OPS & TRAINING
LATIHAN MARITIM ASEAN-CHINA BANTU MENINGKATKAN KESTABILAN RANTAU: DR NG
23 Oct 2018
Latihan Maritim ASEAN-China adalah perkembangan yang sangat penting dalam usaha Singapura untuk meneruskan dalam mencapai kestabilan serantau.
Latihan Maritim ASEAN-China adalah perkembangan yang sangat penting dalam usaha Singapura untuk meneruskan dalam mencapai kestabilan serantau.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah menekankan perkara ini ketika melawat latihan yang dijalankan di Pangkalan Tentera Laut Ma Xie, Zhanjiang, China pada 23 Oktober.
Latihan ini membenarkan tentera laut dari China dan negara-negara ASEAN untuk berlatih menggunakan Kod Pertembungan Di Luar Jangkaan (CUES). Apa yang lebih penting, dengan bekerjasama m mereka untuk membina persahabatan dan meningkatkan kesefahaman antara mereka, kata Dr Ng.
"Semasa waktu aman, kamu perlu menghabiskan masa membina hubungan, saling faham memahami, dan memahami bagaimana orang lain berfikir….
"Bukan untuk mengambil kesempatan, tetapi jika berlaku perkara yang tidak diingini, mudah-mudahan kamu boleh memanggil orang itu – dan melalui hubungan peribadi dan persahabatan yang telah terbentuk, dapat mengurangkan ketegangan," kata beliau.
Latihan selama enam hari itu, akan berakhir pada 27 Oktober, melibatkan 1,100 kakitangan daripada 10 negara-negara ASEAN dan China, disamping lapan kapal dan tiga helikopter.
Ia dianjurkan bersama Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLAN). Kapal frigat RSN, RSS Stalwart juga terlibat di dalam latihan.
Fasa ke dua Latihan Maritim ASEAN-CHINA dijalankan berdasarkan pelan yang dibangunkan semasa mesyuarat Table-Top (TTX) pada fasa pertama. TTX telah dijalankan lebih awal di Singapura pada bulan Ogos.
Latihan Maritim ASEAN-CHINA adalah sebhagian daripada usaha Singapura sebagai pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan pada 2018. Singapura juga adalah Negara yang bertindak sebagai penyalaras hubungan ASEAN-China dari Ogos 2015 sehingga Ogos 2018.
Dr Ng menambah Singapura akan sentiasa memainkan peranan untuk menyokong kerjasama dan memupuk kepercayaan.
"Singapura percaya pada sistem berlandaskan undang-undang, (dan juga) merungkaikan pertikaian secara pendamaian di mana negara besar dan kecil boleh mendapat manafaat."
"Jelas sekali bertapa pentingnya kita menekankan idea-idea ini, sama ada ia dengan China, atau US, atau dengan Negara-negara yang lain," kata beliau.
Semasa lawatan beliau, Dr Ng telah pergi melihat markas pos latihan gabungan, dan RSS Stalwart.
Beliau juga melawat Kapal Perang Pemusnah Jenis 052D PLAN di Changsha dan telah berbual-bual dengan anak-anak kapalnya. Beliau menyatakan kapal tersebut mengagumkan, moden dan mempunyai peralatan komunikasi yang termaju.
Dr Ng berkata: "Kita telah menyeru agar mereka (kerajaan China) untuk melibatkan diri dengan negara-negara lain, dan dengan rakan-rakan ASEAN dan selebihnya… dan terus meyakinkan kedua-duanya dengan kata-kata dan tindakan yang menunjukkan kebangkitan China dalah aman, dan kebangkitan China adalah bagus untuk semua orang."
Kesimpulannya, Dr Ng berkata hala tuju ASEAN dan China adalah untuk membuat lagi banyak latihan berskala besar untuk meningkatkan keyakinan.
"Semua negara mahukan kedamaian, tetapi kita haruslah berkerja untuk mencapai kedamaian dan kamu mesti mestilah berusaha – ia perlu masa," kata beliau.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
MRTT RSAF bawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
11 Mar 2026
RSAF mengerahkan pesawat pertama daripada dua pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 untuk menghantar pulang rakyat Singapura dan tanggungan mereka dari Riyadh, Arab Saudi.
SAF akan membangunkan campuran keupayaan
27 Feb 2026
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mesti terus memodenkan dan menaik taraf bagi mengimbangi pelbagai ancaman yang semakin meluas.
Kompleks padang menembak baharu di Kem Bedok; Sistem Klasifikasi Perubatan akan direka bentuk semula
27 Feb 2026
Bagi melatih askar untuk persekitaran yang lebih kompleks, SAF akan membina Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi yang baharu, serta memperkenalkan peluang kepada anggota perkhidmatan negara untuk memikul peranan baharu, dan lebih banyak cara untuk menjadi sukarelawan.






