OPS & TRAINING

KERJASAMA PENANGKAPAN YANG CEPAT DALAM LATIHAN HIGHCREST

26 Oct 2017

Kedua-dua buah bot laju yang membawa senjata haram itu menuju ke arah pantai timur Singapura.

26oct17_news-1.JPG

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Foto oleh Chua Soon Lye, Kenneth Lin dan ihsan SPF


Kedua-dua buah bot laju yang membawa senjata haram itu menuju ke arah pantai timur Singapura.

Perairan itu kelihatan tenang tetapi agensi keselamatan negara bagi pulau itu telah pun berjaya mengesan bot-bot laju itu. Dengan Pusat Koordinasi Maritim Singapura (SMCC) sebagai pucuk pimpinan, agensi-agensi seperti Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) menjejak lokasi bot-bot laju itu dengan kapal masing-masing.

Bot-bot Polis Pengawal Pantai (PCG) dihantar dan mengelilingi kedua-dua bot laju itu dengan cepat. Polis Pengawal Pantai menembak motor-motor bot laju untuk melumpuhkan motor-motor itu selepas kru bot-bot laju tidak mengendahkan amaran berulang daripada Polis Pengawal Pantai.

Di pantai, rakan subahat menunggu bot-bot laju itu tiba dengan bersembunyi. Mereka juga telah dikesan oleh sistem pengawasan pantai, agensi keselamatan negara dan unit tindakan cepat telah dikerah untuk menangkap pesalah.

Ini merupakan salah satu senario dalam Latihan Highcrest pada tahun ini yang menguji tindakan agensi keselamatan negara terhadap serangan merentangi daratan dan lautan.

Diadakan pada 19 hingga 26 Oktober, latihan itu melibatkan 300 orang kakitangan dari 14 buah agensi termasuklah RSN, SPF dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Bercakap kepada media selepas melawat latihan itu pada 26 Oktober, Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan iaitu Dr Mohamad Maliki bin Osman berkata: "Ancaman keganasan terutamanya daripada domain maritim adalah benar dan wujud. Singapura merupakan sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan… (walaupun) kita kaya dengan perairan, ia juga turut memberi kelemahan kepada kita."

"Apa yang penting adalah (mempunyai) tindakan kerajaan sepenuhnya dan bersiap sedia dengan kemungkinan sedemikian."

Semasa lawatan beliau, Dr Maliki juga ditunjukkan bagaimana SMCC berfungsi untuk mengenal pasti ancaman dengan cepat. Caranya adalah dengan menggunakan pengawasan dan keupayaan membuat pertimbangan SMCC.

Sebagai contohnya, kakitangan bertugas di SMCC memeriksa jaringan 24/7 untuk melihat isyarat-isyarat aktiviti yang boleh menjadi ancaman keselamatan kepada Singapura.

Selepas mengesahkan maklumat sumber terbuka dengan data daripada agensi-agensi lain, SMCC dengan cepat mengasingkan ancaman yang boleh dipercayai daripada lautan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti mencurigakan.

Ini adalah kali pertama bagi Latihan Highcrest bekerjasama dengan latihan menentang keganasan negara yang lain iaitu Latihan Northstar di darat untuk melihat bagaimana serangan di darat boleh memberi impak terhadap operasi di laut dan sebaliknya.

Pengarah Kumpulan Mencipta  Saluran Deria Maritim Nasional SMCC, Kolonel (COL) Nicholas Lim berkata: " Melihat kepada serangan pengganas yang lepas di seluruh dunia, kita lihat bagaimana serangan-serangan ini boleh berlaku (dan) saya rasa kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan terjadinya serangan pengganas."

(Oleh sebab itulah) agensi-agensi sedang bekerjasama untuk memastikan kita boleh menangani ancaman-ancaman itu."

Di pantai, kamera-kamera PCG mengesan rakan subahat menunggu bot laju yang sudah dipintas itu untuk sampai tetapi unit tindakan cepat SPF telah mengatur kedudukan untuk menangkap mereka.
Bercakap kepada media selepas melawat latihan itu, Dr Maliki meminta orang awam untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan melalui pelbagai platform seperti aplikasi selamat SG.
Kolonel (COL) Lim mengatakan bahawa penting bagi agensi-agensi keselamatan negara untuk terus bekerjasama demi memastikan semua orang telah bersedia bertindak sekiranya serangan pengganas berlaku di Singapura.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story