IKATAN PERSAUDARAAN

09jul21_photo1new https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09jul21_photo1new28061e16-2c6e-4f48-8a78-159a4a55558a.jpg?sfvrsn=4fae2d55_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IKATAN-PERSAUDARAAN
IKATAN PERSAUDARAAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IKATAN-PERSAUDARAAN
09 Jul 2021 | PEOPLE

IKATAN PERSAUDARAAN

"Persaudaraan" tidak semestinya berkaitan dengan perihal kelahiran dalam keluarga yang sama; adakalanya ia melibatkan ‘takdir’ yang menyatukan dua insan untuk berkongsi suatu ikatan yang dapat bertahan walaupun diuji masa. Temui ME4 Lee Siak Kong dan ME4 Chua Chwee Huat dalam siri "Teman" PIONEER.

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN ME4 LEE & ME4 CHUA

ME4 Lee (kiri) dan ME4 Chua bertemu sebagai jurulatih lebih dari 20 tahun lalu, dan mereka telah menjadi teman seumur hidup.
English 华文
English 华文
ME4 Lee (kiri) dan ME4 Chua bertemu sebagai jurulatih lebih dari 20 tahun lalu, dan mereka telah menjadi teman seumur hidup.

"Orh, kamu mengatai Chwee Huat di depan Siak Kong, nahaslah anda nanti! Anda tidak tahukah mereka itu sahabat sejati?"

Wajah-wajah pakar Ketenteraan (ME) 4 Lee Siak Kong, 57, dan ME4 Chua Chwee Huat, 51, sering kelihatan di Angkatan Laut Republik Singapura. Pakar Sistem Perintah dan Kawalan (C2) merupakan di antara jurulatih yang paling disegani di Pusat Latihan Pengesanan Navigasi (NDTC) semasa tempoh mereka, sebelum tugasan mereka sebagai juragan korvet peluru berpandu (MCV) dan frigat.

Seperkara lain yang menjadikan mereka terkenal? Persaudaraan mereka yang begitu erat telah berlangsung selama dua dekad.

"Semua orang kenal kami, dan mereka akan bergurau jika ada yang mengatai salah satu daripada kami di depan yang lain," kata ME4 Lee, yang kini menyandang jawatan Ketua Master Kumpulan Doktrin dan Kesediaan dalam Latihan Maritim dan Doktrin Tentera.

Sebenarnya, keluarga mereka saling mengenali kerana persahabatan mereka yang erat. Anak-anak ME4 Lee (lebih tua) seringkali mengajar anak-anak ME4 Chua untuk membantu mereka dalam kerja sekolah mereka!

ME4 Chua, yang merupakan Ketua Master Flotila Pertama, percaya persahabatan mereka sememangnya ditakdirkan: "Jika kami tidak dihantar ke NDTC sebagai jurulatih, tak mungkin kami boleh menjadi sahabat. Selepas itu, kesemuanya berjalan dengan sebaik-baiknya.

Sekarang kami berdua bekerja di Pangkalan Tentera Laut Changi, saya berasa sangat gembira kerana kami boleh pergi bekerja bersama-sama!"

Guru-guru yang garang kepada mentor penyayang: Walaupun mereka terkenal dengan ketegasan mereka sebagai jurulatih, tetapi ME4 Lee (kiri) bermurah hati dengan nasihatnya kepada para juniornya, manakala ME4 Chua lebih berdedikasi terhadap mengembangkan komuniti C2.

Bagaimana persahabatan seumur hidup anda bermula?

ME4 Lee: Kami mula berkenalan pada 2000, semasa saya bertugas sebagai jurulatih di NDTC di Kem Sembawang dan Chwee Huat dihantar ke unit tersebut. Kami mula bekerja bersama, ditugaskan dengan menjalankan latihan di sana. Selepas itu saya menjadi Pengajar Kanan C2 (Perintah dan Kawalan) dan dia bekerja di bawah saya.

ME4 Chua: Kami mempunyai gaya kerja yang sangat serupa dan prinsip yang hampir sama.

ME4 Lee: Ya, kami memang tegas dengan para pelatih kami, lebih tegas daripada jurulatih lain di sana. Kami ada tuntutan yang sangat ketat dan mengharapkan yang terbaik daripada mereka. Adakalanya kami tidak berkompromi dengan harapan kami terhadap mereka.

ME4 Chua: Selepas itu, kami sedar kami sering diberi posting yang serupa pada masa yang sama. Sebagai contoh, pada 2007, saya menjadi juragan dari MCV RSS Vigor, dan pada tahun berikutnya dia pula menjadi juragan di kakak kapal RSS Valor. Setelah dia beralih menjadi juragan frigat RSS Stalwart pada 2012, dan setahun kemudian saya pula menjadi juragan RSS Formidable. Dan sekarang kami berdua dilantik sebagai Ketua Master.

ME4 Lee (kiri) dan ME4 Chua di Majlis Pelantikan Pakar Ketenteraan Kanan mereka pada 2016.

Pernahkah anda terfikir beliau mungkin boleh menjadi "saudara" anda seumur hidup?

ME4 Lee: Tidak ada detik-detik yang tertentu. Tetapi saya masih ingat semasa saya bertugas sebagai Jurulatih Kanan, saya boleh mengamanahkannya untuk meneliti hal-hal dengan sebaik-baiknya semasa saya tiada. Semasa kami berdua menjadi juragan, dia akan menjaga anak-anak kapal saya. Memang bertuah mempunyai seseorang yang sudi membantu dan jika kapal saya menghadapi masalah, saya tahu ada orang yang berdekatan yang boleh membantu.

ME4 Chua: Sistem teman seperti ini bukanlah untuk kepentingan peribadi kami; ia memanfaatkan unit masing-masing dan tentera laut secara menyeluruh. Kami bukan saling mengawasi– malahan saling membantu.

Pernah anda berdua bertengkar antara satu sama lain?

ME4 Lee: Adakalanya kami bertekak juga, tetapi kami tidak pernah bertengkar sehingga tidak boleh berbaik semula.

ME4 Chua: Kami tinggal berdekatan dengan satu sama lain, jadi saya biasanya menghantarnya pulang selepas bekerja. Sepanjang perjalanan, kami akan berbincang tentang bagaimana menyelesaikan masalah yang kami hadapi di tempat kerja.

ME4 Lee: Dan adakalanya kami boleh bertengkar tentang hujah yang sama sepanjang perjalanan! Tetapi walaupun kami tidak bersetuju, kami sedar kami hanya mahukan yang terbaik untuk mereka yang terlibat. Kami mungkin mengambil perjalanan yang berlainan tetapi akhirnya, kami mahu sampai ke destinasi yang sama.

ME4 Chua (kiri) dan ME4 Lee memang gemar berlari dan akan menghabiskan hujung minggu mereka berlari sehingga basah peluh sebelum mengisi perut dengan sarapan yang lazat.

Adakah anda berlepak di luar waktu bekerja?

ME4 Chua: Ya, kami berdua suka berlari. Kami sering berjoging bersama pada hujung minggu.

ME4 Lee: Biasanya kami akan berjoging ke tempat yang ada makanan enak, dan kemudian kami akan berhenti di sana untuk makan.

ME4 Chua: Rutin hujung minggu kami adalah seperti ini: Sebaik sahaja saya bangun, saya akan menghantar teks mengucapkan "Selamat pagi" dan dia akan menjawab, "Selamat pagi. Sarapan pagi?" Saya akan berkata, "Joging" dan dia pula membalas, "Baiklah, bertemu di mana?" Selepas itu, kami akan membeli sarapan untuk keluarga kami.

Sebenarnya, keluarga kami juga saling mengenali. Anak perempuan Siak Kong biasa mengajar anak lelaki saya ketika dia di sekolah menengah, dan anak lelakinya juga mengajar anak perempuan saya!

Saya akan menyokong anda: ME4 Chua (kiri) dan ME4 Lee sering berkongsi petua kerja, terutama setelah mendapati diri mereka berada dalam posting yang serupa di kapal yang sama.

Apakah sifat yang paling anda gemar tentang satu sama lain?

ME4 Chua: Siak Kong adalah seorang yang akan membantu orang lain dengan sedaya upayanya. Setiap kali saya perlukan pertolongan, dia akan berkongsi pendapatnya dengan saya. Walaupun usianya lebih tua, tetapi dia tidak pernah kedekut dengan nasihatnya dan akan selalu menjaga golongan juniornya. Begitulah cara kami membina kepercayaan dalam persahabatan kami.

ME4 Lee: Berbalik kepada waktu Chwee Huat menjadi Ketua Pakar Vokasional komuniti C2, beliau memainkan peranan utama dalam latihan dan pembangunan kerjaya pengendali kami. Dan saya melihat dia memikul tanggungjawabnya dengan sepenuh hatinya. Dedikasi, pengetahuan, dan keselesaannya dengan individu di lapangan membantu mengukuhkan standard latihan komuniti C2. Bukan mudah untuk mendapat seorang seperti beliau.

Dan apakah sifat yang paling buruk di antara anda berdua

ME4 Chua: Dia boleh menjadi sangat degil - degil seperti lao lang (Hokkien untuk orang tua)! (gelak) Tetapi itulah kebaikannya: adakalanya anda perlu berdegil untuk menjalankan sesuatu. Dan komander kami amat mempercayainya kerana mereka tahu dia akan bertungkus-lumus untuk unit ini.

ME4 Lee: (bisikan) Saya pernah dengar daripada orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang lebih berusia daripadanya, mengatakan beliau sangat garang! (bergelak) Tetapi ada baiknya kerana ia membolehkannya menangani sesuatu dengan lebih mudah. Nasib baik, dia tidak melakukannya kepada saya!

ME4 Chua: Saya rasa ini adalah kerana cara kami dilatih sebagai junior. Dulu saya berada di kem tentera, di mana disiplin diutamakan. Kami tidak pernah bertanya "mengapa"; kami hanya melakukan seperti mana disuruh. Kami adalah askar-askar generasi masa itu.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
09 Jul 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
09 Jul 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
09 Jul 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
09 Jul 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
09 Jul 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
09 Jul 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
09 Jul 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
09 Jul 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
09 Jul 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
09 Jul 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.