COMMUNITY
AZAM UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN DAN KEAMANAN SINGAPURA
15 Feb 2022
Pada hari ini, 80 tahun yang lalu, bom-bom pertama yang digugurkan di Singapura, menandakan bermulanya perasaan takut selama hampir empat tahun, penderitaan dan penindasan bagi penduduk pulau.
Pada hari ini, 80 tahun yang lalu, bom-bom pertama yang digugurkan di Singapura, menandakan bermulanya perasaan takut selama hampir empat tahun, penderitaan dan penindasan bagi penduduk pulau.
Ingatan tentang hari-hari paling gelap yang melanda Singapura tidak jauh daripada fikiran para rekrut yang menerima Senjata Serang Singapura - Abad Ke-21 (SAR 21) pagi tadi di Float @ Marina Bay. Berlatarkan langit ikonik bandar itu, 60 rekrut diingatkan tentang tugas mereka untuk mempertahankan negara dan rumah kediaman.
"Saya berasa seolah-olah suatu tanggungjawab yang sangat besar telah diberikan kepada saya, kerana senjata inilah yang akan digunakan untuk mempertahankan negara saya. Saya harus berhati-hati mengendalikannya dengan penuh tanggungjawab," kata Rekrut (REK) Noor Muhammad Fattah Bin Muhammad Adnan yang berusia 22 tahun, sambil memegang senjatanya untuk pertama kali pada hari ini. Dia telah mendaftarkan diri pada 9 Feb.
Majlis Penyerahan Senjata kepada askar-askar Pusat Latihan Asas Tentera Sekolah 2 ini diadakan bersempena dengan Acara Peringatan Hari Pertahanan Mutlak (TDDCE). Acara itu disaksikan oleh Tetamu Kehormat Menteri bagi Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Menteri Undang-undang Kedua, Encik Edwin Tong.
Penghargaan yang lebih mendalam untuk Pertahanan Mutlak
Sejak mendaftarkan diri dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), para rekrut juga mendapat penghargaan yang lebih mendalam untuk Pertahanan Mutlak, khususnya tonggak Pertahanan Tentera.
Menurut REK Ashwin Sunil Hathiramani: "Menjadi askar SAF adalah cara bagi saya memainkan peranan terbesar dalam Pertahanan Tentera, yang boleh saya lakukan dengan menjalankan latihan saya dengan baik dan sedia beroperasi apabila perlu, supaya saya boleh mempertahankan negara saya."
Menurut askar berusia 19 tahun yang mendaftar pada 9 Feb lagi: "Sejak saya mendaftar, saya telah belajar lebih mendalam tentang apakah maksudnya melindungi Singapura. Saya melihat keghairahan pihak atasan saya untuk melindungi negara dan ia mengobarkan semangat saya untuk menjadi seperti mereka (tentang tugas saya)."
Kepentingan Perkhidmatan Negara (NS) turut diserlahkan dalam Mesej Hari Pertahanan Mutlak Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen. NS adalah komitmen yang paling kuat terhadap pertahanan ketenteraan – salah satu tonggak utama Pertahanan Mutlak, tulang belakang SAF untuk bertahan daripada sebarang potensi pencerobohan.
"Ini adalah misi teras SAF, di mana ia tidak boleh gagal. Tetapi Pertahanan Mutlak memerlukan setiap warga Singapura untuk berganding bahu dan melibatkan diri, sekiranya kita mahu menangani musuh."
Kenangan Perang Dunia II
TDDCE tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 Kejatuhan Singapura dalam Perang Dunia II. Bagi REK Ashwin, menerima senjatanya dan menjadi askar sepenuhnya pada hari ini adalah sungguh memilukan kerana arwah datuknya adalah seorang tawanan perang (POW) semasa Pendudukan Jepun.
"Datuk saya adalah seorang POW, dan sehingga hari ini, ia adalah sesuatu yang amat sukar diperkatakan oleh ibu bapa saya. Pengalamannya dalam peperangan adalah antara sebabnya saya ghairah berdiri di sini dan memegang senjata ini. (Singapura) pernah dijajah dan sekarang kami sudah merdeka.
"Justeru, saya berasa amat bangga untuk memegang senjata ini dan melindungi negara saya, kerana kini tibanya giliran saya untuk memainkan peranan, dan untuk memastikan ia (apa yang dilalui datuk saya) tidak akan berlaku kepada kita lagi."
Menurut REK Fattah, dia masih ingat kisah yang diceritakan oleh arwah datuknya, yang telah membantu menyembunyikan penduduk tempatan berbangsa Cina yang disasarkan dan ditangkap oleh askar Jepun.
Beliau berasa bangga melihat pembangunan Singapura daripada sebuah negara tanpa kemerdekaan atau angkatan tentera sendiri kepada pencapaiannya hari ini, kata REK Fattah. (Dan saya bertekad untuk melakukan yang terbaik) sesudah diberi peluang untuk mempertahankan negara saya."
Jejak Pertahanan Mutlak yang Baharu
Semasa TDDCE, Encik Tong turut melancarkan Jejak Pertahanan Mutlak sebagai sebahagian daripada Kempen GameOn Nila!
Anjuran bersama Nexus and Sport Singapore (SportSG), Jejak Pertahanan Mutlak pertama menampilkan enam lokasi di Singapura yang dikaitkan dengan enam tonggak Pertahanan Mutlak. Para peserta boleh menyertai denai untuk berjalan dengan berdaftar melalui aplikasi mudah alih ActiveSG.
Enam lokasi tersebut adalah The Float @ Marina Bay, Hab Pembelajaran NTUC, Galeri Warisan Pertahanan Awam, Muzium Tamadun Asia, Muzium Negara Singapura dan Perpustakaan Negara. Dengan menerokai laluan itu, para peserta boleh belajar tentang sejarah Singapura dan bagaimana individu dan komuniti boleh menyumbang mengekalkan kekuatan dan kebebasan Singapura.
Jejak Pertahanan Mutlak kedua yang menampilkan beberapa lokasi lain akan dilancarkan pada 1 Mac. Dapatkan maklumat selanjutnya di http://go.gov.sg/GONTDTrail.
ALSO READ IN COMMUNITY
Pertunjukan Udara S’pura 2026 bermula
05 Feb 2026
Pertunjukan Udara Singapura menandakan edisi ke-10 dan 20 tahun sumbangannya kepada sektor aeroangkasa, pertahanan dan angkasa lepas global.
Cara untuk bertahan dalam hubungan NS
03 Feb 2026
Adakah hubungan NS benar-benar berkekalan? Adakah "kecurian" teman wanita anda semasa anda dalam Latihan Asas Tentera hanyalah mitos? Berikut adalah beberapa nasihat daripada rakyat Singapura!
RSAF kembali dengan pertunjukan udara yang memukau di Pertunjukan Udara Singapura 2026
31 Jan 2026
Pengunjung ke Pertunjukan Udara Singapura tahun ini boleh menyaksikan 17 gerakan mendebarkan yang dilakukan oleh jet pejuang F-16C dan helikopter penggempu Apache AH-64D RSAF, serta pameran statik 10 aset berbeza.

