DARIPADA ATLET KEPADA ANGGOTA TENTERA UDARA WANITA

25apr23_news1_photo1_v3 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/25apr23_news1_photo1_v3a74e8bf7-559c-430c-8df3-cd2bbd690fab.jpg?sfvrsn=68ffd96d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-ATLET-KEPADA-ANGGOTA-TENTERA-UDARA-WANITA
DARIPADA ATLET KEPADA ANGGOTA TENTERA UDARA WANITA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-ATLET-KEPADA-ANGGOTA-TENTERA-UDARA-WANITA
25 Apr 2023 | PEOPLE

DARIPADA ATLET KEPADA ANGGOTA TENTERA UDARA WANITA

Daripada balik kuang dan menepati markah di lantai kepada membimbing jet pejuang dalam mencari dan mengena sasaran mereka, bekas ahli gimnastik negara ini semakin melayang tinggi sebagai seorang anggota tentera udara wanita.

// KISAH BENITA TEO // FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN LTA DAI

English 华文
English 华文

Bekas ahli gimnastik artistik negara dan pemenang pingat Sukan Asia Tenggara (SEA) Leftenan (LTA) Janessa Dai menukarkan papan anjal dan balok imbangnya dengan radar dan set kepala untuk bertugas sebagai Pegawai Perang Tentera Udara (Pengurusan Pertempuran Udara) [AWO (ABM)] di Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

PIONEER bersua muka dengan pegawai berusia 25 tahun itu, yang baru kembali daripada pengajian luar negara di University of California dan kini berada di Skuadron 201, dan mendapat tahu tentang sebab dia mengorak langkah daripada atlet kepada anggota tentera udara wanita!

LTA Dai menukar peralatan gimnastiknya dengan fatigue biru apabila menyertai RSAF sebagai AWO (ABM).

Hai LTA Dai, ceritakan sedikit tentang  bagaimana anda bermula dalam bidang gimnastik!

LTA Dai: Saya adalah seorang kanak-kanak aktif yang suka memanjat dan melompat-lompat. Tetapi saya juga pemalu dan pendiam, jadi ibu bapa saya berpendapat ada baiknya untuk menyertai gimnastik untuk menghabiskan tenaga dan mendorong saya untuk merangkak keluar daripada tempurung.

Saya mula berlatih di sebuah kelab semasa berusia tujuh tahun dan menyertai pasukan sekolah rendah saya (St Nicholas Girls' School) di darjah tiga.

Semasa di darjah enam, saya mula mengambil serius tentang sukan ini dan memilih untuk menyertai Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang melalui Kemasukan Terus ke Sekolah. Pada tahun yang sama, pasukan kebangsaan membuat pemilihan ahli gimnastik. Saya menyertai pemilihan tersebut, lulus ujian dan menjadi anggota pasukan. Saya mula berlatih dengan pasukan kebangsaan di peringkat sekolah menengah.

Acara kegemaran LTA Dai ialah senaman lantai kerana dia bebas mengekspresikan dirinya secara berguling-guling dan menari.

Apa yang anda gemar tentang gimnastik?

LTA Dai: Saya suka sangat perasaan terbang di udara sambal berpusing-pusing, saya mendapatinya sungguh seronok dan mengujakan! Saya juga tidak takut jatuh atau cedera. Saya juga berpeluang bertemu mereka dari sekolah yang berbeza di samping merangkak keluar daripada tempurung saya. Saya amat meminati sukan itu.

Ibu bapa LTA Dai mula melibatkannya dalam sukan gimnastik kerana dia seorang kanak-kanak yang sangat aktif, tidak takut jatuh atau cedera.

Yang manakah acara kegemaran anda?

LTA Dai: Saya bertanding dalam All Around, yang meliputi empat acara: senaman lantai, balok imbang, palang asimetrik dan lompat bergalah. Tetapi kegemaran saya ialah senaman lantai. Saya suka kebebasan dalam senaman berguling-guling. Dalam senaman lantai, ada tersedia muzik dan koreografi. Bukan sahaja saya dapat berguling-guling dan menunjuk-nunjuk kebolehan gimnastik saya, saya juga boleh mengekspresikan diri saya melalui tarian, sesuatu yang seronok bagi saya.

Saya juga gemar berlatih untuk balok, tetapi ia tidak begitu seronok semasa bertanding. Selain itu, anda terhad kepada satu satah pada balok, dan ia agak tinggi lagi menakutkan.

Sebagai ahli gimnastik negara, LTA Dai bertanding dalam acara All Around yang meliputi empat radas termasuk balok imbang (gambar).

Nyatakan beberapa pertandingan yang telah anda sertai?

LTA Dai: Dalam gimnastik, kami menjadi senior pada usia 16 tahun dan boleh mula menyertai pertandingan yang lebih besar. Pertandingan utama pertama saya ialah Piala Dunia di Doha pada 2014. Saya juga menyertai pertandingan antarabangsa seperti Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia, Kejohanan Gimnastik Lingkaran Pasifik dan Sukan Asia.

Pertandingan yang menjadi kenangan manis bagi saya ialah Sukan Komanwel 2014 yang berlangsung di Glasgow, Scotland. Kami memperoleh prestasi yang baik – kami berada di tempat ke-7 untuk acara berpasukan dan saya menduduki tempat ke-18 untuk All Around Individual. Ia merupkan salah satu pertandingan utama yang pertama bagi saya dan banyak membuka mata saya: arena pertandingan adalah besar dan penontonnya ramai. Mereka memberi sokongan meriah kepada semua peserta, tanpa mengira asal-usul kami.

Saya juga dikenali di tepi jalanan! Mereka mendekati saya dan berkata, "Anda beraksi dengan bagus dalam pertandingan semalam!" Ia mendorong saya untuk terus memajukan diri.

LTA Dai (dua dari kiri) bersama dengan pasukan Sukan SEA 2015. Dia mengetuai pasukan debutante dalam menggondol pingat perak.

Anda juga mengetuai pasukan kebangsaan dalam Sukan SEA 2015 ketika anda berusia 17 tahun!

LTA Dai: Sukan SEA 2015 merupakan pertandingan terbesar di Singapura yang saya sertai. Saya juga menggalas tugasan ketua pasukan. Ketika itu, saya berada di Tahun 1 Junior College.

Ia amat menggentarkan kerana seluruh pasukan, termasuk diri saya, kerana inilah kali pertama kami bertanding dalam Sukan SEA pertama kami. Kami menghadapi banyak tekanan kerana pasukan itu telah memenangi pingat emas beberapa Sukan yang lalu.

Ia merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga dan banyak memberi iktibar kepada saya. Sebagai ketua pasukan, bukan sahaja saya perlu menguruskan pasukan bahkan juga ibu bapa rakan sepasukan dan jurulatih. Tetapi saya berasa begitu bangga dengan anggota pasukan kami, kerana persediaan sebelum pertandingan juga sangat meletihkan: kami memohon cuti dari sekolah untuk berlatih sepanjang hari, dan kami tinggal di perkampungan Sukan, jauh daripada keluarga kami. Mujur akhirnya, kami berjaya merangkul pingat perak pasukan.

LTA Dai menjalankan rutin lantainya di Sukan SEA 2015. Selain meraih pingat Sukan pertamanya, LTA Dai turut berasa gembira melihat rakan-rakannya dan warga Singapura hadir untuk memberi semangat kepada pasukan mereka.

Amat mengharukan bila melihat warga Singapura datang beramai-ramai untuk menyokong kami – sorakan mereka begitu gemuruh! Rakan-rakan saya juga datang untuk menyokong saya. Sesudah tamat pertandingan, kami bertemu para peminat kecil kami, ada yang sudah mula berlatih di gim.

Saya masih lagi ingat kata-kata seorang ibu bapa kepada saya: "Anak saya juga bernama Janessa dan dia mahu menjadi seperti kamu!" Kata-katanya menyentuh hati saya dan membuat segala usaha saya berbaloi.

LTA Dai (duduk) bekerja dengan Pakar Tentera 1 Chelsea Simran Samuel, Pakar Operasi & Sistem Udara, untuk menyediakan kawalan masa nyata bagi aset udara daripada Pusat Kawalan Taktikal Udara-Darat.

Kenapa anda bertukar fikiran untuk menyertai angkatan tentera?

LTA Dai: Di junior college, saya terfikir-fikir tentang kerjaya yang serasi dengan saya. Semua kawan saya ingin menjadi doktor dan peguam, tetapi itu semua bukan untuk saya. Saya mahu sesuatu yang tidak terikat di meja pejabat, dan yang lebih penting, bermakna dan mempunyai hala tuju yang lebih nyata.

Saya mewakili Singapura sebagai ahli gimnastik dan berpendapat lebih bermakna untuk menjalankan perkhidmatan ini demi melindungi negara. Saya mendaftarkan diri pada April 2017, sejurus selepas tamat pengajian 'A' Level' saya.

LTA Dai (baris kedua, ketiga dari kanan) di perbarisan tamat pengajian BMT pada Jun 2017.

Kenapa memilih RSAF? Saya menikmati gimnastik kerana saya gemar perasaan terbang dan kebebasan, jadi angkatan tentera udara seumpama secucuk dengan dengan diri saya. Sebagai AWO (ABM), kami mengawal pesawat untuk memberi kuasa udara yang tepat pada masanya, jitu dan responsif kepada RSAF.

Saya tidak cukup tinggi untuk menjadi juruterbang, tetapi sebagai pengawal, walaupun saya tidak berada secara fizikal di udara, saya masih menyumbang secara langsung kepada pertahanan udara Singapura. Pada masa kini, saya sedang menjalani latihan untuk belajar mengurus ruang udara dan bekerja bersama dengan anak kapal kami untuk mencapai misi kami dengan selamat dan berjaya.

LTA Dai (tiga dari kanan) di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadetnya pada Mei 2018 bersama (dari kiri) ibu bapa, adik perempuan, ibu saudara dan bapa saudaranya. Walaupun ibu bapa LTA Dai, pada mulanya terkejut dengan keputusannya untuk mendaftar, mereka turut menyokong apabila melihatnya beraksi dengan baik semasa latihan.

Bagaimanakah reaksi keluarga terhadap keputusan anda untuk menyertai RSAF?

LTA Dai: Ibu saya fikir saya bergurau, sehingga saya membawanya ke Pangkalan Tenaga Kerja Pusat untuk menandatangan kontrak saya! Saya meminati bidang biologi sejak kecil lagi, jadi ibu bapa saya menyangka saya akan menjadi doktor atau memilih kerjaya yang hampir serupa. Sejujurnya, saya memperoleh ijazah dalam Sel Molekul dan Biologi Perkembangan.

Jadi apabila saya menyatakan keputusan saya untuk mendaftar dengan RSAF, mereka pun tertanya, "…mengapa?" (ketawa) Hanya selepas saya mendaftar, dan mereka melihat prestasi saya dalam Latihan Asas Tentera (BMT) dan Sekolah Pegawai Kadet, barulah mereka yakin saya memang serius.

Menyesuaikan diri dengan kehidupan ketenteraan adalah mudah bagi LTA Dai kerana gimnastik telah menerapkan kualiti seperti disiplin dan daya tahan dalam dirinya.

Adakah sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera?

LTA Dai: Peralihan kepada kehidupan tentera sebenarnya agak lancar kerana latihan gimnastik telah menyemai disiplin dalam diri saya. Matlamat peribadi saya adalah untuk berjaya di sekolah (selain sukan) dan ia memerlukan disiplin diri yang ketat.

Kami pernah berlatih berjam-jam hampir setiap hari dan, di antara sekolah dan latihan, saya tidak ada banyak masa lagi, jadi saya terpaksa mengutamakan kerja rumah dan belajar untuk peperiksaan. Adalah juga mudah untuk mengikut sesuatu rutin, seperti bangun awal.

Gimnastik tekah mendidik saya untuk beraksi di bawah tekanan, terutamanya di hadapan orang ramai dan di bawah penelitian rapi (hakim). Ia melatih saya untuk mengetepikan segala-galanya dan memfokus pada tugasan di tangan. Apabila saya mengawal pesawat, adalah penting untuk memfokus pada misi, mengekalkan kesedaran situasi dan tidak terganggu oleh faktor luaran.

LTA Dai (di palang asimetrik) berlatih bersama-sama dengan gadis dari kelab jurulatihnya. Dia berharap untuk memberi inspirasi kepada ahli gimnastik muda generasi seterusnya untuk membangun dan mengembangkan kemahiran mereka.

Apakah langkah anda yang seterusnya?

Sejak pulang daripada pengajian, saya telah berlatih di kelab jurulatih saya bersama-sama dengan gadis-gadis di sekolah rendah dan menengah. Saya berasa sungguh seronok berinteraksi dengan mereka dan membimbing mereka atau memberi nasihat.

Ia bermakna, lebih-lebih lagi bila mereka melihat saya berlatih dan saya meyakinkan mereka boleh menjadi seperti saya pada suatu hari nanti. Saya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada generasi seterusnya dan melihat kejayaan mereka. Saya mahu komuniti gimnastik tempatan untuk membangun dan berkembang!

Tonton gimnas berbakat flippin ini beraksi!

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
25 Apr 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
25 Apr 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
25 Apr 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
25 Apr 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
25 Apr 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
25 Apr 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
25 Apr 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
25 Apr 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
25 Apr 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
25 Apr 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.