APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERSEMBAHAN TATU TENTERA ANTARABANGSA NANCHANG KE-6

04nov19pnr-photo0 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04nov19pnr-photo06804bfcf-28d5-4a4d-b291-754d42619737.jpg?sfvrsn=d1bdccd5_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-MENGENAI-PERSEMBAHAN-TATU-TENTERA-ANTARABANGSA-NANCHANG-KE-6
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERSEMBAHAN TATU TENTERA ANTARABANGSA NANCHANG KE-6 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/APA-YANG-ANDA-PERLU-TAHU-MENGENAI-PERSEMBAHAN-TATU-TENTERA-ANTARABANGSA-NANCHANG-KE-6
04 Nov 2019 | COMMUNITY

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PERSEMBAHAN TATU TENTERA ANTARABANGSA NANCHANG KE-6

Pancaragam Central Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengibar tinggi bendera Singapura di Persembahan Tatu Tentera Antarabangsa Nanchang ke-6.

// BERITA KOH ENG BENG / FOTO CHUA SOON LYE

// DI NANCHANG, CHINA

Pancaragam Central Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengibar tinggi bendera Singapura di Persembahan Tatu Tentera Antarabangsa Nanchang ke-6.
English 华文
English 华文

Diadakan di Nanchang di Jiangxi, China dari 2 hingga 6 Nov, festival muzik tentera ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk persahabatan dan pertukaran kebudayaan antara negara-negara yang mengambil bahagian dari seluruh dunia. 

Singapura diwakili oleh 42 pemuzik daripada Pancaragam Central SAF, 12 anggota daripada Skuad Latihan Persis Senyap (SPDS), dan lima artis daripada Kompeni Muzik dan Drama (MDC). 

Berikut adalah tiga perkara yang anda perlu tahu mengenai persembahan tatu:

Kontinjen SAF, bersama-sama kontinjen-kontinjen dari Mesir (sebelah kiri) dan New Zealand (ke kanan), di majlis perasmian di Bayi Square pada 2 Nov.

1. Persembahan tatu ini dianjurkan secara besar-besaran 

Turut serta dalam persembahan tatu ini lebih kurang 1,000 pemuzik tentera dari 11 negara – China, Columbia, Croatia, Mesir, Perancis, Ireland, New Zealand, Poland, Rusia, United Kingdom dan Singapura – yang akan mempamerkan persembahan muzikal, tentera dan kebudayaan yang tidak terkira banyaknya.

Turut serta dengan pemuzik-pemuzik tentera ini adalah lebih kurang 2,000 pemuzik muda daripada sekolah dan universiti di wilayah Jiangxi.

Lebih daripada 100,000 penonton yang bersemangat berduyun-duyun memenuhi Jalan Zhongshan untuk melihat sekilas pancaragam-pancaragam multinasional berkawat untuk perarakan jalanan sejauh 2.5 km.

2. Ia akan ditonton oleh lebih daripada 10 juta orang

Persembahan tatu tahun ini diadakan sempena meraikan Hari Kebangsaan China ke-70. Lebih daripada 400,000 orang dijangka menonton perarakan jalanan, persembahan awam, konsert dan persembahan tatu di Nanchang.

Di samping itu, lebih 10 juta orang dijangka akan menonton siaran persembahan tatu di tiga rangkaian televisyen China.

Pancaragam SAF berkawat kepada lagu-lagu terkenal mereka sepanjang jalan-jalan di Nanchang.

3. Singapura bakal mempamerkan kefahaman pelbagai budaya dan sejarah

Di samping membuat persembahan untuk majlis perasmian dan perarakan jalanan, pasukan SAF akan membuat tiga persembahan umum, satu konsert, di samping dua persembahan tatu.

Pasukan SAF bekerja keras berlatih untuk persembahan tatu mereka.

Untuk persembahan tatu ini, mereka akan memainkan gubahan asal yang mengisahkan bagaimana Singapura membangun menjadi negara dunia pertama dengan menyatupadukan rakyatnya daripada berbilang kaum, berbekalkan sokongan negara-negara di seluruh dunia.

 


Pakar Tentera (ME) 1 Isabelle Wong mempersembahkan lagu hit Mandopop 小幸运 (Secebis kebahagiaan) semasa konsert di Jiangxi Agricultural University.

Rakyat tempatan China kagum dengan pasukan SAF

Sebagai sebahagian daripada persembahan Tatu, Pancaragam Central SAF mempersembahkan aneka lagu Cina popular oleh kumpulan poprock 五月天 (Mayday) dalam satu persembahan di Jiangxi Agricultural University pada 3 Nov, mengujakan audiens yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar.

Pelajar Tahun Tiga Chen Qi,19, berkata: "Saya gembira mendengar lagu-lagu yang saya gemari dimainkan. Semuanya dipersembahkan dengan cemerlang, terutamanya pemain-pemain solo."

Persembahan awam Pancaragam Central SAF di taman Cheng Bi Hu Lake juga diterima dengan sangat baik oleh penonton-penonton tempatan. Puan Yang Shu Rong, 35, seorang pengamal Perubatan Tradisional Cina yang menonton pertunjukan tersebut berkata: "Ia merupakan persembahan yang hebat oleh Singapura, kami benar-benar menikmatinya. Mereka juga sangat sopan, ramah dan mesra."

Bersemangat untuk membuat persembahan

Pasukan SAF teruja dengan sambutan hangat yang diterima daripada penonton-penonton Cina, dan tidak sabar untuk menyajikan lebih banyak lagi pertunjukan hebat sepanjang tatu selama tiga hari yang berikutnya.

CPL Shaqqil (barisan hadapan, kanan sekali) dan rakan-rakan SPDS-nya mengujakan orang ramai dengan latihan menembak raifal di Xiu Hu Square.

"Ia merupakan pengalaman yang menarik, ini kali pertama saya membuat persembahan di China. Saya pasti akan mempersembahkan yang terbaik untuk pertunjukan yang selebihnya." — Korporal (CPL) Ahmad Shaqqil Azhar bin Samsuri, 22, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) daripada SPDS

ME5 Tan (kanan) mengarah dengan Encik Yang Wei, 43, pemimpin pancaragam tentera Jiangxi Agricultural University, untuk konsert finale universiti.

"Kami berasa gembira dengan sambutan mesra penduduk Nanchang. Singapura dan China mempunyai hubungan dua hala yang sangat rapat, bukan sahaja dalam hubungan ekonomi tetapi juga pertahanan.  Kami sungguh teruja dapat mewakili negara kami, berarak sepanjang jalan-jalan di Nanchang dan mendengar rakan-rakan kami dari China bersorak mengiring kami." — Pakar Tentera (ME) 5 Tan Aik Kee Ken Steven, Pemimpin Pancaragam

CPL Kevin (tengah) dengan rakan-rakan artis MDC di perarakan jalanan.

"Seronok melihat pelbagai negara bekerjasama dan menghasilkan pertunjukan yang hebat. Saya berasa sangat bangga dapat mewakili Singapura, mempamerkan pakaian serta masyarakat berbilang kaum kami." — CPL Tristan Kevin, 20, salah seseorang artis NSF MDC

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
04 Nov 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
04 Nov 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
04 Nov 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
COMMUNITY
04 Nov 2019

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
COMMUNITY
04 Nov 2019

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
COMMUNITY
04 Nov 2019

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
COMMUNITY
04 Nov 2019

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
COMMUNITY
04 Nov 2019

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
COMMUNITY
04 Nov 2019

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
COMMUNITY
04 Nov 2019

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.