DIA MENEWASKAN BARAH, MENJADI ANTARA GRADUAN GKS CSC TERBAIK

03nov23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03nov23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=f87044d4_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIA-MENEWASKAN-BARAH-MENJADI-ANTARA-GRADUAN-GKS-CSC-TERBAIK
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DIA-MENEWASKAN-BARAH-MENJADI-ANTARA-GRADUAN-GKS-CSC-TERBAIK
DIA MENEWASKAN BARAH, MENJADI ANTARA GRADUAN GKS CSC TERBAIK
03 Nov 2023 | PEOPLE

DIA MENEWASKAN BARAH, MENJADI ANTARA GRADUAN GKS CSC TERBAIK

//KISAH OLEH TEO JING TING // FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN ME5 TAO

Pemandiri barah ME5 Alvina Tao baru-baru ini menjadi graduan DIS terbaik daripada kursusnya di Kolej Pemerintahan dan Turus Goh Keng Swee (GKS CSC).

Gambaran ketabahan: ME5 Tao mengatasi barah dan menjadi salah satu graduan terbaik dalam kursusnya.

Dia masih mengingati hari yang membawa kemusnahan hidupnya.

Pada 18 Oktober 2021 Pakar Tentera (ME) 5 Tao didiagnosis menghidap barah ovari peringkat 2.

Ini merupakan tiga bulan sebelum dia sepatutnya menghadiri Kursus Pemerintahan dan Turus (CSC) yang ke-53 di GKS CSC pada Januari 2022.

"Saya sangat kecewa kerana saya benar-benar ingin menghadiri CSC – kursus ini merupakan salah satu kursus kemuncak yang boleh dihadiri oleh semua pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)," ingati ME5 Tao, yang berasal daripada Jabatan Ops Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS).

Tiga hari selepas didiagnosis, dia menjalani pembedahan untuk membuang sel berbarah tersebut. Selepas itu, dia menghadiri 18 sesi kemoterapi mingguan – setiap sesi berlangsung selama hampir enam jam dan membuat dia amat lesu.

"Saya cuba menaruh harapan dapat menghadiri CSC, tetapi sesi kemoterapi itu terlalu intensif dan saya terpaksa menarik diri."

ME5 Tao (hujung kanan) di sesi kemoterapi yang kelima pada Disember 2021. Dia ditemani kakaknya Delfina (hujung kiri) dan anak saudaranya, Kayden.

Semangat berjuang

Ketika sesi kemoterapi, ME5 Tao telah kehilangan semua rambut dan bulu keningnya. Rasa sakit dan loya juga mula dialami dan dia ingin berhenti selepas sesi ke-10.

Mujurlah dia dikelilingi kawan dan keluarganya yang dapat memberi galakan. Contohnya, kakak ME5 Tao, iaitu Delfina, telah menemaninya untuk setiap sesi kemoterapi.

Ketika sesi tersebut juga dia menyedari betapa kuat keinginannya untuk kembali ke tempat kerja – satu lagi sebab yang mendorong dirinya.

"Saya mencintai negara saya dan benar-benar ingin memakai pakaian seragam saya semula. Saya tidak sedar betapa saya menyayangi pakaian seragam saya sehinggalah saya kehilangan seluruh identiti saya," kata ME5 Tao.

Menanti masa: ME5 Tao (kiri) menjalani sesi kemoterapi ke-10 pada Januari 2022, dengan Delfina (kanan) di sisinya.

Sejurus selepas dia menyelesaikan sesinya yang ke-18 dan terakhir sekali, ME5 Tao terus kembali bekerja dan mencari peluang untuk mendaftar bagi CSC ke-54.

Ketika beberapa hari dia mula bekerja pada April 2022, ME5 Tao terserempak dengan bekas Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong. Beliau tahu betapa bersemangatnya dia ingin menyertai CSC ke-54, dan menggalakkan dia agar menjaga kesihatan serta membuat persediaan secukupnya untuk kursus tersebut.

Kata ME5 Tao: "Ini menunjukkan semangat SAF, betapa kami mengambil berat antara satu sama lain dan bahawa kami banyak disokong oleh pucuk pimpinan yang lebih kanan."

Untuk meraikan penyelesaian sesi kemoterapi ke-18 dan terakhir sekali pada 11 Mac 2022, kawan-kawan ME5 Tao (tengah) daripada Kursus Kadet Pegawainya telah memberi dia belon penggalakan. Di sebelah kirinya ialah Kapten Teoh Yi Lin, seorang pegawai turus dari Markas Isyarat, manakala Eve Chow (kanan) telah meninggalkan SAF selepas itu.

Persahabatan karib

Menyertai kursus CSC ke-54 pada 2023 merupakan suatu impian yang menjadi kenyataan bagi ME5 Tao, tetapi dia masih bergelut dengan kebimbangan bahawa barah tersebut mungkin muncul kembali.

Anggota berumur 40 tahun tersebut perlu menjalani imbasan setiap tiga bulan untuk memastikan penanda barahnya kekal rendah. Setiap kali dia memperoleh hasil penanda yang baik, rakan kursusnya menghantar mesej tahniah dan melagakan buku lima sesama mereka.

"Pengalaman kembali ke CSC telah membuat saya sedar bahawa SAF ini benar-benar tempat penuh semangat keakraban yang menyokong satu sama lain dalam perjalanan ini," kata ME5 Tao.

"Terdapat orang lain yang menghadapi kesukaran mereka sendiri, tetapi kita semua menyokong satu sama lain."

Pertalian rapat: Teman kursus CSC ME5 Tao (baris depan, ketiga dari kanan) sentiasa memberi galakan dan tidak pernah terlepas meraikan hasil penanda barah yang baik setiap tiga bulan.

Belajar menjadi pemimpin baik

Satu perkara yang sukar dilupakan tentang kursus tersebut adalah apabila dia perlu berpasangan dengan kakitangan Tentera Laut ketika penggal Penglibatan Perang.

Lengkung pembelajaran penggal tersebut amat tinggi tetapi pasangannya sedia menolong. Dia menjawab setiap soalan yang ditanya oleh ME5 Tao – daripada butiran tentang operasi laut, kepada kepentingannya bagi Singapura.

"Saya membuat persahabatan yang menjangkaui Cabang Perkhidmatan; kini saya ada rakan bukan sahaja daripada DIS dan Tentera Darat, tetapi juga Tentera Laut dan Angkatan Udara."

Teman projek berkumpulan ME5 Tao (duduk keempat dari kiri) daripada kursus telah mengadakan parti untuk meraikan hari jadinya ke-40 pada bulan September.

Sepanjang kursus, dia juga mendapat peluang untuk terlibat sebagai sukarelawan di rumah kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak kurang bernasib baik, serta membantu Meals-On-Wheels, sebuah program penghantaran makanan tempatan yang menyediakan makanan kepada pelanggan yang tidak dapat keluar dari rumah.

"Sebagai pemimpin, kita perlu sentiasa rendah diri dan menyedari sifat gaya kepimpinan kita. CSC menunjukkan jenis pemimpin yang ingin saya jadi dan cara memupuk diri saya agar menjadi pemimpin demikian," kata ME5 Tao.

"Pengajaran yang saya peroleh daripada CSC adalah bahawa sebagai bakal pemimpin SAF, insan seharusnya menjadi teras diri kita dan sebab kita berkhidmat."

ME5 Tao (kanan) menerima plak tamat pengajian daripada Menteri Pertahanan Dr. Ng Eng Hen.

Menyediakan pegawai untuk pemerintahan kanan

ME5 Tao adalah dalam kalangan 232 pemimpin yang tamat pengajian daripada CSC ke-54, dalam upacara yang diadakan di Istana pada 2 November.

Kelompok graduan ini terdiri daripada 133 Pegawai biasa, 36 Pegawai Perkhidmatan Negara (NS), 40 pakar tentera dan empat pegawai waran daripada SAF. Di samping itu, terdapat seorang pegawai Pasukan Polis Singapura serta 18 pegawai antarabangsa dari 11 negara.

Kursus ini merupakan pendidikan ketenteraan formal paling tinggi yang ditawarkan di Singapura untuk pegawai-pegawai Biasa, Perkhidmatan Negara dan antarabangsa.

ME5 Tao sedia berkhidmat demi rakyat dengan seluruh jiwanya.

Daripada mengatasi barah, sehingga menjadi graduan DIS yang terbaik, ME5 Tao telah kembali ke titik permulaan.

"Pemulihan daripada barah ini amat hebat dan merupakan motivasi besar bagi saya. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati kerana dibenarkan menyertai CSC dan ini menunjukkan bahawa SAF tidak akan meninggalkan kita," kata ME5 Tao, yang akan memulakan tugas selepas dilantik sebagai Ketua Cawangan dalam Markas Perisikan Bersama di DIS.

"Saya tidak pernah bersendirian dan saya sedia untuk berkhidmat semula."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
03 Nov 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
03 Nov 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
03 Nov 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
03 Nov 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
03 Nov 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
03 Nov 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
03 Nov 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
03 Nov 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
03 Nov 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
03 Nov 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.