HELIKOPTER BAHARU & KEUPAYAAN PERTAHANAN UDARA MEMPERKUKUH KELEBIHAN RSAF

15dec_news1-herobanner1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15dec_news1-herobanner1.jpg?sfvrsn=d440c8b0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/HELIKOPTER-BAHARU-AMP-KEUPAYAAN-PERTAHANAN-UDARA-MEMPERKUKUH-KELEBIHAN-RSAF
HELIKOPTER BAHARU & KEUPAYAAN PERTAHANAN UDARA MEMPERKUKUH KELEBIHAN RSAF https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/HELIKOPTER-BAHARU-AMP-KEUPAYAAN-PERTAHANAN-UDARA-MEMPERKUKUH-KELEBIHAN-RSAF
15 Dec 2021 | OPS & TRAINING

HELIKOPTER BAHARU & KEUPAYAAN PERTAHANAN UDARA MEMPERKUKUH KELEBIHAN RSAF

Operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mendapat peningkatan kuasa dengan penambahan dua helikopter baharu.

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHAI SIAN LIANG & TEDD JONG

Helikopter Angkat Sederhana H225 baharu akan menyertai armada helikopter RSAF.
English 华文
English 华文

Operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mendapat peningkatan kuasa dengan penambahan dua helikopter baharu.Menyertai armada yang ada sekarang ialah helikopter Angkat Sederhana H225M dan Helikopter Angkat Berat CH-47F.

Mereka akan mengendalikan pelbagai misi masa perang dan masa aman sebagai sebahagian Komand Penyertaan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), daripada usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) kepada Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) dan pemindahan aeroperubatan.

Menambahbaik misi menyelamat

Helikopter pelbagai peranan moden dengan keupayaan pengangkutan dan capaian tertingkat, H225M bersedia untuk mengganti armada RSAF yang ada sekarang, iaitu AS332M Super Pumas, yang telah berkhidmat selama hampir empat dekad.

H225M menampilkan enjin yang dipertingkatkan untuk membolehkan pesawat terbang dengan jarak yang lebih jauh dan lebih lama, dengan julat 20 peratus lebih banyak daripada pesawat pendahulunya. Ia juga boleh menampung kapasiti muatan yang lebih tinggi dan boleh membawa lebih daripada 20 personel, 11 pengusung atau sehingga 4,750kg kargo anduh bawah.

"Pesawat baharu itu memberi kami fleksibiliti yang diperlukan untuk misi kami dalam penerbangan yang lebih jauh. Di samping itu, ia juga lebih mudah dikendalikan dan lebih stabil. Apabila kami perlu menjalankan misi yang kompleks, seperti SAR atau HADR, pengendali berasa lebih yakin mencapai misi itu dengan selamat dan berjaya," kata Kapten (KPT) Darryl Chong, juruterbang helikopter yang berusia 26 tahun.

(Dari kiri) 3WO Dinesh dan KPT Chong yakin jarak jauh H225M dan ciri-ciri yang dipertingkatkan, seperti sistem dwi angkat, akan memberi lebih keyakinan kepada anak-anak kapal dalam menjalankan misi menyelamat mereka.

Satu lagi ciri helikopter H225M ialah sistem pengangkat berganda yang dipertingkatkan, dengan adanya kabel yang lebih panjang dan motor yang lebih laju.

Semasa misi SAR semasa anak-anak kapal terpaksa mengangkat mangsa dari kapal dengan tiang atau antena tinggi, kabel yang lebih panjang membolehkan helikopter terbang terkatung-katung dari ketinggian yang lebih tinggi untuk mengelak halangan ini. Sistem pengangkat berganda bererti anak-anak kapal boleh meneruskan misi mereka walaupun salah satu pengangkat itu gagal.

Pegawai Waran Ketiga (3WO) Dinesh Kumar, Pakar Kru Udara berusia 41 tahun dengan lebih kurang 15 misi SAR di bawah kendaliannya, menerangkan bagaimana peningkatan itu menyumbang kepada operasi mereka: "Apabila ia melibatkan misi menyelamat, masa itu emas dan setiap saat adalah genting.

"Dengan peningkatan kelajuan win H225M, kami boleh memasukkan pengendali win dengan lebih pantas dan mengeluarkan mangsa lebih awal. Pengangkat berganda juga memberi kami keyakinan untuk menyelesaikan misi kami sekiranya salah satunya gagal.”

C-47F mengendalikan operasi anduh bawah pada kapal RSS Endeavour. Pada tahun ini, aset baharu ini menyertai Latihan Wallaby buat kali pertamanya.

Melakukan pengangkutan berat

Pesawat lain ialah Helikopter Angkat Berat CH-47F, yang akan menggantikan helikopter Chinook CH-47D yang telah beroperasi sejak 1994.

Dengan adanya sistem pengurusan kokpit digital bersepadu sepenuhnya, platform ini boleh memberi lebih maklumat kepada juruterbang tentang persekitaran mereka dan keupayaan lanjutan autopilot. Kebelakangan ini, helikopter CH-47F menyertai Latihan Wallaby sulung mereka di Queensland, Australia, di mana mereka menjalankan operasi pendaratan dek dengan Kapal Pendaratan RSS Endeavour.

Latihan untuk anak-anak kapal bagi kedua-dua H225M dan CH-47F bermula tahun lepas, sebelum RSAF menerima kedua-dua aset tersebut pada Mac dan Mei tahun ini.

Seorang operator win mendemonstrasikan win pengusung. Anak-anak kapal perlu mengeluarkan mangsa dengan cara ini sekiranya mangsa berada di atas kapal tanpa pad pendaratan.

Integrasi angkatan udara, darat & laut

Kedua-dua helikopter baharu itu merupakan sebahagian daripada Komand Penyertaan RSAF, yang ditubuhkan pada 2008 untuk memperkukuh integrasi operasi udara-darat-laut SAF. Ia berganding bahu dengan Tentera Darat dan Tentera Laut untuk menyampaikan kuasa udara yang berkesan dalam pertempuran darat dan maritim.

Encik Heng (tengah) bersedia untuk menaiki helikopter H225M dalam penerbangan membiasakan diri semasa membuat lawatan ke Komand Penyertaan.

Komand itu mempamerkan beberapa keupayaannya, termasuk helikopter H225M baharu, semasa lawatan Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How pada 15 Dis. Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, beliau dijemput menaiki H225M untuk penerbangan membiasakan diri.

Beliau juga mencuba simulator latihan Sistem RoBot (RBS) 70. RBS 70 ialah peluru berpandu anti-pesawat jarak dekat mudah alih manusia dan membentuk sebahagian daripada rangkaian senjata pertahanan udara berasaskan darat RSAF.

KPT Mohamad Faisal, seorang Pegawai Peperangan Udara (Senjata Pertahanan Udara) dengan sistem RBS 70. Peluru berpandu anti-pesawat jarak dekat adalah pemandangan biasa di latihan luar negara seperti Exercise Wallaby dan Exercise Airguard.

Encik Heng juga menyaksikan demonstrasi SAR oleh pasukan RESCUE 10 RSAF. Apabila siren dibunyikan, pasukan enam orang itu akan bergegas untuk menjawab panggilan kecemasan yang disimulasikan.

Dalam masa beberapa minit, pasukan juruterbang dan juruterbang bersama, dua anak kapal, seorang pegawai perubatan dan perubatan akan berada dalam penerbangan menuju ke "misi" mereka di laut.

Masa itu adalah emas: Sebaik sahaja penggera dibunyikan, pasukan RESCUE 10 akan bergegas ke Super Puma untuk berlepas mengendalikan misi SAR mereka.

Masa itu adalah emas: Sebaik sahaja penggera dibunyikan, pasukan RESCUE 10 akan bergegas ke Super Puma untuk berlepas mengendalikan misi SAR mereka.

Dalam wawancara dengan media selepas lawatannya, Encik Heng menegaskan kepentingan pasukan bersenjata bersepadu bagi negara seperti Singapura: "Kami perlu mengoptimumkan sumber kami. Tidak seperti angkatan bersenjata yang lain, kami tidak beroperasi atas dasar setiap perkhidmatan mempunyai pelengkap sepenuhnya yang tersendiri. Jadi kami berpadu tenaga sebagai satu pasukan dan kami berjuang sebagai satu pasukan secara bersepadu.

"Itulah ciri dan kekuatan utama yang merupakan kelebihan Komand Penyertaan kami. Aset-aset itu dibangunkan dan dilatih, dan kemudian dirancang dan digunakan bersama-sama untuk menyokong kempen darat dan laut kami. Ia menimbulkan sinergi di antara tiga Perkhidmatan kami untuk membawa kesan yang maksimum."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
15 Dec 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.