OPS & TRAINING
LATIHAN TERBESAR LUAR NEGARA SAF KINI KEMBALI DI AUSTRALIA
09 Oct 2023
Empat kali ganda saiz Singapura – itulah ruang luas Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Shoalwater Bay Training Area (SWBTA) di Queensland, Australia, di mana Latihan Wallaby sedang dijalankan.
Empat kali ganda saiz Singapura – itulah ruang luas Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Shoalwater Bay Training Area (SWBTA) di Queensland, Australia, di mana Latihan Wallaby sedang dijalankan.
Berlangsung dari 7 Sep hingga 15 Okt dalam dua rangka latihan, edisi tahun ini melibatkan hampir 4,300 warga kerja dan lebih kurang 450 platform dari Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) – jumlah terbesar sejak 2016.
Latihan Wallaby merupakan latihan luar negara unilateral SAF yang terbesar.
Sebagai sebahagian daripada rangka kedua Latihan Wallaby, Tentera Darat dan RSAF akan melakukan tembakan langsung bersepadu udara darat dengan batalion bermotor untuk kali pertama sejak 2012.
SAF juga akan menjalankan latihan penambahan kapal ke udara-darat-laut ke pantai di Tangki Kapal Pendarat di laut.
Pada tahun ini, Latihan Wallaby akan menampilkan tembakan langsung batalion bermotor pertama sejak 2012, melibatkan tembakan secara langsung oleh Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex (ICV) dan Kenderaan Sokongan Tempur Terlindung Belrex (PCSVs).
Ia juga menandakan tembakan langsung pertama oleh Belrex PCSV Mortar dalam latihan itu, yang akan disokong oleh serangan dari helikopter serang AH-64D Apache RSAF dan jet F-16D+.
Ruang latihan yang luas di SWBTA membolehkan SAF berlatih pada skala, tahap dan kerumitan yang tidak tertanding di Singapura, kata Pengarah Latihan Brigedier Jeneral Cai Dexian.
"Ini memaksimumkan sepenuhnya nilai latihan yang ditawarkan SWBTA dan adalah penting bagi SAF untuk memajukan transformasinya sebagai sebuah pasukan pejuang yang moden dan bersepadu," katanya dalam satu kenyataan media.
Panglima Rangka 2, Kolonel (KOL) Fan Mun Poh berkata dalam suatu taklimat media pada 8 Okt: "Muka bumi di SWBTA membolehkan kami menjalankan banyak latihan– ada bukit-bukau, beralun dan rupa bumi yang merentas desa."
Menurut beliau lagi ada juga ruang udara yang luas untuk latihan Tentera Udara, serta ruang litoral (berhampiran pesisir pantai) dengan kesalinghubungan ke pantai untuk Tentera Laut. "Ia adalah taman permainan yang begitu mengujakan bagi kami... Ia (umpama) Happy Meal."
KOL Fan juga menyatakan bahawa Latihan Wallaby bukanlah usaha satu negara. "Kami berasa sangat gembira kerana Australia telah (bekerjasama) dengan kami dalam usaha ini sejak 1990.
"Apabila angkatan tentera semakin matang dan menjadi lebih bersepadu, plot tanah (di sini) tutut dimajukan selaras dengan keperluan latihan kami. Kami telah melalui pembangunan bersama dengan warga Australia (untuk kami) melakukan lebih banyak (dan) melakukan latihan yang kompleks."
Rangka 1 latihan menyaksikan selesainya misi seperti penilaian latihan Armor; Latihan pengawal berkaitan Kenderaan Penyerang Ringan Tanda II; dan guguran udara oleh pesawat C-130 RSAF.
Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Muhammad Malik bin Badaruddin mengetuai Batalion Sokongan Khidmat Tempur – unit yang berfungsi sebagai "7-11" kepada briged dalam bidang operasi mereka.
"Kami ada keupayaan penyelenggaraan dan bekalan dan – pada satu tahap – (malah boleh menyokong) pembedahan perubatan di medan lapangan. Objektif utama kami adalah untuk menyokong briged dan memastikan mereka dapat mengekalkan perjuangan mereka," jelas pegawai berusia 40 tahun itu.
Persiapan untuk beliau dan batalion Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi) bermula lebih awal, sebelum tempoh tiga minggu mereka di SWBTA.
"Sebagai Panglima, saya telah mengadakan banyak mesyuarat untuk memastikan pihak pentadbiran dilakukan dengan wajar, objektif latihan ditetapkan, dan kami mempunyai semua bahan yang diperlukan semasa meraka berada di sini," kata LTC (NS) Malik, yang menggalas jawatan Ketua Pegawai Teknologi di platform perkongsian kereta GetGo.
"Saya igin tegaskan, ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi mujurlah bos saya seorang yang hebat dan menyokong NS. Saya juga mempunyai pasukan yang menakjubkan...dan itu membantu semasa saya tiada di sini."
Sebagai Perancang Latihan Pertahanan Udara Bahagian, Kapten (KPT) Mohamad Faisal bin Mohamad Aziz membantu dalam perancangan misi bersepadu udara-darat.
Ia adalah termasuk misi angkat tentera, yang melibatkan pemindahan askar dengan helikopter CH-47F Chinook ke kawasan latihan yang besar untuk menyisipan segera di pinggir "medan perang".
Ini amat berbeza dengan peranan KPT Faisal di tanah air – di mana dia menyelia pertahanan udara masa aman.
"Latihan yang berlainan di sini membolehkan kami melakukan misi yang lebih kompleks dalam konsep pertempuran darat," kata pegawai berusia 31 tahun itu. "Contohnya, ia melibatkan Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat RSAF yang bergerak keluar dengan unit darat, memberi mereka perlindungan pertahanan udara.
"Walaupun ia mungkin dianggap mudah, ia melibatkan banyak penyelarasan – daripada perancangan misi kepada pengerahan sebenar di medan lapangan."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

