BOLA DI GELANGGANGNYA

03mar23_news1_photo1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03mar23_news1_photo1_thumbnail.jpg?sfvrsn=19b0d63b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BOLA-DI-GELANGGANGNYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BOLA-DI-GELANGGANGNYA
BOLA DI GELANGGANGNYA
03 Mar 2023 | PEOPLE

BOLA DI GELANGGANGNYA

// KISAH BENITA TEO // FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 NEO

Beliau mengetuai pasukan jurutera tentera laut di tempat kerja, dan menjadi kapten pasukan bola keranjang wanita yang memenangi pingat - kenali ME4 Neo Ying Qi.

1-UP-B-caption

Sejauh manakah anda sanggup melangkah untuk cinta? Disebabkan minat yang mendalam terhadap permainan bola keranjang, Pakar Tentera (ME) 4 Neo Ying Qi mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pasukan Bola Keranjang Wanita Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFSA) pada 2018, dan menjadi kapten pertamanya.

"Saya tidak keberatan untuk membentuk pasukan kerana saya gemar bermain bola keranjang, dan saya sedar banyak orang juga menikmatinya.

"Kami akan sentiasa berusaha untuk sesuatu yang kami minati. Walaupun menghadapi cabaran, kami tidak akan dikekang olehnya," kata Jurutera Sistem Peperangan Laut (NWSE) Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) berusia 29 tahun itu.

ME4 Neo memainkan peranan penting dalam menubuhkan Pasukan Bola Keranjang Wanita SAFSA, yang pernah bertanding di bawah sepanduk DSTA.

Kerja kerasnya telah membuahkan hasil: pasukannya memenangi pingat pertama, pingat gangsa, dalam Piala Perkhidmatan Awam 2019.

Ketahui bagaimana beliau mengetuai pasukan yang digelar "semua pemimpin yang layak dan dihormati" dan apa yang berlaku apabila seseorang cuba mempergunakan kuasa di gelanggang.

Hai, ME4 Neo! Bagaimanakah anda menjadi kapten pertama pasukan bola keranjang wanita SAFSA?

ME4 Neo: Saya menyertai SAFSA selepas berdaftar dalam RSN pada 2017. Pada masa itu, SAFSA hanya ada pasukan bola keranjang lelaki; tidak ada pasukan wanita SAFSA. Anggota wanitanya terdiri daripada atlet SAF, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Kementerian Pertahanan, bertanding di bawah sepanduk DSTA.

Saya mula bersembang dengan mereka di SAFSA, akhirnya kami menubuhkan pasukan itu, dan saya menjadi kapten pertamanya. Semakin banyak anggota perkhidmatan negara yang berpengalaman dalam sukan ini menurut serta, membesarkan kumpulan pemain yang berdedikasi.

Pasukan Bola Keranjang Wanita SAFSA 2019 yang membawa pulang pingat pertama persatuan itu, iaitu pingat gangsa.

Adakah anda sentiasa meminati bola keranjang?

ME4 Neo: Ya! Saya bermain bola keranjang sejak di sekolah menengah sehingga ke politeknik, universiti, dan kini di SAFSA. Saya juga pernah bermain untuk skuad latihan bawah 18 tahun negara semasa remaja.

Ayah saya, Neo Beng Siang, mantan ketua jurulatih pasukan bola keranjang kebangsaan Singapura dan kini pula melatih pasukan pro Singapore Slingers. Dia banyak mempengaruhi saya – semasa saya kecil, saya sering berada di gelanggang melihatnya melatih atau bermain bola. Saya berasa agak menenangkan dan terapeutik dan menggunanya sebagai saluran untuk melepaskan stres saya.

Keluarga Ballin: Cinta ME4 Neo (kiri sekali) terhadap permainan bola keranjang berputik daripada ayahnya, bekas jurulatih bola keranjang kebangsaan (dua dari kiri). Kakak-kakaknya (dua dan ketiga dari kanan) juga pemain bola keranjang manakala ibunya (tiga dari kiri) bermain bola jaring. Di sebelah kanan ialah abang ipar ME4 Neo.

Pernahkah ayah anda melatih anda?

ME4 Neo: Semasa saya di Menengah 5, pasukan kami tidak ada jurulatih, jadi saya meminta ayah untuk melatih kami. Dia begitu garang dengan saya! (ketawa) Mungkin kerana saya ni anak perempuannya, dan harapan terhadap diri saya adalah lebih tinggi dan dia tidak mahu kelihatan seolah-olah bersikap lembut dengan saya. Dia seorang ibu bapa yang mengamalkan "cinta tegar".

ME4 Neo (dua dari kiri) bersama-sama keluarganya di perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera pada 2017.

Nampaknya anda seorang yang pantang dicabar!

ME4 Neo: Saya menuntut pengajian kejuruteraan kuasa elektrik di Institut Teknologi Singapura, bidang yang tidak diminati ramai gadis. Saya ingin memanfaatkan ijazah saya dan mengguna pengetahuan saya sebagai jurutera, di samping melakukan sesuatu yang luar biasa.

Saya ada terfikir untuk mendaftar sebelum pergi ke universiti, tetapi hanya selepas menghadiri ceramah kerjaya pada tahun akhir, barulah saya lebih yakin dengan keputusan saya. Saya juga suka (di SAF,) saya akan terdedah kepada pengalaman baharu dan menikmati persekitaran yang berbeza dengan setiap pengerahan yang baharu.

ME4 Neo belayar dengan Kapal Pendarat RSS Resolution pada 2021, di mana dia bertugas sebagai Penolong Jurutera Atas Kapal.u

Apakah tugasan anda selaku kapten pasukan bola keranjang wanita SAFSA?

ME4 Neo: Saya mengatur latihan dan menegakkan disiplin dan keserasian di kalangan anggota pasukan. Salah satu cabaran terbesar ialah mengumpulkan kesemua enam pemain untuk berlatih. Lazimnya, kami berlatih di gelanggang di Kem Bukit Mandai, tetapi memandangkan setiap orang ada peranan operasi yang berbeza, maka sukar untuk mencari masa lapang yang sama.

Satu lagi cabaran ialah belajar mengurus anggota kumpulan yang berlainan pangkat. Komunikasi memainkan peranan penting dalam menguruskan mereka. Tetapi setentunya, kami semua mengenepikan pangkat bila berada di gelanggang. Lagipun, dalam permainan anda tidak boleh menyeru, "Hei, Mejar! " Kami ada di sini semata-mata kerana kami cintai permainan ini dan mahu bermain.

ME4 Neo (baris depan, ketiga dari kiri) bersama dengan Pasukan Bola Keranjang Wanita SAFSA di Piala Perkhidmatan Awam 2022. Pasukan itu merangkul pingat perak di pertandingan tersebut.

Disiplin adalah sangat penting bagi saya. Saya pernah menghadapi situasi di mana orang tidak hadir untuk latihan tetapi mahu bertanding. Walaupun mereka mungkin pemain yang lebih handal, tetapi saya perlu bersikap adil terhadap mereka yang berlatih dengan tekun, walaupun mereka tidak kurang bagus.

Inilah ertinya kepimpinan bagi saya: menyatukan orang, mengurus sikap dan membawa pasukan untuk bertanding.

ME4 Neo menerima pedang dan watikah pelantikannya daripada Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong di Majlis Pelantikan Pakar Kanan Tentera pada Dis 2018.

Setakat manakah kemahiran kepimpinan yang dipelajari di gelanggang membantu peranan anda sebagai NWSE?

ME4 Neo: Kini, saya seorang Penolong Pegawai Operasi dalam Skuadron Generasi Angkatan. Saya bekerja bersama pasukan jurutera tentera laut saya untuk memantau penyelenggaraan kapal permukaan, kapal selam dan platform sumber awam kami. Saya juga mengepalai tugasan perancangan dan penyelarasan operasi harian skuadron dengan flotila dan Ibu Pejabat.

Selain menyumbang kepada kesediaan operasi melalui sokongan operasi-logistik, aspek kerja saya yang paling memuaskan hati adalah yang melibatkan orang yang bekerja dengan saya. Saya diamanahkan untuk membantu mereka menjadi pemimpin dan pemain pasukan yang hebat, dan melihat anak-anak buah saya berkembang maju dan menyedari potensi mereka memberi makna kepada kepentingan kerjaya saya setakat ini.

ME4 Neo (latar belakang, kedua dari kiri) kini merupakan Penolong Pegawai Operasi dalam Skuadron Penjanaan Angkatan.
ME4 Neo memuji golongan wanita tidak gentar yang ditemuinya semasa di SAF yang bekerja bersungguh-sungguh untuk mengejar minat mereka.

Anda membawa pasukan untuk meraih pingat gangsa pertama mereka pada 2019 dan seterusnya pingat perak pada 2022 (apabila Piala Perkhidmatan Awam dianjurkan semula selepas pandemik). Bagaimanakah perasaan anda apabila melihat pasukan anda maju dari setingkat ke setingkat?

ME4 Neo: Saya telah menemui wanita yang ghairah dan tidak gentar dalam pasukan bola keranjang saya dan di seluruh SAF. Berapa orang yang sanggup meluangkan masa lapang mereka untuk pergi jauh ke kem SAF hanya untuk berlatih? Disiplin dan komitmen mereka turut mendorong saya untuk meneruskan perjalanan. Ia adalah peringatan bagi saya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengecewakan mereka.

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
03 Mar 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
03 Mar 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
03 Mar 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
03 Mar 2023

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
03 Mar 2023

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
03 Mar 2023

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
03 Mar 2023

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
03 Mar 2023

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
03 Mar 2023

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
03 Mar 2023

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.