OPS & TRAINING

BILA MALAM MENJELMA

31 Aug 2018

MENERBANGKAN BENDERA S'PURA DENGAN PENUH BANGGA: PESAWAT PERANG RSAF MEMBELAH LANGIT DARWIN, AUSTRALIA PADA EXERCISE PITCH BLACK, LATIHAN DI UDARA MULTINASIONAL YANG TERBESAR DI RANTAU INI.

CS_thumbnail

Story by

Photos by


Tanpa mengira siang dan malam, mereka berusaha dengan gigih. Tanpa mengira beroperasi sewaktu cerah dan hampir gelap, mereka memastikan pesawat keluli yang luar biasa ini terbang di udara. PIONEER merakamkan detik bersejarah itu pada juruterbang lelaki dan wanita di sebalik pesawat perang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang mengambil bahagian dalam edisi Exercise Pitch Black yang terbesar. Apa yang diperlukan untuk memastikan 13 jet bersedia untuk bertempur pada waktu faajr dan senja, bersama-sama dengan pesawat tentera dari 15 negara lain?

Pakar Tentera (ME) 2 Suresh s/o Segaram (tengah) dan rakan Jurutera Tentera Udara (AFE) beliau mengisi bendalir hidraulik di dalam F-15SG. Di sini, Pegawai Bertugas Ke-2 Syif perlu bekerjasama dengan anggota krew lain dan memastikan mereka kekal selamat di laluan penerbangan yang sibuk.

"Apabila anda melancarkan sebuah jet dari laluan penerbangan, anda perlu berhati-hati dengan orang di sebelah anda dan memastikan bahawa beliau tidak menarik (pesawat) keluar (pada masa yang sama), jika tidak anda mungkin terkena letupan jet ." 

Juruterbang F-15SG Kapten (CPT) (NS) Robin Chew mengenakan pakaian sebagai persediaan untuk penerbangan. Tenaga pengajar simulator penerbangan dengan ST Engineering, beliau mengambil cuti dua minggu untuk mengambil bahagian dalam latihan tersebut.

"Penting untuk datang ke sini untuk mengemas kini kemahiran saya dalam satu latihan berskala besar dan mengesahkan taktik kami. Saya juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman saya dengan juruterbang muda — mereka perlu menguasai kemahiran yang agak banyak sepanjang beberapa minggu mereka di sini dan saya boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka yang perlu dijangkakan."

1 Tugas rutin: Dua buah F-15SG (pertama dan kedua dari kanan) dan dua buah F/A-18A Hornets Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) bersedia untuk mendarat.
2 Juruterbang dan krew darat di laluan penerbangan bersiap sedia untuk misi penerbangan siang.
3 AFE mengawasi F-15SG berlepas dari landasan pada waktu malam. Dengan banyak pesawat cepat ditarik keluar secara berturut-turut dan di bawah lampu yang malap, pengawas mesti memberikan perhatian sepenuhnya dan memastikan kesemuanya berlepas dengan selamaat dan tepat pada masanya.
AFE memuatkan bom GBU-49 ke atas jet F-16. F-16 menjatuhkan bom lengai sebagai sebahagian daripada latihan.
Ketua Krew Penerbangan Sarjan Ke-3 Adriel Toh menjalankan pemeriksaan ke atas F-16 sebelum ketibaan juruterbang. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa itu melanjutkan perkhidmatan beliau selama satu setengah bulan supaya beliau dapat turut serta dalam latihan tersebut.
AFE memuatkan bom GBU-49 ke atas jet F-16. F-16 menjatuhkan bom lengai sebagai sebahagian daripada latihan.
Ketua Krew Penerbangan Sarjan Ke-3 Adriel Toh menjalankan pemeriksaan ke atas F-16 sebelum ketibaan juruterbang. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa itu melanjutkan perkhidmatan beliau selama satu setengah bulan supaya beliau dapat turut serta dalam latihan tersebut.
Pengarah Pitch Black Exercise Komodor Udara Mike Kitcher (dua dari kanan) daripada RAAF beramah mesra dengan anggota perkhidmatan semasa lawatan beliau ke detasmen RSAF.

"Ia merupakan salah satu perhubungan kami yang paling kukuh …dengan negara asing. Singapura membawakan peralatan canggih dan anggota yang berkualiti. Terbang bersama juruterbang Singapura adalah sangat hebat dan terbang bersama mereka boleh jadi mencabar, jadi saya benar-benar menikmatinya."


Memasuki malam hari: F-16 berlepas ke udara pada waktu senja dalam perjalanannya ke misi waktu malam.

Komander Misi dan juruterbang F-16 CPT Jonathan Ow (tengah, memegang pen) memberi taklimat kepada rakan krew udara beliau dari Singapura dan pasukan tentera udara lain mengenai butiran misi untuk latihan pasukan besar yang akan datang. Beliau perlu bekerjasama rapat dengan mereka untuk menemui cara terbaik mengerah tugas mereka dalam misi.

"Melalui interaksi semasa kitaran perancangan, kami mengetahui lebih banyak perkara tentang keupayaan platform kami daripada pengendali itu sendiri."

"Kami menggandingkan krew udara kami dengan krew udara dari banyak negara yang kesemuanya menerbangkan pesawat yang berbeza (dan) menggunakan taktik yang berbeza daripada apa yang biasa kami amalkan. Latihan dengan populasi krew udara yang pelbagai itu menjadikan kami lebih efektif dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan."


Krew pesawat Amaran Awal Udara Gulfstream 550 (G550-AEW)  menyapu laluan penerbangan untuk FOD, atau puing objek asing, sebelum misi pagi. Disebabkan angin kuat dan persekitaran terbuka, krew yang bermata tajam mesti betul-betul memastikan bahawa puing dibersihkan sepenuhnya supaya tidak menjejaskan pesawat untuk berlepas.

ME1 Tay Shi Ying menjalankan pemeriksaan ke atas G550-AEW selepas ia kembali daripada hari penerbangan yang panjang.

"Di sini, waktu malam tiba begitu cepat. Tidak seperti di Singapura, ia hampir gelap sepenuhnya jadi kami perlu lampu suluh untuk bergerak. Kami juga diberikan tugas yang telah ditetapkan untuk diberikan tumpuan. Kami banyak menjalani latihan di Singapura dan mesti mengguna pakai apa yang telah kami pelajari untuk memastikan kami tidak membuat sebarang kesilapan."

"Saya boleh lihat sikap saling mempercayai antara pasukan tentera udara — kepercayaan yang diletakkan pada kami untuk mengisi minyak dan kepercayaan kami terhadap mereka (dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan kami) jadi kami boleh memindahkan minyak dengan selamat dan efisien."

Bantuan pengisian minyak: F/A-18F Super Hornet RAAF (paling kiri) menerima minyak dari kapal tangka pengisi minyak udara ke udara KC-135R RSAF. Di sampingnya adalah dua lagi pesawat iaitu EA-18G Growlers, salah satu pesawat pejuang RAAF yang terkini.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story