PEOPLE
BELAJAR KRAV MAGA DENGAN KOMANDO SAF
29 Nov 2019
Komando 3WO (NS) Edwin Peng menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mempertahankan diri daripada ancaman pisau menggunakan teknik Krav Maga.
Jangan bergurau dengan dia kalau anda tidak mahu hidung anda berdarah.
Kini seorang pakar dan jurulatih Krav Maga, Pegawai Waran 3 (3WO) (NS) Edwin Peng, 39, sebelum ini ialah anggota komando Tetap dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Selepas berkhidmat selama 11 tahun dengan SAF, dia menubuhkan sekolah Krav Maga-nya sendiri untuk mengajar seni mempertahankan diri kepada pelajar dewasa dan kanak-kanak.
Krav Maga ialah sistem pertempuran tanpa senjata yang digunakan oleh pasukan tentera dan agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia. Ia bertujuan meneutralkan lawan secepat mungkin dengan menyasarkan bahagian badan yang paling lemah.
Tontoni bagaimana 3WO (NS) Peng menewaskan "perompak" bersenjatakan pisau dalam beberapa saat sahaja:
Sekiranya anda tidak boleh menonton video ini, berikut adalah penerangan mengenai demonstrasi seni mempertahankan diri ini:
1 Melepaskan diri pada bila-bila masa yang mungkin
Orang awam mengamalkan versi Krav Maga yang lebih sederhana. Ia digunakan untuk "membeli masa" dan bukannya untuk menewaskan lawan. Malahan, pada bila-bila masa yang mungkin, anda seharusnya mengelakkan daripada sebarang konfrontasi.
2 Menyerang dengan tendangan

Jika penyerang itu berada jauh dari anda, jangan dekati dia untuk menumbuknya, sebaliknya gunakan kaki anda untuk menendangnya dan menjarakkan diri anda darinya. Lari dan selamatkan diri anda apabila penyerang jatuh — ingat bahawa matlamatnya adalah untuk membeli masa agar anda boleh melepaskan diri.
3 Menyerang dengan tumbukan

Jika penyerang sudah merapati anda sambil mengacu pisau, anda tidak mempunyai pilihan selain melawan balik. Sambar pergelangan tangan penyerang dengan satu tangan untuk merampas pisaunya, kemudian dengan tangan sebelah lagi membuat serangan balas terhadap penyerang (di muka, perut atau mana-mana bahagian badan yang paling terdedah). Lari dan selamatkan diri apabila dia jatuh.
Petua untuk pelajar baru:
"Untuk permulaannya, pergi melawat beberapa buah sekolah Krav Maga yang berbeza dan hadiri kelas percubaannya. Cari sekolah yang paling sesuai untuk anda dan pastikan anda komited. Krav Maga praktikal dan berkesan untuk mempertahankan diri anda dalam situasi hidup nyata. Anda tidak perlu menjadi seorang yang sangat cergas untuk mempelajari kemahiran ini, anda hanya perlu komited dalam berlatih seni mempertahankan diri ini." — 3WO (NS) Peng, Pengarah Krav Maga Global Singapore
ALSO READ IN PEOPLE
Temui anggota tentera yang mengetuai Perbarisan Hari SAF 2026
22 Jun 2026
Kita bertemu dengan Komander Perbarisan LTC Yu Jinliang dan RSM Perbarisan MWO Heng Song Po untuk mengetahui bagaimana mereka membuat persediaan untuk hari besar itu.
Adik-beradik pengawal membawa
15 Jun 2026
Kembar 2LT Shane dan 2LT Shaun Yap meneruskan tradisi keluarga yang membanggakan apabila mereka ditauliahkan sebagai pegawai Pengawal – satu kerjaya yang didedikasikan oleh bapa mereka!
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.

