KEHIDUPAN BARU BAGI PESAWAT PERANG LAMA

Feature-Upcycing2-HERO https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/feature-upcycing2-hero8682cd32-5c47-454f-9e62-61a006fe591f.jpg?sfvrsn=ad9974ce_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEHIDUPAN-BARU-BAGI-PESAWAT-PERANG-LAMA
KEHIDUPAN BARU BAGI PESAWAT PERANG LAMA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEHIDUPAN-BARU-BAGI-PESAWAT-PERANG-LAMA
01 Jun 2018 | COMMUNITY

KEHIDUPAN BARU BAGI PESAWAT PERANG LAMA

PIONEER melawati pesawat tentera yang telah tidak beroperasi yang telah menemui matlamat yang diperbaharui semula dalam kehidupan– membantu pelajar belajar tentang ilmu penerbangan.

// LAPORAN Ong Hong Tat

// GAMBAR Timothy Sim

English 华文
English 华文
Pensyarah SP En Chua Sing Ming (kanan) menunjukkan bahagian kokpit jet pejuang A-4SU kepada pelajar En Eng. Jet pejuang yang tidak lagi beroperasi itu adalah salah satu bekas pesawat tentera yang diberikan kepada SP pada tahun 2005.

Pesawat itu masih kelihatan seolah-olah masih bersedia untuk beroperasi walaupun dengan usianya. Sayap jet pejuang A-4SU Super Skyhawk yang berbentuk delta yang cukup istimewa masih utuh dan garis badan pada helikopter utiliti UH-1H adalah masih lurus.

Bahagian dalamnya telah menunjukkan ciri-ciri corak yang haus bertepatan dengan fungsinya sebagai pesawat tempur: tempat duduknya telah berkedut, permukaannya telah lusuh dan cermin depannya telah berbopeng.

Bayangkan pengalaman yang telah dilaluinya dan kisah yang boleh diceritakannya. Setelah lebih daripada tiga dekad perkhidmatan bersama Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), pesawat itu telah disumbangkan kepada Politeknik Singapura (SP) pada tahun 2005.

Dengan tugas ketenteraannya yang telah menjadi kenangan masa lalu, kokpitnya menjadi bahan kajian bagi para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

A-4SU Super Skyhawk dan helikopter UH-1H (di bawah) kini ditempatkan di kompleks Aerohub SP, membantu pelajar belajar tentang ilmu penerbangan.

Kediaman baru

Dua buah pesawat itu sekarang berada di kompleks Aerohub SP yang terletak di luar Dover Road. Pelajar yang mendaftar dalam program diploma Kejuruteraan Aeronatik dan Elektronik Aeroangkasa menggunakannya sebagai alat bantuan pembelajaran.

Bekas pesawat tentera berkongsi ruang dengan dua lagi pesawat umum —enjin turboprop King Air B90 dan kipas turbo Hawker 700.

"Kami cuba untuk menunjukkan kepada pelajar kedua-dua pesawat tentera dan umum, supaya mereka dapat menghargai perbezaan reka bentuk antara kedua-duanya," jelas En Chua Ming Sing, 42. Beliau mengajar penyelenggaraan pesawat dan pengurusan penerbangan di SP. Beliau juga merupakan bekas juruteknik pesawat bersama RSAF.

"Pada umumnya, pesawat tentera adalah lebih canggih berbanding dengan pesawat lain dari tempoh yang sama. Ia juga direka bentuk untuk prestasi, berbanding dengan pesawat awam yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan," tambah beliau.

En Leonidas Chua (kanan) sedang bercakap dengan pelajar Cik Ng dan En Lee, kedua-duanya pelajar tahun ketiga dalam pengajian politeknik. Di belakang mereka adalah helikopter UH-1H.

Pembelajaran taktil

Pesawat menjadi pendorong tambahan kepada pembelajaran pelajar. "Semasa salah satu modul, pensyarah kami telah menggunakan UH-1H menunjukkan kepada kami pelbagai jenis kancing yang digunakan pada pesawat," ujar Cik Cheryl Ng, pelajar kejuruteraan aeronautic tahun ketiga.

Para pelajar juga telah menggunakan pesawat bekas tentera sebagai persediaan untuk pertandingan WorldSkills Singapore yang berlangsung dalam bulan Julai.

Malah, sekolah lain telah memohon penggunaan pesawat SP untuk berlatih bagi menghadapi pertandingan tersebut, di mana para remaja menguji kemahiran vokasional mereka dalam bersaing dengan rakan sekerja. Mereka yang cemerlang dalam siri pertandingan tempatan berpeluang untuk mewakili Singapura pada pertandingan di luar negara.

Pasukan pertandingan daripada SP terdiri daripada Cheryl Ng, Celine Tan, Emmanuel Eng dan Lee Sheng Yuan. Mereka akan bertanding dalam kategori Penyelenggaraan Pesawat.

"Memiliki pesawat tentera telah menjadi sesuatu yang amat bernilai dalam persediaan kami," tegas En Leonidas Chua. Pensyarah Kanan yang berumur 56 tahun di SP telah mengendalikan UH-1H sementara berkhidmat dalam RSAF sebagai juruteknik pesawat.

Semasa pertandingan, para peserta perlu berwaspada untuk mengesan sebagai kerosakan atau bahagian yang hilang di atas pesawat dan merekodkan sebarang isu yang timbul dengan sewajarnya. Mereka dinilai dari segi kepantasan dan juga ketepatan.

"(Memiliki A-4SU dan UH-1H) pastinya lebih realistik dan kami telah mampu untuk belajar dengan lebih cepat. Latihan menjadi lebih menyeronokkan di atas pesawat yang sebenar!" ujar Cik Tan.


PENERBANGAN MENGENANG MASA LAMPAU

Skyhawks pertama kali tiba pada tahun 1974. Dinamakan sebagai A-4S, ia adalah versi A-4B yang banyak menjalani pengubahsuaian yang digunakan oleh pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat. Apabila Angkatan Tentera Udara Republik Singapura berkembang maju, Skyhawks menikmati naik taraf lanjut, yang temasuk engin baru dan avionik moden, sebelum ia akhirnya dinamakan sebagai A-4SU Super Skyhawks. Pada zaman kegemilangannya sekitar era 1990an, A-4SU membentuk kebanyakan armada pesawat pejuang RSAF. Operasinya ditamatkan pada tahun 2005.

Helikopter UH-1H, yang diterima oleh RSAF pada tahun 1977, adalah jentera penting dalam membantu Tentera apabila menyentuh tentang operasi taktikal tentera dan operasi di udara. Pada bulan Oktober 2002, empat buah UH-1H telah dihantar ke Timor Leste untuk berkhidmat dalam misi menjaga keamanan yang diterajui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Perkhidmatannya telah ditamatkan pada tahun 2005.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
01 Jun 2018

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
01 Jun 2018

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
01 Jun 2018

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
01 Jun 2018

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
01 Jun 2018

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
01 Jun 2018

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
01 Jun 2018

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
01 Jun 2018

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
01 Jun 2018

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
01 Jun 2018

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.