Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05may20-photo1new828ff2ad-50b7-4903-9df9-276a7222e4a9.jpg?sfvrsn=89f69be6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KERJASAMA-SEMUA-DIPERLUKAN-SEMASA-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KERJASAMA-SEMUA-DIPERLUKAN-SEMASA-COVID-19
KERJASAMA SEMUA DIPERLUKAN SEMASA COVID-19
05 May 2020 | OPS & TRAINING

KERJASAMA SEMUA DIPERLUKAN SEMASA COVID-19

ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA LAUT LELAKI DAN WANITA TERUS MELINDUNGI SINGAPURA SEMASA WABAK COVID-19. GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MENCORETKAN PERJALANAN TUGAS MEREKA DI PERAIRAN, DI PANGKALAN DAN KETIKA MEMBANTU MASYARAKAT.

Sambutan Hari Tentera Laut pada 5 Mei tahun ini agak berbeza: tiada perarakan, tiada berkumpul untuk berarak dalam kontingen, tiada makan bersama-sama selepas itu.

Mereka mungkin tidak dapat berkumpul secara fizikal, tetapi anggota-anggota Tentera Laut Republik Singapura (RSN) di seluruh negara masih mempunyai misi bersama bagi memastikan talian komunikasi laut Singapura terbuka dan selamat, dan untuk memerangi pandemik COVID-19 (Penyakit Koronavirus 2019).

Saksikan bagaimana anggota-anggota lelaki dan wanita di dalam Unit Operasi Kritikal RSN memainkan peranan mereka dalam melindungi Singapura.

Sentiasa bertugas mengawasi perairan

1-UP-B-caption

Pakar Tentera (ME) 3 Nelson Chia, 40, Juragan Kapal Misi Littoral RSS Justice, mengawasi persekitaran laut dan menjejak kapal dagang yang sedang berlalu semasa rondaan. Seperti Unit Operasi Kritikal lain, anak-anak kapal perlu berada jauh dari kampung halaman dan menjalani pengasingan di pangkalan sepanjang tempoh tugas mereka.

"Komitmen kami untuk bersedia melaksanakan misi dalam masa yang mencabar ini tidak dapat tidak memerlukan pengorbanan. Ini bermakna terpaksa berada jauh dari ahli keluarga dan orang tersayang dalam tempoh yang lebih lama,” terangnya.

Walaupun begitu, anak-anak kapal menerima cabaran ini sebagai sebahagian daripada tuntutan tugas. "Kami amat bersemangat ketika berada di atas kapal, kerana kami memahami bahawa kami perlu mengekalkan kesediaan operasi dan perlu ingat tujuan di sebalik wujudnya langkah-langkah pengasingan ini."

1-UP-B-caption

Di Pusat Operasi Pasukan Petugas Keselamatan Maritim di Pusat Perintah dan Kawalan Changi, anggota bertugas sedang mengawasi perairan di Selat Singapura.

Tugas mereka adalah untuk mengesan aktiviti luar biasa dan kapal yang berulang-alik di perairan kawasan tanpa kebenaran. Aktiviti-aktiviti haram maritim yang pelbagai menjadi kebimbangan semasa pandemik COVID-19: seperti pendatang haram cuba untuk memasuki Singapura, rompakan di laut dan serangan pengganas.

1-UP-B-caption

Pasukan Keselamatan Laut Pengiring (ASSeT) daripada 180 Skuadron (SQN) menjalankan operasi menaiki dan mencari di atas kapal dagang. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) bekerja bersama Anggota Tetap yang berpengalaman untuk menjalankan pemeriksaan di atas kapal, bagi memastikan mereka tidak memberi perlindungan kepada pendatang haram atau menyorok senjata berbahaya.

Di samping berada jauh dari rumah masing-masing ketika bertugas, ahli-ahli ASSeT memakai Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) seperti topeng muka, cermin mata keselamatan dan sarung tangan lateks sebelum menaiki kapal. Mereka juga mengekalkan jarak 1m di dalam pasukan, dan mengelakkan sentuhan fizikal dengan anak-anak kapal di atas kapal dagang tersebut.

1-UP-B-caption

Ketua Pasukan ASSeT, Leftenan Muda Jeremiah Tay (kanan) sedang menemubual nakhoda sebuah kapal dagang. Anggota NSF berusia 20 tahun itu akan sampai ke Tarikh Sedia Beroperasi pada November tahun ini, tetapi dia sudah memikirkan untuk melanjutkan Perkhidmatan Negara.

Dia berharap akan dapat memindahkan kemahiran yang dipelajarinya di unit Sayap Pegawai Kadet Kanan (Midshipman Wing) kepada bakal pelatih: "Ketegaran (latihan pegawai kadet bermakna bahawa) saya menghadapi lepas satu demi satu cabaran, (yang) mengukuhkan kemahiran kepimpinan dan pemikiran kritikal saya.

"Dengan membawa kemahiran ini kembali ke unit saya di 180 SQN, saya berpeluang mempengaruhi anggota-anggota bawahan saya untuk mengamalkan profesionalisme dalam tugas."

Pangkalan yang teguh dan stabil

Di pangkalan tentera laut, skuadron meneruskan kerja keras mereka. Untuk armada frigat kelas Formidable RSN, kapal dan anak-anak kapalnya mesti kekal beroperasi serta bersiap sedia untuk sebarang kontingensi.

Memandangkan anak-anak kapal harus bertugas dalam jarak dekat di atas kapal, mereka perlu diasingkan dahulu selama tempoh tugas mereka, untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakan-rakan kelasi.

1-UP-B-caption

Leftenan Kolonel Oh Zongbo, Pegawai Pemerintah RSS Intrepid, 38, di dalam Pusat Maklumat Tempur semasa latihan permainan perang.

"Selain meneruskan kesempurnaan latihan, kami harus kekal sihat dan bebas daripada COVID-19. Oleh itu, anggota-anggota daripada unit Armada kami telah pun menjalani pengasingan sejak bermulanya tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan, bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan keteguhan tugas kritikal dalam mempertahankan perairan Singapura sepanjang tempoh ini.”

1-UP-B-caption

Operator Sistem Marin ME1 Oon Shumin sedang menjalankan pemeriksaan di dalam bilik enjin RSS Intrepid. Langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan seluruh negara telah mendatangkan cabaran tambahan kepada tugasnya sebagai jurutera.

Contohnya, dengan tertangguhnya penghantaran beberapa bahagian, pasukan kejuruteraan terpaksa menghabiskan lebih banyak masa untuk mengekalkan kesediaan kapal. Pasukannya juga membantu menjalankan pemeriksaan dan penyenggaraan untuk kapal kembar RSS Intrepid, yang buat masa ini dikendalikan oleh anak-anak kapal dan anggota-anggota bertugas yang penting sahaja.

1-UP-B-caption

ME1 Oon berehat sambil membaca perkembangan terkini dari kampung halaman. "Tentera laut dan pihak pengurusan kapal menjaga kebajikan kami dan memastikan segala urusan dipermudahkan semasa tempoh pengasingan ini. Ini termasuk menyediakan zon yang telah diluluskan terlebih dahulu untuk membuat sidang video dengan orang tersayang kami," kata anggota berusia 32 tahun itu.

"Keluarga saya dan saya juga merindui satu sama lain, tetapi mereka memahami keperluan saya bertugas dengan mengambil kira situasi COVID-19 di Singapura. Mereka sungguh teruja dan bercadang untuk menyediakan makan besar untuk saya bila pulang ke rumah nanti!"

1-UP-B-caption

Ketua Jurutera ME4 Ken Sumida (kiri) bertugas dengan juruteknik tempur untuk memeriksa Senjata OTO Melara 76mm semasa pemeriksaan penyelenggaraan. Anggota berusia 28 tahun dari Skuadron Pasukan Kesediaan, Perintah Logistik Tentera Laut (NALCOM), telah berada dalam pengasingan di tempat kerjanya di Pangkalan Tentera Laut Tuas sejak dia memulakan tugasnya, termasuk pengasingan dua minggu sebelum operasi bermula.

Memandangkan kerja mereka memerlukan mereka bekerja dengan kontraktor luar, mereka juga perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan ketat seperti memakai topeng muka setiap masa, mengelakkan sentuhan fizikal dengan kontraktor, dan mengelap peralatan selepas penyelenggaraan.

1-UP-B-caption

Cik Kelly Kwa, Ketua Seksyen Rangsum di Skuadron Pasukan Sokongan, NALCOM, (kiri) memeriksa rangsum di dapur sebelum makan tengah hari dihidangkan.

Sejak pengenalan langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19, pegawai berusia 48 tahun itu sibuk dengan tugas memantau pelaksanaan langkah-langkah penjarakan selamat seperti pengaturan waktu makan dan penyusunan semula meja makan bagi memastikan ukuran penjarakan adalah betul. Semasa tempoh Pemutus Rantaian Jangkitan, dia juga menguruskan penghantaran rangsum ke skuadron yang berada dalam pengasingan.

Mengekalkan latihan pada tahap tinggi

Di sekolah, latihan masih dijalankan. Mereka mesti mematuhi langkah-langkah kebersihan ketat dan penjarakan selamat sambil mengekalkan standard latihan yang tinggi. Latihan juga terus dijalankan di pusat simulasi untuk melatih generasi yang seterusnya dan mengekalkan kesediaan operasi anak-anak kapal.

Di Sekolah Juruselam, Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut, di mana Kursus Ketua Selam (DLC) sedang dijalankan, penjarakan selamat ditanda dengan jelas di semua kawasan latihan seperti bilik darjah dan kolam menyelam. Kawasan-kawasan ini sentiasa dilap untuk disanitasi. Masa waktu makan dan mandi juga diatur untuk mengurangkan kesesakan.

1-UP-B-caption

Walaupun langkah-langkah keselamatan boleh mendatangkan kesulitan kepada latihan, Sarjan 3 Julian Segajesan Banie (memakai topi hutan) yakin kepentingan DLC diteruskan.

"Menjalani kursus ini amat perlu dalam masa yang genting ini; penting bagi kita untuk mendapat kelayakan sebagai ketua penyelam agar kita boleh memimpin rakan-rakan kumpulan kita, bagi membolehkan kita terus berkumpul semula dan memimpin pasukan dalam tugasan operasi," kata anggota NSF berusia 23 tahun itu.

"Walaupun menghadapi keadaan COVID-19 yang berubah-ubah, kami masih berupaya memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan peranan masing-masing dengan penuh yakin di unit operasi kami."

1-UP-B-caption

Sebagai langkah keselamatan tambahan, pelatih DLC telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang lebih kecil semasa latihan. Lebih banyak jurulatih telah dikerah untuk melatih kumpulan bagi memastikan objektif latihan dipenuhi dalam tempoh latihan yang diperuntukkan, terang jurulatih Pegawai Waran 2 Thomas Yeow, 40 tahun.

Kata Pegawai Waran Platun Kanan di Sekolah Juruselam: "Pelan ini membolehkan kami memenuhi keperluan latihan walaupun dengan sekatan langkah-langkah keselamatan…dan standard latihan sudah pastinya tidak dikompromikan semasa tempoh (Pemutus Rantaian Jangkitan) ini."

Menyumbang semula kepada masyarakat

1-UP-B-caption

Usaha-usaha RSN dalam memerangi COVID-19 melangkaui panggilan tugas biasa mereka. Di samping menyediakan rawatan perubatan kepada anggota-anggota RSN, anggota-anggota Perkhidmatan Perubatan Tentera Laut turut menyumbang kepada masyarakat melalui khidmat memeriksa suhu dan membuat saringan kesihatan di hospital dan Fasiliti Penjagaan Komuniti (CCF), menjalankan ujian swab untuk pekerja asing yang terjejas di asrama, dan menyediakan penjagaan kesihatan utama di CCF.

1-UP-B-caption

Pakar Perubatan Tentera ME2 Rayner Tan, 36, (kanan) telah bertugas di pusat saringan hospital sejak 18 Apr, merekod maklumat perubatan pesakit yang datang.

Kadang-kadang, tanggungjawabnya melangkaui menyediakan sokongan perubatan. Dia teringat semula insiden seorang pekerja asing yang risaukan rakan asramanya yang tidak diuji untuk COVID-19 dan takut untuk menemui doktor.

"Saya membawanya berjumpa pegawai perubatan kami yang memberikan penyelesaian dan nasihat (untuk rakan seasramanya) sebelum menghantar dia balik ke asramanya. Dia nampak sangat lega selepas itu. Insiden ini mengingatkan saya bahawa berada di barisan hadapan membolehkan saya mendatangkan perbezaan kepada mereka yang terjejas dan memerlukan pertolongan kita."

1-UP-B-caption

Pegawai Jururawat Tan Ei Huan (kiri) menyelia anggota yang sedang menyarung PPE-nya bagi memastikan dia memakainya dengan selamat.

Dia melatih Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi yang telah dikerah untuk membantu dalam pelbagai CCF, dan juga memastikan bahawa mereka diperlengkapkan dengan PPE yang betul.

Kata pegawai berusia 27 tahun itu: “Ketika negara menghadapi krisis ini, saya berbangga dapat membantu pasukan perubatan barisan hadapan. Saya terpanggil untuk melakukan tugas ini bukan sahaja sebagai penjawat awam, tetapi sebagai individu yang terlatih dalam perubatan untuk menyumbang kemahiran dan usaha saya."

 

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
OPS & TRAINING
05 May 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
05 May 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
OPS & TRAINING
05 May 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
OPS & TRAINING
05 May 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
OPS & TRAINING
05 May 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
OPS & TRAINING
05 May 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
OPS & TRAINING
05 May 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
OPS & TRAINING
05 May 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
OPS & TRAINING
05 May 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
05 May 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.