MILESTONES

TERUS BERKHIDMAT, TERUS MENYUMBANG

30 Jun 2023

Seramai lebihi daripada 350 anggota Perkhidmatan Negara dan majikan mereka berkumpul di upacara dedikasi semula merentasi Singapura pada 30 Jun untuk mengesahkan semula komitmen mereka terhadap pertahanan negara.

30jun23_news2-herobanner
Lebih daripada 350 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dan majikan mereka berkumpul di upacara dedikasi semula pada 30 Jun untuk mengesahkan semula komitmen mereka terhadap pertahanan negara. [Foto: MINDEF]

// KISAH BENITA TEO / FOTO KENNETH LIN


English 华文
English 华文

Pada usia 52 tahun, boleh dikatakan Pegawai Waran Pertama (1WO) (NS) Subash Lazar adalah burung tua di Majlis Dedikasi Semula (CRC) Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Briged Sarjan Mejar Markas Sokongan Perkhidmatan Divisyen 6 masih mendapat makna mendalam menyertai upacara tahunan itu kerana ia adalah peluang untuk menunjukkan komitmennya untuk berkhidmat sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi.

Dr Ng (keenam dari kanan) merasmikan CRC Hari SAF Zon Selatan/CBD di Bangunan Dewan Perniagaan & Industri Cina Singapura. Turut bersama-sama beliau ialah Panglima Pasukan Pertahanan Laksamana Muda Aaron Beng (lima dari kanan).
1WO Subash menggalakkan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara untuk melanjutkan perkhidmatan mereka supaya mereka dapat menyampaikan pengalaman dan pengetahuan yang ternilai kepada junior mereka.

"Ini adalah tahun ke-12 saya menjadi sukarelawan, dan saya bertukar daripada ROVER (Askar Simpanan Perkhidmatan Lanjutan Sukarelawan Simpanan) kepada Sukarelawan Perkhidmatan Negara. Saya melihat faedah melanjutkan perkhidmatan kerana saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dengan pegawai rendah dan panglima. Jadi saya percaya selagi kita masih cergas dan sihat dan pekerjaan kita mengizinkan, kita harus berusaha untuk melanjutkan (kewajipan Perkhidmatan Negara kita).

"Daripada bertanyakan kenapa saya masih berkhidmat pada usia 52, soalan saya pula ialah kenapa berhenti pada usia 40?"

Leftenan (NS) Venedict Lim Yu, Komandan Kedua Kompeni dari Batalion Ke-774, Rejimen Infantri Singapura, mengetuai pengucapan Ikrar SAF di CRC Zon Selatan/CBD. Beliau kini merupakan pelajar Terapi Pekerjaan di Hospital Besar Singapura.

Menegaskan semula dedikasi mereka untuk berkhidmat

Pada 30 Jun, 1WO (NS) Subash menyertai saudara seperjuangannya di Bangunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Singapura (SCCCI) untuk memperingati Hari SAF dan mengesahkan semula kesetiaan dan dedikasi mereka terhadap pertahanan Singapura.

Berpakaian seragam No. 4, mereka bersama-sama melafazkan ikrar SAF dengan bangganya dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Seramai 350 anggota Perkhidmatan Negara daripada 228 kompeni berkumpul di empat lokasi merentasi pulau untuk CRC Hari SAF. Mereka disertai oleh majikan dan rakan sekerja awam mereka yang menyertai pengucapan ikrar dan mengambil peluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pengalaman Perkhidmatan Negara rakan sekerja mereka.

CRC tahun ini dianjurkan oleh rakan organisasi awam, yang menyertai secara sukarela. Tiga lokasi CRC yang lain adalah di Politeknik Temasek, Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, dan Auditorium @ NUHS Tower Block.

Dalam ucapannya, Dr Ng mengingatkan semua Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara supaya mengekalkan semangat juang dan komitmen mereka untuk mempertahankan Singapura, dan tidak mengambil mudah keamanan dan keharmonian negara.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen merasmikan majlis itu di SCCCI. Bercakap kepada 51 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara daripada 74 syarikat yang turut serta, beliau mengingatkan mereka agar tidak mengambil mudah keamanan dan keharmonian Singapura, lebih-lebih lagi memandangkan cabaran dan ketegangan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Beliau juga menekankan peranan penting yang dimainkan oleh anggota tentera seperti mereka dalam memastikan SAF kekal kukuh: "Peralatan, fasiliti dan platform dalam SAF boleh bertambah baik, selagi anda memberi kami sokongan dan kerajaan memberi kami sumber untuk SAF, tetapi tanpa semangat juang dan komitmen anggota tentera SAF kami, kesemua peralatan dan platform ini hanya semata-mata keluli atau konkrit.

"Untuk memastikan Singapura kekal sebagai oasis keamanan dan keharmonian, untuk menghalang pencerobohan, untuk menangani ancaman semasa dan baharu, kita akan sentiasa memerlukan SAF yang kukuh. Tetapi SAF yang kukuh hanya boleh dibina melalui anggota tentera yang bagus."

Berdiri bersama-sama warga kerja Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara

Dr Hwang Yee Cheau, 63, Ketua Pegawai Eksekutif TP Dental Surgeons, menyokong anaknya semasa menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dengan menekankan betapa penting untuk berkhidmat kepada negara dan membeli buku untuk menggalakkannya.

Anaknya kini berusia 30 tahun dan seorang Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, dan dia berasa gembira melihatnya seronok bertugas di Perkhidmatan Negara dalam bidang bekalan, dan menjadi rakan seumur hidup dengan teman-teman sebayanya dalam Perkhidmatan Negara.

Sebagai seorang majikan, Dr Hwang terus memberi sokongan padu kepada doktor gigi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara apabila mereka perlu menjalani Latihan Dalam Kem (ICT).

"Kami ada lima daripada 25 doktor gigi yang merupakan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dan kembali untuk menjalani ICT setiap tahun. Kami tidak pernah ada isu berkaitan waktu cuti untuk menghadirinya. Apabila mereka menjalani latihan, rakan sekerja wanita mereka akan mengambil alih pesakit mereka.

"Mereka tidak perlu berasa bimbang, mengetahui tanggungjawab mereka telah diuruskan. Dan kami juga memastikan mereka tidak mempunyai timbunan kerja yang perlu dikhuatiri apabila mereka kembali," jelasnya.

Sebagai seorang ibu, Dr Hwang menyokong anaknya apabila dia mendaftar untuk menjalani Perkhidmatan Negara. Kini sebagai majikan, dia masih memberi sokongan padu kepada warga kerja Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara apabila mereka menghadiri ICT.

1WO (NS) Subash, pengetua di APSN Delta Senior School, juga perasan betapa pentingnya membantu guru dan warga kerjanya yang menjalani ICT mereka dengan tenang.

"Saya meyakinkan mereka agar tidak perlu risau tentang sekolah, akan ada orang lain untuk meneruskan tugasan mereka, dan mengerah semula warga kerja untuk membantu mereka dalam projek atau acara utama. Jika mereka sibuk dengan kerja, fikiran mereka akan bercelaru dan terbahagi di antara kerja dan Perkhidmatan Negara.

"Sebagai bos dan pemimpin, kita bertanggungjawab untuk memastikan fikiran mereka hanya tertumpu pada satu tempat, iaitu unit yang mereka berkhidmat (semasa dalam ICT)," jelasnya.

Berdiri bersama-sama dengan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara di SCCCI semasa mereka melafazkan Ikrar SAF, Dr Hwang amat menghargai peranan SAF dalam memastikan Singapura sentiasa selamat, supaya perniagaan boleh menjadi makmur dan berjaya.

"Saya berasa sangat bangga hari ini, mengetahui SAF menjaga keselamatan Singapura. Kita sedar Singapura adalah kecil, dan kita berada dalam kedudukan yang mudah terdedah kepada bahaya secara geopolitik. Ini adalah peringatan yang baik atas berkat SAF dan Perkhidmatan Negara dan pengorbanan ahli keluarga Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, kita boleh menikmati segala yang dimiliki hari ini. Kita semua harus memainkan peranan masing-masing."

Memperingati Hari SAF

Pada 1 Julai, Presiden Halimah Yacob merasmikan Perbarisan Hari SAF di Institut Tentera SAFTI, dengan kehadiran lebih daripada 2,000 anggota kerahan perkhidmatan negara dan Pegawai Tetap.

Upacara Trooping of Colors dijalankan di perbarisan untuk mengalu-alukan kemasukan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) ke dalam angkatan. Tahun ini menandakan kali pertama DIS menyertai perarakan itu sejak perasmiannya Oktober lalu.

Empat Warna Negeri diiringi Kontinjen Pengawal Kehormatan Polis Tentera SAF semasa upacara Trooping of Colours. Upacara Trooping of Colours dipersembahkan pada kali terakhirnya semasa di Perbarisan SAF50 pada 2015, untuk menandakan ulang tahun SAF yang ke-50.
Panglima Perbarisan Leftenan Kolonel (LTC) Jervis Choo (depan, paling kanan) memimpin perbarisan

Di Perbarisan, Presiden Halimah menyampaikan Warna Negeri kepada Unit Tempur Terbaik tahun ini, sementara Dr Ng menyampaikan 30 anugerah Unit Terbaik dan Unit Perkhidmatan Negara Terbaik.

Presiden Halimah (tengah) menyampaikan Warna Negeri kepada LTC Tan Rui Lin (kanan), Pegawai Pemerintah (CO) Batalion Komando Pertama.
Mejar Choy Seng Tuck (kanan), CO RSS Valiant, menerima Anugerah Unit Armada Terbaik daripada Dr Ng (tengah).
LTC Joel Ng (kanan), CO Skuadron 143, menerima Anugerah Skuadron Pejuang Terunggul daripada Dr Ng.
Dr Ng menyampaikan anugerah Unit Infantri/Pengawal Terbaik Perkhidmatan Negara kepada LTC (NS) Fabian Tan (kanan), CO Batalion 783, Rejimen Infantri Singapura.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story