BUDAYA KESELAMATAN KINI LEBIH TEGUH DALAM SAF: PANEL LUARAN

05nov20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05nov20-photo1.jpg?sfvrsn=cb324980_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUDAYA-KESELAMATAN-KINI-LEBIH-TEGUH-DALAM-SAF-PANEL-LUARAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUDAYA-KESELAMATAN-KINI-LEBIH-TEGUH-DALAM-SAF-PANEL-LUARAN
BUDAYA KESELAMATAN KINI LEBIH TEGUH DALAM SAF: PANEL LUARAN
05 Nov 2020 | OPS & TRAINING

BUDAYA KESELAMATAN KINI LEBIH TEGUH DALAM SAF: PANEL LUARAN

// BERITA OLEH TEO JING TING

// FOTO OLEH KENNETH LIN

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mengukuhkan keselamatan sebagai keutamaan pada setiap tahap.

1-UP-B-caption

SAF telah menyaksikan peningkatan sebanyak 49 peratus bagi pelaporan terbuka tentang insiden kecil, bahaya dan kemalangan hampir berlaku dari 2018 hingga 2019.

Ini merupakan tanda bahawa SAF telah melaksanakan langkah untuk menangani cadangan daripada Panel Semakan Luar bagi Keselamatan SAF (ERPSS) tentang budaya keselamatan latihan, kata Pengerusi ERPSS Heng Chiang Gnee.

"Apabila mengkaji pengurusan keselamatan, kita cenderung mengkaji (hal yang menjadi) trend. Ini merupakan tanda bahawa apa-apa yang sedang dilaksanakan oleh SAF sedang membuahkan hasil yang positif," jelas Encik Heng.

ERPSS memperhatikan NSmen daripada 906 SIR yang sedang mempelajari daripada demonstrasi penggeledahan dan penangkapan sebagai sebahagian daripada ICT mereka.

Encik Heng menjelaskan perkara ini ketika lawatan ERPSS kedua ke Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI) pada 5 Nov. Semasa lawatan tersebut, panel diberi taklimat tentang langkah-langkah SAF untuk mempertingkat keselamatan latihan dan mengukuhkan budaya keselamatan. Mereka juga diberi laporan kemas kini tentang penambahbaikan yang diperhatikan di seluruh SAF, seperti cara pemikiran yang lebih cenderung terhadap keselamatan.

Dirasmikan pada Julai 2017, ERPSS kedua telah ditugaskan untuk menilai amalan keselamatan SAF melalui lawatan ke formasi dan unit, serta memberi cadangan penambahbaikan untuk membina sistem dan budaya keselamatan yang lebih kukuh dalam SAF. Sekiranya berlaku kematian akibat latihan, ia akan memberikan sudut pandangan bebas tentang penemuan Jawatankuasa Siasatan (COI).

ERPSS ini akan menyelesaikan tempoh pegangan jawatan tiga tahun pada bulan Disember ini, dengan penyerahan laporan akhir pegangan jawatan.

Encik Heng (kiri) berinteraksi dengan seorang NSman.

Kemajuan ketara dicapai berkenaan budaya keselamatan

Menonjolkan bahawa SAF telah mencapai kemajuan yang baik dalam pengukuhan keselamatan sebagai keutamaan pada setiap tahap, Encik Heng berkata: "Pengurusan keselamatan dan kesihatan sememangnya suatu perjuangan dan perjalanan – semakin banyak kekurangan yang dapat dikenal pasti, semakin pantas kita dapat memperbaik.

"Sejak beberapa tahun yang lalu, saya melihat banyak usaha dilaksanakan – seperti kepimpinan pasukan yang saling menjaga satu sama lain, serta prosedur untuk menggalakkan keselamatan."

Ini termasuk menggantungkan sepanduk dan mesej di tempat yang menonjol sebagai peringatan kepada anggota tentera untuk mengutamakan keselamatan semasa latihan.

Ahli ERPSS Kala Anandarajah berkata bahawa mesej-mesej ini adalah penting untuk mengingatkan anggota tentera supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan, seperti sentiasa meminum air.

Beliau juga menyatakan bahawa sebagai ibu, beliau telah banyak belajar tentang SAF melalui lawatan-lawatan sepanjang tiga tahun yang lalu dan yakin bahawa SAF merupakan persekitaran yang selamat untuk membolehkan kanak-kanak menjadi dewasa.

LCP (NS) Toh (kiri) dan SWO Zulkarnaen merasakan bahawa budaya pelaporan terbuka yang teguh adalah penting untuk mencegah lebih banyak insiden.

Menyemai budaya keselamatan yang teguh

Sebagai jurulatih, Pegawai Waran Kanan (SWO) Zulkarnaen bin Hussain amat menitikberatkan penyemaian budaya keselamatan dalam kalangan anggota tentera beliau.

Sama ada menjalankan taklimat keselamatan atau memastikan bahawa semua orang memahami peranan mereka melalui latihan di meja sebelum memulakan misi sebenar, ketua pelatih master daripada IDTI tersebut memastikan bahawa tiada ruang untuk berlakunya kesilapan keselamatan.

Beliau juga menyatakan bahawa melalui perubahan cara pemikiran tentang pelaporan terbuka, para askar telah menjadi lebih peka dan juga tidak takut untuk menarik perhatian terhadap sebarang bahaya keselamatan yang disedari. Ini membolehkan mereka membetulkan masalah dengan serta-merta.

Mengingati insiden yang telah dicegah apabila seseorang telah bersuara, SWO Zulkarnaen berkata: "Terdapat seorang anggota tentera yang sedang berjalan kaki sambil memandang telefon bimbit dan tidak sedar bahawa beliau hampir berjalan di bawah kren balak yang sedang dikendalikan... Beliau sempat dihentikan oleh seorang komander."

Contoh lain tentang pelaporan bahaya keselamatan termasuk lopak di lantai selepas hujan lebat dan kipas siling yang bergoyang-goyang.

Bersuara tentang amalan tidak selamat

Selain diberi taklimat tentang budaya keselamatan, ERPSS juga telah memperhatikan Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) daripada Batalion 906, Rejimen Infantri Singapura (906 SIR) yang sedang menjalani Latihan di Kem (ICT) mereka yang ke-9.

Bagi Lans Koperal (LCP) (NS) Paul Toh, keselamatan telah sentiasa menjadi keutamaan tertinggi SAF sepanjang bertahun-tahun beliau menjalani ICT.

"Kami (sentiasa) mengenali pegawai keselamatan dan medik, mengetahui laluan pemindahan keluar dan cara menangani situasi yang berbeza," kata askar meriam matador daripada 906 SIR yang berusia 31 tahun tersebut.

NSmen daripada 906 SIR menjalani latihan baton.

Dengan ICT yang sedang dijalankan semasa COVID-19, LCP (NS) Toh menyedari bahawa SAF sedang mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan melaksanakan langkah-langkah pengurusan keselamatan. Sama ada mengambil swab bagi semua NSmen apabila mereka memasuki kem buat kali pertama ataupun memastikan sebuah kubikel dikosongkan di antara kakitangan semasa mandi, SAF memastikan semua langkah keselamatan diambil.

LCP (NS) Toh juga menyatakan bahawa rakan ICT beliau tidak segan untuk bersuara sekiranya mereka menyedari keselamatan sesiapa diancam.

"Tidak kira pangkat, jika kami menyedari sesuatu tidak kena, kami boleh memastikan segala-galanya dihentikan walaupun semasa menjalankan latihan," kata pengarah sebuah syarikat perundingan.

"Kami amat menitikberatkan hal-hal ini. Kami mempunyai orang tersayang di rumah dan kami tidak mahu mendedahkan mereka kepada risiko. Keselamatan semua orang menghadapi risiko."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
OPS & TRAINING
05 Nov 2020

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.