MILESTONES
TERBANG TINGGI JURUTERBANG PEJUANG ISKANDAR
25 Jun 2021
KPT Muhammad Iskandar adalah antara 724 warga SAF yang bakal menerima kenaikan pangkat tahun ini.
Keupayaan mengemudi merentasi ruang udara Singapura sebagai juruterbang pejuang adalah impian yang terpendam sejak kecil lagi, yang kini telah direalisasikan oleh Kapten (CPT) Muhammad Iskandar Dzulfadhli Bin Abdul Rahman juruterbang F-15SG dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).
Sejak menyertai RSAF pada 2008, terdapat beberapa peristiwa di mana beliau terpaksa bergegas ke jet pejuangnya dalam beberapa minit, sebagai respons terhadap potensi ancaman udara.
"Adrenalin (berpunca) umpama berada di hujung pedang, bertindak balas terhadap senario sebenar ... mengetahui bahawa saya dapat mempraktikkan segala kerja keras dan latihan sejak bertahun-tahun, adalah sesuatu yang akan diingati selama-lamanya," kata juruterbang berusia 33 tahun yang akan dinaikkan pangkat kepada Mejar pada 1 Jul.
Berikut adalah lima perkara yang perlu anda tahu tentang dirinya:
1. Berterbang adalah impian waktu kecilnya
Sejak kecil lagi, KPT Iskandar didedahkan kepada dunia penerbangan oleh ayahnya, yang bertugas sebagai jurutera pesawat dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines. Semasa kanak-kanak lagi, beliau sering berada di Lapangan Terbang Changi, memerhati pesawat sambil menunggu ayahnya habis kerja.
Semasa di sekolah menengah, KPT Iskandar menyertai Kelab Penerbangan Belia Singapura, di mana dia belajar membina model pesawat. Semasa di kolej junior, beliau menyertai latihan penerbangan yang sebenarnya.
"Di situlah saya mula sekali berjinak dalam bidang penerbangan. Kebanyakan instruktur di sana adalah bekas juruterbang Tentera Udara dan mereka merupakan sumber inspirasi bagi saya, sehingga saya mengambil keputusan untuk menceburi kerjaya dengan Tentera Udara," kata KPT Iskandar.
2. Ketangkasan dalam penerbangan
Dari 2015 hingga 2019, KPT Iskandar berada di Kanada dan United Kingdom untuk melanjutkan pengajian universitinya. Walaupun dia jarang terbang sepanjang empat tahun itu, dia telah mempamerkan ketangkasannya– dia memenangi anugerah Juruterbang Terulung semasa kursus penukaran juruterbang pejuang F-15SG tahun ini.
"Sebelum saya melanjutkan pengajian, saya dilatih untuk (terbang) pada tahap kemahiran yang tinggi." Justeru, bila saya pulang empat tahun kemudian, saya masih boleh melakukannya dengan pantas, kerana asasnya (kukuh)," kata KPT Iskandar, yang sering menerbangkan jet pejuang F-5S / T.
Beliau adalah di kalangan anggota 144 Skuadron yang memenangi anugerah Skuadron Pejuang Cemerlang dalam pertandingan Unit Tempur Terbaik SAF pada 2015
3. Beliau seorang yang pintar
KPT Iskandar memiliki ijazah Sarjana dalam Dasar Awam dari University of Oxford, salah satu universiti terkemuka di dunia.
Penerima Biasiswa Akademik SAF, dia juga memperoleh ijazah kepujian kelas pertama dalam Sains Politik dengan Hubungan Antarabangsa dari University of British Columbia, Kanada.
4. Beliau telah membuktikan kecekapannya sebagai komander misi pasukan besar.
Pada 2015, dia mengetuai latihan yang melibatkan lebih daripada 70 pesawat dari Tentera Udara Diraja Thai, Tentera Udara Amerika Syarikat dan RSAF untuk melengkapkan misi pasukan besar dengan berjaya di Exercise Cope Tiger.
Latihan ini melibatkan jet pejuang, helikopter, pesawat pengangkutan dan kapal tanker. KPT Iskandar perlu memahami keupayaan setiap jenis pesawat, mengaturkan rancangan misi, menyelaras dan mengetuai pesawat perang ini untuk melengkapkan misi dengan selamat.
5. Kakinya masih terpijak di bumi
Beliau telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dan tempatan dalam kerjaya ketenteraannya. Umpamanya, beliau merupakan graduan terulung sebanyak dua kali di Pusat Latihan Penerbangan NATO, Kanada, pada 2010 dan 2011.
Dan hanya dua minggu yang lalu, beliau dianugerahkan Graduan Cemerlang dalam Kursus SAF Tri-Service Warfighter. Ini adalah kursus yang membina pegawai peringkat pertengahan untuk operasi gabungan bersama Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.
Beliau yang bersikap rendah diri, mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan sebaya dan instruktornya di Tentera Udara serta keluarganya atas kejayaan yang dikecapi selama ini. "Ini bukan usaha saya sendiri sahaja; malahan saya berasa amat bertuah mendapat sokongan padu, baik di tempat kerja mahupun di rumah," katanya.
KPT Iskandar akan menerima pelantikannya di Jabatan Operasi Udara di RSAF. Selain tugasan penerbangannya, dia juga terlibat dalam penggubalan dasar dan doktrin strategi yang berkaitan dengan operasi jet pejuang.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

