DIPLOMACY
ARUS YANG MENGIKAT
01 Jul 2017
Kerjasama, dialog terbuka dan perintah berasaskan peraturan terus menjadi kunci dalam memastikan laut selamat dan terbuka, apabila ketua-ketua tentera laut Asia Pasifik mengadakan pertemuan pada pameran pertahanan maritim terbesar di rantau ini.
Laut merupakan nadi penghubung yang bukan sahaja menghubungkan laluan dagangan malah menyatukan negara-negara melalui sejarah yang dikongsi bersama. Oleh itu, semua pihak berkepentingan mempunyai peranan untuk dimainkan dalam memastikan talian komunikasi laut yang terbuka dan selamat melalui dialog, kerjasama dan menubuhkan perintah berasaskan peraturan.
Ia merupakan tema utama bagi Pameran dan Persidangan Maritim Antarabangsa (IMDEX) Asia ke-11 iaitu pameran pertahanan maritim yang terbesar di Asia Pasifik.
Majlis yang telah dilangsungkan di Pusat Pameran Changi dari 16 hingga 18 Mei itu telah dihadiri oleh kira-kira 30 ketua tentera laut, naib ketua tentera laut dan ketua pengarah pengawal pantai, serta kira-kira 40 pegawai pangkat bendera dari 44 buah negara, dan juga 26 buah kapal perang asing daripada 20 buah negara bagi Pertunjukan Kapal Perang Asia IMDEX.
Pada pembukaan persidangan selama tiga hari itu, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menggesa semua yang hadir untuk bekerjasama dalam memastikan perairan serantau selamat dan terbuka: "Bagi mengekalkan kebebasan pelayaran dan perdagangan yang semakin baik ini, kita mesti berupaya untuk mencapai persefahaman bagi mengukuhkan keselamatan maritim melalui dialog membina, kerjasama, penyelesaian praktikal dan peraturan bersama dalam berurusan dengan cabaran keselamatan yang kita hadapi."
Bekerjasama untuk laut yang lebih selamat
"Membina kepercayaan adalah asas penting bagi kerjasama yang berkesan. Tanpa kepercayaan, janji untuk menjalinkan kerjasama akan menjadi sekadar kata-kata yang manis," Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Bin Osman menegaskan pada majlis pembukaan Persidangan Keselamatan Maritim Antarabangsa Kelima (IMSC) yang telah berlangsung pada 16 Mei.
Dr Maliki menyatakan bahawa platform serantau seperti Dialog Shangri-La dan Mesyuarat Tambahan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN adalah penting dalam membuka saluran perbincangan bagi "memudahkan dialog terbuka dan terangkum ".
Lokasi bersama Pegawai Perhubungan Antarabangsa (ILO) di Pusat Penyatuan Maklumat (IFC) -- yang dihoskan oleh RSN di Pusat Perintah dan Kawalan -- juga telah membantu memupuk kepercayaan dalam perkongsian maklumat maritim di kalangan negara-negara.
Pada awal bulan Mei tahun lalu, Tentara Laut Indonesiaa (TNI-AL) berjaya menggagalkan percubaan rampasan melalui ILOnya. Kapal tangki minyak Hai Soon 12 telah dirampas oleh lanun yang disyaki semasa dalam perjalanan menuju ke Lautan Selatan dari Singapura melalui Selat Sunda. Dibekalkan dengan maklumat daripada IFC, ILO telah berjaya membantu TNI-AL dan operasi menyelamat kapal tersebut dengan pantas.
Kepercayaan boleh dikukuhkan lagi dengan kerjasama praktikal yang lebih kuat seperti menjalankan latihan maritim, tambah Dr Maliki. "Dengan kapal-kapal kami di lapangan, tentera laut dan pengawal pantai berada pada kedudukan terbaik untuk bekerjasam dan meningkatkan saling boleh kendali kami."
Memajukan teknologi kami
Untuk kekal di hadapan di tengah-tengah persekitaran keselamatan yang tidak menentu, perancang pertahanan juga perlu menyesuaikan diri untuk maju dalam teknologi. Perkara ini telah ditekankan oleh bekas Setiausaha Kekal (Pembangunan Pertahanan) Ng Chee Khern yang bercakap pada Persidangan Kejuruteraan Tentera Laut Antarabangsa Ketiga pada 17 Mei.
En. Ng menggariskan beberapa pendekatan untuk mengeksploitasi teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR ke-4) -- trend yang dicirikan oleh gabungan teknologi yang mengaburi garisan di antara ruang fizikal, digital dan biologi. IR ke-4 merangkumi kemajuan dalam bidang-bidang seperti sains data, kecerdasan buatan dan robotik.
Salah satu pendekatan yang dicadangkan adalah untuk memanfaatkan kepakaran dalam sektor komersil untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian dalam bidang bukan sensitif.
Dengan akses ke pangkalan data NEHR dari stesen kerja mereka, kakitangan perubatan SAF boleh mendapatkan sejarah dan rekod anggota khidmat negara yang berkaitan. Begitu juga, maklumat yang dimasukkan ke dalam PACES akan dikongsikan dengan NEHR, jadi doktor di poliklinik dan hospital awam memiliki sejarah rawatan perubatan yang terkini dan berupaya untuk menjaga anggota khidmat negara dengan lebih baik.
Bawah air yang lebih selamat
Untuk menyediakan pusat operasi kapal selam dan kapal selam di laut dengan pengesanan bahaya masa nyata bagi mencegah kemalangan bawah air, RSN telah melancarkan Portal Maklumat Keselamatan Kapal Selam (SSIP) pada 18 Mei.
Portal yang pertama dibangunkan di Asia Pasifik ini akan memanfaatkan maklumat sumber terbuka yang dijejaki oleh IFC, seperti pergerakan kapal nelayan, pelantar minyak dan kapal draf dalam. Di samping itu, ia akan mengumpul data yang unik kepada operasi bawah air seperti aktiviti seismik dan kawasan bahaya bawah air seperti tempat-tempat di mana latihan peperangan anti kapal selam mungkin dijalankan.
SSIP juga boleh membantu dalam operasi menyelamat kapal selam dengan menunjukkan lokasi masa nyata kapal jadi yang paling dekat dan sesuai boleh dihantar.
Kolonel David Foo, Pegawai Pemerintah Skuadron 171 yang mengendalikan kapal selam, menggesa negara-negara untuk memperkayakan SSIP dengan maklumat yang berkaitan dengan komuniti kapal selam: "Terdapat peluang bagi negara-negara untuk berkolaborasi, kerana mereka memiliki maklumat seperti lokasi kapal nelayan. Jadi kami harap negara-negara tersebut boleh bersikap terbuka dan berkongsi sebahagian daripada maklumat bukan sensitif ini."
ALSO READ IN DIPLOMACY
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.
SLD KEKAL PLATFORM BERNILAI UNTUK PERBINCANGAN PENTING: DR NG
12 Jun 2022
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi ucapan tentang hubungan AS-China, kepentingan perintah berasaskan peraturan dan peranan ASEAN sebagai platform keselamatan serantau di Dialog Shangri-La (SLD) ke-19.
SINGAPURA DAN AS MEMBAHARUI PERJANJIAN PERTAHANAN
25 Sep 2019
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perjanjian untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MOU) 1990 Mengenai Penggunaan Kemudahan di Singapura oleh Amerika Syarikat pada 24 September.


