TECHNOLOGY

TIDAK BEGITU PADA TEMPAT AYAH SAYA

03 Jul 2017

03jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Benita Teo 

// Gambar oleh 3SG Ricardoz


Ini bukan cerita biasa anda tentang seorang pemuda yang mengikut jejak langkah ayah beliau. Betul, hubungan mereka adalah ayah dan anak. Betul, kedua-dua mereka berkhidmat untuk Khidmat Negara dalam Batalion ke-8, Regimen Infantri Singapura (SIR 8). 

Namun begitu, jika Pegawai Waran Pertama (1WO) (Bersara) Oliveiro Edward memasuki masa hadapan dan menyertai anak beliau iaitu Sarjan ke-3 (3SG) Ricardo Oliveiro, Anggota Khidmat Negara Sepenuh Masa dalam SIR 8 hari ini, beliau langsung tidak mengenali batalion tersebut. 

"SIR 8 pada tahun 1977 adalah sebuah batalion infantri konvensional... Sebagai anggota infantri, latihan kami melibatkan begitu banyak pergerakan berjalan bagi merealisasikan objektif," imbas bekas anggota yang berumur 59 tahun ini, yang pada waktu itu bertugas sebagai jurusemboyan kepada Pegawai Pemerintah beliau. 

Hari ini, SIR 8 ialah sebahagian daripada pasukan Pertahanan Pulau yang pakar dalam perlindungan pemasangan ketenteraan utama dan keselamatan kem. Peranan penting dalam persekitaran keselamatan hari ini, di mana keganasan semakin meningkat. 

"Peranan kami dihubungkan dengan persekitaran keselamatan. Apabila terdapat lebih ancaman di dunia, kami yang pertama akan terjejas kerana kami perlu meningkatkan keselamatan di kem dan pangkalan," ujar polis tentera 3SG Ricardo yang berumur 21 tahun. Sebagai sarjan platun, beliau kadang-kadang dipanggil untuk mengawasi pasukan keselamatan di pondok pengawal. 

"Dalam rondaan mereka, pasukan keselamatan meninjau ancaman bom, kakitangan yang nampak mencurigakan dan tanda-tanda bahaya yang lain. Tetapi apabila tahap keselamatan dipertingkatkan, kami akan menambah kekerapan pemeriksaan mengejut ke atas orang dan kenderaan yang memasuki kem," jelas beliau. 

"Peranan SIR 8 telah berubah kerana ancaman telah berubah," 1WO (Bersara) Oliveiro merumuskan. "Hari ini ancaman lebih dekat ke rumah. Keselamatan tanah air tidak kurang pentingnya. SIR 8 hari ini menyumbang kepada peranan mengekalkan keselamatan." Walau bagaimanapun, beliau gembira kerana 3SG Ricardo adalah sebahagian daripada SIR 8 yang telah berkembang maju. 

Walau pun 3SG Ricardo tidak menjalankan operasi peperangan konvensional, beliau berbangga dalam mempertahankan negara dalam kerjaya beliau. "Kami (di SIR 8) berasa kuat terhadap apa yang kami lakukan. Kami menangani ancaman yang sangat nyata dan boleh berlaku dalam kehidupan seharian."

1WO (Bersara) Oliveiro meletakkan marka pada pakaian seragam 3SG Ricardo pada Perarakan Tamat Latihan Kadet Pakar beliau dalam tahun 2016.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story