12 AKRONIM SAF YANG ANDA PERLU TAHU

07jan20_news1-feature https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07jan20_news1-feature56814e4b-13eb-4950-99aa-ed8a20ac7cd5.jpg?sfvrsn=f4234820_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/12-AKRONIM-SAF-YANG-ANDA-PERLU-TAHU
12 AKRONIM SAF YANG ANDA PERLU TAHU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/12-AKRONIM-SAF-YANG-ANDA-PERLU-TAHU
07 Jan 2020 | OPS & TRAINING

12 AKRONIM SAF YANG ANDA PERLU TAHU

Bagi mereka yang ingin memasuki tentera, penjelasan ini akan menjimatkan waktu hujung minggu - dan "air muka" anda. Ia bukanlah satu rahsia yang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) banyak menggunakan akronim. Sesetengahnya mudah ditafsirkan secara munasabah, tetapi ada yang mengambil masa yang lebih lama untuk ditafsirkan.

// BERITA OLEH TEO JING TING

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文

1) 11B

11B ini akan menjadi bentuk pengenalan anda sepanjang anda berada dalam NS.

Ahh, inilah "hadiah" pertama yang anda akan terima sebaik sahaja anda mendaftar - menggantikan NRIC merah jambu anda. Kad hijau ini akan menjadi bentuk pengenalan baharu anda sepanjang Perkhidmatan Negara (NS) anda.

Dan bagi mereka yang telah mendaftar, inilah satu-satunya kad pengenalan mereka sehinggalah mereka meninggalkan perkhidmatan tentera.

Bagi mereka yang tidak biasa, 11B ialah singkatan untuk 11 Maklumat Asas. Ini termasuklah nama anda, nombor NRIC, foto, bangsa, kumpulan darah, tarikh lahir, negara kelahiran, jantina, status perkhidmatan, pangkat tentera dan gelaran.

Petua: Memilikinya melayakkan anda menerima diskaun dan promosi semasa acara-acara seperti hari SAF. Dan sekiranya ia hilang, anda perlu membayar denda $50 dan ditegur pula oleh CSM anda (lihat akronim no. 10). Jadi jagalah ia dengan baik-baik.

2) 5BX

Para rekrut melakukan regangan pagi-pagi lagi sebelum 5BX mereka.

Ia adalah panggilan kejut yang terbaik bagi seorang rekrut. Hanya satu pusingan dan setiap tulang yang rasa berat di dalam badan anda akan terangsang.

5BX atau 5 Latihan Asas terdiri daripada lompat bintang, lompat tinggi, bangkit tubi, tekan tubi dan berlari. Ia juga adalah bentuk paling biasa PT (Latihan Fizikal) yang anda akan hadapi semasa NS.

Ada tak kami sebut sebelum ini bahawa ia biasanya bermula pada 5.45 pagi semasa Latihan Asas Tentera (BMT)? Sudah tiba masanya untuk menyediakan diri anda, secara fizikal dan juga mental.

3) SOC

Para rekrut sedang memanjat tali di stesen Low Rope di SOC.

Balapan Berhalang Standard atau SOC juga dikenali sebagai taman permainan askar-askar. Bagi mereka yang kurang cenderung dari segi fizikal, ia boleh menjadi lebih mencabar daripada menyeronokkan.

Terdiri daripada 12 stesen, SOC bermula dengan Low Wall, diikuti dengan Stepping Stones, Rubble, Tunnel, Dodging Panels, Low Rope, Ditch, Corridor, Balancing Bridge, Window dan Apex Ladder, sebelum berakhir dengan Terrace.

Direka bentuk semula pada 2010 untuk menggambarkan persekitaran operasi yang semakin urban, SOC bermatlamat untuk lebih mengukuhkan kekuatan, ketangkasan dan daya tahan askar-askar untuk pergerakan tempur dan tugas asas.

Di sinilah para rekrut akan menghadapi ketakutan yang amat sangat seperti like akrofobia di stesen Apex Ladder atau mula rasa lenguh lengan apabila cuba memanjat Low Rope.

Anda akan dilengkapkan dengan Raifal Gempur Singapura (SAR) 21 dan iLBV apabila anda melakukan SOC. Ini bermakna anda akan memikul berat yang lebih berat daripada berat badan anda.

4) iLBV

iLBV, yang telah digunakan sejak 2009, boleh disesuaikan dan membolehkan askar-askar melekatkan pelbagai dompet modular untuk misi berbeza.

Anda tahu bagaimana pakcik-pakcik Singapura sangat suka pakai ves yang ada banyak poket bila mereka pergi bercuti ke luar negara? Rupa Ves Galas Beban Bersepadu atau iLBV mirip seperti itu.

Anda tidak akan membawa dompet, kunci dan cermin mata hitam, sebaliknya anda akan membawa peralatan askar seperti grenad dami, tali togol, arch of fire sticks, range card dan lampu suluh.

5) IFC

Belajar untuk menjejak dahulu dan menyerang adalah salah satu daripada komponen IFC.

Berikut adalah latihan lapangan yang perlu dilaksanakan. Mengorek parit pelindung? Selesai. Belajar bagaimana untuk membuat penyamaran cara SAF? Selesai. Bagaimana untuk menjejak dahulu dan menyerang sasaran di dalam hutan? Selesai.

Mahir Lapangan Individu atau IFC merupakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa penting yang setiap rekrut akan pelajari. Daripada mempelajari kemahiran pemerhatian lapangan dan pergerakan taktikal untuk siang dan malam, kepada petua menyelamatkan nyawa seperti bagaimana untuk menampan jatuh anda sambil memegang raifal, selalunya menjadi pengalaman yang membuka mata bagi para rekrut yang duduk di bandar.

Ini juga segmen di mana latihan pergerakan menembak diajar, di mana askar-askar mesti belajar dengan cepat untuk membidik raifal dalam kedudukan berbeza seperti memusing, meniarap, melutut dan berdiri. Juga pergerakan rangkak harimau bintang yang amat ditakuti (sambil memegang raifal) untuk mengelakkan daripada dilihat oleh musuh.

Mencabar bukan? Ini hanya permulaan.

6) IMT

IMT membolehkan askar-askar melatih bidikan mereka di persekitaran yang terkawal namun realistik.

Di Pelatih Kemahiran Menembak Individu, atau IMT, para rekrut berlatih menembak di persekitaran yang selamat namun realistik sebelum menembak secara sebenar. Pusat tertutup ini mensimulasikan lapangan penembakan secara langsung yang membolehkan para rekrut belajar menembak senjata mereka dengan lebih tepat dalam pelbagai kedudukan menembak.

Yang lebih penting, IMT juga melengkapkan para rekrut dengan pengetahuan keselamatan yang penting dan menerapkan keyakinan menembak. IMT ini tertutup dan berhawa dingin tetapi ia hanya bermakna bahawa latihan boleh diteruskan tidak kira keadaan cuaca.

7) PC

Kedudukan Panglima Platun atau PC selalunya dipimpin oleh pegawai muda yang memegang pangkat sama ada sebagai Leftenan Muda atau Leftenan.

Dialah pegawai yang anda akan temui setiap hari, dan bertanggungjawab ke atas platun ini secara keseluruhannya.

Panglima-panglima lain yang anda temui setiap hari akan menjadi panglima seksyen anda (selalunya Pakar yang memegang pangkat Sarjan 3). Mereka melapor kepada sarjan platun, yang seterusnya melapor kepada PC.

8) OC

PC melapor kepada Pegawai Pemerintah atau OC. Peranan ini selalunya digalas oleh pegawai lebih berpengalaman yang memegang pangkat Kapten.

OC ini bertanggungjawab secara keseluruhannya ke atas kompeni, yang terdiri daripada empat platun.

Jangan jadi blur sotong: Sentiasa tahu tentang hierarki pangkat dan kenal siapa yang anda rujuk kepada!

9) CO

CO BMTC Sekolah 2 LTC Justin Teo (kanan) dan mantan-CO BMTC Sekolah 1 LTC Helfizad Bin Samat (kiri) membalas pujian kepada 02/18 kumpulan rekrut semasa perbarisan tamat latihan di Kem Pasir Laba pada 13 Jun 18. [Foto ihsan Tentera Singapura]

Selalunya dipimpin oleh pegawai kanan berpangkat Leftenan Kolonel (LTC) dan ke atas, dan Pegawai Pemerintah atau CO bertanggungjawab atas batalion atau, dalam kes BMTC, sebuah sekolah.

Jika anda belum tahu, terdapat sejumlah lima buah sekolah di dalam Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) - empat di Pulau Tekong dan satu di Kem Kranji II.

10) CSM

Peranan Sarjan Mejar Kompeni atau CSM lebih kurang seperti pengurus logistik atau operasi. Di samping memastikan operasi harian dijalankan dengan lancar, dia bertanggungjawab menguatkuasakan regimentasi dan disiplin dalam kompeni.

Encik-encik ini (terma bahasa Melayu untuk pegawai waran) mungkin nampak agak garang dan tegas, tetapi jangan terlalu takut. Mereka boleh menjadi penasihat hidup yang sangat bagus dan selalunya mempunyai banyak kisah SAF yang menarik untuk dikongsi!

11) RSM

RSM selalu membawa bersamanya pace stick ke mana sahaja dia pergi. RSM perbarisan untuk Perarakan Hari Kebangsaan 2019 ialah Pegawai Waran Master Chong Wee Keong (kanan).

Pegawai ini seorang yang tegas. Sarjan Mejar Rejimen atau RSM merupakan orang yang mementingkan disiplin di kem.

Rambut nampak panjang sedikit? Uniform tidak kemas? Matanya yang tajam akan nampak semua kesalahan ini dari jauh dan memastikan anda mematuhi standard SAF yang betul. Jangan sampai dia marah dan anda akan selamat.

12) AWOL

Merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk menyusahkan diri: Di bawah undang-undang tentera, Tidak Hadir Tanpa Cuti atau AWOL merujuk kepada seorang askar yang tidak berada di mana dia sepatutnya berada, dan tidak mempunyai sebab yang sah untuk tidak hadir.

Jika didapati bersalah, ini akan menyebabkan anda ditahan dalam berek penahanan selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Nasihat kami? Jangan langsung fikir untuk melakukannya.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
07 Jan 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.