Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02dec19pnr-photo164e54abe-65c6-4909-b244-0a1a96fb5b35.jpg?sfvrsn=819e5f0d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/72KM-72-JAM-PERJALANAN-MENUJU-BERET-MERAH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/72KM-72-JAM-PERJALANAN-MENUJU-BERET-MERAH
72KM, 72 JAM: PERJALANAN MENUJU BERET MERAH
02 Dec 2019 | OPS & TRAINING

72KM, 72 JAM: PERJALANAN MENUJU BERET MERAH

APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYARUNG BERET MERAH DAN MENYANDANG GELARAN KOMANDO? BAGI PARA PELATIH, IA BERKAITAN DENGAN NOMBOR AJAIB "72".

Apakah yang menjadikan seseorang itu layak bergelar Komando? Ada orang berkata kekuatan fizikal yang tiada tolok bandingnya. Bagi yang lain pula, kecekalan mental serta kesungguhan dalam melalui waktu-waktu yang sukar dan ketika berada di kawasan seteru.

Bagi kumpulan 170 pelatih dari Kompeni 3 dan 4 (3 dan 4 Coy) Batalion Komando 1 (1 Cdo Bn), mereka memerlukan kualiti-kualiti ini dan lebih lagi untuk menamatkan X72 yang menjerihkan – untuk pertama kalinya, perarakan haluan 72km pengenalan Komando ini akan menjangkau 72 jam.

Diadakan dari 28 hingga 31 Okt, perarakan penting ini menyaksikan pelatih bertahan walaupun dengan rehat yang sedikit sambil melakukan tugas tempur seperti turun bertali menuruni dinding, melintasi rintangan air dan menjalani latihan senjata. Mereka juga terpaksa merancang dan melaksanakan misi tempur untuk menjatuhkan pangkalan utama musuh.
 
X72 bermatlamat menonjolkan kualiti yang berbeza daripada peserta, kata Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel 1 Cdo Bn Fabian Pwi, 36.

"Untuk menamatkan cabaran X72, mereka perlu menunjukkan bahawa mereka ada daya tahan. Menjalankan tugas operasi mengikut standard juga memerlukan perhatian yang teliti kepada perincian. Apabila mereka berjaya mengatasi cabaran (rasa letih dan tekanan) dan melaksanakannya sehingga mencapai standard tersebut, mereka membina keyakinan dalam diri mereka."

1-UP-B-caption

Waktu: 6pm, 28 Okt
Jam: 0

Tepat pukul 6 petang, loceng berbunyi dan pelatih Komando bergegas untuk memulakan cabaran. Bermula sudah cabaran X72.

1-UP-B-caption

Temui anggota-anggota yang terlibat: Korporal (KPL) Abimanyu Ramanthan, 19, guner mesingan, 3 Coy

"Saya tidak menyangka boleh sampai ke tahap ini; sifat fizikal saya tidak berapa hebat semasa saya mula berkhidmat dalam tentera. Tetapi selepas melalui semua halangan ini, kami benar-benar bertekad untuk menamatkan cabaran akhir X72 ini. Saya memang mahukan beret merah itu."

1-UP-B-caption

Waktu: 6.15pm, 28 Okt
Jam: 1

Para pelatih menjalankan pemeriksaan berjangka peralatan dan beg askar untuk memastikan bebanan mereka (beratnya secara purata ialah 25kg!) boleh berfungsi dengan baik. Mereka mesti menepati masa yang ditentukan, yang berperanan menanamkan sifat bersedia untuk bertindak segera serta disiplin yang diperlukan dalam operasi sebenar.

1-UP-B-caption

Temui anggota-anggota yang terlibat: KPL Sean Toh, 19,  pakar bahan letupan dan awak-awak detasmen, 3 Coy

"Saya berasa sedikit gemuruh dan khuatir. Tetapi kami semua sangat teruja, kerana sejak 11 bulan yang lepas (sejak mula berkhidmat) kami tidak sabar-sabar menyarung beret merah tersebut, dan kami boleh menyarungnya dalam tempoh 72 jam sahaja lagi. Sememangnya impian boleh menjadi kenyataan."

1-UP-B-caption

Temui anggota-anggota yang terlibat: Sarjan 3 (3SG) Hemanth Chezhian, 19, sarjan detasmen, 3 Coy

"Detasmen kami terdiri daripada anggota-anggota yang berlatarbelakangkan kerjaya yang berbeza. Semasa menjalani misi, kami berkongsi bebanan satu sama lain, kerana latar belakang kerjaya sesetengah anggota mungkin menyebabkan mereka perlu memikul bebanan yang lebih berat. Itulah caranya kami mengekalkan keupayaan kami untuk melepasi cabaran ini. Anggota-anggota di bawah saya bersama-sama berkembang menjadi lebih kuat dan pastinya menjadi lebih bersedia untuk latihan ini."

1-UP-B-caption

Waktu: 8.38pm, 28 Okt
Jam: 2

Hujan lebat yang turun sebelum itu langsung tidak mematahkan semangat membara para pelatih. Mereka memulakan perarakan haluan pertama mereka dengan bergerak dari Kem Hendon di Changi ke Kem Pasir Ris.

1-UP-B-caption

Waktu: 9.36pm, 28 Okt
Jam: 3

Baldi Ais dan menyejukkan lengan: Sistem Penyejukan Rendaman Lengan yang diletakkan di Pasir Ris Park, di mana pelatih sedang berehat. Mereka merendam lengan di dalam baldi yang mengandungi air ais untuk menurunkan suhu badan mereka dengan cepat bagi mengelakkan kecederaan haba.

1-UP-B-caption

Waktu: 11.20pm, 29 Okt
Jam: 5

Seorang pelatih sedang berlatih menyimpul tali untuk mengikat SAR 21-nya (Senapang Serangan Singapura – Kurun ke-21) semasa latihan turun bertali di bawah pemerhatian pengajar. Sebelum aktiviti, mereka perlu menjalani latihan bertepatan masa untuk melatih semula kemahiran mereka.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Waktu: 12.46am, 29 Okt
Jam: 7

Jangan pandang ke bawah! Seorang pelatih sedang menuruni menara lima tingkat di Kemudahan Latihan Turun Bertali.

1-UP-B-caption

Waktu: 7.15am, 29 Okt
Jam: 13

Meneruskan cabaran: Selepas satu jam rehat sarapan pagi terlindung, askar-askar ini beralih ke satu lagi perarakan haluan.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Waktu: 7.50am, 29 Okt
Jam: 14

Para pelatih dari detasmen memberkas "penyerang" bersenjata. Sebagai sebahagian daripada perarakan, askar-askar mensimulasikan pergerakan ketika diserang. Mereka juga menjalankan latihan seperti latihan rondaan (foto atas), latihan memindahkan mangsa, dan latihan tembakan artileri (atas).

1-UP-B-caption

Waktu: 10.48am, 29 Okt
Jam: 17

Persaingan persahabatan: Detasmen menguji kemahiran terhadap satu sama lain dalam melucutkan dan memasang semula senjata mereka.

1-UP-B-caption

Waktu: 9.06pm, 29 Okt
Jam: 27

Para pelatih 3 Coy menerima perintah operasi daripada Pegawai Pemerintah Kapten Soon Delano. Mereka kemudiannya perlu bekerja secara berpasukan dan menentukan bagaimana mereka akan melaksanakan misi serangan yang mereka baru terima.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Waktu: 3.05am, 30 Okt
Jam: 33

Askar-askar menghendap secara senyap untuk menjatuhkan pasukan musuh yang mempunyai kekuatan 20 orang. Matlamat mereka: untuk menyerang wilayah musuh dan memusnahkan pangkalan utamanya. Perasaan letih daripada cabaran 33 jam mula terasa, tetapi para pelatih terus teguh menghadapi serangan musuh, dan dengan pantasnya menewaskan guner-guner pihak musuh.

1-UP-B-caption

Waktu: 3.27am, 30 Okt
Jam: 34

Pasukan bahan letupan memasang bahan letupan untuk menjatuhkan pangkalan utama musuh.

1-UP-B-caption

Bagaimanakah misi tersebut berjalan?

"Satu perkara yang kita boleh perbaiki adalah mempelajari di mana kita boleh mengambil alih kawalan dalam keadaan kelam-kabut. Tetapi kita masih berjaya menakluki sasaran dan saya rasa pencapaian kami agak baik. Kita kena mencari langkah alternatif dan menyesuaikan diri dengan keadaan – apabila kami tidak boleh melaksanakan rancangan asal, kami menggantinya dengan kata putus lain dalam mencapai objektif." – 3SG Hemanth

1-UP-B-caption

Waktu: 4.45am, 30 Okt
Jam: 35

Selepas kejayaan serangan tersebut, askar-askar membuat pengunduran segera dari kawasan seteru. Pada akhir misi ini, mereka telah berarak sejauh 50km.

1-UP-B-caption

Waktu: 12.11pm, 30 Okt
Jam: 42

Pelatih-pelatih dapat mengurangkan kesan panas terik ketika berlatih melintasi halangan air sambil membawa bebanan berat.

1-UP-B-caption

Kesakitan bersifat sementara

"(Kaki saya melecet dan ia amat menyakitkan jadi) saya ketinggalan di belakang. Semasa berjalan dengan senior kami, saya memberitahu mereka bahawa saya tidak tahu kenapa saya meneruskan cabaran ini... Mereka membuatkan saya sedar bahawa saya sebenarnya ingin melihat diri dan rakan-rakan saya tamat latihan esok.

"Berdiri di hadapan keluarga dengan beret merah adalah sesuatu yang saya kehendaki sejak hari saya menyertai perkhidmatan tentera. Jadi saya memberitahu diri saya bahawa kesakitan ini sementara, dan saya sedang berusaha ke arah memperoleh beret merah." – KPL Abimanyu

1-UP-B-caption

Waktu: 7.08pm, 30 Okt
Jam: 49

Anggota-anggota komando berlatih tiga mod pemasukan dalam misi mereka: dengan turun bertali, operasi di udara, dan melalui bot.

1-UP-B-caption

Waktu: 5pm, 31 Okt
Jam: 71

Pusingan kemenangan: Pelatih-pelatih komando membuat perarakan akhir mereka ke Kem Hendon, di mana ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan tidak sabar menanti ketibaan mereka di dataran perbarisan.

1-UP-B-caption

Waktu: 5.18pm, 31 Okt
Jam: 71.25

"Komando, Komando, Komando!" 3SG Hemanth menyambut beret merah berharga daripada genggaman erat Ketua Pegawai Komando Kolonel Kenny Tay. Wira berusia 19 tahun itu akhirnya boleh menggelar dirinya Komando.

"Saya gembira ia sudah berakhir, tetapi pada masa yang sama ia menimbulkan rasa tanggungjawab. Beret merah bukan hanya untuk menunjuk-nunjuk; ia menandakan betapa banyaknya cabaran yang kami perlu lalui dan betapa banyak lagi yang kami boleh capai. Cabaran baharu terbentang, tapi kami mampu menyahutnya."

1-UP-B-caption

Waktu: 5.39pm, 31 Okt
Jam: 71.5

"Saya sangat, sangat lega keseluruhan X72 telah selesai. Pada masa yang sama, saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan pertama yang berjaya menamatkan cabaran ini… Sebelum ini, hanya kumpulan senior akan datang dan menyokong, tetapi untuk X72 ini, keseluruhan batalion bersama-sama melaluinya dengan kami dan mengajar kami pelbagai kemahiran. Ia telah menyatupadukan keseluruhan batalion." – KPL Abimanyu

1-UP-B-caption

Waktu: 6pm, 31 Okt
Jam: 72

"Lama sungguh perjalanan 11 bulan ini. Namun inilah destinasi yang telah ditentukan untuk kami, dan saya gembira kami dapat melakukannya bersama-sama … Menjadi seorang Komando bermakna kita harus bersatu padu dalam segala kesukaran. Walaupun penghujung X72 ini dilihat sebagai satu pengakhiran, ia juga menandakan permulaan perjalanan kami sebagai Komando operasi. Saya berasa sangat bangga dan berbesar hati kerana tidak semua rakyat Singapura mampu mengecapi kejayaan ini." – KPL Toh

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
02 Dec 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.