BERLATIH UNTUK MENJADI ASKAR DARI RUMAH SEMASA COVID-19

27apr20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27apr20-photo157b737f9-6f77-4843-96c7-d30c746b8a90.jpg?sfvrsn=afdcb1c5_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERLATIH-UNTUK-MENJADI-ASKAR-DARI-RUMAH-SEMASA-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERLATIH-UNTUK-MENJADI-ASKAR-DARI-RUMAH-SEMASA-COVID-19
BERLATIH UNTUK MENJADI ASKAR DARI RUMAH SEMASA COVID-19
27 Apr 2020 | OPS & TRAINING

BERLATIH UNTUK MENJADI ASKAR DARI RUMAH SEMASA COVID-19

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO IHSAN REC EMIR DAN REC FERGUSON

PIONEER melawat dua rekrut (pastinya secara maya!) untuk mengetahui bagaimana mereka mengikuti Pembelajaran Berasaskan Rumah (HBL).

Sejak BMT digantung, rekrut-rekrut seperti REC Emir meneruskan pembelajaran dan latihan mereka di rumah melalui silibus HBL.

Sejak 7 Apr, para rekrut telah dihantar pulang ke rumah kerana Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menggantung Latihan Asas Tentera (BMT) selari dengan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan seluruh negara.

Bagaimanapun, kali ini kembali ke rumah tidak bermakna bercuti untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa. Mereka meneruskan pelajaran dan latihan BMT mereka melalui silibus HBL di portal LEARNet SAF.

Setiap hari Isnin hingga hari Jumaat, mereka perlu menghabiskan lebih kurang 200 minit mempelajari minimum empat modul di portal. Penyertaan dan kemajuan rekrut dipantau oleh sekolah Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) masing-masing dan Ibu Pejabat BMTC.

Rekrut (REC) Emir Ilyas bin Elham, 18, menyertai perkhidmatan tentera pada 29 Jan sebagai sebahagian daripada Fasa Latihan Fizikal/(Obes) BMT (PTP) sementara REC Ferguson Chiew, juga berusia 18, baru sahaja menyertai pada 1 Apr.

Hai REC Emir dan REC Ferguson! Bagaimanakah pengalaman HBL setakat ini?

REC Emir: Ia bagus, kerana pelajaran-pelajaran ini melengkapkan saya dengan pengetahuan teknikal dan teori mengenai NS (Perkhidmatan Negara) dan BMT. Ia juga membantu saya mengekalkan gaya hidup yang berdisiplin, sama seperti di BMTC. Saya bangun lebih kurang pukul 6.30 pagi untuk mengambil dan melaporkan suhu badan saya, dan bersenam sebelum mengambil sarapan.

REC Ferguson: Modul di dalam LEARNet dikategorikan secara kemas dan pelajarannya progresif jadi kami tidak terbeban dengan terlalu banyak maklumat pada satu-satu masa. Kuiz juga diberikan untuk membantu mengulang semula hujah-hujah utama.

REC Ferguson menghadiri kelas maya di LEARNet. Silibus HBL untuk rekrut adalah berdasarkan tahap latihan mereka, dan terdiri daripada pengetahuan tentera umum, regimentasi dan disiplin kepada kemahiran ketenteraan asas dan pelajaran kecergasan fizikal.

REC Ferguson: Jika ada sesuatu yang saya tidak faham dari awal, saya akan mengulangi pelajaran itu sekali lagi atau merujuk kepada rakan-rakan seksyen di dalam sembang kumpulan kami. Jika rekrut lain juga menghadapi masalah yang sama, kami akan merujuk kepada komander seksyen kami untuk penjelasan.

REC Emir: Komander platun dan komander seksyen kami memberitahu kami bahawa mereka sedia membantu jika kami menghadapi masalah memahami istilah dan konsep tertentu.

REC Ferguson: Yang pastinya, tiada had kepada berapa kali kita boleh mencuba menjawab kuiz kerana ini juga bermakna tiada tekanan untuk terburu-buru untuk menghabiskan pelajaran dan kita boleh belajar mengikut kemampuan kita.

Bagaimanakah sarjan dan komander platun menjejak kemajuan anda?

REC Emir: Pada permulaan setiap minggu, komander platun kami akan mengingatkan kami tentang modul yang kami mesti habiskan. Pada penghujung minggu, kami perlu menulis tentang apa yang kami telah pelajari, di samping juga PT (Latihan Fizikal) yang kami telah lengkapkan.

Modul LEARNet menyediakan ulang kaji penting untuk REC Emir mengenai topik seperti pengendalian teknikal Raifal Tempur Singapura (SAR) 21, untuk menyediakan dirinya dengan lebih baik apabila BMT disambung semula.

Adalah anda mendapati HBL bermanfaat dalam mendalamkan kemahiran ketenteraan anda?

REC Emir: Walaupun kami tidak menjalani latihan praktikal sekarang, mempelajari teori membantu menyiapkan kami agar kami boleh bersedia apabila BMT disambung semula.

Sebelum BMT digantung, kumpulan saya telah pun mengadakan Majlis Penyampaian Senjata SAR 21 kami dan melengkapkan bahagian pengendalian teknikal. LEARNet berguna kerana ia bertindak sebagai ulang kaji.

Contohnya, ketika membaca nota, saya akan mengingati langkah penting yang saya mesti tumpukan semasa mengendalikan senjata saya. Video juga menyegarkan ingatan kami untuk langkah-langkah seperti menanggal dan memasang SAR 21.

REC Ferguson: Saya belum lagi menerima penyampaian raifal saya lagi, tetapi saya telah mempelajari pengendalian SAR 21 di LEARNet. Ia memberikan pengenalan kepada raifal saya dengan membahagikan pengendalian senjata dalam beberapa bab yang berbeza. Dengan asas dan teori, saya rasa lebih bersedia untuk pengendalian sebenar.

Nasihat REC Emir untuk rekrut lain ialah untuk mendekati pelajaran HBL dengan serius, bagi melancarkan peralihan ke BMT di dalam kem apabila pemutus rantaian jangkitan diangkat.

Bagaimanakah anda mengekalkan disiplin untuk mengikuti pelajaran dan PT secara sendiri?

REC Ferguson: Di kem, ada jadual tetap yang kami mesti ikuti. Sekarang kami sendiri tanpa ada orang secara fizikal memberitahu kami apa yang kami perlu buat. Jadi ia memerlukan set minda yang betul: "OK, saya mempunyai tugasan dan PT, saya mesti melakukannya mengikut jadual." Ini bukan masa untuk kami berehat dan mengendur, kami masih menggalas tanggung jawab sebagai askar.

REC Emir: Seperti kata REC Ferguson, kita mesti ingat bahawa kita masih berkhidmat dalam NS. Ia menjadi tanggung jawab kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami. Setelah berada di BMT selama 10 minggu, rakan-rakan sekumpulan saya bermotivasi untuk menghabiskan pelajaran kami dan mempelajari sebanyak mana yang boleh, agar kami boleh kembali ke kem dan terus melaksanakan tugasan kami dan melengkapkan BMT kami dengan baik.

REC Ferguson percaya bahawa dengan set minda yang betul yang ingin berada di landasan yang betul dalam mengikuti pelajaran dan PT merupakan cara yang berkesan untuk mengekalkan disiplin.

Apakah yang anda buat setakat ini untuk kekal sihat?

REC Ferguson: Saya melakukan senaman tekan tubi dan bangun tubi untuk IPPT (Ujian Kecergasan Fizikal Individu), dan sudah mula melakukan pusingan latihan. Saya bersenam dua kali sehari, dan berlari sejauh 3km selang sehari. Kadang-kadang saya bersenam dengan keluarga di rumah, tetapi selalunya sendiri.

REC Emir: Di kem, kami mempunyai rejim waktu makan di mana kami, makan tengah hari atau makan malam, kami akan melakukan senaman statik seperti tekan tubi, bangun tubi dan cangkung. Saya juga melakukan ini di rumah sebelum sarapan. Ia hanya mengambil masa setengah jam. Setiap malam, saya juga berlari.

Kebanyakan daripada rakan-rakan kumpulan saya turun berat badan dalam BMT. Inilah masanya untuk mempraktikkan apa yang kami telah pelajari, jadi kita boleh membuktikan yang kita boleh terus menjalani gaya hidup yang sihat, walaupun sendiri.

"Kekal aktif semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan juga membolehkan kita agar lebih bersedia bukan sahaja untuk IPPT yang akan datang, juga untuk ketegaran BMT secara umumnya."

REC Emir

Apakah tip yang anda boleh berikan kepada rekrut baharu yang akan menyertai perkhidmatan tentera ini semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan dilanjutkan, dan yang akan menjalani HBL?

REC Ferguson: Ingat bahawa anda berkhidmat untuk NS anda walaupun anda berada di rumah. Jadi anda menggalas tanggung jawab tertentu sebagai seorang askar, seperti melengkapkan pelajaran anda, menjaga kecergasan dan kesihatan anda, dan mengikuti arahan komander anda.

REC Emir: Jangan lupa bahawa selepas tamat tempoh pemutus rantaian jangkitan, anda perlu kembali ke kem (untuk melengkapkan BMT anda). Jadi anda harus mendekati pelajaran HBL dengan serius, agar ia tidak begitu sukar untuk anda apabila anda menyambung BMT di kem. Ia akan melancarkan peralihan anda.

 

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
27 Apr 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.