TECHNOLOGY
TERBANG TINGGI, LIHAT JAUH
26 Jul 2017
Ingat sewaktu anda mula-mula belajar menunggang basikal? Perasaan bercampur bimbang dan keriangan tersebut apabila anda menunggang tanpa roda latihan anda?
Itulah mungkin bagaimana juruterbang Kenderaan Udara Tanpa Manusia (UAV) pertama rasa apabila mereka mula mengendalikan UAV Searcher pada tahun 1994, beralih daripada Kenderaan Berjuruterbang Pengawasan Dari Jauh yang sangat asas.
"Ia seperti anda sudah biasa memandu Mini dan kini anda memandu Mercedes!" juruterbang UAV Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Francis Paranjody mengimbas sekali sambil tertawa. Perintis UAV Command Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Pegawai Pemerintah pertama Skuadron 119 (SQN), LTC (Bersara) Francis yang berusia 64 tahun mengingati dengan jelas hari-hari awal penubuhan UAV Searcher.
"Dari Pengawal kepada Pencari, keupayaan meningkat tiga kali ganda. Terdapat begitu banyak jurang dalam teknologi yang perlu kami perbaiki. Kursus latihan di luar negara selama dua bulan berlanjutan kepada lima bulan … Namun kami tabah," ujar beliau. "Dalam tempoh dua tahun, kami mencapai Keupayaan Operasi Penuh."
Selepas dua puluh tahun, UAV Command telah berkembang dalam keupayaan dan kepakaran. Generasi akan datang juruterbang UAV kini menerbangkan UAV Heron 1 dan Hermes 450. Searcher tidak lagi digunakan dalam operasi.
Di samping melengkapi operasi dengan teknologi kekal menjadi fokus, ciri lain yang diterapkan ialah ketabahan. Juruterbang Heron 1 Leftenan (LTA) Loh Aik Hau, Anggota Tentera Kebangsaan Sepenuh Masa dalam SQN 119, mengulas lanjut: "Apabila teknologi berkembang, sistem menjadi lebih kompleks. Ia satu cabaran (untuk bersaing dengan teknologi baharu). Kami perlu mengemaskini kemahiran dan pengetahuan kami dan pada waktu yang sama mengikuti perkembangan baharu."
Pemuda berusia 22 tahun ini menyatakan: "Ia memerlukan banyak ketabahan dan semangat melawan untuk tidak berputus asa. Jadi walaupun misi kami gagal, kami sentiasa berusaha sedaya upaya dan terus meningkatkan prestasi serta memandang ke hadapan. Kemudian kami boleh melihat hasilnya pada penghujung hari."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.


