DIPLOMACY
LAWATAN INDIA KUKUH HUBUNGAN PERTAHANAN ANTARA SINGAPURA-INDIA
01 Dec 2017
Hubungan pertahanan yang kukuh antara Singapra dan India telah diperkukuhkan lagi dengan lawatan ke India oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, yang berada di sana untuk lawatan kerja dari 27 hingga 29 Nov.
Hubungan pertahanan yang kukuh antara Singapra dan India telah diperkukuhkan lagi dengan lawatan ke India oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, yang berada di sana untuk lawatan kerja dari 27 hingga 29 Nov.
Dr Ng bertemu Menteri Pertahanan India Nirmala Sitharaman di New Delhi, di mana mereka mengadakan Dialog Menteri-Menteri Pertahanan India-Singapura. Kedua-dua Menteri Pertahanan tersebut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala antara dua negara mereka dan menyaksikan rumusan dan pertukaran Perjanjian Dua Hala Tentera Laut.
Perjanjian tersebut akan melakar jalan untuk kerjasama lebih erat dalam keselamatan maritim, latihan bersama, penempatan sementara daripada setiap kemudahan tentera laut kedua-dua belah pihak, serta sokongan logistik bersama antara Tentera Laut Republik Singapura dan Tentera Laut India.
Pada Persidangan Akhbar Bersama selepas Dialog Menteri-Menteri Pertahanan, Pn Sitharaman menyatakan: "Majlis menandatangani perjanjian tentera laut mencerminkan niat dan komitmen kami untuk mempertingkatkan usaha kerjasama dalam bidang maritim bersama kami."
Kedua-dua Menteri juga bersetuju tentang kepentingan memelihara kebebasan pelayaran dan perdagangan maritim, sejajar dengan undang-undang antarabangsa.
Pada pertemuan beliau dengan Pn Sitharaman, Dr Ng melahirkan rasa terima kasihhnya kepada Kerajaan dan rakyat India, " kerana menjadi tuan rumah yang sangat ramah kepada Angkatan Bersenjata Singapura ".
Beliau menambah bahawa Singapura mengalu-alukan kerjasama praktikal yang lebih mantap antara India dan negara-negara di Asia Tenggara, terutamanya cadangan India untuk latihan pelbagai hala baru di Laut Andaman.
Semasa lawatan beliau, Dr Ng juga memberikan ucapan di Brookings Institution India Centre tentang hubungan dua hala Singapura-India dan kepentingan strategik India yang semakin meningkat di Indo-Pasifik.
Beliau berkata, Singapura percaya bahawa kemasukan India akan mengukuhkan seni bina keselamatan serantau, sebagai kuasa penstabilan di dalam rantau.
Terdahulu dalam lawatan beliau, Dr Ng mengunjungi Latihan Ketenteraan Bersama (JMT) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)-Tentera Udara India (IAF) di Stesen Tentera Udara Kalaikunda, di mana beliau melihat pesawat pejuang F-16 RSAF dan Su-30 IAF yang terlibat dalam latihan dua hala dan berinteraksi dengan peserta latihan daripada kedua-dua tentera udara.
Nilai latihan dua hala tahunan ini antara dua pasukan tentera udara telah ditekankan oleh Lefternan Komander Detasmen RSAF Kolonel Tan Wuen Bin, yang menyatakan: " JMT menyediakan peluang yang hebat untuk berinteraksi dan berlatih bersama-sama rakan sejawatan India. Ia membenarkan kedua-dua pasukan menjalankan latihan realistik dan memperkukuhkan pemafahaman bersama dan sokongan ".
Dr Ng juga bertemu Penasihat Keselamatan Nasional Ajit Doval dan Setiausaha Luar Negeri India Subrahmanyam Jaishankar semasa lawatan beliau ke India.
ALSO READ IN DIPLOMACY
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.
SLD KEKAL PLATFORM BERNILAI UNTUK PERBINCANGAN PENTING: DR NG
12 Jun 2022
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi ucapan tentang hubungan AS-China, kepentingan perintah berasaskan peraturan dan peranan ASEAN sebagai platform keselamatan serantau di Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.
SINGAPURA DAN AS MEMBAHARUI PERJANJIAN PERTAHANAN
25 Sep 2019
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perjanjian untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) 1990 Mengenai Penggunaan Kemudahan di Singapura oleh Amerika Syarikat pada 24 September.






