COMMUNITY
'BOOT CAMP' WANITA KINI KEMBALI DENGAN EDISI BELIA
13 Feb 2023
Lebih daripada 30 wanita muda telah merasai secebis pengalaman Perkhidmatan Negara semasa 'Boot Camp' Wanita tahun ini.
Lebih daripada 30 wanita muda telah merasai secebis pengalaman Perkhidmatan Negara semasa 'Boot Camp' Wanita tahun ini.
Selepas terhenti selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19, 'Boot Camp' Wanita (WBC) telah kembali untuk memberi wanita muda gambaran kehidupan dalam Perkhidmatan Negara (NS).
Lebih daripada 30 wanita muda menyertai kem yang diadakan di Kem Maju pada hujung minggu 11 hingga 12 Feb.
Edisi tahun ini menyasarkan golongan belia wanita berusia 18 hingga 35 tahun, kebanyakannya baru menamatkan pengajian di kolej rendah atau politeknik.
Kem itu dimulakan oleh Majlis Penasihat Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan dan dibantu oleh Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura.
Inilah yang dilalui oleh gadis-gadis itu dalam tempoh dua hari:
Para peserta belajar mengendalikan Senapang Serang Singapura (SAR) 21 – senjata asasTentera Darat.
"Ia kelihatan lebih sukar daripada yang disangka, terutamanya mengeluarkan peluru (latih tubi)... Senjata itu juga berat tetapi mujur jurulatih mengajar kami cara mengendalikan berat," kata pelakon Jae Liew, 32 (latar depan).
Wanita muda belajar bagaimana mengguna tornikuet. Mereka juga berlatih memberi Balutan Pertolongan Cemas semasa pengenalan kepada Combat Buddy Aid.
Para peserta mempelajari teknik pemindahan mangsa. Mereka juga mencuba pelbagai angkutan dan seretan tanpa mengguna pengusung.
Ashlyn Mohan (kanan), 19, berkata, pengalaman dua hari itu memaparkan kepadanya aspek semangat berpasukan dalam perkhidmatan negara.
"Setiap kali ada simulasi 'man-down' (semasa perbarisan laluan), semua orang bergegas untuk membantu; tanpa ragu-ragu.
"Sungguh melegakan melihat tiada siapapun yang tertinggal."
Para peserta melalui stesen Batu Loncatan sebagai sebahagian daripada pengenalan kepada Balapan Berhalang Standard (SOC).
Para peserta mendaki stesen Tali Rendah – halangan keenam dalam SOC.
Wanita muda yang melalui halangan Tingkap dalam SOC.
Para peserta mengguna bekas mes berisi air panas untuk memanaskan catuan lapangan – makan malam mereka untuk hari itu.
Saksikan semasa mereka merasai catuan lapangan pertama mereka:
Selepas reveile awal pagi (isyarat yang diberikan untuk membangunkan askar) pada hari esoknya, para peserta menyapu cat camo pada muka mereka dan regangkan diri untuk bersedia menjalani perbarisan laluan mereka.
Para peserta turut menyanyi bersama lagu-lagu irama Tentera sepanjang perbarisan laluan 2km mengelilingi kem. Perbarisan itu adalah termasuk latih tubi simulasi mangsa 100m.
Buat pertama kalinya di WBC, para peserta melepaskan tembakan peluru kosong sebagai sebahagian daripada prosedur pembersihan bilik dengan SAR 21.
Kata Ashlyn (tidak dalam gambar): "Pada mulanya, saya berasa agak gentar kerana pengalaman mengendalikan senapang secara menyeluruhnya adalah pengalaman yang amat baharu bagi saya. Tetapi jurulatih saya sangat baik dan menasihatkan saya untuk melakukannya langkah demi langkah.
"Kami juga menjalankan beberapa pusingan latihan, jadi apabila kami menlakukan latih tubi, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan."
Nur Khaliesah, 20, cuba melepaskan tembakan kosong dengan SAR 21, sebagai sebahagian daripada Latih Tubi Tindakan Kenalurian sebelum menjalankan misi pembersihan bilik.
"Mungkin agak menjerihkan bagi askar untuk melakukan ini (latihan operasi bandar) hari demi hari kerana ia memerlukan banyak penyelarasan, banyak tenaga dan banyak kerja berpasukan. Jadi, saya amat menghormatinya."
Saksikan gadis-gadis beraksi di 'boot camp':
ALSO READ IN COMMUNITY
Pertunjukan Udara S’pura 2026 bermula
05 Feb 2026
Pertunjukan Udara Singapura menandakan edisi ke-10 dan 20 tahun sumbangannya kepada sektor aeroangkasa, pertahanan dan angkasa lepas global.
Cara untuk bertahan dalam hubungan NS
03 Feb 2026
Adakah hubungan NS benar-benar berkekalan? Adakah "kecurian" teman wanita anda semasa anda dalam Latihan Asas Tentera hanyalah mitos? Berikut adalah beberapa nasihat daripada rakyat Singapura!
RSAF kembali dengan pertunjukan udara yang memukau di Pertunjukan Udara Singapura 2026
31 Jan 2026
Pengunjung ke Pertunjukan Udara Singapura tahun ini boleh menyaksikan 17 gerakan mendebarkan yang dilakukan oleh jet pejuang F-16C dan helikopter penggempu Apache AH-64D RSAF, serta pameran statik 10 aset berbeza.

