BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/2bfc39f6-5a2f-47ef-976a-5d3ce9be7f25/20nov24_news1_photo1_ms.jpg?sfvrsn=aff8b308_1 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/20nov24_news1_ms
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/20nov24_news1_ms
BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
20 Nov 2024 | OPS & TRAINING

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM

//CERITA OLEH THRINA THAM /FOTO OLEH CHAI SIAN LIANG
Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

Senjata yang senyap dan licik, kapal selam adalah salah satu pemburu paling berbahaya dalam Tentera Laut. Namun,  apa sahaja boleh berlaku di laut, dan walaupun dengan usaha terbaik anak-anak kapal, kapal selam mungkin mengalami kecemasan dan tidak dapat timbul ke permukaan.

Untuk bersiap sedia menghadapi situasi seperti itu, anak-anak kapal, kapal selam Republik Singapura (RSN) menjalani latihan melepaskan diri secara berkala sebagai sebahagian daripada latihan mereka.

Pengajar dari STS (kiri) memastikan pelatih tahu cara menaiki rakit penyelamat mereka, yang merupakan sebahagian daripada kit peribadi kelangsungan  hidup kru kapal selam.

Ini termasuk, menjalani latihan di fasiliti luar negara seperti di Jerman.

Sekolah Latihan Kapal Selam (STS) Flotilla ke-7 juga menjalankan latihan melepaskan diri dari kapal selam di dalam negera. Ia adalah sebahagian daripada kursus kelayakan selama sembilan bulan untuk layak menjadi kru kapal selam, dan juga dihadiri oleh kru yang berkelayakan untuk memastikan mereka sentiasa mahir dalam latihan mereka.

Latihan Regulator Menyelam

Untuk dapat beroperasi di bawah air, semua pelatih kapal selam mesti selesa bernafas menggunakan regulator menyelam untuk bernafas.

Dalam latihan ini, pelatih berlatih mencari dan bernafas menggunakan regulator semasa mereka bergerak ke arah “pintu keluar kecemasan"..

Seorang pengajar dari Unit Menyelam Tentera Laut (latar depan, kiri) memantau seorang pelatih semasa latihan regulator menyelam.
Pelatih memakai "penutup mata" untuk membiasakan diri mereka menggunakan regulator tanpa penglihatan.

Latihan diulang dengan pelatih memakai  "tutup mata" untuk mensimulasikan keadaan di mana penglihatan adalah terhad.

Ini boleh berlaku jika kapal selam itu dimasuki  air atau jika terdapat asap di dalam kabin.

Latihan Kelangsungan Hidup di Permukaan

Semasa melepaskan diri, setiap anak kapal mempunyai Peralatan yang dikenali sebagai Submarine Escape Immersion Equipment di mana termasuk sut melepaskan diri dan rakit penyelamat.

Sut berwarna oren terang ialah pakaian badan penuh yang direka untuk melepaskan diri secara berteknan. Ia dilengkapi jaket keselamatan dan perlindungan haba.

Pelatih berlatih memakai sut ini dengan cepat dan cekap seperti yang mereka akan lakukan di ruang melepaskan diri.

Seorang pelatih memakai sut melepaskan diri dari kapal selamnya.

Sebelum mereka meninggalkan kapal selam, mereka mengisi sut dengan udara untuk membolehkan mereka naik ke permukaan dengan cepat.

Kemudian, pelatih akan mengembangkan rakit penyelamat satu orang, yang boleh bertahan lebih daripada 24 jam di laut sementara menunggu untuk diselamatkan.

Seorang pelatih (kanan) menaiki rakit penyelamat – kunci kru kapal selam untuk kelangsungan hidup di permukaan.

Pengajar melatih mereka untuk masuk ke rakit– satu tugas yang mencabar yang memerlukan masa dan koordinasi yang baik, terutama dalam keadaan laut bergelora.

Pengajar juga akan membalikkan rakit penyelamat untuk mengajar pelatih cara menyelamatkan diri dan memasuki semula rakit apabila diperlukan.

Apabila berlatih melepaskan diri dari kapal selam yang lebih besar di luar negara, pelatih akan dapat mengulang tindakan yang perlu mereka hadapi apabila melepaskan diri daripada kapal selam yang telah dilumpuhkan.

Ini termasuk latihan di negara seperti Jerman (serta Australia dan Sweden pada masa lalu) - di mana mereka mempunyai menara latihan yang dipenuhi air dengan "pintu masuk bawah air" di bahagian bawah untuk mensimulasikan sendat udara di dalam kapal selam.

Kru Kapal selam dari RSN melakukan latihan melepaskan diri - termasuk pendakian menara (di atas) dan latihan permukaan (di bawah) - di kemudahan Tangki Latihan Pelarian Kapal Selam di Sweden. [Foto ihsan Sekolah Latihan Kapal Selam]

Latihan Menara

Pelatih juga diajar untuk melakukan pendakian bebas, sekiranya terdapat masalah dengan sut menyelam itu.

Di bawah pengawasan tenaga pengajar dari Unit Menyelam Tentera Laut (NDU), mereka menyelam hingga 6m di bawah air dan perlahan-lahan naik ke permukaan tanpa menggunakan regulator menyelam.

Dua pelatih wanita dari unit kapal selam melakukan pendakian bebas sebagai sebahagian daripada latihan kelangsungan hidup mereka.

Pengajar memastikan mereka secara konsisten melepaskan gelembung udara, serta tekanan melalui telinga mereka, semasa mereka naik ke permukaan.

Menahan nafas boleh membawa maut kerana udara di dalam paru-paru mereka akan mengembang apabila mereka naik.

Dengan mengulangi latihan ini, pelatih mengasah keupayaan mereka untuk mengawal pernafasan dan kekal tenang di dalam air.

Latihan melepaskan diri dari kapal selam hanyalah satu komponen yang diperlukan untuk memperoleh lencana kapal selam (juga dikenali sebagai "Dolphins"). Apa lagi yang perlu dilalui oleh pelatih untuk menjadi pahlawan di bawah air? Tonton untuk mengetahui!

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
OPS & TRAINING
20 Nov 2024

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.