5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021

03dec21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03dec21_photo1.jpg?sfvrsn=10204c65_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/5-PERKARA-YANG-PERLU-DICUBA-DI-RUMAH-TERBUKA-RSAF-2021
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/5-PERKARA-YANG-PERLU-DICUBA-DI-RUMAH-TERBUKA-RSAF-2021
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
03 Dec 2021 | COMMUNITY

5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO ONG JI XUAN

Pelbagai aktiviti dan permainan disediakan untuk seisi keluarga di ROH21.

1-UP-B-caption

Rumah Terbuka Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) merupakan suatu keraian yang dinanti-nantikan Disember ini!

Ia akan diadakan secara maya dari 3 hingga 19 Dis 2021 memandangkan situasi COVID-19 yang kian menular, dalam modaliti yang sama dengan pameran Army55 tahun lepas.

Menurut Kolonel Amos Yeo, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan Panglima Komando Perintah Penjanaan Tenaga Udara: "Rumah Terbuka RSAF merupakan satu-satunya acara untuk bergaul mesra dengan khalayak ramai dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan."

Panglima berusia 40 tahun itu meyakinkan semua bahawa Rumah Terbuka RSAF 2021 (ROH21) setentunya akan sehebat tahun-tahun sebelumnya, dan pasukan itu telah bertungkus-lumus selama enam bulan untuk merancang dan mengaturkan acara tersebut.

Menurutnya: Format dalam talian juga membolehkan RSAF mendekati... (mereka) yang mungkin tidak akan menghadiri Rumah Terbuka fizikal."

Berikut ialah lima perkara yang anda mesti cuba di ROH21:

1. Sertai Permainan dan Dapatkan Bintang

Dalam permainan strategi pertahanan menara, pemain perlu membina sistem pertahanan untuk menangani ancaman masuk dari udara, darat dan laut.

Terdapat empat permainan interaktif dalam talian yang tersedia di laman web ROH21:

(R)EMEMBER (INGAT) Aset Kami: Permainan memori tentang aset RSAF.

(S)EEK (CARI) Ilmu: Permainan kuiz trivia menguji pengetahuan anda tentang RSAF.

(A)TTACK (SERANG) Dari Langit: Pemain boleh pilih daripada lima jet pejuang yang berlainan dalam permainan penembak aerial untuk mempertahankan daripada pelbagai ancaman.

(F)ORTIFY (KUKUH) Pangkalan Kami: Permainan strategi pertahanan menara di mana pemain dikehendaki membina sistem pertahanan pangkalan untuk menangani ancaman masuk dari udara, darat dan laut.

Anda boleh menyesuaikan avatar anda dengan mengguna "bintang" yang diperoleh daripada permainan dalam talian.

Dengan menyertai permainan dalam talian, anda akan memperoleh "bintang" yang boleh digunakan untuk menebus kulit maya seperti pakaian seragam yang boleh disesuaikan, latar belakang dan pingat pencapaian untuk avatar anda.

2. Kunjungi Dewan Pameran Maya

Panel informatif dan video yang menarik dipaparkan di dewan pameran maya.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah, perkembangan dan kehebatan RSAF melalui panel informatif dan video yang menarik di dewan pameran maya. Pastikan anda meneliti panel berkaitan Detasmen RSAF untuk mengetahui tempat latihan RSAF di serata dunia!

3. Berinteraksi dengan aset RSAF secara 3D

Sistem GBAD seperti Surface-to-Air PYthon-5 dan Sistem DERby-Air Defense (SPYDER) dan Aster 30 dipamerkan.

Tahun ini, anda boleh menyaksi dengan lebih dekat lebih daripada 25 paparan statik 3D pesawat RSAF dan sistem Pertahanan Udara Pangkalan Darat Pertahanan Udara (GBAD) di mana sahaja anda berada. Anda tidak perlu bertarung dengan orang ramai atau bertahan dalam cuaca panas atau hujan ribut!

Aset semasa RSAF dan penambahan terbaharu dipamerkan di hangar maya.

Pastikan anda menyemak penambahan terbaharu RSAF - Helikopter Pengangkutan Bersaiz Sederhana H225M dan Helikopter Pengangkutan Berat CH-47F di hangar maya!

4. Nikmati pengalaman Rumah Terbuka melalui strim langsung

Kecewa kerana tidak dapat menikmati aksi biasa di Rumah Terbuka RSAF fizikal? Oh, anda tidak perlu berasa begitu!

Ada disediakan pelbagai strim langsung untuk ditonton sepanjang hujung minggu pembukaan pada 3 hingga 5 Dis 2021. Ia adalah termasuk penampilan sulung Kelab Terbang Belia Singapura Kesatria Hitam Maya yang akan mempersembahkan rutin aerobatik udara maya pada 5 Dis jam 1200 tengah hari.

Menurut ME1 K Pragadeeswaran dia berharap modaliti maya ROH21 akan menjadi titik jualan bagi warga Singapura yang lebih gemar menyertai prosiding dari rumah.

Pakar Tentera 1 (ME1) K Pragadeeswaran, seorang Jurutera Tentera Udara yang akan muncul dalam strim langsung, merupakan peserta kali pertama di Rumah Terbuka RSAF. Dia akan terlibat dalam latihan di mana F-15SG RSAF berebut bertindak balas terhadap pengesanan potensi ancaman udara.

Di sebalik modaliti maya Rumah Terbuka tahun ini, jejaka berusia 27 tahun itu tetap teruja dan berharap warga Singapura juga berkongsi keterujaannya.

Menurutnya: "Saya belajar cara memposisi diri saya bagi sudut kamera supaya para penonton boleh melihat latihan perebutan itu dengan lebih jelas. Kami telah menjalani banyak latihan untuk menyempurnakan kedudukan kami."

Para pelawat juga boleh menyaksikan video di belakang tabir yang eksklusif berkenaan latihan RSAF melalui penceritaan hos jemputan seperti Gurmit Singh, Rai Kannu, Annette Lee dan Jyotsnaa Jayashanker.

5. Lengkapkan Cabaran dan Menangi Hadiah

Rumah Terbuka RSAF tidak akan lengkap dengan sempurna tanpa adanya hadiah. Dan apakah cara yang lebih baik untuk berpeluang memenangi hadiah menarik di ROH21 selain melalui penyertaan dalam beberapa siri cabaran maya?

Set-set Cabaran Kreatif yang berbeza akan dikeluarkan secara berkala melalui seksyen "Jom Siarkan", di mana pelawat boleh menghantar gambar atau video menunjukkan mereka sedang beraksi dalam pelbagai aktiviti.

Gambar atau video terpilih akan disenarai pendek untuk pertandingan mengundi melalui laman Facebook RSAF dan pengundi bagi siaran yang paling digemari juga akan memenangi hadiah.

Hadiah termasuk memorabilia RSAF seperti ROH21 CPT Ted bears, beg jinjing guna semula dan tampalan.

Kunjungi rumah terbuka maya di go.gov.sg/ROH21 dari 3 hingga 19 Dis. untuk maklumat selanjutnya tentang ROH21, lawati halaman Facebook Tentera Udara Republik Singapura.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
COMMUNITY
03 Dec 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
COMMUNITY
03 Dec 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
COMMUNITY
03 Dec 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
COMMUNITY
03 Dec 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
COMMUNITY
03 Dec 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
COMMUNITY
03 Dec 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
COMMUNITY
03 Dec 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
COMMUNITY
03 Dec 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
COMMUNITY
03 Dec 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
COMMUNITY
03 Dec 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.