Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01feb20_news1-196ed3d3b-6eb9-42b6-a1ad-c922510b7f47.jpg?sfvrsn=7864b1cb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ANAK-ANAKKU-NIKMATI-PERJALANAN-NS-ANDA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ANAK-ANAKKU-NIKMATI-PERJALANAN-NS-ANDA
ANAK-ANAKKU, NIKMATI PERJALANAN NS ANDA
01 Feb 2021 | COMMUNITY

ANAK-ANAKKU, NIKMATI PERJALANAN NS ANDA

PUAN MICHELLE WONG, SEORANG PENGANTARA, 52, BERKONGSI BAGAIMANA DIA MENYOKONG DAN MENYEDIAKAN KETIGA-TIGA ANAK LELAKINYA – BERUSIA 22, 20 DAN 16 – DALAM MENJALANI PERKHIDMATAN NASIONAL (NS) MEREKA. DIA JUGA MENYERTAI BOOT CAMP WANITA 2019 UNTUK MERASAI PENGALAMAN NS.

Rekrut-rekrut dari kohort Pusat Latihan Asas Tentera terakhir pada 2020 sedang berbaris di medan perbarisan pada 4 Dis 2020.

Bagi saya, seseorang yang bersedia, akan mendapati pertempurannya separuh diharungi. Sejak di bangku sekolah rendah, saya memastikan setiap anak lelaki saya dilengkapi tiga kemahiran yang penting: berbasikal, berenang dan pertempuran tanpa senjata.

Anak-anak lelaki saya – Kyle, Ethan dan Arthur – belajar mengayuh basikal bukit; mencapai "standard emas" dalam berenang dan belajar kemahiran menyelamatkan nyawa dalam air; di samping mencapai poom pertama mereka (tali pinggang hitam darjah pertama) dalam Taekwondo.

"Persediaan yang mencukupi, sokongan keluarga yang kuat dan keinginan untuk belajar adalah penting di NS. Dan satu lagi perkara: Seronok menikmati perjalanan NS anda!"

Nasihat Puan Wong sebagai ibu kepada keluarga yang lain dan mereka yang pra-daftar dan bersiap untuk menjalani NS.

Menjelang pendaftaran mereka, saya menggalakkan mereka untuk bersedia secara fizikal dan mental, serta dilengkapi kemahiran pertolongan cemas. Apabila masa mengizinkan, saya akan menemani mereka semasa mereka berlari atau bersenam.

Perbarisan tamat kursus BMT pertama (tetapi setentunya bukan yang terakhir) yang dihadiri oleh Puan Wong (barisan depan, paling kiri). Dia bergambar bersama suaminya, Kapten (NS) (Bersara) C H Wong (di kirinya), dan anak-anak lelaki (barisan kedua, dari kiri) Ethan, Kyle dan Arthur semasa perbarisan tamat kursus BMT Kyle pada 2018.

Cergas dari segi fizikal dan cerdas mental telah membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera, dan saya berasa gembira kerana setakat ini, kedua-dua anak lelaki saya yang lebih tua telah menunjukkan prestasi yang baik dalam NS.

Kyle, anak yang sulung, adalah Spesialis dan antara golongan perintis NSF Cyber (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa) pada 2018. Dia melengkapkan perkhidmatan negara sepenuh masa pada Julai 2020 sebagai Sarjan ke-3, dan terus berkhidmat sebagai spesialis keselamatan siber.

Baru-baru ini, Ethan, anak kedua saya, menamatkan Latihan Asas Tentera (BMT), dan memulakan latihan asas selama lapan minggu di Sekolah Kadet Pakar pada 14 Dis 2020.

Encik Wong dan isterinya Puan Wong bersama anak mereka Ethan di Kem Selarang sebelum pendaftarannya ke NS pada September yang lalu di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kisah-kisah tentang NS

Seperti kebanyakan warga Singapura yang merupakan penggemar makanan, kedua-dua anak lelaki saya sering berbual tentang juadah yang dihidangkan di rumah masak di Pulau Tekong.

Menurut Kyle, rumah masak menyajikan pelbagai hidangan ayam, manakala bagi Ethan makanan terakhir - "Hidangan Burger Hebat" - sebelum kawad laluan 24km itu merupakan makanan yang paling lazat (pernah dimakan) semasa berada di Pulau Tekong.

"Hidangan Burger Hebat" istimewa yang disediakan untuk setiap rekrut sebelum mereka memulakan upacara klasik - kawad laluan 24km - sebelum tamat kursus BMT mereka. [Foto fail: BMTC]

Mereka juga memberitahu saya tentang keanehan dan idiosinkrasi rakan seksyen mereka – daripada rekrut yang selalu tersalah letak apa sahaja di mana sahaja pada bila-bila masa, "konsert" oleh orkestra simfoni yang didendang di setiap tempat tidur setiap malam, kepada gelaran lucu yang diberikan kepada beberapa rakan mereka , seperti "Ikan Kukus" (terjemahan literal namanya!).

Kedua-dua anak lelaki saya telah mengalami kem di medan lapangan semasa hujan turun dengan lebatnya tanpa henti selama empat hari dan empat malam. Mereka pernah melihat beberapa kandungan pek lapangan mereka dihanyutkan oleh hujan yang turun cepat dan lebat, dan mereka berdua sudahpun biasa dengan gigitan serangga serta merasai betapa sejuknya bermalam di hutan.

Walaupun ia memang sukar tetapi mereka berjaya mengharunginya.

Rekrut-rekrut sedang menyantap catuan pertempuran mereka sebelum menggali kubur yang cetek di kem lapangan. [Foto fail: BMTC]

Menikmati pengalaman NS di ‘bootcamp’

Belajar memegang Rifel Pengempur Singapura (SAR) 21 dan mencuba Balapan Berhalang Standard (SOC) mungkin tidak sama seperti menjalani keseluruhan pengalaman kursus BMT.

Meskipun begitu, saya berasa gembira kerana sekarang saya lebih memahami dan berpengetahuan tentang beberapa amalan dan latihan standard serta istilah umum yang digunakan dalam kursus BMT.

Bertutur dalam "bahasa" yang sama dengan anak-anak lelaki saya telah membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang apa mereka alami di NS.

Kesemua ini adalah berkat ‘Bootcamp’ Wanita yang saya sertai pada 2019, di mana saya mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, daripada menembak SAR 21 kepada menangani SOC. Ia juga menyedarkan saya untuk menghargai usaha-usaha menjaga pertahanan negara kita yang bukan sesuatu tugasan yang mudah.

Pertahanan negara kita bergantung kepada perisian dan perkakasan – ia memerlukan golongan yang selari, terlatih dan akur serta bertanggungjawab untuk memastikan peralatan dan teknologi dimaksimumkan dan dipertingkat.

Puan Wong (keenam dari kanan) bersama-sama rakan peserta ‘Boot Camp’ Wanita 2019 dan jurulatih SAF mereka.

Menjadi lelaki sejati

Saya adalah penyokong kuat NS dan misinya untuk melindungi negara kita, dan akan sentiasa kekal begitu.

Saya mahu anak-anak saya belajar menjadi orang dewasa yang berdisiplin dan bertanggungjawab yang boleh menguruskan tugasan mereka di samping membina perhubungan bersama orang lain dengan baik. Dari segi ini, NS tidak mengecewakan saya.

Di samping aspek pertahanan, saya juga melihat NS sebagai simbol keharmonian kaum yang kukuh. Warga Singapura tidak boleh memandang remeh tentang keharmonian kaum kita tetapi sebaliknya terus berusaha untuk memelihara keharmonian kaum kita.

Saya tidak sabar menunggu bila anak ketiga saya akan mendaftar demi memenuhi obligasi NSnya menjelang 2024.

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
COMMUNITY
01 Feb 2021

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
COMMUNITY
01 Feb 2021

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
COMMUNITY
01 Feb 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
COMMUNITY
01 Feb 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
COMMUNITY
01 Feb 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
COMMUNITY
01 Feb 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
COMMUNITY
01 Feb 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
COMMUNITY
01 Feb 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
COMMUNITY
01 Feb 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
COMMUNITY
01 Feb 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.