CINTA TERPUTIK SEMASA BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA

03may23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03may23_news1_photo18d7c6ba1-ddf0-4872-8063-ce1dbe8136aa.jpg?sfvrsn=af330a57_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CINTA-TERPUTIK-SEMASA-BERKHIDMAT-DI-LUAR-NEGARA
CINTA TERPUTIK SEMASA BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CINTA-TERPUTIK-SEMASA-BERKHIDMAT-DI-LUAR-NEGARA
03 May 2023 | PEOPLE

CINTA TERPUTIK SEMASA BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA

Jurutera angkatan tentera udara ME2 Yogaraj dan ME2 Lai berpangkalan di detasmen Peace Carvin II untuk kali kedua – pertama sebagai rakan sekerja, kini sebagai pasangan suami isteri.

KISAH THRINA THAM / FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN ME2 YOGARAJ

ME2 Lai dan ME2 Yogaraj diijabkabulkan pada Mei 2022 sebelum kembali ke PC II pada Ogos tahun yang sama.
English 华文
English 华文

Dengan ruang udara yang tersebar luas dan berada jauh dari rumah, latihan di AS membawa banyak pengalaman manis bagi warga kerja angkatan Tentera Udara Republik Singapura yang berpangkalan di sana.

Mereka berdua juga menemui pasangan hidup mereka.

Cinta adalah sesuatu yang tidak terfikir langsung bagi Pakar Tentera 2 (ME2) Yogaraj Kunaseelan. Lagipun, tugasannya sudah disusun atur, menjaga persenjataan pesawat dan sistem senjata.

Sehinggalah dia bertemu dengan rakan jurutera tentera udara ME2 Lai Huiyan yang pakar dalam operasi rantaian bekalan – dia juga ditempatkan di detasmen Peace Carvin II (PC II) di Arizona, AS.

Dia tertarik dengan keperibadiannya dan kesabarannya untuk mendengar, dan suka lawak jenakanya dan dia selalu membuatnya ketawa.

Tetapi hanya tiga tahun kemudian selepas mereka berdua kembali ke Singapura, mereka mengambil langkah untuk meneruskan hubungan mereka. Pada masa ini, mereka berdua sudah kembali ke PC II. Kali ini, dengan ME2 Yogaraj dalam detasmen keduanya di sana, dan ME2 Lai sebagai pasangannya.

Pasangan itu mula sekali bertemu di PC II apabila mereka ditempatkan di detasmen Arizona pada 2017.

Menjalin cinta di tempat jauh

Pasangan itu pertama kali bertemu pada September 2017 apabila ME2 Lai dikerah ke PC II; ME2 Yogaraj berada di sana sejak Mac tahun itu.

Adakalanya mereka berdua bekerja dalam syif yang sama dan cepat menjadi kawan. Di luar kerja, mereka melepak dalam kumpulan yang sama dan kerap menghabiskan hujung minggu bersama.

"Kami tidak pernah terfikir untuk berpacaran kerana kami adalah kawan baik yang saling berkongsi kisah hidup dan memberi nasihat bila menghadapi keadaan yang mencabar," kata ME2 Yogaraj, 31.

Sebenarnya, mereka berdua tidak pernah keluar berdua-duaan, walaupun mereka sering melakukan kembara jalan raya secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain.

Secara kebetulannya, "janji temu pertama" mereka adalah ke konsert Chainsmokers di Phoenix, Arizona pada 2019, kerana rakan lain tidak berminat untuk turut serta. "Kami menjadi rapat kerana kami adalah peminat muzik mereka pada masa itu itu juga," kata ME2 Yogaraj.

Rakan sekerja mungkin telah mengesyaki percikan api yang berterbangan kerana ME2 Yogaraj mendapati dirinya diusik tentang mereka sebagai pasangan. "Sebelum disedari, saya menaruh perasaan terhadapnya tetapi kami tidak pernah bercakap untuk menjadi pasangan pada masa itu," katanya lagi.

ME2 Lai memilih untuk menemani ME2 Yogaraj untuk pengerahannya selama tiga tahun ke PC II.

Semasa ME2 Lai, kini 34 tahun, dihantar pulang ke Singapura pada Disember 2019, mereka terus menjalin hubungan jarak jauh kerana ME Yogaraj masih berada di AS untuk setahun lagi.

Mereka berdua mula berpacaran apabila dia kembali pada Disember 2020, dan berkahwin pada Mei 2022.

Pasangan dalam angkatan tentera

Pada masa itu, kedua-duanya sudah berbincang tentang perkahwinan, tetapi ME2 Yogaraj ingin melamar ME2 Lai secara rasmi.

"Saya merancang tarikh lamaran bersama dengan keluarga dan rakan-rakan kami. Malangnya, dia dijangkiti COVID beberapa hari sebelum hari tersebut menyebabkan segala rancangan itu terpaksa dibatalkan," katanya sambil bergelak.

Dia akhirnya mengejutkan ME2 Lai dengan lamaran di rumahnya.

Pasangan itu di majlis sambutan perayaan Deepavali detasmen PC II Oktober lalu.

Pengantin baharu itu kemudian kembali ke PC II pada Ogos 2022 apabila ME2 Yogaraj menjalani pengerahan semula selama tiga tahun di sana. Kerja latihan dan penyelenggaraan jet pejuang F-16 di Arizona membolehkannya bekerja dengan rakan sejawatan dari Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan mengasah kecekapannya.

"Keputusan (untuk berehat dari kerja) pada mulanya bukan mudah, tetapi organisasi membantu saya untuk menjadi pasangan suami isteri semasa tempoh pengerahan," jelas ME2 Lai, tentang menyertai ME2 Yogaraj di PC II.

ME2 Yogaraj melakukan pemeriksaan penyelenggaraan jet pejuang F-16.

Menurut ME2 Yogaraj, dengan adanya isteri dalam angkatan tentera memang membantu dan dia amat memahami waktu kerja yang panjang.

"Dia faham jadual kerja kami adakalanya agak sibuk, dan saya kerap dikerah untuk latihan," kata ME2 Yogaraj, yang turut berkongsi rancangan mereka untuk membesarkan keluarga mereka.

"Saya berterima kasih kepada isteri saya kerana menemani saya di sini dan memberi sokongan dan kekuatan semasa saya menjalankan latihan dan tugas saya."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
03 May 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
03 May 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
03 May 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
03 May 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
03 May 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
03 May 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
03 May 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
03 May 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
03 May 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
03 May 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.