OPS & TRAINING
ICT DI TENGAH-TENGAH COVID-19 AMAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESEDIAAN BEROPERASI SAF: ZAQY
26 Aug 2021
Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi daripada 488 SAR terus berlatih di tengah-tengah COVID-19 dengan berkesan dan selamat.
Latihan dalam kem (ICT) di tengah-tengah COVID-19 adalah amat penting untuk mengekalkan kesediaan beroperasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Menteri Negara Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad, menyatakan hal ini setelah mengunjungi Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) daripada Batalion ke-48, Rejimen Perisai Singapura (488 SAR) di Kem Sungei Gedong pada 26 Ogos.
Sebanyak 700 Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi daripada 488 SAR dianggarkan akan menjalani penilaian Tahap 3 Pusat Latihan Penilaian Tentera Darat (ATEC) semasa ICT kelapan mereka.
Sambil berkongsi pandangan berikutan lawatannya, Encik Zaqy meluahkan rasa gembiranya dengan komitmen yang diberikan oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi untuk meneruskan latihan penting mereka walaupun berhadapan dengan keadaan COVID-19.
"Perkhidmatan Negara adalah tunggak SAF kami. Setentunya anggota perkhidmatan negara kami memainkan peranan yang amat penting," kata beliau.
Menurut Encik Zaqy lagi, latihan masih boleh dijalankan di tengah-tengah COVID-19 kerana SAF memandang serius terhadap keselamatan.
Contohnya, NSmen dikehendaki mengambil ujian swab pada hari pertama ICT mereka, sebelum mereka boleh memulakan latihan. Mereka juga dibahagikan kepada kumpulan berfungsi untuk latihan, dan pergaulan bebas di kalangan kumpulan adalah tidak dibenarkan.
"Banyak langkah keselamatan telah disediakan. Dan saya yakin bahawa langkah-langkah ini disediakan untuk memastikan kami boleh berlatih dengan selamat dan berkesan," kata Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Lin Bin Xing, 30, seorang komander kenderaan Bionix daripada 488 SAR.
Mejar (MEJ) (NS) Eugene Lim, 33, Penolong Pemerintah Batalion, menyatakan bahawa standard latihan sepanjang ICT adalah tetap tinggi.
"Berbalik kepada ICT ... ia memastikan asas ketenteraan individu bagi anggota perkhidmatan negara kami terus dikemaskinikan," katanya.
Batalion ini mengendalikan Kenderaan Tempur Berperisai Bionix. NSmen perlu menjalani ulangkaji dan latihan komponen pada minggu pertama ICT mereka sebagai persediaaan penilaian ATEC mereka. Ia melibatkan latihan simulator dan latih tubi menterbalikkan kenderaan.
Encik Zaqy mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan komitmen Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi terhadap pertahanan negara memandangkan mereka terpaksa berjauhan daripada keluarga dan tugasan untuk menghadiri kursus ICT.
Kursus ICT bagi 488 SAR bermula pada 16 Ogos dan akan berakhir pada akhir bulan.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
MRTT RSAF bawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
11 Mar 2026
RSAF mengerahkan pesawat pertama daripada dua pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 untuk menghantar pulang rakyat Singapura dan tanggungan mereka dari Riyadh, Arab Saudi.
SAF akan membangunkan campuran keupayaan
27 Feb 2026
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mesti terus memodenkan dan menaik taraf bagi mengimbangi pelbagai ancaman yang semakin meluas.
Kompleks padang menembak baharu di Kem Bedok; Sistem Klasifikasi Perubatan akan direka bentuk semula
27 Feb 2026
Bagi melatih askar untuk persekitaran yang lebih kompleks, SAF akan membina Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi yang baharu, serta memperkenalkan peluang kepada anggota perkhidmatan negara untuk memikul peranan baharu, dan lebih banyak cara untuk menjadi sukarelawan.

