Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11may20_news1_photo17b636c6b-2809-4d4b-b4ef-33972a21d880.jpg?sfvrsn=1083cb9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-PEGAWAI-KADET-DIREKA-SEMULA-DITERUSKAN-DI-TENGAH-TENGAH-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-PEGAWAI-KADET-DIREKA-SEMULA-DITERUSKAN-DI-TENGAH-TENGAH-COVID-19
LATIHAN PEGAWAI KADET DIREKA SEMULA, DITERUSKAN DI TENGAH-TENGAH COVID-19
11 May 2020 | OPS & TRAINING

LATIHAN PEGAWAI KADET DIREKA SEMULA, DITERUSKAN DI TENGAH-TENGAH COVID-19

SEKOLAH PEGAWAI KADET (OCS) TERUS DIBUKA DENGAN LANGKAH-LANGKAH KESIHATAN YANG KETAT BAGI MENJAMIN LATIHAN PEMIMPIN GENERASI SAF YANG SETERUSNYA

Di Institut Tentera SAFTI, lebih kurang 700 pegawai kadet terus berlatih untuk menjadi pemimpin Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang seterusnya.

Bagaimanapun, Kursus Pegawai Kadet yang mereka jalani agak berbeza daripada kumpulan-kumpulan sebelumnya. Dengan penularan COVID-19 (Penyakit Koronavirus 2019), latihan luar negara telah dibatalkan dan kursus seperti Kursus Keyakinan Hutan (JCC) dan Latihan Tempur Jarak Dekat telah ditangguhkan.

Sebaliknya, kadet menjalani latihan yang disemak semula untuk memperoleh pangkat epaulet Leftenan Muda mereka.

Pegawai Kadet sedang menjalani penembakan secara langsung operasi urban di Fasiliti Latihan Urban Murai. Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penjarakan selamat, kadet hanya menjalani latihan bersama-sama platun mereka.

"Kami telah cuba untuk mereka semula latihan kami bagi mereplikakan standard latihan yang kami harap pegawai kadet kami boleh capai," kata Komander OCS, Kolonel (COL) Edwin Goh.

"Ini termasuk memastikan bahawa standard latihan, keupayaan dan kecekapan setiap kadet, serta penilaian setiap kadet tidak berubah,” kata COL Goh kepada media pada 11 Mei.

Contohnya, walaupun JCC ditangguhkan, para kadet masih lagi diajar kemahiran ikhtiar hidup seperti membina tempat berlindung sementara dan mengumpul air. Dan memandangkan mereka tidak dapat berlatih di luar negara, mereka sebaliknya diuji dengan latihan satu minggu di Pulau Tekong.

Mengingati kembali latihan tersebut, Pegawai Kadet (OCT) Songkiat Ow Shiyuan berkata: "Intensitinya memang hebat - kami tidak berhenti bergerak dari satu misi ke satu misi yang lain sehinggakan kami tidak cukup tidur. Ini semua bertujuan melatih daya tahan kami dan apa yang kami telah pelajari dari segi profesional."

OCT Songkiat sedang membaca pelajaran teori di biliknya. Semua kadet menjalani latihan satu minggu di dalam negeri kerana mereka tidak boleh berlatih di luar negara.

Anggota berusia 22 tahun itu menambah bahawa dia tidak berasa tawar hati kerana terlepas peluang menjalani latihan yang berskala lebih besar, tambahnya lagi: "Semua orang tahu bahawa...(ia) bergantung kepada apa anda pelajari dan peroleh daripada pengalaman yang membina diri anda untuk benar-benar menjadi seorang pegawai."

Sementara latihan diteruskan, OCS telah memperkenalkan langkah-langkah COVID-19 yang dipertingkatkan seperti menjalankan latihan pada saiz platun yang berjumlah tidak lebih daripada 40 orang.

Sekolah latihan juga mengagihkan sebotol pensanitasi tangan kepada setiap kadet, sebagai sebahagian daripada usaha mengingatkan mereka agar tidak berkongsi barang-barang peribadi serta perkakas.

Para kadet mematuhi penjarakan selamat sambil bergerak ke bilik mereka. Laluan tetap juga telah ditandakan di seluruh bangunan sekolah untuk memastikan tiada percampuran antara platun.

Latihan tertentu, seperti pelajaran teori mengenai senjata, telah ditukar kepada Pembelajaran Berasaskan Rumah untuk diikuti oleh kadet di rumah dan bukan lagi di tempat tidur mereka di sekolah.

Para kadet masih dikehendaki pulang ke OCS untuk menamatkan kursus pengendalian dan menembak senjata.

COL Goh berkata bahawa kadet-kadet masih perlu berlatih di OCS untuk mempelajari kemahiran seperti kepimpinan dan kerja berpasukan.

"Malangnya, Pembelajaran Berasaskan Rumah tidak boleh mencakupi keseluruhan pengalaman dan set kemahiran luas yang diperlukan (daripada kadet). Ini termasuk perkara seperti kepimpinan...dinamik pasukan, (dan) latihan lapangan dari segi kemahiran lapangan individu mereka," terang COL Goh.

"Inilah salah satu sebab utama kenapa kita perlu terus berlatih, untuk menjana kepimpinan bagi setiap satu unit masing-masing di dalam SAF."

Memastikan penjarakan selamat semasa latihan juga bermakna membuat perancangan yang lebih berhati-hati, kata Penolong Panglima Platun di OCS, Leftenan Mohamed Haiqal Bin Mohamed Zainal.

Contohnya, anggota berusia 24 tahun baru-baru ini terpaksa menganjurkan penembakan secara langsung Operasi Urban dalam tiga gelombang. "Walaupun ia memenatkan...kami faham bahawa kami harus melakukannya.

"Sesetengah perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu agar standard latihan dan semangat tidak terjejas dalam masa sukar ini."

Dia menambah: "Sebagai bakal komander, mereka perlu memahami kepentingan kesinambungan dalam latihan, agar mereka boleh berkhidmat di luar sana dan memimpin askar-askar di dalam unit masing-masing."

Penekanan tegas SAF terhadap keselamatan membolehkan kadet berlatih tanpa bimbang mengenai penyakit COVID-19, kata OCT Vebeshun.

OCT Hariharan Vebeshun berkata bahawa pada mulanya, walaupun ibu bapanya risau, mereka memahami keperluan dia meneruskan latihan untuk membina kecekapannya.

"Saya meyakinkan mereka bahawa banyak langkah-langkah ketat telah diambil. SAF memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan agar kami boleh benar-benar menumpukan kepada latihan kami tanpa perlu risau mengenai COVID-19," kata anggota berusia 22 tahun itu.

Langkah-langkah sedemikian juga bermakna kadet tidak akan mendapat perarakan pentauliahan tradisional apabila mereka menamatkan kursus, namun ia tidak mematikan semangat OCT Vebeshun. OCS masih lagi merancang majlis yang akan disemak semula untuk kadet.

"(Pentauliahan) kami akan menjadi pengalaman yang berbeza, tetapi kami pasti rakan-rakan dan keluarga kami akan masih berbangga dengan kami," kata OCT Vebeshun.

"Selepas sembilan bulan di OCS, perarakan pentauliahan hanyalah sebahagian daripada (pengalaman keseluruhan). Kami masih membawanya (apa yang kami pelajari semasa latihan kami) bersama kami apabila kami pergi ke unit kami.”

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
11 May 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
11 May 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
11 May 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
11 May 2020

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
11 May 2020

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
11 May 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
11 May 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
11 May 2020

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
11 May 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
11 May 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.