OPS & TRAINING
KREW ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA TENTERA LAUT BEROPERASI SEPENUHNYA
17 Jul 2018
Krew RSS Vigilance Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) memperolehi status sedia beroperasi sepenuh masa pada 17 Julai dengan anak kapal yang terdiri daripada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) yang berkelayakan.
Krew RSS Vigilance Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) memperolehi status sedia beroperasi sepenuh masa pada 17 Julai dengan anak kapal yang terdiri daripada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) yang berkelayakan.
Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Heng Chee How melawat skuadron dan menyaksikan dengan sendiri bagaimana cekapnya krew NSman mengendalikan Corvette Peluru Berpandu kelas Victory (MCV) RSS Valiant. Krew itu adalah salah seorang daripada dua orang anak kapal NSman RSN.
"(Anak kapal RSS Vigilance memperolehi status sedia beroperasi sepenuh masa) ini menandakan pelaburan terbaik kita dalam Khidmat Negara terhadap Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara," kata Encik Heng yang diiringi oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Lew Chuen Hong.
Ketika pelayaran beliau, Encik Heng menyaksikan anak kapal NSman melaksanakan satu siri operasi tentera laut sebagai sebahagian daripada Latihan Dalam Markas (ICT) mereka. Ia termasuklah mengenalpasti dan meneutralkan ancaman-ancaman simulasi serta latihan kebakaran dan kawalan kerosakan.
"Bagi Khidmat Negara, seperti contoh yang telah kita lihat pada hari ini, terdapat anggota yang mempertaruhkan diri mereka sendiri walaupun mereka dalam status sedia beroperasi. Mereka melakukan pengorbanan ini supaya kedaulatan, keamanan dan kestabilan negara kita dilindungi," kata Encik Heng ketika beliau menyatakan keyakinan beliau terhadap anak kapal SQN 188.
Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Kelvin Lim iaitu Pegawai Arahan RSS Vigilance merasakan bahawa ia bukan senang untuk anak kapal NSman memperolehi status sedia beroperasi sepenuh masa.
"Ia semestinya bukan sesuatu yang boleh dicapai oleh Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dengan sendirinya," kata LTC (NS) Lim." Ia semestinya memerlukan pemahaman di antara RSN dan majikan tempat kita bekerja. Saya rasa yang RSN atau SAF secara keseluruhannya telah melakukan yang terbaik dalam memastikan masa yang dihabiskan ketika NS kita sangat memuaskan hati."
Lelaki yang berumur 41 tahun itu kini bekerja di Agensi Jagaan Bersepadu iaitu sebuah agensi yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membina infrastruktur penjagaan orang-orang tua di Singapura. Beliau mengendalikan skim pembantu kewangan, pengangkutan dan pelbagai servis penjagaan orang-orang tua yang diperlukan oleh komuniti orang-orang tua yang masih hidup.
"Ia merupakan satu cabaran untuk mengimbangkan NS dan komitmen kerja dan ia memerlukan usaha untuk mengatur semula kehidupan mereka supaya dapat menyokong sepenuhnya komitmen latihan. Oleh sebab itu, Saya sangat terhutang budi terhadap setiap seorang dari mereka."
LTC (NS) Lim juga menekankan kepentingan mempunyai sikap yang betul terhadap NS. "ICT memakan masa dari 1.5 hingga 2.5 minggu. Orang ramai mungkin berfikir yang ia merupakan satu gangguan tetapi bagi saya dan krew saya, kami lebih suka memikirkannya sebagai suatu masa yang di mana kami kembali untuk melakukan suatu yang kami percaya," kata beliau.
"Kami juga menggalakkan krew untuk memikirkannya seperti kembali semula bagi mengasah kemahiran kami sebagai satu pasukan (kapal) kerana ia adalah seperti sebuah keluarga bagi kami. Kami juga fikir yang ia merupakan sebagai satu cara untuk mencapai keseimbangan di antara kehidupan peribadi dan kehidupan NS."
Pakar Tentera 1 (ME1) Anbalagan Sunderason bersetuju dengan LTC (NS) Lim. Dengan menggunakan analogi pasukan bola sepak yang hanya berkumpul bersama untuk bermain sekali dalam setiap enam bulan, ME1 (NS) Sunderason berkata: "Kami sudah biasa dengan apa yang diperlukan dan sepanjang tahun lalu, ia telah menjadi biasa bagi kami. Jadi, kami tidak melihatnya sebagai suatu yang memenatkan dan rumit. Ia sebenarnya suatu yang agak menyeronokkan kerana ia sangat senang bagi kami untuk mencapai standard yang sama dengan yang sebelum ini."
ME1 (NS) Sunderason sekarang memiliki sebuah syarikat beliau sendiri yang bertumpu kepada landskap dan pembersihan di mana beliau memastikan projek beliau semakin maju dari hari ke hari.
Seorang Regular dari tahun 2010 hingga 2015 yang sebelum ini berada dalam RSN iaitu Pakar Komunikasi yang berumur 29 tahun daripada RSS Vigilance berasa diberkati apabila dia masih boleh berkhidmat dalam keadaan itu.
"Diberikan peluang ini untuk kembali dan berkhidmat dengan MCV adalah sesuatu yang patut dibanggakan dan saya menanti-nanti panggilan untuk bertugas pada setiap tahun."
ALSO READ IN OPS & TRAINING
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.
LATIHAN FORGING SABER MENINGKATKAN PENGGUNAAN ASET TANPA PEMANDU DALAM OPERASI SERANG BERSEPADU
12 Sep 2025
Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.




