OPS & TRAINING
CATATAN TAMBAHAN: KAMI ADALAH PAHLAWAN
01 Oct 2018
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SARJAN PLATUN? TINJAUN LATIHAN YANG PALING SUKAR DI DALAM ANGKATAN TENTERA REPUBLIK SINGAPURA.
Menjelang pagi. Sementara kebanyakan warga Singapura baru sahaja bangun dari tidur, Sekolah Lanjutan Pegawai Waran dan Pakar di Kem Pasir Laba sudah mula sibuk dengan aktiviti harian.
Lengkap dengan kelengkapan perang, setiap tentera memasukkan tin air minum seberat 2kg ke dalam bag galas. Laluan berkawat baru sahaja bermula, tetapi sudah ada beberapa titis peluh mengalir di muka mereka.
Beberapa minit kemudian, mereka mengangkat bag galas mereka ke bahu. Dengan muatan 40 kg (kelengkapan perang dan beban tambahan daripada tin minuman air), mereka memulakan tugas pertama untuk hari itu – kawat laju sejauh 2km.
Perjalanan bermula
Selamat datang ke Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur. Dijalankan sebanyak empat kali setahun, kursus selama 11 minggu ini akan melengkapkan spesialis dengan kemahiran perang tempur dan kualiti kepimpinan sebelum mereka menjalankan tugas sebagai sarjan platun.
Selain daripada membina ketahanan fizikal dan mental, kursus ini juga mengajar spesialis untuk melatih dan memberi arahan kepada tentera lain mengenai asas pengendalian senjata api dan ketahanan hutan.
Ia dilakukan menerusi empat modul: kursus kejurulatihan senjata api, kursus latihan fizikal panglima, Kursus Keyakinan Hutan dan Kursus Kejurulatihan Angkatan Bersenjata Singapura.
Pada 28 Mei, 33 pakar dari pelbagai formasi tentera telah melaporkan diri di Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur yang ke-22 di SWAS. Mereka dibahagikan kepada empat tango atau pasukan, di mana mereka akan berada sepanjang kursus.



Ujian Pertama
Mengangkat bag galas, Sarjan 3 Saroja d/o Nedunjezhian merasa lututnya semakin lemah. Beban yang dibawa hanya 8 kg lebih ringan daripada berat badannya 48kg.
Tetapi gadis berumur 25 tahun, panglima seksyen dari Batalion ke-lima, Regimen Infantri Singapura mengetap gigi dan menerus perjalanan. Lagipun, kawat 2 km adalah permulaan modul Kemahiran Bersenjata Individu (ISAA).
Selepas selesai berkawat, tentera boleh mengeluarkan tin air minuman daripada bag galas dan meneruskan perjalanan ke tujuh stesen yang berikutnya. Ia terdiri daripada ujian kemahiran menembak, terjunan platform berketinggian tiga meter dan berenang sejauh 50 meter di dalam pakaian seragam tempur, kursus balapan berhalang, kemahiran pemanduan arah, kemahiran individu di lapangan, kecergasan dan stesen senjata.
ISAA mencabar tentera untuk terus mara menjangkaui kemampuan diri supaya mereka dapat bertahan dan mempunyai minda yang jelas walaupun dalam keadaan yang tegang, kata Panglima Pegawai Waran 1 Barry Peh.
Pemuda berumur 38 tahun itu menjelaskan: "Mempunyai keyakinan dalam pertempuran, kemahiran pengendalian senjata dan paling utama,mempunyai daya tahan yang tinggi adalah penting bila mereka memimpin anggota bawahan mereka kerana mereka memimpin melalui teladan.
Sarjan 3 Saroja bukan satu-satunya tentera yang bergelut dengan beban yang berat. Pakar Tentera 1 Azmi Bin Aziz, juga, ketinggalan di belakang.
"Ia sangat mengecewakan. Ini baru stesen yang pertama dan saya sudah jauh ketinggalan," kata pemuda yang berumur 23 tahun ini yang menjadi jurulatih di kursus teknik kecemasan perubatan di Institut Latihan Perubatan.
Walaubagaimanapun, beliau bertahan. Beliau berterima kasih kepada rakan spesialis yang telah memperlahankan kawat semata-mata untuk memberi semangat kepada beliau dan rakan lain yang ketinggalan. "Ia adalah kawat individu dan semua orang mengejar masa – itulah motivasi saya. Pada saat saya sampai ke garisan penamat dan diberitahu boleh menanggalkan beban, itulah perasaan yang paling bahagia di dunia."
Siapakah Mereka?
Pakar Tentera 1 Azmi Bin Aziz
Jurulatih Kanan, Kursus Teknik Kecemasan Perubatan, Institut Latihan Perubatan.
Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur Tango 1

"Sebagai tentera, kita sepatutnya boleh menyesuaikan diri terhadap perubahan dengan cepat tanpa mengira siapa kita bekerja. Kamu hanya perlu menjadi seorang yang professional."
Mencari Penyelesaian


Sebahagian daripada cabaran ISAA adalah melalui ujian bersendirian. Semasa mencari arah tempat semakan di dalam hutan, Sarjan 3 Sng Shan En, 21, mendapati ia sangat mencabar minda, kerana tidak mempunyai sesiapa untuk berbual.
"Bila kamu bersendirian di dalam hutan dan tiada siapa boleh memberikan kata-kata semangat, ia sangat mencabar. Saya terpaksa memarahi diri sendiri untuk terus berusaha! Sebelum itu, kami selalu melakukan aktiviti pandu arah, kami selalu boleh berkongsi idea," kata Panglima kenderaan dari Batalion ke-41, Rejimen Penggempur Singapura sambil ketawa.
ISAA sangat mencabar tetap bagi abang sulungnya, Sarjan 2 Sng Shan You, melihatnya sebagai simulasi misi yang sebenar.
"Ia bermula dengan berkawat dan berenang untuk menghabiskan tenaga kamu. Kursus balapan berhalang dan pandu arah mengsimulasi pertempuran dan ini memaksa kamu berfikir dengan jelas walaupun dalam keadaan penat. Selepas menghabiskan misi, kamu masih perlu mengendalikan senjata," jelas pemuda berumur 23 tahun itu, yang juga panglima kenderaan dari 41 SAR.
"Selepas rasa selepas saya menghabiskan kursus ini, tiada apa yang mustahil untuk saya capai."
Siapakah mereka?
Sarjan 2 Sng Shan You Panglima Kenderaan, SAR 41.
Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur Tango 2

"Saya mempunyai semangat juang yang tinggi dan boleh melakukan lebih dari kemampuan saya daripada apa yang saya fikirkan."
Kebanyakan kohort mampu menghabiskan ISAA di dalam masa dua jam, lebih pantas daripada masa purata selesai aktiviti. Saroja sampai 45 minit kemudian. Sorakan bergema apabila beliau sampai ke stesen yang terakhir, basah kerana hujan yang tiba-tiba turun. Dengan berbaki tenaga yang ada, beliau telah melakukan 20 angkat dagu, 20 burpee dan 100 bangkit tubi di stesen kecergasan sebelum jatuh ke lantai.
Walaupun habis di tempat terakhir, beliau masih penuh yakin. "Kebanyakan rakan saya, termasuk rakan lelaki, memberitahu saya ini adalah diantara kursus yang mencabar yang pernah mereka lakukan, jadi saya sudah bersedia dari segi mental untuk menghadapinya," kata Sarjan 3 Seroja, salah seorang daripada 3 wanita di dalam kohort tersebut.
"Latihan ini telah mendorong saya melakukan aktiviti melebihi had dan memberi saya pemahaman mengenai badan saya."
Siapakan Mereka?
Sarjan 3 Sng Shan En
Panglima Kenderaan, SAR 41
Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur Tango 2 dianugerahkan Graduan Cemerlang Kursus Keyakinan Hutan

"Saya mendapati saya boleh menmotivasikan diri sendiri dengan baik dan belajar untuk mencari keseronokkan walaupun dalam keadaan yang mencabar."
Meningkatkan Kemahiran
Boom! Tanah bergegar semasa peluru dilancarkan dari MATADOR (senjata mudah-alih anti-kereta kebal, anti-pintu). Tetap untuk Pakar Tentera 1 Azmi, mengingati langkah-langkah dan sentakan yang membuatkan latihan menembak itu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai pegawai perubatan yang pakar dalam trauma dan penjagaan kecederaan, latihan menembak adalah satu ulang kaji yang baik dan meningkatkan keyakinan diri. Kali terakhir beliau mengendalikan senjata adalah di Sekolah Kadet Spesialis setahun yang lepas.
"Semasa SACC, jurulatih melatih kami tentang semua kaedah dan memastikan kami mengetahui semua – dari segi ciri-ciri spesifik senjata dan cara melatih."
Dari Rifel Penggempur Singapura 21 kepada Pelancar bom M203, Sarjan Platun perlu mahir mengendalikan pelbagai jenis senjata. SACC telah memberi mereka peluang untuk melatih sesama sendiri dan "pandangan dari sudut pengajar" ini telah membuka mata bagi Sarjan 3 Sng.
"Sebagai penembak, kita hanya memberi fokus terhadap sasaran dan dimana peluru itu pergi. Sebagai jurulatih, kita sepatutnya memberi fokus terhadap posisi penambak, penjajaran dan kemahiran menembak. Ini adalah perkara yang kami tidak tahu sebelum ini, dan pelajaran ini sangat infomatif.
Tambah Sarjan 2 Sng: "Sekarang kami boleh menjelaskan kenapa sesuatu kaedah perlu dipatuhi dan melatih pelatih untuk menembak dengan lebih berkesan."
Memberi sokongan antara satu sama lain
Selepas beberapa minggu berlalu, hubungan di dalam pasukan semakin kuat. Persahabatan terbina, dan juga dengan pasukan yang lain, pelatih akan cuba menaikkan semangat sesama sendiri apabila latihan menjadi sukar.
Semasa latihan kawat sepanjang 12 km termasuk mendaki dan menuruni tangga setinggi 4 tingkat sebanyak enam kali, Sarjan 3 Saroja mendapati dirinya di antara yang perlahan.
Walaupun berada di dalam pasukan yang berbeza, Sarjan 3 Sng membuat keputusan untuk mengikutnya dan sangat kagum dengan daya tahan beliau. Sarjan 3 Saroja adalah dari pasukan Tango 3 dan Sarjan 3 Sng, Sarjan 2 Sng dan Pakar Tentera 1 Azmi dari pasukan Tango 2.
"Beliau akan menggesa diri beliau, untuk terus mara. Membawa beban yang berat adalah sangat mencabar, terutama pada kilometer yang terakhir. Jadi saya memposisikan diri saya dihadapan beliau, secara mental memaksa beliau untuk mengikut saya," kata Sarjan 3 Sng, salah seorang yang paling cergas di dalam kohort.
Apabila ditanya apa yang membuatkan beliau tidak berputus asa, Sarjan 3 Saroja menjawab: "Sebagai panglima, kita mesti memimpin melalui teladan. Kamu tak boleh tunjukkan kepada pegawai bawahan kamu yang kamu sakit atau penat. Sesetengah mungkin akan memandang rendah pada kamu dan yang lain akan patah semangat."
"Sebaga wanita, jika saya boleh melakukan apa yang lelaki lakukan, saya percaya ia akan menjadi inspirasi kepada pelatih saya untuk mencapai impian mereka." Apabila mereka tidak berlatih, spesialis akan berkongsi tentang kehidupan mereka. Dari bertukar-tukar jenaka dan tip latihan dan rahsia peribadi, mereka berkongsi segalanya.
Sarjan 2 Sng berkta: "Pasukan kami selalu berjenaka dan kami sangat lasak. Kami akan bercakap tentang siapa yang akan berkahwin, berapa ramai anak yang kami inginkan dan bagaimana kami akan mengajar dan mendisiplinkan anak di masa hadapan!"
Siapakah mereka?
Sarjan 3 Saroja d/o Nedunjezhian Panglima Seksyen, SIR 5
Kursus Asas Sarjan Platun – Perang Tempur Tango 3 diberi Anugerah Perbarisan Terbaik

"Kamu mesti bersikap positif. Kamu boleh membawa muatan yang ringan tetapi jika minda kamu lemah, kamu akan berasa berat dan sukar."
Membina Hubungan
Hubungan di dalam pasukan diuji seterusnya di dalam modul seksyen kemahiran pengendalian senjata.
Terutama semasa segmen perlumbaan pemindahan mangsa kecederaan di mana setiap pasukan terpaksa mengangkut 60kg muatan yang terdiri daripada tiga tin minuman penuh di atas usungan sepanjang 2 kilometer. Setiap spesialis juga membawa beban seberat 40 kg yang terdiri daripada kelengkapan tempur dan 20kg tin minuman yang penuh di dalam bag galas.
Perlumbaan itu mudah bagi Tango 2 kerana mereka mempunyai hubungan yang kuat di dalam pasukan. Daripada berhenti untuk menukar usungan seperti pasukan lain, mereka melakukannya sambil bergerak.
Sarjan 3 Sng menjelaskan: "Kami berasa muatan itu akan memenatkan kami jika kami berhenti, jadi pengganti kami akan pergi ke belakang dan menggantikan kami."
Dengan strategi ini dan kerjasama yang baik dalam pasukan, mereka mendapat tempat yang pertama.
Selain daripada perlumbaan pemindahan mangsa itu, SSAA juga memasukkan terjunan berketinggian tiga meter dan berenang sejauh 50 meter dan melakukan latihan balapan berhalang sambil membawa usungan. Ia berterusan dengan menyelaraskan peralatan navigasi dan isyarat sebelum menjalani latihan lapangan individu yang diakhiri dengan mengangkat teman sepasukan dengan kaedah angkatan bomba.
Bagi Pakar Tentera 1 Azmi, SSAA sangat memenatkan. Tapi apa yang lagi sukar adalah terpaksa bertukar pasukan sehari sebelum latihan. Beliau dipindahkan ke Tango 1.
"Selama lima minggu, kami telah berlatih melakukan semuanya bersama dan bertukar pasukan bermaksud menyesuaikan diri dengan dinamik pasukan yang berbeza."
Sebagai orang baru di dalam pasukan, membawa usungan itu terbukti menjadi satu perkara yang mencabar, "Kadang-kadang bila semua ahli sudah penat, tiada siapa perasan,beban akan jatuh pada satu orang. Kami juga mempunyai langkah yang berbeza dan usungan itu banyak kali bergoyang."
Ia sangat mengecewakan tetapi Pakar Tentera 1 Azmi tidak membiarkan perkara ini menjatuhkan beliau. "Saya perlu buat yang terbaik di dalam situasi itu. Di dalam kehidupan akan ada jatuh dan bangun dan bergantung kepada saya bagaimana mengatasinya."
Masuk ke dalam hutan
Dalam minggu membawa ke JCC, spesialis bekerja keras di bawah panas mentari membina tempat perlindungan kerangka – A di dalam hutan.
Mereka sudah beberapa hari tidak mandi dan kebanyakannya mengalami ruam panas. Selepas SSAA, mereka melalui latihan pandu arah sebelum meneruskan latihan lapangan. Sumber makanan terhad dan semua orang bekerja dengan senyap. Ini adalah sangat luar biasa walaupun untuk sarjan 3 Sng yang peramah, yang bekerja bersama abangnya dalam pembinaan kerangka-A mereka.
Di sudut yang lain, Pakar Tentera 1 Azmi dan Sarjan 3 Saroja bekerja di dalam kumpulan tiga orang sedang membina kerangka mereka. Walaupun mempunyai semangat yang tinggi daripada dua beradik tadi, keletihan juga menguasai mereka.
"Kami sedang membina kerangka-A dalam pasukan dan kami semua sudah penat. Ini sangat menakutkan kerana kami semua akan melakukannya secara bersendirian semasa JCC," fikir Pakar Tentera 1 Azmi.
Tambah Saroja: "Di sini tiang khemah disediakan tetapi kami semua terpaksa mencari sumber sendiri semasa JCC. Jadi sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah."
Selain daripada tekanan fizikal untuk menghadapi JCC, spesialis juga perlu mencatu makanan. Mereka semua diberi 48 jam untuk membuat catuan makanan untuk dihabiskan dalam masa 9 hari.
Ini sangat merisaukan Sarjan 3 Sng yang mempunyai selera yang tinggi. Pasukan beliau telah merancang untuk berkongsi satu catuan sesama mereka untuk selama 5 hari yang pertama sebelum menggunakan bekalan makanan sendiri untuk empat hari seterusnya.
"Ketua kami mengatakan kami mesti cuba untuk kurang makan untuk menyesuaikan badan kami dengan keadaan yang sangat lapar semasa JCC nanti," kata Sarjan 2 Sng.
Kuasa Minda
Seperti yang dijangka, JCC adalah sembilan hari yang sangat mencabar.
Spesialis diperlukan untuk memandu arah di dalam pasukan selama lima hari, sepanjang jarak 20km, sebelum menghabiskan masa tiga hari bersendirian, menjalankan tugas-tugas kemandirian seperti membina kerangka-A rumah perlindungan. Kemudian bersatu kembali dengan pasukan untuk berjalan ke garisan penamat pada hari terakhir. Mereka akan berhadapan dengan permukaan bumi yang berbanggul di dalam hutan yang padat, mendaki bukit-bukau dan menghalau lalat.
"JCC adalah mengenai ketahanan mental dan fizikal. Jika minda kamu tidak kuat, kamu tak mungkin boleh menghabiskannya," kata Sarjan 3 Saroja. Sepanjang kursus hanya satu benda di dalam fikiran beliau – ibu beliau. Sarjan 3 Saroja menggambarkan ibu beliau menunggu di garisan penamat.
Berbeza dengan Sarjan 3 Sng, sumber motivasi bagi beliau adalah beliau boleh makan apa saja yang diingini selepas tamatnya JCC. Beliau juga berasa bahagia ketika pasukan beliau duduk mengelilingi unggun api dan berkongsi makanan.
"Kami akan memanaskan kaki di tepi api, berkongsi pengalaman dan membuat minuman untuk sesama sendiri. Inilah masa kami rapat," kenang belaiu kembali.
Walaupun cuaca sangat baik untuk mereka (kumpulan-kumpulan sebelum ini selalu berhadapan dengan hujan), tuah tidak memihak kepada Sarjan 3 Sng apabila membina kerangka-Anya.
Ditempatkan di kawasan paya untuk mendiri khemah, dia terpaksa memasuki lumpur paras lutut untuk memotong pokok dan mencari daun untuk rumah perlindungan beliau. Kawasan itu adalah kawasan popular untuk serangga dan Sarjan 3 Sng digigit lalat dan nyamuk.
"Apa yang melucukan saya ingat semua tapak perkhemahan adalah sama dengan saya," kata Sarjan 3 Sng sambil ketawa.
"Tiga hari yang sangat melemahkan semangat dan saya cuba mencari keseronokkan dalam apa jua yang saya lakukan – dari bercakap seorang diri dan mengira masa bila serangga mula menggigit. Saya sebenarnya sangat sedih apabila saya terpaksa memusnak kerangka-A saya sebab ianya sangat stabil."
Usaha dan keyakinan beliau berbaloi – Sarjan 3 Sng muncul sebagai graduan JCC terbaik untuk prestasi yang mengkagumkan sepanjang sembilan hari.
Menjaga rakan
Untuk saya Pakar Tentera 1 Azmi, JCC adalah mengenai kerja berpasukan. Semasa fasa tunjuk arah, pasukannya terpisah daripada pasukan yang lain kerana mereka sesat.
Tetapi apabila terpisah, hubungan dalam pasukan menjadi kuat. Mereka memberi semangat kepada satu sama lain dan membentuk sistem rakan untuk menolong mengumpulkan sumber kerangka-A.
"Dari mula, encik kami (panggilan mesra pegawai waran) memberitahu kami supaya menjaga sesama sendiri," kata Pakar Tentera Azmi.
Serupa dengan Sarjan 2 Sng berkongsi biskut dan air bersama rakan sepasukan yang tertinggal di belakang semasa latihan pandu arah.
"Kadang-kadang mereka terlupa, ang mereka tidak makan dan minum dalam jangka masa yang lama, jadi kami akan berkongsi makanan dan menggalakkan mereka untuk terus mara. Lagipun kami perlu menjaga antara satu sama lain."



Mengajar 101
Menjadi pengajar bukanlah sesuatu yang mudah dan spesialis menyedarinya sejurus selepas memulakan Kursus Kejurulatihan.
Selain dari mengetahui bagaimana mengkhususkan pelajaran ke pelbagai jenis pelajar, mereka juga belajar bagaimana untuk berhadapan dan berinteraksi dengan pelatih.
Sarjan 3 Sng berkata: "Kami diajar pelbagaian ciri pelajar, keupayaan pembelajaran, apa yang diperlukan oleh pelajar dan apa yang boleh dilakukan oleh jurulatih. Sebagai contoh, kami boleh bertanyakan soalan terbuka untuk membuat mereka berfikir dan menggalakkan interaksi dua hala.
Tambah Sarjan2 Sng: "Sebelum ini,kami mengajar orang mengikut bagaimana cara kita belajar jadi maklumat ini sangat berguna."
Selain dari SIC, Sarjan 2 Sng suka mengenai kursus BWF-PS adalah mendapati keupayaan beliau untuk mencabar diri melebihi kemampuan diri. Dia sangat teruja untuk berkongsi apa yang telah dipelajari apabila kembali ke unit beliau.
"Dari pengetahuan yang diperolehi, tip untuk menangani pelatih dari rakan kursus yang telah lama berkhidmat daripada kami, saya telah menjadi tentera dan pemimpin yang lebih baik."
Keprihatinan tentera
Bagi Sarjan 3 Saroja, prihatin terhadap tentera adalah sesuatu yang diambil daripada ketua-ketua.
Sebelum setiap latihan, encik selalu memastikan spesialis minum air dengan cukup dan mencelup tangan ke dalam air batu sebelum dan selepas perbarisan untuk menghindarkan strok haba.
"Sebagai PS, peranan kamu adalah sangat penting. Kamu adalah mata platun. Panglima kami selalu memastikan keselamatan kami adalah keutamaan dan kami dijaga dengan baik."
Serupa dengan Pakar tentera 1 Azmi melihat bagaimana encik tidak pernah gagal menjaga kami sepanjang latihan. Ini memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara yang sama.
"Di masa hadapan, kami akan melatih Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa atau pelatih kami sendiri dan kami perlu mengenalpasti sejauh mana mereka boleh pergi atau mereka bekerja dengan terlalu kuat." Kata beliau.
"Semasa latihan, kami juga melakukan aktiviti kami dengan bantuan daripada encik dan memberi panduan apa yang perlu diberi perhatian."

Menjadi PS
Selain dari pelajaran, apa yang di rindukan oelh spesialis adalah persahabatan yang terhasil selama tiga bulan.
Mengenang kembali detik-detik yang tidak dapat dilupakan semasa JCC, Sarjan 2 Sng berkata: "Saya akan merindui melakukan aktiviti di dalam pasukan yang rapat. Persahabatan yang terhasil, saya tidak rasa kami akan dapat di mana-mana – sama seperti memiliki sepasang tangan tambahan."
Walaupun Pakar Tentera 1 Azmi masuk ke dalam pasukannya dua minggu sebelum JCC, beliau benar-benar gembira dengan persahabatan tersebut.
"Apa yang kami lakukan semasa JCC sangat membantu kami. Tidak kira berapa lama kamu bersama. Selagi setiap orang memberi focus terhadap sasaran yang sama, semuanya boleh dicapai."
Bagi Sarjan 3 Saroja, beliau paling merindui jurulatih kursus BWF-PS. Sentiasa meyakinkan, jurulatih tidak pernah sekali ragu dengan kebolehan beliau untuk memimpin dan itu sudah mencukupi untuk beliau.
"Ketua saya lebih yakin dengan diri saya, daripada keyakinan saya sendiri. Saya mengangkap layar mesej-mesej semangat daripada ketua saya dan membacanya apabila berasa sedih.
"Kerana saya telah berjaya sehingga tahap ini, saya tahu saya boleh memimpin dan bersedia untuk memimpin."
Kursus BWF-PS Fasa Operasi
Kursus BWF-PS terbahagi kepada 2 fasa – 11 minggu fasa umum dan dua minggu fasa operasi. Fasa umum aka dihadiri oleh Regular.
Selepas graduasi fasa umum, Regular dari infantry, Pengawal, Perisikan Tentera dan Markas Polis Tentera akan meneruskan ke fasa operasi. Mereka akan disertai oleh anggota perkhidmatan negara dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi dari pelbagai formasi tentera, yang berlatih untuk menjadi Sarjan Patun. Sebanyak lapan puluh Sembilan tentera, termasuk 11 regular, menyertai bahgian kursus ini.
Selain mengulang kaji kemahiran pengendalian senjata, kemuncak fasa operasi adalah dua hari satu malam latihan lapangan di mana pelatih mengambil misi menyerang, pertahanan dan pertempuran jarak dekat dan operasi kawalan kawasan.
SERANGAN


PERTAHANAN


Pertempuran Jarak Dekat


Operasi Keselamatan Kawasan



ALSO READ IN OPS & TRAINING
SAF akan membangunkan campuran keupayaan
27 Feb 2026
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mesti terus memodenkan dan menaik taraf bagi mengimbangi pelbagai ancaman yang semakin meluas.
Kompleks padang menembak baharu di Kem Bedok; Sistem Klasifikasi Perubatan akan direka bentuk semula
27 Feb 2026
Bagi melatih askar untuk persekitaran yang lebih kompleks, SAF akan membina Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi yang baharu, serta memperkenalkan peluang kepada anggota perkhidmatan negara untuk memikul peranan baharu, dan lebih banyak cara untuk menjadi sukarelawan.
Menegaskan semula komitmen mereka terhadap pertahanan
07 Feb 2026
Lebih 3,000 anggota NS menunjukkan komitmen mereka terhadap pertahanan Singapura di MOBEX di Kem Selarang.





