GAYA TENTERA

11jan24_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11jan24_news1_photo11709c20f-9b74-4d8d-9103-48e6741e6f9d.jpg?sfvrsn=b0398520_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GAYA-TENTERA
GAYA TENTERA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GAYA-TENTERA
11 Jan 2024 | COMMUNITY

GAYA TENTERA

Adat dan tradisi SAF, seperti tabik hormat dan perbarisan, merupakan lebih daripada simbol semata-mata. Kami memudahkan pemahaman bagi beberapa amalan yang lebih biasa.

// KISAH HONG ONG TAT / FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

Perbarisan Hari SAF 2023 menampilkan Warna Negara bagi Perkhidmatan Digital dan Perisikan yang baru dibentuk buat kali pertama.
English 华文
English 华文

Sebagai sebuah organisasi tentera yang agak muda, beberapa adat dan tradisi yang diamalkan oleh Angkatan Bersenjata Singapura boleh dikesan dari zaman penjajahan Singapura dan perkongsian amalan oleh kuasa tentera sedunia.

Walaupun beberapa amalan SAF dipinjam, namun nilai yang diserlahkan adalah ketara. Di samping memupuk ikatan bersama dalam komuniti tentera, mereka memaparkan perwakilan yang kuat terhadap disiplin dan sikap mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera.

Apakah itu Warna?

Rejimen tentera mula membawa bendera berwarna untuk mengenal pasti diri mereka di medan perang pada sekitar tahun 1600-an. Bendera-bendera yang jelas kelihatan ini juga berfungsi sebagai tempat berkumpul untuk anggota tentera.

Penampilan Warna sering kelihatan di kawasan pertempuran paling sengit, kerana merampas Warna pihak lain adalah simbolik dalam menumpaskan jantung pertahanan unit. Justeru, sarjan yang paling senior dan paling berani dipilih untuk melindungi pembawa bendera yang seringkalinya terdiri daripada pegawai yang paling muda.

Serlahan Warna, iaitu satu upacara yang dilaksanakan dengan penuh takzim dan kehormatan di majlis-majlis penting seperti Perbarisan Hari Kebangsaan dan Perbarisan Hari SAF. [Foto ihsan NDP 2023 EXCO]

Hari ini, Warna telah berkembang sekadar mewakili prestij dan penghormatan sesebuah unit.

Mereka membantu memupuk rasa kebanggaan dan kesetiaan terhadap SAF dan sering dipaparkan di majlis-majlis yang utama dan signifikan seperti Perbarisan Hari Kebangsaan, di mana mereka diberi penghormatan yang tertinggi. Contohnya, anggota tentera harus berdiri dan memberi tabik hormat ketika Warna melalui di hadapan perbarisan mereka.

Warna-warna itu dijahit dengan tangan daripada benang sutera terbaik, dengan penuh takzim dan kepentingan. Terdapat protokol ketat yang berkaitan dengan perihal penyucian, pengangkutan dan persaraan Warna. Dengan penjagaan yang rapi, setiap Warna boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun.

Anggota tentera memberi tabik hormat semasa upacara perasmian Exercise Valiant Mark 2019.

Kenapa memberi tabik hormat?

Tabik hormat merupakan salah satu bentuk paling lazim dan asas bagi kehormatan sopan Angkatan tentera. Amalan ini  boleh dikesan pada kesateria zaman pertengahan yang mengangkat visor topi keledar mereka apabila bersua muka dengan orang lain, untuk menentusahkan sama ada seseorang itu adalah kawan atau lawan.

Penjelasan lain mengatakan pengembara sering mendekati satu sama lain dengan lengan pedang mereka – biasanya lengan kanan – dengan jelas dan dengan tapak tangan terbuka untuk menandakan mereka tidak ada niat jahat.

Pendek kata, tabik hormat tentera adalah tanda kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain. Tabik hormat diberikan oleh warga perkhidmatan yang rendah kepada pegawai yang senior dalam pangkat.

Bagaimana anda memberi tabik hormat di laut?

Kapal perang di laut saling memberi tabik hormat seperti mana yang dilakukan oleh anggota tentera di darat. Pertama, seruan untuk perhatian dibunyikan di kapal junior, memberitahu semua anak kapal di dek atas untuk menghadap kapal senior.

Kemudian seruan untuk menjadi "Still" disalurkan melalui not wisel serang yang nyaring selama 8 saat. Ini akan menarik perhatian kapal sementara pasukan jambatan mengucapkan salam ikhlas kepada kapal senior. Seruan "Teruskan", wisel 2 saat yang rediri daripada not tinggi dan rendah turut ditiupkan.

Pada masa itu, anak kapal bagi kedua-dua kapal biasanya akan saling melambai antara satu sama lain sebagai tanda mesra.  Sebagai tanda penghormatan, kapal dagang juga akan membalas dengan memberi hormat kepada bendera kebangsaan kapal perang yang berlalu.

Jurulatih memastikan bearing dan latih tubi pasukan tentera disempurnakan semasa raptai Perbarisan Hari SAF 2023.

Apa itu tongkat kawad?

Bukan, ia bukan tongkat untuk memukul anda… Tetapi mereka yang pernah menjalani NS mungkin boleh mengesahkan perasaan takut dan kagum melihat Sarjan Mejar Kawad (PSM) dengan tongkat kawadnya.

Tongkat kawad yang merupakan simbol kuasa PSM sebagai ketua latih tubi, kawad dan upacara, juga digunakan sebagai alat untuk mengukur jarak dalam satu langkah kawad.

Tongkat kawad moden diadaptasikan daripada item serupa yang digunakan oleh Rejimen Artileri Diraja di Britain. Para penembak menggunanya untuk menentukan jarak yang betul antara senapang di medan perang, untuk melepaskan tembakan yang berkesan.

Panji pentauliahan (bendera merah nipis di sebelah kanan panji-panji tentera laut) dinaikkan buat kali pertama di kapal RSS Independence, menandakan perkhidmatan Kapal Misi Littoral kepada Tentera Laut Republik Singapura pada 2017.

Apa yang ada dalam Panji-panji Pentauliahan?

Panji-panji pentauliahan menandakan kapal Tentera Laut berada dalam perkhidmatan aktif. Ia pertama kali diterbangkan di tiang utama semasa kapal itu digunakan dan diturunkan apabila ia dihentikan.

Panji-panji Singapura merupakan garisan bujur merah yang menampilkan bulan sabit dan lima bintang negara dan ia diterbangkan sepanjang status pelayaran kapal yang ditauliahkan (aktif).

Panji-panji pentauliahan kapal RSS Brave diturunkan semasa persaraan kapal peronda tersebut, bersama-sama kapal sepemunya RSS Fearless dan RSS Dauntless, dalam upacara menurunkan panji-panji ketika matahari terbenam di Pangkalan Tentera Laut Tuas pada 2019.

Apabila angkatan laut profesional mula dibentuk pada akhir tahun1600-an dan timbulnya keperluan untuk membezakan kapal mereka daripada kapal dagang dari jauh, angkatan tentera laut mengguna bendera-bendera sempit yang panjang untuk diterbangkan pada kepala tiang utama kapal mereka.

Pada masa dahulu, bendera dan panji-panji adalah sangat besar, agar mudah dilihat. Menjelang 1870, panji-panji terbesar dalam rekod berukuran sepanjang 21.3m.

Lama kelamaan, pengibaran bendera dan panji-panji menjadi amalan standard bagi angkatan tentera laut. Walaupun kapal perang dengan bentuk distingtifnya dan tidak boleh lagi tersalah anggap sebagai kapal dagang, bendera dan panji-panji terus diterbangkan, tetapi kini jauh lebih kecil daripada saiz terdahulunya.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
11 Jan 2024

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
11 Jan 2024

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
11 Jan 2024

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
11 Jan 2024

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
11 Jan 2024

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
11 Jan 2024

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
11 Jan 2024

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
11 Jan 2024

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
11 Jan 2024

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
11 Jan 2024

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.