OPS & TRAINING
LAPAN PETUA UNTUK MENGHARUNGI CABARAN BMT
08 Jan 2020
Ia seperti penggal pertama sekolah di mana anda bertemu dengan kawan baharu, belajar kemahiran baharu dan membiasakan diri dengan tuntutan guru-guru anda (maksudnya: sarjan). Kami berkongsi lapan petua untuk membantu anda semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).
Ia seperti penggal pertama sekolah di mana anda bertemu dengan kawan baharu, belajar kemahiran baharu dan membiasakan diri dengan tuntutan guru-guru anda (maksudnya: sarjan). Kami berkongsi lapan petua untuk membantu anda semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).
1. Menjaga raifal anda
Jangan sekali-kali lepaskan pandangan anda dari raifal anda; sentiasa pastikan ia berada di sisi anda terutamanya semasa kem lapangan. Banyak rekrut bangun dari tidur dan mendapati raifal mereka hilang (dan dipegang oleh sarjan mereka), menyebabkan mereka didenda dengan cuti inap pulau hujung minggu yang dilanjutkan di Pulau Tekong.
2. Saling membantu
Berbaik-baiklah dengan buddy anda. Bantulah orang lain walaupun anda telah pun menyiapkan tugasan anda. Semasa BMT, anda diganjarkan dan dihukum sebagai satu pasukan.
3. Bawa marker dakwat kekal
Anda memerlukannya untuk melabel baju anda, botol air dan lain-lain peralatan peribadi (kerana semua orang akan membawa benda yang sama). Jika tidak anda mungkin akan terambil tuala rakan tempat tidur anda.
4. Bawa penyangkut baju
Dengan 16 rekrut berkongsi hanya beberapa ampaian di kawasan tempat tidur, mempunyai penyangkut baju anda sendiri berguna untuk mengeringkan uniform anda.
5. Bawa lebih banyak pakaian dalam
Kecuali jika anda ingin menterbalikkan pakaian dalam yang kotor dan memakainya semula.
6. Sapu vaseline sebelum perarakan haluan
Semasa perarakan haluan, seluar anda akan sentiasa bergesel dengan bahagian dalam kaki anda. Sapu vaseline dengan banyak pada bahagian dalam kaki anda untuk mengelakkan lelas pada peha. Jika anda tidak menggemari tekstur melekit jeli petroleum, anda boleh mencuba krim ruam lampin.
7. Bersenam
Latihan dipertingkatkan secara progresif pada kadar yang selesa untuk para rekrut. Walau apa pun, tidak ada salahnya jika anda sendiri mengamalkan permainan dan senaman sebelum mendaftar masuk tentera. Membiasakan diri dengan bahang matahari dan berpeluh akan membantu!
8. Nikmati prosesnya
Latihan boleh menjadi siong (bahasa Hokkien untuk mencabar) tetapi ada juga waktu-waktu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Nikmati perjalanan anda! Ketahui dengan lebih lanjut mengenai BMT di go.defencepioneer.sg/whatisbmt
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

