BERSEDIA MENGHADAPI PANDEMIK

04nov20-herobanner https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04nov20-herobanner.jpg?sfvrsn=c9fa7676_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERSEDIA-MENGHADAPI-PANDEMIK
BERSEDIA MENGHADAPI PANDEMIK https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERSEDIA-MENGHADAPI-PANDEMIK
04 Nov 2020 | OPS & TRAINING

BERSEDIA MENGHADAPI PANDEMIK

Ia merupakan pusat perubatan pertama generasi seterusnya yang direka bentuk untuk menangani wabak pandemik.

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH ONG JI XUAN

English 华文
English 华文
Encik Heng (hujung kiri) memerhatikan demonstrasi latihan resusitasi ke atas manikin kesetiaan tinggi bersama-sama dengan COL Tan (di bahagian kirinya).

Ia dirancang menjadi pusat perubatan sedia pandemik yang akan membina atas pengalaman lampau dalam menangani pandemik global seperti SARS dan H1N1. Inilah perancangannya pada 2015.

Apabila COVID-19 mula melanda kita pada awal tahun ini, pusat perubatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) generasi seterusnya di Pangkalan Udara Tengah (TAB) diberikan peluang yang tepat pada masanya bagi menguji kemudahan dan ciri-ciri khusus pandemik.

Sebagai pusat yang pertama seumpamanya, Pusat Perubatan Pangkalan Udara Tengah (TAB MC) membuka jalan bagi langkah-langkah teknologi baharu dan ciri-ciri sedia pandemik untuk diguna pakai di pusat perubatan pada masa akan datang.

"Kami percaya kami perlu bermula dengan langkah kecil, bertindak pantas dan kemudiannya berfikir besar. Sebaik sahaja ujian ini berjaya, kami akan meningkatkan penggunaannya di seluruh pusat perubatan yang lain," kata Ketua Pegawai Perubatan Tentera Udara Kolonel (COL) (Dr) Benjamin Tan, 42.

Di majlis perasmian TAB MC pada 4 Nov, Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How menekankan kepentingan perkhidmatan perubatan dalam pemeliharaan angkatan tentera dan mengurangkan masa luang yang diperlukan oleh askar untuk pulih semula. Keperluan kepada penekanan ini menjadi semakin jelas dengan keadaan pandemik semasa.

Encik Heng (kiri) membuka tirai plak semasa majlis perasmian pusat perubatan bersama-sama dengan Panglima Tentera Udara Mejar Jeneral Kelvin Khong.

"COVID-19 ialah penyakit dahsyat yang boleh menyerang pada bila-bila masa. Dan jika kita tidak mempunyai cara untuk mengawal dan menguruskannya, ia boleh dengan pantas merendahkan keupayaan SAF (Angkatan Bersenjata Singapura)" kata Encik Heng.

"Disebabkan cara (TAB MC) direka bentuk dan dilengkapkan dan cara kakitangannya dilatih, ia sangat-sangat meningkatkan keyakinan dan kebolehan kami untuk menjaga kebajikan kakitangan kami. Ini seterusnya membolehkan kakitangan kami melaksanakan keupayaan teras mereka untuk mempertahankan Singapura untuk rakyat Singapura."

Inilah apa yang anda perlu tahu mengenai TAB MC:

Ujian swab yang lebih selamat, cepat dan lebih cekap

Dua kawasan luar beratap menyediakan ruang yang selamat dan cukup diudarakan bagi ujian swab dijalankan. Yang pertama ialah jalan masuk berbumbung, di mana ujian swab pandu lalu boleh dijalankan ke atas kakitangan yang memasuki pangkalan udara.

Dengan kakitangan kekal berada di dalam kenderaan mereka sepanjang proses tersebut, pendedahan kepada orang lain, terutamanya pelawat pusat perubatan, akan diminimumkan, dengan itu mengurangkan risiko penjangkitan.

Kedua ialah ruang legar berbumbung dengan pondok ujian swab yang terletak di luar, di mana ujian swab jumpa terus boleh dijalankan dengan pencemaran minimum kepada pelawat pusat perubatan lain. Pesakit dengan gejala jangkitan pernafasan yang kurang teruk akan melalui triaj dan ujian swab di sini.

Pondok itu juga mengurangkan penggunaan Peralatan Pelindung Diri (PPE) oleh kakitangan yang menjalankan ujian swab. Pengudaraan semula jadi yang dirancang mencipta ruang yang selamat untuk pesakit berinteraksi dengan kakitangan perubatan.

Demonstrasi ujian swab yang sedang dijalankan di pondok ruang legar beratap. Pondok ini mengurangkan keperluan untuk PPE semasa menjalani ujian swab.

Untuk menguruskan ujian swab ini, TAB MC menggunakan app mudah alih pengesahan identiti dan pelabelan digital yang baru dibangunkan untuk mendigitalkan proses pentadbiran. Ini membantu mengurangkan kesilapan manusia dan meningkatkan kecekapan.

App ini telah dibangunkan oleh pejabat inovasi RSAF bersama-sama dengan Perkhidmatan Perubatan Tentera Udara dan Ibu Pejabat Markas Penjana Kuasa Udara. Ia telah dikerahkan pada Oktober dan akan diuji untuk enam bulan yang seterusnya.

Bilik pengasingan yang direka bentuk khusus

Bagi pesakit yang mempunyai simptom jangkitan pernafasan akut (ARI), ujian swab akan dijalankan di bilik pengasingan yang dibina khas sambil mereka menunggu ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Bilik-bilik ini terletak di tingkat dua, yang boleh diakses melalui jalan yang memintas zon yang tidak tercemar.

Ia mempunyai sistem pengudaraan berasingan yang melaraskan aliran udara dan mengelakkan pengaliran semula udara yang tercemar ke seluruh pusat perubatan.

Sekiranya berlaku wabak pandemik seperti penularan COVID-19, kakitangan yang dijangkiti boleh diasingkan dan dirawat sambil meminimumkan pendedahan kepada orang lain di dalam bangunan kepada virus, membolehkan pusat perubatan terus berkhidmat untuk pelawat lain.

"Dengan pemisahan jelas yang terbina di dalam reka bentuk bangunan, ia sangat cekap dan berkesan dalam beroperasi dalam persekitaran COVID-19. Ia berjaya meyakinkan anggota perkhidmatan yang melawat pusat perubatan,” kata COL (Dr) Tan.

Bilik fungsi yang dibina khas mempunyai sistem pengudaraan berasingan yang melaraskan aliran udara dan mengelakkan pengaliran semula udara yang tercemar ke seluruh pusat perubatan.

Mengekalkan pesakit dan pelawat selamat

Bagi mengekalkan pelawat ke pusat perubatan selamat dan mengurangkan pendedahan kepada pesakit dengan simptom ARI, dispensari yang menghadap ke luar telah dibina di ruang legar luar yang beratap. Ini membolehkan pesakit dengan simptom ARI mengambil ubat-ubatan mereka tanpa memasuki pusat perubatan.

Kawasan menunggu di dalam pusat perubatan juga telah direka bentuk untuk membolehkan kefleksibelan dalam konfigurasinya. Contohnya, ruang luas bermakna pelawat boleh mematuhi penjarakan selamat sambil menunggu giliran mereka. Bangku panjang, yang biasa dilihat di klinik dan pusat perubatan, kini digantikan dengan kerusi individu yang boleh dipindahkan bagi mematuhi langkah-langkah penjarakan selamat.

Rawatan perubatan yang lebih cekap dengan teknologi

Pusat perubatan buat masa sekarang sedang menjalankan ujian dengan app mudah alih dan keupayaan teknologi untuk membolehkan kakitangan mendapatkan rawatan perubatan melalui teleperundingan. Sesetengah daripada keupayaan teknologi ini termasuk:

  • Menggunakan Fotopletismografi Jarak Jauh (RPPG) untuk mengukur tanda vital. App ini boleh mengukur tanda vital pesakit, seperti kadar denyut jantung, kadar pernafasan dan penepuan oksigen, dengan merekod satu siri gambar wajah pesakit. Pesakit hanya perlu menumpukan kamera pada wajahnya selama beberapa minit untuk statistik tersebut direkodkan.

  • Sistem pendispesan ubat-ubatan lokar pintar yang membolehkan kakitangan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan apabila mereka mempunyai waktu luang. Inisiatif ini memanfaatkan kakitangan perkhidmatan yang bekerja mengikut syif dan tidak boleh melawat dispensari semasa waktu operasi biasa.
Sistem pendispesan ubat-ubatan lokar pintar akan membolehkan pesakit mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan apabila mereka mempunyai waktu luang.
  • Membuat temu janji doktor dan menerima perundingan daripada seorang pegawai perubatan secara jarak jauh melalui teleperundingan. App penjagaan kesihatan mudah alih RSAF bagi teleperundingan (dibangunkan bersama dengan Perkhidmatan Perubatan Tentera Udara, Ibu Pejabat Markas Penjana Kuasa Udara dan Pejabat SWiFT) yang buat masa ini sedang menguji teleperundingan untuk anggota perkhidmatan negara yang sedang menjalani penilaian kesihatan Tarikh Sedia Beroperasi Layak untuk Berkhidmat bagi membolehkan mereka menerima keputusan mereka tanpa perlu pergi ke pusat perubatan.

    Pada masa hadapan, pesakit boleh berjumpa dengan pegawai perubatan dari jauh dengan memberikan simptom mereka untuk penilaian pegawai perubatan tersebut. Sekiranya perundingan fizikal yang lebih terperinci diperlukan, pesakit akan diminta untuk melawat pusat perubatan itu sendiri.

    App itu juga sedang dipertimbangkan untuk menyertakan sistem pengurusan giliran digital bagi kakitangan yang melaporkan diri sakit dan ingin berjumpa dengan pegawai perubatan.

Teleperundingan mungkin menjadi amalan masa hadapan, di mana kakitangan yang melaporkan diri sakit akan menerima rawatan perubatan dari jauh melalui app.
  • App mudah alih untuk logistik pangkalan udara dan sokongan perubatan, merupakan app bersepadu yang memainkan pelbagai fungsi dalam TAB. Di lapangan perubatan barisan hadapan, ia mempunyai fungsi penggerak balas pertama. Kakitangan yang menelefon untuk mendapatkan bantuan dalam kecemasan perubatan akan boleh menentukan lokasi tepat agar ambulans boleh mengenal pasti lokasi dengan tepat dan mudah.

CPT (NS) Keval mendemonstrasikan penggunaan RPPG untuk mengukur tanda vitalnya. Kakitangan akan boleh mengukur dan menghantar tanda dari jauh menggunakan app ini.

Penggunaan teleperubatan merupakan peningkatan yang dialu-alukan untuk Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) seperti Kapten (CPT) (NS) Keval Singh Mann: "Sebagai pengawal lalu lintas udara, ada masanya selepas melaporkan diri sakit, kami perlu berjumpa dengan doktor sebelum menyambung kembali tugas mengawal kami. Jika kami boleh melakukannya melalui teleperundingan, ia bagus untuk unit dan untuk kami. Tidak perlu beratur dan menunggu bermakna kami boleh menggunakan waktu kami dengan lebih baik.”

Sebagai bekas anggota tetap RSAF yang telah berkhidmat di TAB selama sembilan tahun, Pegawai Perang Udara berusia 33 tahun itu juga menyatakan bahawa proses keselamatan baharu di pusat perubatan, seperti menyediakan pelawat dengan pelitup muka pembedahan dan meminta mereka menghantar perakuan kesihatan, memberi NSmen seperti dia dan majikan mereka keyakinan bahawa SAF menjaga kebajikan mereka dengan baik semasa Latihan Dalam Kem.

ME3 Lem memahami kepentingan mengikuti perkembangan terkini dengan amalan terbaik dalam lapangan perubatan, dan bersedia mengguna pakai teknologi baharu di pusat perubatan.

Bagi menyediakan kakitangan perubatan untuk beroperasi di pusat perubatan baharu tersebut, medik menghabiskan masa sebulan berlatih dan melaraskan diri mereka dengan reka letak baharu, kata Pakar Tentera Medik Kanan (ME) 3 Lynn Lem.

Contohnya, medik yang bertugas di bilik resusitasi terpaksa melaraskan diri mereka kepada ruang yang lebih besar dan perletakan peralatan perubatan, agar mereka boleh merawat pesakit trauma dengan berkesan.

Keluk pembelajarannya curam, tetapi ME3 Lem, yang telah berkhidmat selama hampir dua dekad, berusaha memahami proses pembelajaran ini. "Kadang-kadang anda sudah biasa dengan proses lama, dan anda akan berhati-hati sedikit apabila menggunakan teknologi baharu. Tetapi keadaan sudah berubah; jika anda tidak memperbaiki diri dan mula menggunakan teknologi baharu, kita akan keciciran", kata anggota berusia 43 tahun itu.

"Saya banyak belajar daripada medik saya, terutamanya generasi yang lebih muda, yang sangat pandai menggunakan app. Inovasi dan teknologi pantas ini boleh membantu anggota perkhidmatan dan medik dan ia bagus untuk pusat perubatan.”

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
04 Nov 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.