DI BAWAH PENGAWASAN BELIAU

OCT2017_P1_2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/oct2017_p1_268862d92-574e-4dbb-ba3e-05f879eb21a4.jpg?sfvrsn=a54f32f9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DI-BAWAH-PENGAWASAN-BELIAU
DI BAWAH PENGAWASAN BELIAU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DI-BAWAH-PENGAWASAN-BELIAU
01 Oct 2017 | PEOPLE

DI BAWAH PENGAWASAN BELIAU

Di sebalik tabir setiap juruterbang pejuang itu ialah tenaga pengajar yang memberikan tunjuk ajar. Itulah tugas Mejar (MAJ) Wang Kee Yong yang dilaksanakan dengan penuh semangat.

// Kisah oleh Thrina Tham 

// Gambar oleh Chua Soon Lye

Bila-bila mana anda ingin mendapatkan bantuan daripada tenaga pengajar, permintaan anda tidak patut sekali-kali ditolak, ujar MAJ Wang (kiri). Bersama beliau adalah juruterbang OCU iaitu LTA Lim.
English 华文
English 华文

Tiada pemain yang hanya mahu duduk di bangku pemain simpanan. Begitu juga keadaannya, perkara terakhir yang pelatih juruterbang pejuang mahu ialah tidak dibenarkan terbang. 

Namun itu adalah sesuatu yang tenaga pengajar juruterbang MAJ Wang bersedia untuk lakukan kepada juruterbang pada latihan Unit Penukaran Operasi (OCU) di Skuadron (SKN) 149 - bila perlu. 

"Kami telah melihat kes-kes yang teruk apabila (juruterbang OCU) menghadiri taklimat penerbangan tanpa apa-apa pengetahuan tentang ilmu penerbangan; jadi kami tidak akan membenarkan mereka terbang," ujar pemuda berumur 34 tahun ini yang mempunyai pengalaman kerjaya bersama tentera udara selama 15 tahun. 

"Mereka mesti memahami bahawa penerbangan perlu banyak persediaan." 

Pendekatan tegas ini merupakan formula MAJ Wang untuk melatih mereka menjadi juruterbang pejuang yang terbaik.

Menetapkan tanda aras yang tinggi 

Tenaga pengajar melatih juruterbang OCU bersayap baru daripada SKN 149 di Pangkalan Udara Paya Lebar untuk mengendalikan jet pejuang F-15SG - dari peringkat mengajar mereka tentang sistem pesawat dan senjata di sekolah darat sehingga mengajar mereka pada simulator dan menerbangkan pesawat sebenar. 

Juruterbang RSAF yang bercita-cita tinggi terlebih dahulu akan menjalani Kursus Penggredan Udara di Tamworth, Australia, di mana pelatih juruterbang dipilih. Kemudian mereka mendaftar di Sekolah Kadet Pegawai dan Komand Latihan Tentera Udara. Mereka yang berjaya melepasinya akan membina asas dalam penerbangan di Basic Wings Course yang berpangkalan di Pearce, Australia. 

Selepas tamat menjalani kursus, mereka ditugaskan untuk berlatih di platform RSAF yang paling esuai buat mereka. 

Halangan utama bagi kebanyakan pendatang baru ialah ketidakupayaan memproses limpahan maklumat, tegas MAJ Wang, yang telah menjadi tenaga pengajar dengan skuadron pejuang sejak tahun 2013. 

Sebagai contoh, juruterbang muda mungkin begitu memberi tumpuan untuk menjatuhkan bom pada sasaran yang mereka tidak sedari apabila mereka telah melanggar paras minimum ketinggian penerbangan. 

"Mereka tidak tahu yang mereka sedang menghampiri satu situasi berbahaya. Itulah waktunya saya perlu mengambil alih untuk mengembalikan pesawat ke kedudukan selamat dan kemudian menyoal siasat tugasan sambil kami meneruskan penerbangan."

Menerbangkan F-15SG perlu mengendalikan limpahan maklumat. MAJ Wang mengajar juruterbang muda beliau cara memberi keutamaan dan melaksanakan tugas mereka.

Bunuh atau dibunuh 

Untuk merangsang juruterbang muda beliau untuk melaksanakan tugas dengan baik, MAJ Wang selalu mengingatkan mereka tentang peranan mereka sebagai juruterbang pejuang dalam pasukan tentera udara. 

"Ini bukan kelab penerbangan. Matlamat utama anda ialah membunuh atau dibunuh," kata beliau dengan nada tegas. 

"Satu-satunya sebab jet pejuang dibeli adalah untuk pertahanan negara - bagi tujuan pencegahan dan pertahanan jika ada keperluan," jelas beliau. "Kegagalan misi bagi krew pejuang mungkin bermakna negara diserang oleh pihak musuh." 

Perkara lain yang kerap beliau tekankan kepada pendatang baru ialah "sayap mereka dibuat daripada kertas …dan akan diracik jika prestasi mereka tidak memberangsangkan ". 

Bagi mereka yang mencatatkan prestasi yang lemah, beliau mendapati bahawa galakan adalah kuncinya. MAJ Wang akan menggesa mereka untuk berusaha lebih gigih dalam pengajian dan kembali pada hujung minggu. 

Salah seorang juruterbang beliau pernah berada dalam kelompok pelajar lemah dan berisiko tercicir daripada pengajian. "Kami memberi beliau secara objektif tentang prestasi beliau dan mendorong beliau untuk berusaha lebih gigih walaupun rasa kecewa tentang keadaan itu. 

"Beliau berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk beralih ke gred seterusnya …dan kini dianggap sebagai salah seorang yang mencatatkan prestasi cemerlang dalam kumpulan beliau."

"Secara peribadi, saya percaya bahawa multitugas adalah satu sandiwara. Ia adalah tentang pengutamaan tugas dan melakukannya dengan cepat dan secara berturut-turut. Kami mengajar pelatih mekanik tentang cara melakukannya." 

QUOTE-A-credit

Kekal merendah diri 

Bagi MAJ Wang, pelajaran terbesar daripada tenaga pengajar beliau adalah bukan tentang pesawat atau kemahiran di udara, tetapi adalah bersikap merendah diri, boleh dipercayai dan mudah didekati.. Beliau belajar tentang perkara ini sewaktu beliau menerima kelayakan tenaga pengajar beliau di Peace Carvin V, detasmen RSAF di Amerika Syarikat. 

"Apabila anda menjadi juruterbang kanan, anda boleh menyampaikan ilmu; namun sekiranya anda tidak merendah diri, orang yang lebih muda mungkin tidak mahu belajar daripada anda. 

"Ini sebati dengan diri saya…dan saya telah mencuba untuk memindahkan mentaliti ini kepada krew junior saya di dalam skuadron." 

Ini mungkin sebabnya krew junior merujuk kepada MAJ Wang dengan penuh kasih sayang dengan nama panggilannya dan bercakap dengan beliau tentang isu yang dihadapi oleh mereka, walaupun beliau berperwatakan agak tegas. 

"Sebenarnya beliau sangat mudah didekati dan sentiasa bersedia untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau sama ada yang menyentuh situasi kerja mahu pun peribadi," ujar juruterbang OCU, Leftenan (LTA) Brandon Lim. 

"Beliau menunjukkan keupayaan beliau melalui semangat beliau untuk belajar dan mengajar."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
01 Oct 2017

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
01 Oct 2017

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
01 Oct 2017

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
01 Oct 2017

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
01 Oct 2017

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
01 Oct 2017

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
01 Oct 2017

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
01 Oct 2017

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
01 Oct 2017

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
01 Oct 2017

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.