ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-55, DENGAN PAMERAN MAYA PERTAMA
// KISAH KOH ENG BENG
// FOTO CHUA SOON LYE
Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan di pameran maya untuk anggota keluarga Army 55.
Untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-55 tahun ini, Tentera Singapura telah mengadakan pameran maya yang pertama, bertema #OurArmyFamily.
Berlangsung dari 1 hingga 13 Disember, pameran maya itu mengiktiraf sumbangan tentera pada masa lampau dan sekarang. Ia juga menggambarkan penghargaan kepada warga Singapura dan keluarga mereka atas sokongan berterusan kepada anggota tentera dan wanita dalam Tentera Darat.
Kunjungi pameran maya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai evolusi Tentera Darat, keupayaan dan platform operasinya, serta profesionalisme tentera Singapura. Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang disediakan bersama ahli-ahli keluarga mereka! Yang berikut adalah beberapa acara yang disediakan:
Mengenang Jasa Anggota Tentera
Dalam ucapannya kepada warga Singapura dalam rakaman videonya sebagai Tetamu Kehormat di pelancaran maya pada 1 Dis, Menteri Kanan Pertahanan Negara Encik Heng Chee How berkata: "Tentera kita kuat kerana komitmen askar kita, dan sokongan masyarakat terhadap perkhidmatan negara dan pertahanan negara kita.
"Army 55 adalah masa untuk meraihkan dan menghargai setiap askar dalam setiap keluarga, dan kekuatan yang kita peroleh daripada keluarga Tentera kita. Pameran maya ini adalah tanda penghormatan kepada tentera kita dan kepada khalayak ramai atas sokongan mereka.”
Dalam ucapannya, beliaujuga menyuarakan penghargaannya atas sumbangan Tentera Darat dalam memerangi COVID-19.
Dia menyatakan bahawa lebih daripada 5,000 personel - baik yang aktif mahupun anggota Perkhidmatan Negara (NS) - telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang seperti menyokong sistem penjagaan kesihatan, pengesanan kontak, dan menjaga pekerja migran.
Maya tetapi interaktif
Di pratonton media pada 27 Nov, Kolonel (KOL) Dean Yik, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pameran Maya Army 55, mengatakan bahawa pameran maya itu memperlihatkan kemajuan Tentera Darat sepanjang 55 tahun melalui kisah-kisah rakyatnya.
"Kami juga mahu menjadikan platform di mana anggota tentera boleh membawa ahli keluarga dan orang tersayang untuk berkunjung dan berkongsi pengalaman tentera mereka yang unik," tambahnya.
"Ini akan menjadi pameran yang bertumpu pada keluarga – dengan tersedianya permainan dan aktiviti interaktif yang menarik, seperti acara larian maya pertama yang kami anjurkan sebagai sebahagian daripada pameran ini."
Memandangkan bahawa pameran statik di platform dan sistem senjata telah menjadi tarikan utama di Rumah Terbuka Tentera Darat yang lalu, pihak penganjur telah mencorakkan pameran maya agar ia lebih interaktif untuk keluarga dan anak-anak,” kata KOL Yik.
Melalui pameran maya ini, pengunjung dapat melihat platform dan sistem senjata, membaca spesifikasi teknologi mereka, dan menonton aksi mereka dalam video yang disediakan.
"Walaupun anda tidak dapat menyentuhnya secara fizikal, anda dapat mengalaminya dalam cara yang berbeza. Kami juga menyediakan ‘gerai foto’ di mana anda boleh mengambil foto di beberapa platform kami, "kata KOL Yik.
Format dalam talian bagi pameran tahun ini, tambahnya, membolehkan pengunjung melihat dan menikmati pengalaman dengan lebih mendalam. Jelasnya lagi, adalah tidak mungkin untuk mengadakan paparan statik bagi 44 platform dan sistem senjata kerana kekangan ruang dalam pameran fizikal.
Selain itu, satu lagi kelebihan format maya ialah pengunjung tidak perlu beratur untuk menyertai permainan dan simulator, katanya lagi.
Kunjungi pameran maya di www.go.gov.sg/OurArmyFamily Untuk maklumat selanjutnya mengenai pameran maya, lawati halaman Facebook Tentera Singapura.