya ialah saiz prata cendawan, telur dan keju – saiznya lebih besar daripada saiz pinggan!

Shiok (singlish untuk gembira), bunyi menggersak boleh didengar pada saat garpu saya mencarik prata. Saya mencariknya dan gembira melihat tarikan keju.

Di bawah kulit keemasan yang rangup itu adalah letupan perasa – rasa keju masin enak sekali dengan cendawan butang yang kenyal. Bahan-bahannya ditabur dengan banyak dan terdapat cendawan, keju dan telur dalam setiap gigit.

Seronok dengan tekstur prata biasa yang berlapis lagi rangup.

Prata biasa adalah berlapis, rangup dan savuri. Saya mencelup dalam kari ikan dan enak sekali rasnya. Kalau boleh, saya ingin makan satu lagi tetapi saya harus menyimpan ruang dalam perut saya untuk banyak makanan yang lain.

Springleaf Prata Place memang sudah menguasai kemahiran mereka.

Apa kata warga Kem Nee Soon:

ME3 Mazlan (kanan sekali) menikmati hidangan prata bersama dengan NSFnya.

"Springleaf Prata Place (Springleaf Garden) menawarkan pelbagai jenis prata yang berlainan dan ia begitu popular di kalangan generasi muda. Bahan-bahannya ditabur dengan banyak dan terdapat cendawan, keju dan telur dalam setiap gigit. Ia membantu membina semangat kerja berpasukan dan perpaduan yang kukuh!" – ME3 Mazlan Bin Mohamad Khalid, Ketua Jurulatih Utama, Institut Latihan Perubatan SAF

Puaskan idaman prata anda di Springleaf Prata Place jika anda berada di kawasan Upper Thomson.

Springleaf Prata Place (Springleaf Garden)

1 Thong Soon Avenue

Waktu buka: 8 am - 11 pm setiap hari

Bukan yong tau foo anda yang biasa – versi ini dipebnuhi sos perang yang savuri.

Yong Tau Foo dengan kelainannya

Mengidamkan sesuatu yang lebih sihat? Pergi ke 922 Beng Cheng Hakka Ampang Yong Tau Fu.

Hanya 5 minit berjalan kaki dari Springleaf Prata Place, ini adalah tempat yang popular di kalangan warga kerja Kem Nee Soon – kami terserempak dengan beberapa warga kerja beruniform pada waktu makan tengah hari.

Pilihan yong tau foo yang mengecurkan.

Apa yang menarik perhatian kami ialah opsyen yong tau foo (tauhu sumbat) yang begitu luas – daripada tau kee goreng (kulit tauhu) dan tau pok kepada opsyen yang lebih sihat daripada peria sumbat, bendi dan bebola ikan kukus.

Anda boleh pilih hidangan sendiri atau pesan set standard untuk satu orang.

Pada harga $6, hidangan yang mengandungi sembilan bahan termasuk peria, bendi, terung, bebola ikan, ladu goreng, tauhu, tau pok, tau kee goreng dan sayur-sayuran. Satu set untuk dua orang berharga $13 – ia mempunyai dua kali ganda segala-galanya seperti di atas, dengan tambahan dua telur puyuh.

Semangkuk nasi putih berharga $0.80 manakala nasi keladi berharga $1.

Yong tau foo terendam dalam sos perang berkanji istimewa mereka.

Ujian rasa

Tidak seperti sos manis yang tipikal, yong tau foo direndam dalam sos perang berkanji istimewa mereka dan kami memesan semangkuk nasi keladi untuk dimakan bersama.

Kuahnya savuri, melekit dan sedap dimakan dengan hidangan tauhu goreng serta nasi keladi (agak kurang berperisa bila dimakan begitu sahaja).

Bahan dalam hidangan yang paling lazat ialah tau kee goreng terendam yang rasa seakan-akan keropok.

Seperti yang dicadangkan oleh bos gerai, kami makan tau kee goreng dulu. Satu gigit dan saya sudah tahu kenapa ia sangat popular. Rapuh dan rangup, rasanya seperti keropok yang baru digoreng dan saya menikmati setiap gigit.

Sambil menikmati baki hidangan dengan perlahan, saya dapat merasakan kesegaran bahan-bahannya terutama tauhu dan tau pok.

Kejutan manis ialah peria sumbat, yang tidak berasa pahit apabila sumbat dengan pes ikan cincang yang lazat.

Saya nak rebut kepingan yang kedua tetapi hanya jari terpantas yang berjaya dan malangnya, teman makan saya yang menang.

Jika anda ingin mencari makanan yang menyelerakan, kunjungi gerai ini bila anda berada di kawasan tersebut!

Belum sampai waktu makan tengah hari dan tempat itu sudahpun sesak dengan pelanggan.

922 Beng Cheng Hakka Ampang Yong Tau Fu

922 Upper Thomson Rd

Waktu buka: 7.30 am - 8 pm setiap hari

Ditutup selang setiap hari Selasa

Jangan terpedaya dengan penampilannya yang sederhana – pinggan KL dai lok mi ini penuh dengan wok hei.

Mi hitam dengan wok hei

Anda tidak akan terlepas pandang gerai ini – perkataan "Tavern Daruma" adalah besar dan terang-benderang dalam lampu oren neon.

Terletak betul-betul di seberang Kem Nee Soon, kedai makan berhawa dingin ini menyajikan pelbagai jenis masakan – daripada mangkuk nasi Jepun dan makanan barat kepada mi wonton Thai dan makanan tempatan seperti nasi lemak dan mi hokkien.

Hidangan terlarisnya? Mi dai lok KL (Kantonis untuk mi tebal).

Hidangan $8.90 itu mengandungi dua ekor udang, beberapa kepingan kek ikan dan kepingan daging babi yang dihiris nipis, serta keropok lemak babi.

Ujian rasa

Usah fikirkan tentang rupa "hitam" yang tidak menarik – aroma wangi mi pasti akan membangkitkan selera anda.

Teman saya yang kenyang selepas makan semua makanan tadi dan telah mengisytiharkan bahawa dia tidak boleh makan lagi, tiba-tiba lapar semula.

Setiap helai mi pekat disalut dengan sos hitam manis. Hidangan yang berharga $8.90, mengandungi dua ekor udang, beberapa kepingan kek ikan dan kepingan daging babi yang dihiris nipis.

Terdapat rasa wok hei yang ketara (perisa dan rasa makanan yang digoreng dalam kuali) dalam setiap suapan dai lok mi.

Mi menyerap rasa salai sos manis dan savuri, yang mengingatkan saya sedikit tentang kek lobak goreng hitam tetapi dengan perisa yang lebih memuaskan.

Sambil menikmati mi saya dengan perlahan-lahan, saya perasan teman saya sudahpun habis makan minya. Dikatakan pula sudah "kenyang".

Kini saya faham kenapa hidangan ini begitu popular dalam menu. Ia juga boleh dilihat terhidang di setiap meja makan ketika kami berada di sana.

Papan tanda bercahaya terang ini adalah pintu masuk ke KL dai lok mi yang sedap.

Daruma Tavern

25 Springside Green, #01-14

Brooks II

Waktu buka: 10 am - 12 am

Sudah rasa lapar? Jika anda ingin menjamu mana-mana hidangan ini dan berada kebetulan di sekitar Kem Nee Soon, inilah panduan anda!

 

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
COMMUNITY
26 May 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
COMMUNITY
26 May 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
COMMUNITY
26 May 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
COMMUNITY
26 May 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
COMMUNITY
26 May 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
COMMUNITY
26 May 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
COMMUNITY
26 May 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
COMMUNITY
26 May 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
COMMUNITY
26 May 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
COMMUNITY
26 May 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.