Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23oct23_news1-thumbnail2a65fbaf-979b-4930-aacb-6bc29b4d95dd.jpg?sfvrsn=f6cc6a70_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LAMUNAN-CINTA-YANG-TAK-TERANCANG
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LAMUNAN-CINTA-YANG-TAK-TERANCANG
LAMUNAN CINTA YANG TAK TERANCANG
23 Oct 2023 | PEOPLE

LAMUNAN CINTA YANG TAK TERANCANG

DIA MEMBUAT LAMARAN BERBEKALKAN HOTPOT BAWA PULANG. DIA MENYAHUT "YA". INILAH KISAH 3WO EMERALD LIM DAN MSG KUMAR, YANG BERALIH DARIPADA "SAUDARA" KEPADA KAWAN BAIK SEHINGGA MENJADI PASANGAN SUAMI-ISTERI.

Bercinta bererti berasa cukup selesa untuk berseloroh dan bersembang secara jujur dan bebas tanpa bertapis, kata pasangan suami isteri MSG Kumar (kiri) dan 3WO Lim.

Mahukah kamu akan mengatakan "ya" kepada lamaran Haidilao – bukan di restoran, tetapi dengan hotpot bawa pulang?

Pegawai Waran Ketiga (3WO) Emerald Lim akan mengatakan dia terpaksa mengatakan "ya" kepada lamaran suami Master Sarjan (MSG) Kumaraguru Putaran. Dan ia bukan (semata-mata) kerana dia benar-benar suka hidangan itu.

Kedua-dua kawan baik 3WO Lim, 28, dan MSG Kumar, 32, dilamun cinta semasa mereka bertemu dengan insan yang boleh menembusi perisai mereka dan mendedahkan diri mereka yang sebenar. Mereka juga kawan baik yang tidak segan untuk berseloroh dan berjenaka antara satu sama lain atau bebas bercakap tanpa bertapis.

Jika ini bukan cinta, setentunya kami akan menolaknya bulat-bulat!

Hai 3WO Lim dan MSG Kumar, ceritakan sedikit tentang bagaimana kamu bertemu!

MSG Kumar: Kami berada dalam batalion yang sama dan sering bersua muka. Tetapi kali pertama kami berinteraksi adalah semasa menjalani Latihan Panzer Strike di Jerman pada 2017. Saya mengetuai konvoi untuk mengisi minyak kereta kebal dan kami berada dalam kenderaan yang sama – saya adalah pemuat dan dia pula panglima – dan kami mula berbual di situ, tentang kerja!

3WO Lim bersama MSG Kumar di perbarisan tamat pengajian Warfighter – Kursus Sarjan Mejar Kompeni pada 2022.

Siapa yang mengorak langkah pertama?

MSG Kumar: Kami tidak tahu siapa jio (mengorak langkah pertama), tetapi pada suatu hari saya datang ke pejabat saya, dan ada kek di sana. Jadi mungkin dia.

Lim 3WO: Itu bukan jio, itu "menguji air".

Selepas Latihan Panzer Strike pada 2017, saya menyertai kompeninya sebagai Sarjan Platun. Ketika itulah kami mula bekerja bersama-sama dengan lebih kerap. Kami bagaikan saudara dan kami berasa cukup serasi bekerja bersama. Kami menjadi pasangan pada 2018 dan mendirikan rumahtangga pada 2022.

MSG Kumar: Saya tidak pernah terfikir tentangnya (status hubungan kami). Kami sentiasa berkawan baik, jadi saya tidak berasa kekok. Sebenarnya, dia yang bertanya tentang hubungan kami! Suatu hari semasa menunggu dia di bawah bloknya, sebaik saja melihat saya, dia terus bertanya saya.

Ia seperti di sekolah menengah, apabila kamu bertanya: "Nak pergi steady anot?" Jadi saya berkata: "Ok loh, lepas tu jadi pak we dan mak we loh!"

MSG Kumar melamar pada 2020 di Latihan Panzer Strike di Jerman, dan pasangan itu berkahwin pada Mei 2022.

Kami dengar tentang lamaran kamu yang luar biasa tu!

MSG Kumar: Saya melamarnya di Latihan Panzer Strike pada awal 2020. Ia adalah pada penghujung latihan dan kami semua berkumpul untuk mengambil foto.

Lim 3WO: Lamarannya memberi saya serangan jantung! Bayangkan: kamu membawa senapang kamu, siap dengan kelengkapan penuh Tentera kamu, dan kemudian lelaki ini mula melutut – di tengah-tengah padang! Dan dia sedang memegang hotpot Haidilao bawa pulang yang digunakan sebagai pengganti bunga! Saya kata: "Eh, jangan main-main dah! Cepat berdiri!" Tetapi dia tidak menghiraukan saya dan terus bercakap.

MSG Kumar: Kemudian saya keluarkan cincin yang saya bawa bersama. Tetapi kerana cuaca sejuk, cincin itu menjadi terlalu kecil dan tidak boleh dipakai di jarinya! Seluruh kompeni bersorak-sorak untuk kami.

Lim 3WO: Seolah-olah dipaksa untuk berkata "ya"!

MSG Kumar: Saya gunakan hotpot kerana saya tidak boleh membawa bunga. Lagipun, dia suka makan, dan dengan cuaca yang sejuk di Jerman, saya fikir hotpot ni satu idea yang bagus. Saya fikir dia akan makan bersama saya, tetapi selepas lamaran dia terus hilang!

Lim 3WO: Saya kembali ke katil dan berkongsi dengan anak-anak buah saya.

MSG Kumar: Dan saya makan catuan saya pula.

1-UP-B-caption
3WO Lim bersama-sama anggota tenteranya dari 48 SAR pada 2019, semasa dia bertugas sebagai Sarjan Platun. Pada masa itulah dia mula bekerja dengan MSG Kumar.

Bagaimana rasanya berkahwin dengan rakan sejawat dan bekerja bersama-sama?

Lim 3WO: Lebih mudah untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja – saya boleh terus menghubunginya. Kini, Kumar adalah Sarjan Mejar Kompeni Sokongan (CSM) di Batalion ke-41, Rejimen Berperisai Singapura (41 SAR) SAR dan saya seorang jurulatih meriam kereta kebal di Institut Latihan Perisai.

Dia adalah seperti bapa kepada para kadet dan saya pula gurunya: dia menghantar mereka ke sini dan saya akan melatih mereka. Sesudah tamat latihan mereka, saya akan mengembalikan mereka kepadanya.

MSG Kumar: Emerald ialah seorang pakar bidang. Apabila kadet kembali selepas mempelajari kemahiran (sebagai tankee), kami mengajar mereka untuk beroperasi sebagai anak kapal.

Meskipun 90 peratus daripada apa yang kami lakukan adalah serupa, masih ada lagi 10 peratus – kerana kami memegang pelantikan yang berbeza, kami mungkin tidak memahami cabaran khusus yang dihadapi masing-masing. Contohnya, beberapa tugasan saya yang lalu memerlukan saya meluangkan masa yang lebih lama.

Perkara-perkara seperti ini akan memberi kesan dan sekali-sekala dia akan mengadu – tengok tu, pakai hijau tapi masih tak faham! (bergelak) Setentunya, ia pasti lebih sukar dengan seseorang yang bukan dari angkatan tentera.

Lim 3WO: Tetapi perkara buruknya ialah apabila bercakap tentang kerja, kami tentu akan bertengkar kerana kami masing-masing ada cara tersendiri untuk melakukan sesuatu dan kami kekal dengan pandangan kami. Sebab itulah kami akan elak membawa pulang kerja kami!

Adakah lebih mudah untuk menghadiahkan sesuatu secara mengejut?

MSG Kumar: Susah sangat lah! Dia tahu jadual saya dan saya juga tahu jadual dia, jadi susah untuk saya membohongkan dia! Jika dia bertanya kawan saya: "Apa yang Kumar buat hari ini?" saya tentu akan terperangkap!

Lim 3WO: Mereka selalu menghubungi saya bila tidak dapat menghubunginya!

Pasangan itu bercuti di Disneysea di Jepun pada 2019. Lazimnya, 3WO Lim akan selalu membuat perancangan dan MSG Kumar akan menurut rancangannya.

Siapa yang lebih romantik?

Lim 3WO: Kumar bukan orang yang romantik, saya rasa saya lebih romantik. Contohnya, saya akan mencetak foto kami dan menulis surat. Saya juga yang merancang janji temu kami.

MSG Kumar: Dia selalu merungut tentang perlunya merancang, tetapi saya tahu dia suka. Dia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat kajian – bukan sahaja untuk perjalanan ke luar negara tetapi juga tempatan.

Dia juga mengamalkan tabiat dari Tentera – semua mesti berjalan mengikut jadual. Jika dia bercadang untuk meninggalkan hotel pada 9.30 a.m., kami akan pergi tepat pada 9.30 a.m. Saya seorang pengembara yang mudah dan bebas. Saya suka berjalan-jalan dan melihat apa yang menarik minat saya.

Lim 3WO: Saya mesti ada TOE – jadual acara. Saya perlu tahu apa yang saya lakukan atau saya akan berasa sangat kecewa. Jadi, elok juga dia sanggup menurut rancangan saya!

3WO Lim menghargai MSG Kumar yang sanggup menunjukkan sikap kebudak-budakan yang dirahsiakan kepadanya. Dia pula akan menjaganya dengan membuat kerja-kerja rumah.

Apakah yang paling seronok setelah mendirikan rumahtangga bersama?

Lim 3WO: Perkahwinan itu bukan setakat kami berdua sahaja, ia juga melibatkan keluarga kami. Saya suka keluarganya tidak tegas—

MSG Kumar: —tentang saya lah, bukan keluarga saya! Aiyah!

Lim 3WO: Saya berkahwin dengan kamu kerana keluarga kamu baik apa! Jika ibu kamu seorang yang sangat tegas dan asyik menegur menantunya, setentunya kami tidak akan duduk di sini!

MSG Kumar: Sejak hari pertama, Emerald dan saya mempunyai hubungan ini yang membolehkan kami bersembang mengenai apa-apa sahaja. Saya mahu berkongsi segala-gala dengannya, baik atau buruk.

Lim 3WO: Dia ada sisi yang hanya ditunjukkan kepada saya. Contohnya, walaupun wajahnya kelihatan sangat garang dan tegas kepada orang lain, dengan saya dia berkelakuan seperti kanak-kanak. Saya ni umpama ibu yang menjaga anaknya. (bergelak) Tetapi dia juga menjaga saya dengan caranya sendiri, seperti membuat kerja-kerja rumah. Saya juga suka memasak, dan dia akan membersih dan mengemas selepas saya masak.

MSG Kumar: Kami saling melengkapi kekurangan masing-masing.

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
23 Oct 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
23 Oct 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
23 Oct 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
23 Oct 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
23 Oct 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
23 Oct 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
23 Oct 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
23 Oct 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
23 Oct 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
23 Oct 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.